Support My Blog

Friday, September 23, 2022

TEKNOLOGI TANAM KACANG TANAH (Part 1)

TANAMAN KACANG TANAH
(Arachis hypogea) atau pun lebih dikenali sebagai 'Groundnut' merupakan sejenis tanaman kontan yang ditanam untuk hasilkan biji kacang tanah. Walau pun tanaman ini kurang popular di Malaysia akan tetapi ia masih diusahakan sebagai pilihan petani. 
Penulis blog telah merujuk kepada laporan dari Jabatan Pertanian Malaysia dimana pada tahun 2021 hanya ada seluas 74 hektar tanaman kacang tanah dengan pengeluaran sebanyak 227 metrik tan (Sumber: Booklet Stastistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Hanya ada tiga negeri yang aktif menanam kacang tanah di Malaysia iaitu Kelantan (12 hektar dan hasilkan 53 mt), Terengganu (11 ha) dan juga Perak (10 ha). Keluasan tanaman kacang tanah di Malaysia semakin menurun semenjak 20 tahun lalu kerana kurang menarik minat petani. Dilaporkan dimana hanya beberapa negara di dunia yang luas menanam kacang tanah secara komersial untuk dijadikan produk pertanian utama negara tersebut bagi pasaran domestik dan eksport. Hanya beberapa negeri sahaja yang masih menanam kacang tanah selain daripada 3 negeri tersebut termasik di Johor, Sabah dan Sarawak. Penulis blog dapati dimana hampir sebahagian besar kacang tanah yang ditanam di Malaysia adalah untuk kegunaan segar sahaja iaitu dibuat 'kacang rebus' dan sebahagian kecil pula diproses untuk menjadi Kacang Goreng. Bagaimana pun teknologi penanaman kacang tanah didalam menghasilkan kacang tanah berkualiti perlukan amalan yang tepat dan praktikal. Kacang tanah merupakan komoditi yang cukup popular dinegara jiran Indonesia dimana mereka telah pun menanam kacang tanah yang terus meningkat setiap tahun. Permintaan kacang tanah terus meningkat dan menjadi pilihan ramai sebab kandungan nutrisi yang bermanfaat bagi kesihatan tubuh. Selain itu kacang tanah juga selalunya digunakan sehingga ia menjadi berbagai jenis makanan. Artikel pada pagi Selasa ini didalam blog "Anim Agro Technology'' saya kongsikan teknologi penanaman kacang tanah didalam hasilkan kacang tanah berkualiti untuk dijadikan bahan rujukkan.

Bagi mendapatkan kualiti kacang tanah yang baik sehingga mencapai kualiti antarabangsa dimana ia mampu dalam meningkatkan pendapatan petani. Teknik penanaman dan amalan agronomi yang tepat membolehkan penanaman kacang tanah berikan pulangan yang lebih baik. Oleh itu petani perlu mempastikan hasil tuaian yang lebih tinggi dan sebaiknya amalkan kaedah pertanian organik juga. Sebagai asas dimana lazimnya tanaman k
acang tanah dapat tumbuh pada tanah rendah atau pun tanah agak tinggi dari paras laut. Kajian ada menunjukkan ia sesuai tumbuh dengan baik di ketinggian pada aras 50 - 500 meter di atas permukaan laut atau dataran rendah dengan suhu tinggi.Tanaman kacang tanah memang perlukan suhu sekitar 28 - 32° C dan tahap kelembaban sekitar 65 - 75%. Dilaporkan dikawasan Asia Tenggara dimana masa yang tepat untuk penanaman kacang tanah adalah musim kemarau (atau selepas musim tanaman padi). Perkara ini disebabkan tanaman kacang tanah memerlukan jumlah sinaran matahari penuh untuk membantu pertumbuhan daun dan perkembangan buahnya. Tanaman kacang tanah tumbuh pada kawasan dimana ada curahan hujan sekitar 800 - 1,300 mm/tahun. Jumlah curahan hujan yang terlalu tinggi akan mempengaruhi petumbuhan kulat dan perosak yang akan menyebabkan penurunan hasil kacang tanah. Sebaiknya lakukan penanaman kacang tanah dengan dikebun yang mempunyai jenis tanah gembur. Tanah gembur baik untuk pertumbuhan tanaman kacang tanah disebabkan ia adalah mempunyai cukup nutrien bagi tujuan nutrisi tanaman kacang tanah. Sbaiknya periksa kemasaman tanah pada tahao pH6 - pH7.0 dan boleh dijalankan pengapauran jika ph rendah.

Di laporkan terdapat dua jenis tumbuhan kacang tanah secara umumnya iaitu Jenis Tumbuh Menjalar dan Jenis Tumbuh Menegak. Lazimnya jenis yang tumbuh menjalar 
mempunyai batang utama yang besar dan panjang menjalar. Pertumbuhan tanaman jenis ini selalunya cenderung mengarah ke sisi dimana pengeluaran buah kacang tanah berlaku pada ruas-ruas yang berdekatan dengan tanah (Sila lihat foto disebelah). Papa pun umumnya kacang tanah jenis ini mempunyai jangkamasa penanaman agak lama iaitu sekitar 6 bulan. Selalunya tahap kematangan buah jenis ini adalah berperingkat-peringkat. Jika dianalisa dimana jenis yang menjalar ini lebih banyak ianya digunakan untuk dijadikan bagi tujuan penanaman komersil disebabkan jenis ini lazimnya akan memberikan potensi hasil yang cukup tinggi. Jenis kedua iaitu Kacang Tanah Tumbuh Menegak pula dimana pokoknya mempunyai sistem cabang yang tumbuh menegak lurus ke atas. Biasanya jenis ini mada ciri pengeluaran buahnya (polong) pada ruas-ruas yang tidak jauh dari rumpun diperdunya sahaja. Jenis ini dilaporkan yang ada ditanam oleh petani di Malaysia. Jangkamasa penanaman kacang tanah jenis ini lazimnya adalah tidak terlalu lama iaitu sekitar 95 - 120 hari (3 bulan setengah). Selain itu buah kacang tanah jenis tumbuh menegak lebih cenderung masak dengan lebih seragam. 

Proses penyediaan tanah untuk tanaman kacang tanah merupakan satu aktiviti yang sangat penting bagi tujuan mendapatkan pertumbuhan terbaik  dan penghasilan berkualiti. Penyediaan kawasan perlu dipastikan dari jenis tanah gembut dengan sistem saliran dan pengairan terbaik. Bagi kaedah tradisional penyediaan tanah dilakukan dengan alatan seperti cangkul atau tajak akan tetapi bagi ladang komersil yang luas mereka akan menggunakan jentera moden didalan kerja penyediaan tanah sehingga proses penuaian hasil. Tanaman kacang tanah tidak tahan jika tenggelam dalam air pada masa hujan dan memang amat kririkal disediakan sistem saliran terbaik. Perlu dipastikan dimana sistem saliran ini 
agar tidak menimbulkan genangan air. Jika berlaku genangan air yang berlebihan maka kesannya pertumbuhan akan terencat atau pokok boleh juga mati. Penggunaan unsur baja seperti dolomit atau kapur pertanian sekitar 2 metrik ta sehektar atau jumlahnya dapat disesuaikan dengan keperluan dikebun dan disesuaikan juga dengan nilai pH tanah. Sebaiknya bagi kawasan kebun yang ada potensi tenggelam semasa hujan dibuat batas untuk penanaman dahulu. Batas dengan ketinggian 25-30 cm dan lebar 60-80 cm atau mengikut kesesuaian permukaan tanah adalah disyorkan. Pemberian baja organik dan baja asas tanaman semasa penyediaan batas tanaman juga amat disyorkan. Penggunaan jenis baja yang ada terkandung bahan seperti Bacillus subtilis dan bakteria seperti Micrococcus roseus sangat yang dapat memicu petumbuhan tanaman kacang tanah dengan lebih baik. Dari kajian mendapati dimana penggunaan keduanya mikrob ini adalah dilaporkan ia sangat berguna untuk meningkatkan kualiti tanaman kacang tanah agar lebih subur dan penghasilan semakin hebat. Artikel ini ditulis didalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM KACANG TANAH... BAGAIMANA...
BACA ARTIKEL INI... TEKNOLOGINYA ADA....
BENIH BERKUALITI... TANAMAN DIBAJA...
HASIL BERKUALITI... BILA CUKUP MASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Zulhijjah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...