Support My Blog

Sunday, September 4, 2022

CANGKUL DAN KISAHNYA

CANGKUL
adalah satu jenis alat tradisional yang digunakan dalam pertanian yang semakin kurang digunakan dalam sistem pertanian moden. Cangkul digunakan untuk menggali ataupun untuk meratakan tanah dimana ia bertujuan untuk menggemburkan tanah sebelum bercucuk tanam. Bagaimana pun penulis blog mendapati dimana peranan cangkul masih digunakan sehingga masa ini untuk menjalankan kerja-kerja menggali yang ringan di kebun ataupun di sawah terutama dikalangan petani atau pekebun kecil dan mereka yang ada hobi menanam tumbuhan dikawasan keliling rumah. Kini dalam sistem pertanian komersil penggunaan jentera pembajak tanah, jentera rotor tanah dan pelbagai mesin boleh digunakan dan dipilih oleh petani didalam kerja penyediaan tanah dan kawasan. Di kawasan pertanian sawah yang berbukit dan benkontour seperti di Indonesia bagaimana amalan menggunakan cangkul, tajak dan kerbau masih signifikan penggunaan dalam menyedialan tanah sawah setiap musim penanaman padi kerana jentera mesin sukar digunakan. Bagaimana pun memang selalunya kerja-kerja yang lebih berat biasanya dilakukan menggunakan jentera berat yang sesuai. Mengenai alat cangkul ini adalah mudah kerana lazimnya bentuk mata cangkul seakan-akan bentuk mata beliung dengan pemegang (hulu) yang diperbuat daripada kayu dan bagi cangkul kecil untuk kegunaan gardening dirumah ia diperbuat daripada besi tangkainya. Secara tradisional lazimnya mata cangkul berukuran lebih lebar berbanding dengan mata tajak atau mata beliung. Pada pengamatan penulis blog mendapati dimana biasanya hulu atau pemegang ini lurus akan tetapi ada juga jenis pemegang yang bengkok sedikit  yang dibuat untuk memudahkan kerja-kerja menyangkul dan menggali parit kecil. Umumnya memang mata cangkul biasanya dibuat daripada besi yang ada dijual dikedai-kedai alatan pertanian dimana-mana sahaja dengan harga mengikut saiz, jenama dan lokaliti.Penelitian penulis bloh mendapati harga mata cangkul diantara RM25 - RM35 satu unit. Dipasaran dilihat cangkul buatan dari negara China agak murah berbanding dengan cangkul buatan tempatan. Cangkul merupakan alatan paling asas didalam kerja menyediakan tanah disektor pertanian. Sebenarnya ada banyak jenis cangkul dimana lazimnya jenis-jenis cangkul termasuklah cangkul betul (cangkul lurus) dan cangkul burung, tajak, cangkul mini dan sebagainya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa kisah dari media tempatan mengenai cangkul untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Kisah bagaimana 'Khidmat Asah Pisau Mendapat Perhatian' sesuai dikongsikan seperti dilaporkan dalam portal berita iaitu sinarharian.com. Kisah dari Kuala Terengganu menyatakan dimana hasil k
reativiti seorang pemuda menawarkan khidmat mengasah pelbagai jenis alatan logam tajam seperti pisau, golok, kapak, parang, cangkul dan gunting berjaya menarik minat orang ramai menggunakan perkhidmatan tersebut. Kisah ini pada penulis blog adalah unik dan ia terbukti apabila Muhammad Hafiz Nasir (25 tahun) sebagai tukang pisau dari Kampung Baram, Gelugor Kedai, Terengganu menerima hampir 100 bilah pisau untuk diasah pada hari pertama dia menawarkan perkhidmatan tersebut setiap masa. Idea mengambil upah mengasah pisau tercetus selepas bapanya yang juga seorang tukang pisau sering mendapat permintaan dari rakan-rakan dan penduduk kampung supaya membantu mengasah pisau mereka. Dari situ dia nampak ia ada potensi untuk busisness ini dikembangkan sebagai perkhidmatan yang boleh ianya mendatangkan pendapatan, lebih-lebih lagi sebagai tukang pisau dimana dia mempunyai kemahiran dalam bidang ini.  Kini perkhidmatan ini mula ditawarkan pada Mei tahun lalu namun selepas beberapa bulan beroperasi, ia terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana mahu memberi tumpuan kepada pembuatan pisau bersama bapanya. Upah mengasah pisau mendapat sambutan baik dari orang ramai khususnya pengusaha kedai makan, peniaga, katering dan surirumah selepas diiklankan dalam media sosial. Dia kini ada menggunakan mesin ‘belt sander’ besar dan kecil dimana ia akan mampu mengasah kira-kira 200 bilah pisau sehari. Apa pun setakat ini dia menerima lebih 70 bilah pisau, 10 cangkul dan sebagainya untuk diasah dengan upah antara RM1 hingga RM5 mengikut jenis. Kini dia menerima pelanggan dari sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sahaja dan semua pisau ini akan diasah di bengkel pembuatan pisau yang ada terletak di rumah ayah di Kampung Baram, Gelugor Kedai. Bapa kepada seorang cahayamata perempuan itu berkata, pelanggan tidak perlu datang ke bengkel untuk mendapatkan perkhidmatan ini kerana ada ‘runner’ yang akan mengambil dan menghantar pisau dengan caj antara RM3 hingga RM7 bergantung kepada lokasi. Kini dia berhasrat untuk meluaskan dan menawarkan khidmat mengasah pisau kepada pelanggan sekitar Marang dan Hulu Terengganu pula. Selain mengasah pisau dia juga mengambil upah membaiki pisau yang telah sumbing, patah dan mengilatkan kembali dengan harga maksimum RM10 sebilah bergantung kepada jenis kerosakan. Harapannya adalah untuk kembangkan lagi perkhidmatan ini ke seluruh negeri bagi membantu lebih ramai pelanggan yang berdepan masalah pisau tumpul, sumbing dan berkarat dengan caj berpatutan.

Kisah ini sangat berkait dengan cangkul dimana utusan.com melaporkan dimana 'Kerjaya Penggali Kubur Bakal Pupus' yang menarik dikongsikan. Kisah dari Kota Bahru, Kelantan menyatakan dimana kerjaya penggali kubur mungkin pupus tidak lama lagi gara-gara kekurangan dari pelapis apabila tidak ramai golongan belia berminat untuk sekurang-kurangnya menjadi penggali kubur sambilan. Di Kelantan dilaporkan kerja-kerja menggali kubur masih dilakukan secara tradisional menggunakan cangkul oleh penggali kubur yang berumur lingkungan 40 tahun ke atas dengan majoriti mereka adalah warga emas yang sudah lanjut usia. Bagi seorang penggali kubur warga emas, Yussof Abdul Rahman (65 tahun) dakwa di tempat tinggalnya iaitu Kampung Semut Api  kini amat sukar untuk mencari penggali kubur ‘junior’. Lelaki lebih dikenali sebagai Pok Soh itu juga berkata jika penggali kubur veteran sepertinya ‘bersara’ maka penduduk setempat mungkin berdepan masalah untuk mengebumikan jenazah pada masa depan. Ketika ini hampir tidak ada langsung orang muda mahu jadi penggali kubur dimana kalau ada pun dia memang sudi turunkan ilmu dan kongsi pengalaman yang saya ada. Sebenarnya kerja menggali kubur bukan mudah. Kerja ini memerlukan tahap kesabaran kerana mengambil masa lebih kurang tiga jam selain ada kaedah tersendiri. Sebagai contoh dimana kubur jenazah lelaki berbeza sedikit dengan jenazah wanita. Kini upah diterimanya bagi setiap lubang kubur ketika ini adalah RM200 dan dia mula menjadikan pekerjaan itu sebagai sumber rezeki selepas tidak lagi menjadi tukang rumah atas faktor umur, kira-kira 10 tahun lalu. Bagi pembantu Pok Soh iaitu Azharuddine nyatakan orang muda tidak berminat menjadi penggali kubur kerana pendapatan diterima tidak lumayan selain tidak menentu bergantung kepada situasi semasa. Kini dia memutuskan untuk mengikut Pok Soh menggali kubur kerana kasihan melihat warga emas itu akan mengerah kudrat menggali kubur menggunakan cangkul seorang diri tanpa sebarang bantuan jengkaut. Tugas menggali kubur juga tidak kira masa siang atau malam, malah kami pernah menggali tiga atau empat kubur dalam masa sehari gara-gara tidak ada penggali kubur lain di kampung kami ketika itu.

Berlainan pula laporan dari hmetro dimana 'Wira negara kini pahlawan cangkul' yang sesuai dikongsikan. Apa pun aktiviti beriadah dan pada masa sama menambah pendapatan antara tujuan kebun komuniti ini ditubuhkan sejak tujuh tahun lalu yang kini menjadi 'port' orang pencen yang kebanyakannya bekas tentera dan polis. Kini seramai sembilan peserta Kebun Komuniti Bandar Springhill mengusahakan sebidang tanah seluas 0.9 hektar di Fasa 1, Bandar Springhill, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan tanaman pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan sejak 2014. Menurut pesara tentera Abdul Aziz Mohd Yunus (57 tahun) dimana dia seronok kerana ada aktiviti selepas bersara sejak 15 tahun lalu. Pernah juga cuba bekerja selepas bersara daripada tentera akan tetapi berkebun lebih seronok kerana ia lebih santai dan pada masa yang sama dapat mengeluarkan peluh. Aktiviti ini mereka lakukan setiap pagi dan petang saja bagi memantau hasil tanaman seperti membaja dan menyiram sayur daripada pelbagai jenis seperti cili api, bayam merah, terung, kangkung, kacang botol, sawi selain jagung serta pokok buah-buahan. Bagi rakannya iaitu Mazlan Abd Wahid (55 tahun) dimana dia mula agak lewat menyertai kebun komuniti ini kerana baru bersara dua tahun lalu sebaik menamatkan perkhidmatan sebagai polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur. Mereka kini benar-benar seronok kerana aktiviti ini dapat menghilangkan rasa bosan dan ia juga satu tempat untuk kami beriadah sambil mengeluarkan peluh selain lebih seronok apabila hasil dituai nanti. Buat masa ini dilaorkan tanaman jagung dalam proses mengeluarkan hasil, mungkin dalam seminggu dua lagi dan sayur-sayuran pula sudah boleh dikutip serta dijual kepada peraih atau kami jual sendiri ke kedai berhampiran. Projek ini yang sudah bermula sejak 2014 dan masih beroperasi sehingga kini amat mereka banggakan. Projek ini dipantau Jabatan Pertanian Port Dickson dan mereka sering membantu memberikan khidmat nasihat dan benih, baja serta bantuan peralatan pertanian tapi sekarang sukar untuk kami dapat bantuan kerana mereka berpendapat projek kebun komuniti adalah tidak termasuk dalam projek pertanian yang layak menerima bantuan. Kini mereka akan membuat sendiri dan mengeluarkan modal secara kutipan sesama peserta tanpa bantuan mana-mana pihak. Kami akan teruskan projek ini walaupun kekurangan modal kerana sedikit sebanyak ia membantu terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang. Modal untuk semua projek ini dikutip hampir RM3,000 untuk persiapan dari mula sehingga mengeluarkan hasil yang akan dikumpul untuk projek seterusnya. Antara perkara yang perlukan modal yang besar seperti meratakan tanah, menggembur tanah, meracun, baja organik, benih jagung dan sayur-sayuran serta kerja pembajakan manakala cili pula ditanam secara fertigasi. Air pula kami pam daripada sungai berhampiran ke kawasan kebun yang bersebelahan dan ini membuatkan projek pertanian ini menjadi mudah untuk diusahakan kerana dekat dengan punca air. Mereka akan menyumbangkan dalam menghasilkan produk pertanian walaupun dalam skala yang kecil kerana hanya bergantung kepada tulang empat kerat peserta kebun komuniti bagi menjimatkan kos. Kini hampir semua yang terbabit dalam projek ini ialah pesara tentera dan polis, kalau dulu kami memikul senjata menjaga keamanan negara dimana mereka kini digelar  'pahlawan cangkul' berbakti kepada tanah oleh penduduk sekitar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMANYA CANGKUL... ADA CERITA...
ASAH CANGKUL... TAJAMKAN DIA...
PENGGALI KUBUR... MENGGUNANYA...
PAHLAWAN CANGKUL...SUDAH BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Persimpangan Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(6 Safar 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...