Dalam mempelajari ilmu patologi tumbuhan penting di fahami iaitu bagaimana EPIDEMILOGI penyakit tumbuhan. Apa pun selalunya suatu penyakit tumbuhan akan dikatakan mencapai keadaan 'epidemik' apabila patogen menyebar dan teruk menyerang populasi tumbuhan dalam kawasan yang luas dan dalam waktu relatif cepat. Unsur-unsur yang boleh ianya menyebabkan suatu epidemik adalah kerana keadaan tumbuhan yang mudah dijangkiti atau rentan, patogen yang kuat atau virulen dan keadaan persekitaran yang sesuai untuk serangan merebak dalam waktu yang lama. Kejadian Epidemik ini adalah dapat dipacu, dicegah atau dihentikan melalui campur tangan manusia seperti saintis dan petani. Beberapa faktor yang berkaitan dengan perumah penyebab serangan yang berkait dengan Epidemik termasuklah Tahap ketahanan tumbuhan (kerentanan tumbuhan), Tahap keseragaman tumbuhan, Kaedah Penanaman dilakukan (Semusim atau tahunan) dan juga umur tanaman. Jika tanaman yang ada dikebun adalah dari satu jenis atau varieti sama dengan tahap ketahanan rendah dan seragam umurnya maka serangan penyakit akan merebak dengan mudah dan cepat. Dilaporkan dimana faktor patogen tanaman yang ada dan akan menyerang tanaman amat berpengaruh terhadap epidemik dimana ia bergantung kepada tahap virulensi (kekuatan patogen), jumlah inokulum yang ada dalam perumah, cara pembiakan atau reproduksi patogen, ciri biologi patogen dan bagaimana cara penyebaran patogen tersebut. Tumbuhan akan diserang penyakit apabila semua faktur sesuai bagi serangan tersebut berlaku.
Keadaan persekitaran tumbuhan perumah memang sangat berpengaruh terhadap ketersediaan punca kepada membiaknya patogen pada perumah sama ada dalam bentuk stadia, spora, mikrob dan sebagainya. Selain ia mampu mempengaruhi terhadap ketahanan hidup, tahap pembiakan, tahap sporulasi, kemudahan, arah dan jarak penyebaran patogen serta tingkat percambahan spora dan tahap penetrasinya (penetration stage). Faktor persekitaran yang berperanan penting adalah seperti kelembaban, suhu dan kegiatan manusia seperti cara pengurusan tanaman yang dilakukan dan aktiviti serta tindakan perlindungan tanaman. Kelembaban yang tinggi dalam jangkamasa yang lama dan berulang-ulang dilihat merupakan faktor penting dalam menyebabkan wabak dan epidemik penyakit tanaman. Ia libatkan patogen kulat dan bakteria dengan persekitaran yang sesuai. Kes epidemik yang disebabkan oleh virus atau fitoplasma secara tidak langsung dipengaruhi oleh kelembaban terutama melalui vektornya yang aktif sewaktu kelembaban (hujan) tinggi. Pada musim hujan biasanya aktiviti serangga tertentu yang menjadi vektor virus atau fitoplasma lazim adalah kurang atau ia menurun. Epidemik dapat meningkat pada masa dimana suhu tidak sesuai kepada perumah akan tetapi ia dalam keadaan cukup baik bagi perkembangan patogen. Pada suhu yang optimum biasanya kitaran hidup penyakit tumbuhan akan lebih cepat terjadi apabila banyak inokulum tersedia untuk merebak dalam musim tersebut. Namun suhu yang memang sejuk pula ia akan dapat mengurangkan populasi seragga vektor. Aktiviti pergerakan manusia bagaimana pun ianya memang amat berpengaruh terhadap terjadinya suatu epidemik. Ini kerana beberapa faktur yang disebabkan manusia sebagai agen penyebar penyakit tumbuhan boleh datang melalui pemilihan lokasi kebun untuk tanaman (kawasan tersebut sudah ada patogen atau disekelilingnya ada jangkitan penyakit), cara pemilihan anakbenih tanaman (elakkan benih yang terjangkit), cara dan teknik amalan tanaman dan agronomi serta populasi manusia yang mengunjungi kawasan kebun. Kawasan bagi program agrotourism pula perlu diawasi pelancong yang datang sama ada mereka ada mengunjungi kebun yang tanamannya sudah diserang penyakit.
Kejadian kes wabak penyakit tumbuhan atau epidemik boleh terjadi apabila kes berlaku interaksi antara patogen dengan tanaman sihat yang dipengaruhi oleh keadaan persekitaran dan dan aktiviti manusia. Selalunya perumah patogen sama ada jenis tanaman semusim maupun tanaman tahunan dimana ia akan melalui berbagai peringkat pertumbuhannya memang ada patogen tinggal. Perumah tersebut dapat dibiakkan dengan bijibenih atau pembiakan vegetatif (keratan, sulur dsb) yang mana ia lazimnya akan membawa sekali patogen walau pun ia tidak dijangkiti penyakit pembawaan patogen tersebut. CUa bagi perumah yang tidak rentan mungkin akan ada simptom tertenntu seperti bintik-bintik dan sedikit layu. Patogen akan berada pada tumbuhan perumah sehingga ia merebak kepada tanaman lain. Menilai akan pola Epidemik dimana ia berlainan dari satu tanaman kepada tanaman yang lain walau pun dari patogen yang sama kerana simptom penyakit akan ditunjukkan dipengaruhi oleh keadaan cuaca, varieti tanaman, umur tanaman, kelembapan dan persekitaran mengikut apa yang dikatakan sebagai peramalan kejadian serangan penyakit. Wabak penyakit tanaman akan lebih cepat merebak dan merosakkan tanaman apabila didalam kebun terdapat jenis tanaman yang seragam dari segi jebisnya, umurnya dan juga persekitarannya. Wabak penyakit tumbuhan ini juga cepat berlaku apabila terdapat tanaman perumah (host plant) dengan jumlah yang banyak yang ditanam serta ada patogen dalam dikawasan yang luas. Kejadian wabak penyakit tanaman juga akan lebih buruk jika terdapat kombinasi yang tepat antara faktor-faktor dipersekitaran seperti situasai kelembaban, suhu, angin dan agen vektor bersama dengan stadia rentan tanaman dan dengan tersedianya inokulum yang banyak. Dalam menyediakan peramalan kemungkinan akan berlaku kejadian wabak penyakit perlu ada kaedah yang menggunakan penyediaan Modek Epidemik. Model ini dibuat berdasaran kepada semua faktur diatas dan bagaimana cara mengatasinya atau membuat rawatan apabila ada serangan penyakit tanaman. Peramalan penyakit akan memberi peluang untuk menjangka bila terjadinya ledakan wabak atau pun kes penurunan intensiti serangan penyakit. Dalam peramalan ini beberapa kajian perlu dibuat berdasarkan kepada keadaan cuaca sebelum dan semasa penanaman, julah inokulum dan populasi patogen yang terdapat di udara, tanah dan perumah. Model sistem peramalan yang baik juga harus ada dinyatakan sistem peringatan yang berkesan termasuk bagaimana hendak menyebarkan maklumat kepada petani melalui pelbagai jenis media. Ini membolehkan petani yang dijangka akan diserang wabak penyakit kepada semua tanamanya mempunyai masa persediaan mencukupi untuk mengambil tindakan. Tindakan pantas boleh dilakukan terutama kepada jenis tanaman bernilai tinggi serta kaedah kawalan yang tepat dan berkesan serta ekonomik. Artikel ini ditulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3. Part 4, Part 5 dan Part 6 yang mana sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologu kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.