Dalam sektor pertanian memang penggunaan UV Light ini sudah dilakukan didam 'Vertical Agriculture Technology' dimana ia didakwa mampu meningkatkan pengeluaran hasil tanaman. Walau pun selama ini keberadaan matahari memberi banyak manfaat bagi kehidupan di bumi dengan pancaran sinarnya yang mana ia mengandung banyak manfaat. Bagaimana pun terkini diketahui dimana salah satu jenis sinar yang dipancarkan matahari adalah sinar ultra violet (UV) yang dikenal dengan sinar UV iaitu sebahagian sinar matahari yang tidak terlihat atau tampak oleh mata. Bagaimana pun dengan berdasarkan panjang gelombangnya dimana sinar UV dibagi menjadi tiga keadaan iaitu Sinar UV-A, Sinar UV-B (Medium wave) dan Sinar UV-C (Short wave). Sinar UV-C sebahagian besarnya akan dapat diserap oleh ozon akan tapi radiasinya dapat menimbulkan bahaya dan lebih banyak menimbulkan kerosakan. Kajian saintifik yang penulis blog dapat rujuk dilaporkan bagaimana antara manfaat daripada Sinaran Ultraviolet yang mana ia mempunyai beberapa kegunaan untuk kelangsungan kehidupan makluk dimuka bumi. paling asas adalah dilaporkan dimana bagi manusia Sinar UV ini adalah sebagai sumber alami vitamin D yang diperlukan bagi tubuh manusia. Bagaimana pun bagi haiwan dimana dengan adanya Sinar UV iaitu ia dilaporkan sangat membantu dalam meneruskan kehidupnya, membantu untuk haiwan mengesan sumber makanan yang sudah sedia dimakan (matang) dan juga dijadikan panduan untuk navigasi perjalanan seharian. Apa pun bagi tumbuhan pula dimana keberadaan sinar UV sangat membantu dalam menyediakan makanan tumbuhan melalui proses fotosintesis khususnya untuk tumbuhan yang mengandung daun berwarna hijau yang mengandungi klorofil. Bagaimana pun tanaman juga tidak boleh berlebihan terpapar sinar UV disebabkan ia akan mengakibatkan ganggauan dalam proses pertumbuhan tanaman. Itulah jga asas yang menyebabkan dimana para petani hidroponik selalu menanam dalam green house dengan menggunakan atap plastik UV.
Perlu penulis blog kongsikan bagaimana jika tanaman selama 24 jam diberikan dengan cahaya termasuk dengan cahaya sinar UV seperti yang pembaca semua mungkin pernah lihat dilakukan oleh petani komersil di Cameroon Highland, Pahang sudah menjadi konsep pertanian moden. Akhir-akhir ini banyak petani hidroponik menggunakan lampu UV bertujuan untuk menggantikan peranan sinar matahari yang hanya ada pada siang hari. Kajian menunjukkan dengan keberadaan lampu UV tanaman boleh cepat membesar dimana ia akan manjadikan hasil tanaman cepat dituai berbanding dengan kaedah konvensional yang biasa. Keberadaan cahaya pada waktu sepanjang siang dan malam membolehkan proses fotosintesis berjalan sepanjang masa dimana tanaman lebih cepat proses pertumbuhannya. Apa yang dilakukan didalam Rumah Struktur Pelindung Hujan (SPH) atau selalu orang panggil sebagai 'Green House' yang menanam secara fertigasi atau hidroponik akan dipasang dengan banyak lampu UV dengan kekuatan tertentu yang tentu saja disesuaikan keperluan khusus jenis tanaman mengikut pasaran. Secara teknikalnya dimana selama mana (malam hari) lampu tersebut dinyalakan maka gelombang sinar UV dipancarkan kepada tanaman dimana dengan demikian tanaman terus membesar dan fotosintesis berterusan makanan untuk mempercepatan proses kepada pertumbuhan tanaman (Sila lihat foto disebelah). Teknologgi Penanaman dengan Sistem Hidroponik akan dilengkapkan dengan air baja yang lengkap kandungan asas nutrien (baja) yang diperlukan oleh tanaman memang tersedia dengan sangat lengkap sentiasa diserap oleh akar jika ditanam dengan kaedah ini sama juga dengan sistem fertigasi. Teknik ini membolehkan tanaman akan lebih cepat tumbuhnya dan selalunya adalah lebih cepat dibanding dengan sistem gunakan cara hidroponik biasa. Teknologi ini juga terkini sudah dimodifikasi sehingga ada petani moden yang menanam tanaman makanan (sayuran dan buah-buahan tertentu) hanya didalam bangunan tertutup sahaja. Bangunan yang dibina juga beroperasi 24 jam tanpa didedahkan dengan sinaran cahaya matahari. Pada masa kini penulis blog mendatai memang amat mudah untuk membeli lampu UV dimana-mana dengan pelbagai jenis dan harga yang boleh disesuaikan dengan keperluan spesifikasi tanaman didalam bidangusaha tanaman dijalankan.
Penulis blog merujuk kepada satu laporan saintis oleh Marco Tedesco daripada University of Bristih Columbia yang bertajuk 'Rahsia Warna Ultraviolet Bunga Matahari Menarik Pendebunga Dan Memelihara Air' sesuai dikongsikan. K+Hasil kajian dinyatakan dimana bunga adalah salah satu contoh kepelbagaian alam yang paling menarik yang mana ia memaparkan pelbagai kombinasi warna, corak, bentuk dan bau. Kajian meliputi daripada bunga tulip dan bunga aster berwarna-warni kepada frangipani wangi dan gergasi, bunga mayat berbau busuk. Kepelbagaian dan kepelbagaian sangat mengagumkan dan ia dipertimbangkan orkid berbentuk itik. Apa pun dilaporkan tidak ramai manusia yang selalu dapat menghargai keindahan dan kepelbagaian bunga dimana ia secara literal tidak dimaksudkan untuk penglihata mata semua. Secara saintifik dimana kewujudan bunga adalah untuk menarik agen pendebungaan dimana pada deria merekalah bunga memenuhi ciri-ciri khusus untuk dikunjungi. Contoh yang jelas tentang ini ialah corak ultraviolet (UV). Banyak bunga mengumpul pigmen UV dalam kelopaknya yang mana ia akan membentuk corak yang tidak kelihatan kepada kita akan tetapi yang boleh dilihat oleh kebanyakan agen pendebunga seperti lebah, rama-rama dan sebagainya. Memang ada perbezaan penglihatan diantara apa yang manusia dapat lihat dengan apa yang dilihat oleh agen pendebunga amat ketara terutama pada bunga matahari. Walaupun status ikonik mereka dalam budaya popular (seperti yang disaksikan oleh penghormatan yang boleh dikatakan meragukan satu daripada lima spesies bunga dengan emoji khusus), mereka tidak kelihatan sebagai contoh terbaik kepelbagaian bunga. Selalunya apa yang biasa kita anggap sebagai bunga matahari tunggal sebenarnya adalah hanya sekumpulan bunga yang dirujuk sebagai proses perbungaan. Semua bunga matahari liar dimana ada kira-kira 50 spesies di Amerika Utara, mempunyai perbungaan yang hampir sama. Pada mata kita, li yangul mereka (kelopak yang membesar dan bercantum dari lingkaran terluar bunga dalam perbungaan bunga matahari) adalah seragam yang sama, kuning terang yang biasa. Walau bagaimanapun apabila dilihat dalam spektrum UV (iaitu dengan lihat di luar jenis cahaya yang dapat dilihat oleh mata kita) maka keadaannya agak berbeza. Bunga matahari mengumpul pigmen yang menyerap UV di dasar ligul. Di seluruh perbungaan dimana ia menghasilkan a Corak bullseye UV. Dalam kajian dijalankan saintis berjaya membandingkan hampir 2,000 bunga matahari liar dimana mereka mendapati bahawa saiz bullseyes UV ini berbeza-beza secara meluas. Spesies bunga matahari dengan banyak kepelbagaian yang paling melampau dalam saiz bullseyes UV adalah Helianthus annuus dan juga Bunga matahari biasa. Jenis bunga matahari H. annuus adalah relatif liar terdekat dengan bunga matahari yang ditanam dan merupakan bunga matahari liar yang paling banyak diedarkan dan akan tumbuh hampir di mana-mana antara selatan Canada dan di Utara Mexico. Manakala beberapa populasi H. annuus mempunyai bullseyes UV yang sangat kecil atau di dalam yang lain iaitu kawasan yang menyerap ultraungu meliputi keseluruhan perbungaan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BANYAK DIGUNA... DISELURUH DUNIA...
DALAM PERTANIAN... IA BERGUNA JUGA...
CEPATKAN TUMBESARAN... ADA HASILNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Safar 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.