Media tempatan melaporkan dimana ada 'Produk tanpa bahan kimia' dihasilkan dari daun pandan yang cukup besar dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu sejak dulu lagi dan banyak digunakan dalam masakan kerana baunya yang harum. Dun pandan atau nama saintifiknya Pandanus amaryllifolious juga digunakan sebagai pembalut makanan, pewarna, pewangi bedak sejuk dan pewangi asli bunga rampai. Daun pandan boleh digunakan sebagai ubat pencegah lipas. Daya kreatif masyarakat dulu menggunakan daun pandan untuk menghalau lipas menarik minat sekumpulan saintis muda sehingga terciptanya produk inovasi, 'Pandanus-Cockra'. Ia dibangunkan sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kenangan, Segamat, Johor. Mereka ialah Nursyamimi Safura, 16, Nur Alia Kamal Din, 16, dan Nurhanani Nor, 16. Ia mendapat bimbingan guru penasihat, Saodah Ramli (Sila lihat foto disebelah). Idea itu melayakkan mereka memenangi tiga anugerah dalam tiga pertandingan berbeza iaitu naib johan dalam pertandingan reka cipta dan inovasi Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu di Peringkat Kebangsaan, pingat Perak dalam Pameran Rekacipta Penyelidikan dan Inovasi Universiti Putra Malaysia serta pingat emas dalam Pertandingan Invention, Innovation and Design (IID) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Segamat. Produk inovasi itu dipersembahkan sempena Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Putra Malaysia (UPM). Produk Pandanus-Cockra adalah satu produk yang berbentuk gel yang dibangunkan daripada daun pandan. Ramuan asasnya membabitkan daun pandan, garam, gel dan antikulat yang diadun ke dalam sebuah bekas. Fungsi bahan ini untuk menghalau lipas dengan dua kelebihan iaitu tahan lama dan produk semula jadi. Produk ini sebagai alternatif kepada penggunaan ubat gegat dan semburan aerosol. Penggunaan aerosol dapat menipiskan lapisan ozon di atmosfera. Ia tidak memberi kesan atau bahaya kepada kanak-kanak jika terpegang dan termakan secara tidak sengaja. Menurutnya, ia terbukti berdasarkan eksperimen dilakukan di lapangan. "Dalam masa tujuh hari, lipas lari daripada menghampiri produk ini. Ekperimen membahagikan tiga petak iaitu A (mengandungi makanan dan produk), B (mengandungi produk saja) dan C (makanan). Sepanjang Produk yang dicipta ini didapati lipas lari daripada kotak B ke A dan C dan sesuai untuk premis kediaman dan restoran. Ini kerana jika guna bahan kimia, ia memberi kesan kepada makanan dan pelanggan. Produk inin akan dikomersialkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kesesuaian persekitaran.
Kisah bagaimana 'Rumah Segar dan Wangi' menarik untuk dikongsikan dengan pembaca blog ini. Dilaporkan dimana semua orang suka berada didalam rumah yang segar mewangi setelah penat bekerja seharian. Rumah yang bersih, segar dan diserikan dengan haruman seperti aromaterapi secara tidak langsung menambahkan keselesaan buat penghuni dan tetamu. Sekurang-kurangnya bau-bauan dari bahagian dapur atau bilik air dapat dihindari dengan haruman segar yang anda pilih. Malah kita juga maklum bahawa persekitaran segar juga mampu memberikan kesan positif kepada mood seseorang. Bau yang harum turut dikatakan boleh menghidupkan suasana ceria di samping memberikan ketenangan sepanjang masa. Bagaimanapun, anda boleh manfaatkan tanaman di sekeliling kediaman tanpa perlu mengeluarkan belanja besar. Letakkan hirisan buah dan kulit oren, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang dalam periuk berisi air secukupnya. Didihkan di atas api yang sederhana dan dalam beberapa minit, ruang dapur terutamanya dipenuhi aroma hangat, bersih dan menyegarkan. Anda juga boleh menggunakan daun pandan. Selain dimasukkan dalam masakan untuk aroma wangi, pandan juga boleh dijadikan wangian semula jadi di dalam rumah. Hirisan daun pandan mampu memberi aroma harum semerbak di bilik tidur, bilik air, almari pakaian dan laci untuk tempoh kira-kira dua minggu. Selain itu, kelopak bunga mawar yang diracik halus dan dicampur bersama daun pandan menjadi bunga rampai. Masukkan campuran bahan ini dalam bekas khas untuk dijadikan potpuri semula jadi. Di samping itu, serai wangi selain menghalau nyamuk dan serangga juga mampu menghasilkan aroma segar. Luangkan masa untuk menyediakan lidi bulu, balang dan minyak pati pilihan anda. Isikan balang dengan minyak pati pilihan dan selebihnya dengan minyak bayi. Ia akan menyerap ke dalam lidi buluh dan meninggalkan bilik anda bau yang cukup nyaman. Bagi melakukan aromaterapi dimana ia tidak dinafikan memberikan tindak balas positif kepada penghuninya. Di ruang mana sekali pun, ia secara tidak langsung membuai emosi untuk lebih tenang dan selesa sepanjang masa. Persekitaran yang kemas dengan gaya penataan eksklusif di ruang tamu umpamanya lebih bermakna jika diserikan dengan haruman aromaterapi. Kini terdapat juga lilin dengan haruman aromaterapi yang secara tidak langsung mencipta keindahan tersendiri di segenap ruang. Begitu juga dengan aneka minyak pati aromaterapi yang ditawarkan di pasaran. Situasi itu membawa gambaran, tiada alasan untuk para pembaca mengabaikan penataan ruang dengan penyerinya haruman aromaterapi. Pati minyak bunga mawar dikatakan membantu menghilangkan tekanan, lavender membantu membangkitkan semangat dan kekuatan sementara lemon pula memberikan ketenangan dan menyegarkan suasana. Semuga semua pembaca blog anim agro technology mendapat ilmu berguna dari penulisan ini. Wasallam!!!....
Selamat Pengantin Baru Dr Fairuz dan Dr Arifin di Villa Istana Melaka...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.