Support My Blog

Saturday, September 10, 2022

BUAH-BUAHAN TEMPATAN - FAKTA RINGKAS (Part 2)

BUAH-BUAHAN TEMPATAN
merupakan jenis buah-buahan yang dihasilkan oleh sesebuah negara tersebut. Bagi penulis blog dimana seperti di Malaysia yang merupakan sebuah negara beriklim tropika yang kaya dengan buah-buahan tempatan selalunya boleh menikmati buah-buahan ini iaitu sepanjang tahun bagi buah tidak bermusim atau masa tertentu sahaja bagi buah yang keluar bermusim. Banyak jenis buah-buahan tempatan yang ditanam untuk pasaran domestik, pasaran eksport dan juga untuk diproses menjadi pelbagai produk lain berasaskan kepada buah-buahan. Buah-buahan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan buah-buahan tempatan seperti buah rambutan, manggis, durian, pisang, betik, langsat, mata kucing dan sebagainya. Antara contoh buah-buahan yang tidak bermusim seperti pisang, betik, jambu, nangka dan sebagainya. Manakala bagi jenis buah-buahan bermusim pula seperti rambutan, durian, langsat, duku, manggis, rambai dan sebagainya. Rakyat Malaysia adalah digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini masih segar dan berkhasiat. Kebanyakan buah-buahan ini baru dipetik dari ladang atau dusun yang dijaga rapi. Sudah tentu khasiatnya banyak kerana kandungan vitamin dan zat yang terdapat dalam buah-buahan tersebut masih terpelihara dan baharu.Buah-buahan tempatan juga mudah didapati atau boleh dibeli terutama pada musim buah-buahan. Harga buah-buahan tempatan juga jauh lebih murah jika dibandingkan dengan sesetengah jenis buah-buahan yang diimport. Tahukah pembaca blog ini semua dimana harga buah-buahan import ada yang harganya sehingga dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga buah-buahan tempatan dimana jika amalan mengambil buah-buahan tempatan ini meningkat maka Malaysia akan dapat menjimatkan wang pertukaran asing. Apa pun lazimnya buah-buahan tempatan juga tiada ada bahan pengawet yang boleh merbahayakan kesihatan. Kebanyakan buah-buahan yang diimport seperti buah epal disapu bahan pengawet supaya tahan lama. Oleh itu pengguna tempatan juga akan dapat mengelakkan risiko penyakit kesan toksik seperti keracunan makanan. Buah-buahan tempatan selalu mengandungi banyak vitamin dan zat yang diperlukan oleh manusia. Ada banyak kebaikan yang dapat kita perolehi pembaca semua sekiranya memakan buah-buahan hasil keluaran negara kita sendiri. Artikel petang Khamis ini dari aras 7 Hotel Meridian, Putrajaya saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta ringkas tentang buah-buahan tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Fakta ringkas lain yang perlu dijelaskan adalah dimana memang buah-buahan tempatan juga mempunyai kelebihan berbanding buah-buahan import kerana harganya yang berpatutan. Buah-buahan import lazimnya dijual pada harga yang agak mahal disebabkan kos logistik yang perlu ditampung oleh pembekal. Kos ini termasuk kos tuaian, kos pembungkusan dan kos rawatan dan kos penghantaran. Jika dikira dimana selalunya buah-buahan tempatan tidak memerlukan kos logistik yang banyak kerana bekalan boleh didapati secara dekat dan pasaraya sudah mempunyai ruangan khas bagi buah-buahan tempatan. Golongan usahawan tani dan peniaga juga lazimnya akan menjual secara terus dari ladang kerana masyarakat gemar untuk mendapat buah-buahan yang segar dan selalu mudah didapati. Buah nanas (Ananas commosus) antaranya adalah termasuk jenis nanas premium seperti Nanas MD2, Nanas Jambul Mas, Nanas Keningau Diamond dan beberapa lagi kini boleh didapati dimana-mana premis jualan dengan murah dan segar. Penulis blog sering membuat tinjauan penanaman dan penuaian serta jualan nanas MD2 diseluruh Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya scara tidak langsung logiknya harga akan menjadi lebih murah dan pembeli dapat menikmati buah yang segar dan berkualiti tanpa perlu berbelanja lebih. Bagaimana pun selalunya masyarakat tempatan akan memilih buah-buahan tempatan berbanding buah import kerana boleh mendapat harga yang murah serta kesegaran dan kualiti yang terbaik. 

Pengguna pada masa sebaiknya lebih mengenali akan kebaikan buah-buahan tempatan melalui capaian diinternet atau media lain yang semakin mudah didapati. Ilmu pengetahuan adalah akan dapat membantu pengguna lebih minat membeli buah-buahan tempatan dimana ini seterusnya akan membantu para petani, pemborong, penjual dan kesannya akan membolehkan pertumbuhan ekonomi domestik lebih baik. Selama ini berlaku keadaan dimana kadar kebergantungan bekalan makanan negara secara amnya mempunyai peratusan yang banyak terhadap bekalan import termasuk import pelbagai buah-buahan temperate. Andainya berlaku bencana atau pandemik bekalan makanan dunia di mana aktiviti import dan eksport mungkin terpaksa dihentikan maka kesannya adalah bekalan makanan negara akan berkurangan. Justeru itu bagi mencapai satu tahap tahap kecukupan makanan dan jaminan bekalan makanan dalam negara maka sebaiknya pemerkasaan bidang pertanian dan pembuatan makanan (food processing) perlulah dilaksanakan. Rakyat jelata boleh menyokong segala usaha meningkatkan bekalan makanan dengan mewujudkan permintaan yang banyak.  Cara dengan membeli buah-buahan tempatan akan dapat membantu perkembangan usahawan tempatan dan melonjak produk keluaran tempatan. Terkini dimana buah Durian (Durio zibethinus) yang dikenali sebagai raja segala buah semakin mendapat permintaan daripada negara luar termasuk ke negara China. Buah durian yang dahulu hanya diminati oleh pengguna tempatan sudah menjadi mahal terutamanya bagi varieti durian Musang King (D197) dan terkini Durian Duri Hitam (D200) dimana berlaku persaingan diantara pasaran domesti dan pasaran eksport. Kini makan durian Musang King sudah tidak murah lagi seperti sebelum buah-buahan ini dieksport. Faktur kenaikan harga bahan input seperti baja dan racun juga semakin membebankan petani yang terus mereka mengusahakan tanaman buah-buahan tempatan. Apa pun yang penting dimana kalau dahulunya buah tempatan hanya menjadi hidangan setempat tetapi ia kini sudah mempunyai nilai komersial dan berpotensi besar dalam segmen pasaran  antarabangsa. 

Kelebihan yang ada pada buah-buahan tempatan adalah jaminan kualiti dan aspek keselamatannya yang terjamin. Mungkin ada di antara pembaca blog yang tidak tahu-menahu bahawa terdapat penggunaan bahan kimia seperti natrium yang diaplikasikan kepada buah-buahan import. Kemungkian perkara ini dibuat adalah bertujuan pengeksport gunakan bahan kimia untuk dapat membantu mengekalkan kualiti buah-buahan yang terpaksa disimpan lama sebelum sampai ke target atau gerai jualan di pasaraya dan kedai. Sejak kebelakangan ini dilaporkan masih terdapat beberapa orang yang masih tidak bertanggungjawab yang menggunakan bahan kimia secara berlebihan dan tidak menepati piawai yang ditetapkan bagi mendapatkan keuntungan semata-mata. Akibatnya dimana ramai pengguna akan mendapat kesan dari segi kesihatan sama ada dalam jangka masa pendek atau jangkamasa yang panjang. Kalangan masyarakat tempatan mungkin tidak lagi mempunyai kesedaran akan kepentingan keselamatan makanan tetapi pihak berkuasa seharusnya bersikap proaktif dalam mengekang bahaya yang mengancam kesihatan rakyat. Di Malaysia sudah ada Skim MyGAP yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia dimana skim ini akan mempastikan amalan pertanian baik dilakukan untuk tujuan menghasilkan buah berkualiti. Skin ini akan menjamin buah selamat dimakan dan ada tracebility. Sebaiknya wajar untuk pengguna mengelakkan diri daripada risiko makanan yang tidak selamat dengan memilih produk atau buah-buahan tempatan. Sebagai kesimpulan dimana ada pelbagai kelebihan dan kebaikan buah-buahan tempatan yang akan diperoleh sekiranya kita kekal membeli dan bersama mencipta permintaan yang tinggi. Masyarakat Malaysia walau pun ada ramai yang masih mumpunyai stigma bahawa produk keluaran negara luar mempunyai kualiti dan khasiat yang lebih tinggi berbanding produk keluaran tempatan perlu diperbaiki lagi. Dikalangan generasi muda, kita seharusnya mengubah pemikiran tersebut dan bersik perlu dijalankan kempen lebih kerap dan seterusnya menyahut cabaran dalam membuktikan kebolehan usahawan tempatan. Semua pihak perlu sedar akan potensi buah-buahan tempatan serta mencari kaedah sesuai dan mekanisma terbaik dalam mengembangkan jumlah permintaan serta menyediakan infrastruktur yang lengkap untuk petani dalam membekal permintaan yang semakin bertambah. 
Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 sesuai untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna untuk dijadikan bahan rujukan pembaca blog anim agro semuanya. Wasallam!!...
BUAH-BUAHAN TEMPATAN... ADA FAKTA...
DISENARAIKAN... ADA BANYAK JENISNYA...
BUAH BERMUSIM... DURIAN ANTARANYA...
HARGA BERPATUTAN... MAMPU UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 712, 7th Floor, Le Meridien Hotel Putrajaya,
Lebuh 1RC, IOI, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Safar 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...