Support My Blog

Thursday, September 8, 2022

ULAT SUTERA DIJADIKAN MAKANAN KUCING

ULAT SUTERA
(Bombyx mori) merupakan sejenis hidupan yang diternak dengan memakan daun pokok mulberi dan menghasilkan benang sutera dimana kini sudah dijadikan sebagai Makanan Kucing. Kisah yang menarik ini popular dijalankan promosi dari negara Taiwan sebagai kisah menarik yang ditulis untuk pengetahuan pembaca semua. Apa pun ulat ini adalah larva kupu-kupu yang amat penting bagi secara ekonomi bagi pengeluaran sutera dibeberapa negara dimana menjadi pengeluar kain sutera. Makanan ulat sutera hanyalah daun mulberi yang diberikan sebagai punca makanannya. Kajian juga mendapati hidupan ini sebenarnya berasal dari utara China dan telah dikembang biak diseluruh dunia. Dari segi sifatnya penulis mendapati bahawa ulat sutera adalah makhluk jenis luar biasa yang memainkan peranan ekonomi yang besar dalam dunia pakaian (textiles) kehidupan manusia. Ulat sutera adalah serangga yang benar-benar jinak dalam dunia dimana ia memang tidak boleh hidup secara semula jadi dan perlukan manusa untuk membiakkannya. Akhirnya ia akan membuat apa yang dinantikan iaitu 'Kepompong" sebagai hasil ulat sutera yang berharga. Kepompong inilah yang akan diproses menjadi bahan berharga seperti kain sutera. Zaman dahulu kepompong ini diusahakan secara tradisional untuk menghasilkan benang tetapi kini telah ada mesin moden yang berkapasiti tinggi memproses kepompong menjadi kain sutera dengan cekap. Artikel malam ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai laporan media dimana ulat sutera telah diproses untuk dijadikan makanan kucing yang berkhasiat untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua bagi menambah ilmu pengetahuan.

Secara teknikal dimana u
lat sutera yang hanya diberi makan daun pokok mulberi adalah mudah dijaga di mana mereka menggigit tanpa henti pada waktu siang dan malam. Ini yang menyebabkan mereka berkembang sangat cepat dan ia mula mencipta kepompong berharga mereka (Sila lihat foto disebelah). Kajian mendapati yang sebiji kepompong menghasilkan benang sutera berterusan antara 300m dan 900 m panjang. Lawatan penulis blog ke perusahaan ulat sutera di Korea dan China dulu melihat bagaimana usahawan mereka amat menghargai apabila diberitahu iaitu ulat sutera dijadikan juga sebagai makanan istimewa mereka kerana mereka adalah sumber protein yang besar dan selepas mereka mati mereka akan dijangkiti dengan Beauveria bassiana kulat. Cerita lain ulat sutera juga digunakan dalam perubatan tradisional Cina. Ulat sutera mempunyai nafsu makan yang besar dimana ia makan daun siang dan malam berterusan. Apabila warna kepalanya mereka bertukar menjadi gelap sedikti bermakna masanya sudah tiba bagi mereka bersalin kulit. Selepas bersalin kulit sebanyak empat kali, badan mereka menjadi kekuningan dan kulit mereka lebih ketat yang menunjukkan tanda mereka akan membalut diri mereka dengan benang sutera. Ulat sutera menghasilkan kepompong daripada sutera mentah. Kokun ini dihasilkan daripada sehelai benang sutera mentah sepanjang 300 hingga 900 meter (1,000 hingga 3,000 kaki). Bagaimana pun kisah terkini adalah apabila makanan kucing yang dibuat dari kepompong Ulat Sutra sudah menjadi satu perusahaan. Apa pun pada umumnya serangga memiliki protein yang berkualiti ini juga didakwa memiliki banyak anti-oksidan dan menghilangkan radikal bebas dan apa yang terpenting adalah ia mengandungi bahan Omega-3. Salah satu kajian saintifik yang dilakukan di Pusat Pertanian Miaoli di Taiwan telah mendapati dimana antara komponen terhasil berfungsi dari bahan kepompong ulat sutera pada 2017 sebagai produk untuk makanan kucing. Teknologi yang di lakukan ini juga telah menjadikan sutra menghasilkan peptide antibakteria semulajadi yang sama seperti peranan antibiotik yang dapat meningkatkan kekebalan pada kucing (immuniti) dimana ia juga dapat menghilangkan bakteria yang tidak baik yang berada didalam perut kucing.

Dilaporkan pada Disember 2021 dimana '
Kepompong ulat sutera dijadikan makanan kucing' yang dilaporkan daripada Bandar Maoli, Taiwan apabila makanan ini diberikan kepada kucing-kucing peliharaan didalam satu pameran promosi produk makanan berasaskan ulat sutera (Sila lihat foto disebelah). Kucing ini dilihat telah menjilat mulutnya dengan berselera dimana ianya akan membersihkan setiap sisa makanan diperbuat daripada kepompong ulat sutera. Dilaporkan dimana sebanyak 15 ekor kucing daripada pelbagai spesis dan umur ini telah diuji mengenai makanan ini secara sukarela untuk promosi merasa makanan kucing baru yang dibangunkan oleh pakar ulat sutera. Selain percubaan menggunakan apa yang sebelum ini merupakan produk sampingan penghasilan sutera dimana kini para saintis mendakwa makanan tersebut menghapuskan bakteria usus yang memudaratkan dimana mempunyai satu kelebihan tambahan mengurangkan iaitu menghasilkan bau najis kucing yang amat berlainan atau kurang berbau. Dilihat dimana kucing terlibat adalah lebih bertenaga dan najis yang keluar dianalisa sebagai kurang berbau. Semasa promosi dan hasil kajian dilaporkan dimana makanan kucing tersebut telah disediakan dalam pelbagai jenis perisa termasuk perisa ikan tuna dan ikan lain serta perisa daging lembu dan dan ayam. Namun sebenarnya komponen protein utama dalam makanan berwarna merah muda itu adalah serangga dari ulat sutera itu sendiri. Dilihat dimana banyak kucing telah mengerumun makanan ini dan tidak sabar-sabar untuk memakan makanan yang disajikan. Ulat sutera sebenarnya akan memakan daun mulberi yang dihasilkan dari ladang ulat sutera di Miaoli. Apa pun dilaporkan dimana kumpulan saintis menyatakan dimana mereka menerima banyak maklum balas positif daripada ramai pemilik kucing lain yang terbabit dalam penyelidikan sebelumnya yang amat memberangsangkan. Di pusat kajian di Maoli dimana mereka telah menempatkan 136 jenis ulat sutera yang berlainan dari seluruh dunia. Kepompong sutera merupakan peringkat awal dalam kitaran hidup ulat itu dan apabila ia membentuk kokun untuk beralih daripada larva kepada ulat sutera dewasa. Lazimnya industri ini ramai akan terfikit kaedah untuk menghasilkan kain sutera sahaja akan tetapi sebenarnya serangga yang amat jinak ini mempunyai banyak manfaat. Kepompong amat kaya dalam protein, lemak dan zat galian dimana kemudian pasukan penyelidik Pusat Pertanian Miaoli berjaya membangunkan satu teknik untuk merangsang isi kandungan proteinnya yang membunuh bakteria berbahaya yang hidup dalam perumah. Kaedah memberikan 'stres' kepada ulat sutera dan membuat ia memikirkan ia berada dalam keadaan bahaya bermakna serangga itu akan mengeluarkan lebih banyak protein dalam kokun di mana protein tersebut dikeluarkan dan ditukar menjadi makanan kucing. Penggunaan inovatif apa yang sebelum ini merupakan produk buangan juga mungkin berpotensi menawarkan bantuan kepada penternak ulat sutera yang dimana-mana.

Lazimnya daun mulberi telah pun lama digunakan untuk menghasilkan teh tetapi dilaporkan kokun sutera juga memang boleh digunakan dalam kosmetik. Ada laporan dimana p
asaran makanan haiwan peliharaan di Taiwan memberikan peluang yang menguntungkan apabila jumlah pemilikan haiwan peliharaan kini semakin meningkat dimana nilai ekonomi yang membabitkan haiwan peliharaan sebanyak USD$1 bilion. Satu tin makanan ulat sutera dijual dengan harga RM 11,00 (NT$68 atau sekitar AS$2.43) iaitu ia lebih mahal daripada makanan basah kucing dalam tin. Walaupun ia lebih mahal mereka rasa tahap dalam penerimaan untuk makanan haiwan peliharaan tin yang mampan dan mesra alam adalah agak tinggi di Taiwan. Apa pun di laporkan sudah ada kedai haiwan peliharaan di Korea, Jepun, Thailand dan Amerika Syarikat juga telah menyatakan minat dalam produk nakanan kucing dari ulat sutera tersebut. Kini menuryt Ketua Pegawai Eksekutif syarikat yang sudah memulakan penghasilan makanan baharu secara besar-besaran mendakwa respons produj baru ini diterima amat menggalakkan. Ini keraba ramai pemilik haiwan peliharaan sekarang lebih menumpu pada ramuan. Dilaporkan memang  kucing akan menjilat sisa makanan di misainya tanpa berasa geli terhadap ramuan juadahnya dari pupa ulat sutera (Sila lihat foto disebelah). Menggunakan hasil sampingan dalam industri pengeluaran sutera membolehkan saintis berjaya hasilkan makanan itu menghapuskan bakteria dalam usus yang memudaratkan. Makanan ini juga didakwa mampu untuk ianya mengurangkan bau busuk najis kucing. Selain itu didakwa dimana kucing menjadi lebih bertenaga dan bau busuk najisnya  juga akan berkurangan. Dalam penternakan ulat sutera terdapat ratusan ulat bulu sedia untuk dikumpulkan dalam dulang ketika sedang makan dedaun mulberi dimana memang terdapat sekitar 136 jenis ulat sutera yang berbeza dari seluruh dunia  diusahakan. Pupa pula adalah peringkat pertengahan dalam kitaran hayat ulat sutera dan apabila ulat ini membentuk kepompong maka ia adalah peringkat beralih daripada larva kepada dewasa. Pupae ini kaya dengan bahan protein, lemak dan mineral dimana akan dapat meningkatkan kandungan protein imun untuk membunuh bakteria yang memudaratkan dalam perumah. Jika diberikan tekanan (stress) kepada ulat sutera dimana kemudian ulat ini akan membuat ia berasa dalam bahaya bermakna kemudian menjadikan ulat ini akan menghasilkan lebih banyak protein ini di dalam kepompong dimana kemudian akan dituai dan dijadikan makanan kucing. Apa pun penggunaan bahan sisa buangan yang inovatif ini boleh menjadi talian hayat bagi petani ulat sutera Taiwan. Didakwa aktiviti menternak sutera kini untuk semata-mata bagi menghasilkan fabrik tidak lagi menguntungkan kerana persaingan dengan kain dari bahan lain terutamanya kapas. Kini satu tin makanan kucing dari ulat sutera itu dijual dengan harga RM10.12 iaitu harga yang sedikit lebih daripada harga purata manakan tin basah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ULAT SUTERA..... HASILKAN KAIN SUTERA...
DAUN MULBERRI... ASAS MAKANANNYA...
DIJADIKAN MAKANAN... KUCING SUKA...
SATU INOVASI... DI TAIWAN SANA DI CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Safar 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...