Support My Blog

Tuesday, September 27, 2022

MEMBUAT BAJA KOMPOS - MUDAHNYA!

BAJA KOMPOS
(Compost) adalah sejenis baja organik yang boleh memperbaiki struktur tanah dan sesuai untuk digunakan untuk tanaman terutama tanaman makanan serta tanaman jenis jangkapendek seperti sayur-sayuran. Kompos adalah sejenis baja yang terhasil daripada proses pereputan sisa bahan organan seperti sisa tanaman, sisa dapur, sisa bahan buangan tumbuhan (rumput), najis haiwan dan sebagainya yang direputkan oleh mikroorganisma. Kali ini penulis blog akan berkongsi maklumat dengan pembaca mengenai baja kompos berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian mengenai baja kompos. Penulis blog yang mana pernah berkursus di Kyusei Nature Farming, Saraburi, Bangkok, Thailand selama 7 hari pada Ogos, 2005 untuk membuat pelbagai jenis kompos dengan menggunakan mikroorganisma jenis EM yang diperkenalkan oleh Professor Tareo Higa dari Jepun (Sila lihat foto paling bawah). Dalam membuat kompos antara aspek perkara utama ialah "Proses Pereputan" dimana proses ini adalah penting kerana ia berupaya menukarkan sisa organik daripada menjadi bahan pencemar alam kepada bahan yang berguna. Dalam proses ini beberapa tindakbalas berlakuu seperti pelepasan gas, penghasilan larutan pereputan, penghasilan haba, pembiakan mikroorganisma dan akhirnya menghasilkan baja kompos. Walau bagaimanapun kualiti baja kompos bergantung kepada cara membuatnya dan bahan-bahan yang digunakan. Perhatian perlu diberi ke atas perkara-perkara berikut untuk menghasilkan baja kompos yang lebih berkualiti. Artikel pada subuh ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya komgsikan teknologi bagaimana membuat kompos yang mudah untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Beberapa perkara asas dalam membuat kompos dan b
agaimana cara untuk buat baja organik yang paling murah dan mudah akan dibincangkan kali ini iaitu cara-cara pembuatan baja organik yang semua boleh ikuti. Seperti yang mungkina pembaca blog sedia tahu, terdapat pelbagai jenis baja berada di pasaran pertanian. Baja yang paling umum digunakan masyarakat adalah baja kimia. Pelbagai jenama boleh didapati di pasaran seperti Yara, Nitrophoska, Cock’s Head dan banyak lagi. Tetapi pada kebiasaannya jenama-jenama tersebut digunakan untuk projek pertanian yang berskala besar dan tahap komersial. Ini kerana semnua jenis projek berskala besar ini memerlukan kecekapan pengeluaran hasil dan keberkesanan kesannya terhadap tanaman dimana kaedah ini penggunaannya wajar untuk projek komersial. Bagaimana pun penulis blog yang banyak membuat tinjauan sektor pertanian terutamanya projek tanaman makanan mendapati dimana untuk penggunaan baja kimia ini memerlukan perbelanjaan besar kerana pembelian baja kimia dimana aspek ini amatlah memakan kos sehingga mencecah ratusan ringgit per beg seberat 50kg. Apa lagi di zaman pandemik covid19 dimana pergerakan manusia termasuk peniaga dan petani dan kedai menjual baja dirurup atau kurang rancak seperti sebelum pandemik ini. Kini ramai kalangan petani, penternak telah mengekuh kerana kenaikan kos bahan input seperti baja import dan makanan ternakan (jagung dan kacang soya) dimana ianya menyebabkan kos bahan makanan terus meningkat dan menjadi isu negara. Saya ada menulis banyak artikel mengenai kenaikan kos harga bahan kimia termasuk baja dimana ianya menyebabkan ramai petani tidak mampu untuk membeli baja kimia ini seperti sebelum pandemik dan isu kenaikan harga dan mereka perlu membayar sepenuhnya dengan harga sebegitu tanpa subsidi. Maka untuk mendapatkan pengeluaran hasil yang berkualiti adalah digalakkan agar pendekatan lain amalan agronomi pertanian perlulah dititikberatkan. 

Salah satu pendekatan yang sesuai untuk dijadikan sebagai alternatif lain dimana ada ramai petani yang telah mengimplementasikan penggunaan baja organik yang mana ianya boleh dibuat sendiri, lebih penjimatan dan ia mampu untuk memberikan hasil yang berkualiti dan bebas bahan kimia untuk pengguna yang mengutamakan cara pemakanan sihat. Dari pembelajaran yang saya ikuti dimana apa 
yang lebih baiknya lagi mengenai kaedah ini adalah dimana sumber bahan dan cara pembuatannya mudah didapati bahkan ada mungkin yang terdapat di dapur anda sendiri. Masalahnya adalah mungkin kesedaran dan teknologi yang mungkin ramai agak kurang tahu untuk membuatnya. Ramai yang sebelum meng=hadiri kursus membuat bja komppos akan terfikir bagaimana dan mudahkah cara pembuatannya. Cara-cara pembuatan baja organik sebenarnya adalah agak mudah, ringkas dan berkesan dilakukan asalkan ada kemahuan untuk membuatnya dan kemudian tahu bagaimana cara untuk tahu penggunaan yang betuk kepada tanaman. Umum tahu dimana harga barangan organik adalah berlipat kali ganda berbanding hasil bukan organik. Amatlah mahal bagi golongan umum. Namun begitu kalangan pengguna kini lebih memilih kepada sumber yang berkualiti, sihat dan bebas bahan kimia sebagai sumber makanan harian. Justeru itu amalan dan penggunaan baja organik mampu memberi jaminan hasil seperti yang kebanyakkan pengguna mahukan. Anggapan umum dilaporkan ada yang tidak selesa terhadap penggunaan baja kompos. Ini disebebkan cara ia dihasilkan secara organik dengan menggunakan bahan-bahan organik seperti sisa tanaman, sisa dapur, najis haiwan dan sisa ternakan sebagai media kompos. Baja ini dihasilkan melalui proses penguraian oleh mikroorganisma. Penguraian nutrien yang terdapat dalam bahan organik tersebut terbentuk hasil daripada proses yang ringkas iaitu penguraian oleh enzim,asid amino dan sebagainya.

Bagaimana pun diantara beberapa f
aktor penting dalam pembuatan Baja Organik atau Kompos perlu diambil kira untuk menghasilkan baja organik atua kompos yang berkualiti. Pertama adalah Kadar atau Nisbah bahan asas kompos dimana akhirnya ia mempunyai nisbah karbon-nitrogen yang tinggi (CN Ratio). Nisbah yang ideal bagi proses ini adalah dalam lingkungan 30:1 dimana ia bersamaan 30 bahagian sisa buangan samada sisa tumbuhan, hampas ataupun ternakan dengan tanah. Ianya bertujuan memberi keseimbangan nutrien yang sesuai bagi meransang aktiviti mikrooraganisma. Contoh bahan yang tinggi kandungan karbon adalah seperti dedaun kering, hampas kelapa serta habuk kayu. Biasanya apa yang penulis blog lihat dimana jenis bahan yang tinggi kandungan nitrogen (N) seperti rumput, kulit buah-buahan, dan sisa sayuran. Faktur Suhu (temperature) juga penting didalam pembuatan kompos ini selesai dan boleh digunakan setelah mencapai 60°C. Seterusnya perlu diperiksa adalah adalah faktur Kelembapan (humidity) dimana kadar kelembapan amat penting bagi meransang aktiviti kepada mikroorganisma dalam kompos iaitu kadar yang ideal bagi proses ini adalah sekitar 50%-60%. Keempat adalah faktur keberadaan Oksijen (O2) dimana proses penguraian dalam kompos memerlukan oksigen untuk meningkatan prestasi pertumbuhan mikroorganisma. Sekiranya oksigen menurun ianya akan menyebabkan proses penguraian terhenti. Sebaiknya langkah menggembur dan membalik-balikkan semula timbunan kompos perlu dilakukan untuk membaik pulihkan pengudaraan. Nilai kemasaman atau pH penting kerana proses ini menjadi sempurna pada pH berasid. Proses penguraian organik oleh bakteria, kulat dan actinomycetes menyebabkan keasidan pada kompos.

Ba
b
terakhir adalah mengetahui akan apakah kebaikan baja organik atau baja kompos didalam amalan agronomi. Pertama sekali adalah dimana kos pembuatannya lebih murah dimana bahan asasnya mudah didapati. Dengan ini akan berlaku penjimatan kos dapat dilakukan dengan baik. Baja kompos mengandungi nutrien yang lengkap dimana dengan cara penggunaan baja ini ianya didakwa akan mampu membaiki struktur tanah, mengoptimumkan kelembapan tanah, mengurangkan larut resap nutrien untuk kesan yang lebih berpanjangan, membaiki pengudaraan dan membaiki pengerakan air dalam tanah. Kandungan nutrien pada kompos juga memberi kesan secara perlahan untuk tempoh masa jangka panjang oleh akar tumbuhan. Disamping itu juga ianya meningkatkan keupayaan tanah untuk menyimpan nutrien pada baja tersebut untuk tempoh yang lebih lama. Oleh yang sedemikian, tidak memerlukan kekerapan program pembajaan kerana ianya mempunyai kandungan nutrien yang lengkap berbanding baja kimia. Dalam pembuatan kompos dimana bahan dan peralatan digunakan termasuk sisa tanaman (seperti rumput, sisa sayur, dedaun dan sebagainya), tanah hitam, air, sisa buah-buahan, sisa ternakan, kulit telur untuk tambahan unsur kalsium dengan kawasan sesuai untuk dijadikan sebagai tapak pengomposan. Alatan seperti jangkasuhu (termometer) dan beg plastik untuk simpanan kompos yang sudah sempurna disediakan. Kayu pancang sebagai penanda aras samada berlaku atau tidak proses penguraian. Alatan seperti pencakar dan penyodok akan digunakan bagi membalikkan kompos. Cara-cara membuat kompos mudah sahaja dimana perlu disediakan tapak untuk pengomposan terlebih dahulu samada ingin diproses di dalam lubang ataupun di tanah tanah bergantung pada pilihan anda. Sediakan bahan pengomposan (sisa tanaman, buah-buahan dan ternakan dicampur sekali sekurang-kurangnya sebanyak 1 kg) dan gaulkan bersama dengan tanah hitam sebanyak 150 gram menjadi sebuah timbunan. Kemudian disiram timbunan tadi dengan air sebanyak 1 liter. Bagi tujuan mendapatkan kuantiti kompos yang lebih banyak maka ulang langkah-langkah tadi sebanyak 3-4 kali. Dengan menggunakan alatan pancang kayu, pacak kayu tersebut ditengah timbunan. Ini bertujuan untuk mengenalpasti aktiviti penguraian dalam timbunan kompos tersebut. Sekiranya dalam timbunan tersebut terasa kepanasan dimana ini bermakna telah berlaku penguraian. Sekiranya pancang tadi dalam keadaan kering, siram air lagi bagi menambah kelembapan. Gemburkan dan menterbalikkan timbunan tadi berulang kali dengan mana ia menggunakan pencakar sehingga sebati. Lakukan setiap 3-4 minggu sekali sehingga media kompos itu menjadi reput. Biarkan selama 2 hingga 3 bulan sehingga proses tersebut selesai. Sekiranya proses pereputan telah selesai sebanyak 60%, adalah digalakkan menutupnya dengan plastik bagi mengelakkan daripada ditimpa hujan. Ini bertujuan bagi memastikan nutrien dalam kompos itu tidak dilarutlesapkan oleh hujan. Setelah tamat proses selama 3 bulan, gunakan penyodok untuk mengisi kompos yang telah matang ke dalam beg plastik untuk simpanan atau pun kompos ini boleh terus sedia untuk digunakan digunakan sebagai baja organik untuk tanaman. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
BAJA KOMPOS... BAJA ORGANIK SAMA...
BAHAN DISEDIAKAN... DIGAUL CARANYA...
DIBALIKKAN SELALU... SERING PERIKSA...
SUDAH MENJADI... TANAMAN DIBERINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 JamadilAkhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...