Support My Blog

Wednesday, September 14, 2022

TAPAI PULUT - ENAKNYA!!!

TAPAI PULUT 
merupakan sejenis makanan tradisional yang agak popular dan dihidangkan dalam majlis tertentu dinegara kita Malaysia dimana ia dahulu amat digemari dikalangan penduduk pantai timur terutamanya di Terengganu dan Kelantan tetapi kini sudah boleh dimakan di negari lain. Bagi penulis blog sering menikmati tapai pulut di benerapa buah restoren atau kedai makan di seluruh negara semasa makan tengahari yang ada diletakkan diatas meja. Selain daripada tapai pulut yang dibungkus dengan daun getah, ada juga tapai pulut yang dibungkus dengan daun pisang, daun hutan dan terkini banyak dikomersilkan didalam bekas plastik sahaja. Apa pun ia mudah dibuat sendiri dirumah asalkan mempunyai bahan yang mencukupu (termasuk ragi) dan pengalaman atau ilmu untuk membuatnya. Bahan utama yang digunakan untuk membuat tapai pulut adalah sama ada daripada bahan beras pulut putih atau beras pulut hitam dan pastinya bahan ragi. Beras pulut ini perlu dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya dicampurkan dengan serbuk ragi. Kemudian proses yang kritikal adalah apabila nasi pulut yang dicampur dengan ragi ini dibungkus di dalam daun khas (pelbagai jenis daun yang ada didaati disekeliling kampong) dan kemudiannya diperam atau ditapaikan (ferentation process) untuk selama beberapa hari sehingga menghasilkan rasa masam manis. Tapai pulut yang sudah sedia untuk dimakan ini biasanya 'berair' yang amat manis dan melekit. Di Melaka dimana penulis blog selalu jumpa makanan tapai pulut dan agar-agar merah ada dihidangkan dalam majlis jamuan perkahwinan kepada para tetamu. Memang menjadi kegemaran penulis blog untuk ujirasa tapai pulut jika ada dihidangkan didalam majlis perkahwian dimana sahaja. Artikel tengahari Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat mengenai tapai puut untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog semua.

Proses membuat tapai pulut sebenarnya satu proses yang sangat mudah dan ianya senang dilakukan sendiri dirumah. Bahan asas yang diperlukan adalah beras pulut - sama ada pulut biasa berwarna putih atau pulut hitam (1kg), Ragi, Daun Pisang atau Daun Getah (mengikut yang mana lebih mudsh didapati) atau bekas plastik sushi atau bekas plastik puding, besen serta lidi kelapa atau stapler (penggunaan stapler mudah tetapi tidak dibenarkan dibawah Akta Keselamatan Makanan). Cara membuat tapai pulut dengan membasuh sehingga bersih beras pulut dan direndam sebentar. Bagi mendapatkan hasil nasi pulut yang baik adalah disyorkan untuk mengukus beras pulut didalam pengukus sehingga cukup masak. Angkat nasi pulut tersebut dan dimasukkan kedalam besen untuk diuli. Kemudiaan di masukkan kedalam pengukus semula untuk dikukus bagi keli kedua pula sehingga lembut. Kemudian diangkat nasi pulut dan dimasukkan kedalam besen atau talam dan disejukkan untuk satu jangkamasa. Setelah dibiarkan selama 30 minit - 1 jam dan sudah sejuk maka ia sesuai untuk dibubuh ragi. Ragi perlu ditapis dan digaulkan sehingga merata diseluruh bahagian permukaan pulut. Sebaiknya diterbalikan adunan plut untuk ditaburkan lagi ragi agar semuanya terkena bahan ragi dengan baik. Bahan pembalut dari daun atau pun acuan plastik perlu dibersihkan dengan kain lap agar tidak akan berlaku pencemaran semasa penapaian. Ambil nasi puut yang sudah diragi dengan menggunakan sudu bersih dimasukkan kedalam pembalut daun atau bekas plastik dengan sukatan sesuai dengan saiz daun atau bekas plastik. Bungkusan daun dilipat kemas sebelum dicucuk dengan lidi kelapa (atau stapler) dan daun yang berlebihan dikemaskan dengan cara mengguntingnya. Proses penapaian dilakukan dengan mengisi semua tapai pulut tersebut didalam dulang atau besen besar dan perlu ditutup dengan dun berlebihan atau kain bersih atau bahan penutup lain yang sesuai (jangan kedap usara). Jangkamasa penapaian adalah sehari semalam TANPA diganggu dengan membukanya sebelum waktu tersebut kerana ia akan mengganggu proses penapaian. Apabila sudah jadi dilihat beras pulut berbau wangi, berair, tekstur yang lembut dan berwarna keputihan atau kehitaman yang enak baunya. Taai pulut ini suda boleh dihidangkan untuk dinikmati.

Tapai merupakan sejenis makanan organik yang sihat dimaka terutama mereka tiada masaalah diabetik. 
Seperti yang pembaca semu anda ketahui, proses pembuatan makanan tradisional ini adalah dengan penggunaan kulat dan bakteria sebagai mana makanan fermentasi yang lain. Pun begitu, anda tidak perlu takut akan mikrob-mikrob ini kerana ia tidak akan mendatangkan kesan negatif kepada anda, malahan boleh berfungsi memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan kita. Tapai adalah kaya dengan sumber probiotik dimana makanan tradisional ini dikatakan sangat kaya dengan sumber probiotik. Ini adalah fitur utama dalam makanan yang dihasilkan melalui proses fermentasi lain seperti tempe, yogurt atau kimchi. Proses ini menggunakan pelbagai mikroorganisma yang baik dan boleh berfungsi untuk melawan bakteria jahat yang wujud di dalam sistem penghadaman. Selain itu, ia juga dikatakan mampu meningkatkan sistem imun dalam tubuh badan. Kehebatan khasiat ke 2 dimana tapai akan membantu melancarkan sistem penghadaman dimana kini makanan tradisional ini dikatakan sebagai “superfood” yang sangat bagus untuk sistem penghadaman kita. Proses fermentasi bukan sahaja akan menghasilkan probiotik, malahan juga meningkatkan asid laktik, yang sangat bermanfaat untuk memperbaiki sistem pencernaan dengan membunuh kesemua bakteria jahat dan membenarkan bakteria baik untuk berfungsi dengan lebih baik. Pengambilannya boleh membuang toksik di dalam badan sekali gus mengelakkan masalah sembelit. Tapai juga membantu menguatkan tulang dan gigi ekoran kandungan mineral seperti kalsium dan fosforusnya yang tinggi. Sama seperti produk tenusu yang lain, pengambilannya yang kerap dapat memberi kesihatan tulang dan gigi yang kuat. Tapai khaiatnya ke 4 adalah membantu menstabilkan suhu tubuh badan terutama sekiranya pembaca blog sedang mengalami demam biasa maka pengambilannya mungkin akan dapat membantu untuk menstabilkan suhu dalam darah dan kulit anda. Ke 5 dimana tapai akan membantu memberi tenaga kepada tubuh badan dimana ia dikatakan mampu membantu memberi tenaga kepada tubuh badan kita. Ini kerana ia mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi, dan akan mendatangkan kesan yang sama seperti memakan nasi atau makanan berkarbohidrat yang lain. Ia mampu menjadi punca tenaga untuk tubuh badan serta membantu memisahkan protein untuk diberi kepada sel-sel tubuh badan. Selain itu, ia juga sangat membantu dalam menguraikan lemak dan kolesterol dalam tubuh badan dan ditukarkan menjadi tenaga. Kesannya, tubuh badan kita akan menjadi lebih bertenaga. Khasiat ke 6 adalah tapai dapat membantu memperbaiki sistem neuron dan otot dimana makanan tradisional ini dikatakan mampu memperbaiki sistem neuron dan otot kita. Disebabkan ia diperbuat melalui proses fermentasi, ia akan menghasilkan thiamin, yang berfungsi untuk membantu memperbaiki sistem neuron serta otot. Disebabkan itu, tubuh badan kita akan berasa lebih cergas. Ke 7 adalah dakwaan dimana tapai akan dapat membantu merawat masalah jerawat. Kaedah secara  tradisional untuk merawat masalah jerawat kerana ia juga didakwa mampu membantu meneutralkan kandungan toksik yang wujud di dalam pori-pori pada kulit muka anda. Kekotoran ini sebenarnya merupakan punca utama kulit anda sangat mudah dijangkiti masalah jerawat. Jadi, apa salahnya jika anda mula menggantikan snek tidak sihat anda itu dengan tapai? Sudah pasti ia lebih sedap malah lebih sihat. Ke 8 adalah tapai akan membantu mengelakkan anemia dimana makanan tradisional ini dikatakan mampu membantu individu mengelakkan anemia. Penyakit ini berlaku disebabkan oleh kurang sel darah merah yang menjadikan tubuh badan lemah dan tidak bertenaga. Disebabkan itu, pengambilannya yang sangat kaya dengan pelbagai jenis vitamin B seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B12 (cobalamin) dan vitamin B9 (asid folik) yang diperoleh semasa proses fermentasi adalah sangat penting. Vitamin ini sangat membantu dalam menyokong lebih banyak proses penghasilan sel darah merah sekali gus membantu didalam mengelakkan anemia. Khasiat ke 9 adalah dimana tapai akan membantu mengelakkan hipertensi. Makanan tradisional ini dikatakan mampu membantu individu mengelakkan hipertensi. Penyakit ini adalah salah satu daripada penyakit berbahaya yang mampu mendorong kepada penyakit lain seperti strok atau sakit jantung. Disebabkan itu, pengambilannya yang merupakan sumber potasium yang tinggi mampu membantu mengawal tahap tekanan darah dan degupan jantung sekali gus membantu mengelakkan hipertensi. Khasiat tapai ke 10 adalah dimana ia membantu mengekalkan kesihatan kulit kerana ia mempunyai ciri-ciri antiradang yang sangat membantu dalam mengurangkan iritasi pada kulit sekali gus menjadikannya lebih cantik. Khasiat ke 11 adalah dimana makana ini akan membantu mencegah pembentukan sel kanser. Makanan tradisional ini dikatakan mampu melawan pembentukan sel kanser. Ini kerana ia mengandungi kandungan asid laktik yang dipercayai mampu membantu mencegah pembentukan sel kanser di dalam tubuh badan kita. Akhir sekali yang ke 12 dimana makanan ini adalah dilaporkan sesuai dimasukkan ke dalam menu diet harian. Makanan tradisional ini adalah sangat rendah lemak dan ia juga memang mengandungi kandungan karbohidrat dan serat yang tinggi yang mampu membantu melancarkan lagi sistem penghadaman anda. Ini membuatkan ia sangat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan dalam menu diet anda.

Kisah bagaimana 'Teknik gaul adunan penentu rasa tapai' dalam portal hmetro.com wajar dijadikan sebagai rujukkan. Tapai pulut atau lebih dikenali oleh masyarakat setempat dengan panggilan ‘Tapai Tok Imam’ yang diusahakan Mohd Nadzri Mat Daud (62 tahun) diproses secara tradisional yang diwarisi dari neneknya di Kampung Pulai Chondong di Machang, Kelantan. Beliau percaya teknik menggaul adunan pulut dan ragi adalah penentu keistimewaan rasa tapai yang dihasilkannya kerana di situ dia titipkan resipi warisan nenek moyangnya. Menariknya Tapai Tok Imam masih mengekalkan cara lama iaitu dibungkus menggunakan daun getah yang boleh menghasilkan aroma yang istimewa. Selain daun getah yang berkualiti, lidi kelapa digunakan untuk mengemaskan balutan tapai. Dia yang memulakan perniagaan tapai pulut untuk membantu ekonomi keluarganya yang kurang stabil kira-kira 27 tahun lalu ternyata tidak sia-sia apabila juadah itu kini menjadi sumber pendapatan utamanya. Bagi imam Masjid Mukim Laha, Pulai Chondong telah mendapat ilham untuk terjun ke dalam perusahaan tersebut selepas melalui satu kawasan hutan yang mempunyai banyak pokok getah sebelum terfikir olehnya bahawa daun getah boleh "dijadikan" duit. Dia kemudian belajar proses membuat tapai daripada arwah neneknya dan selepas itu, dia tidak menoleh ke belakang lagi mengusahakan perniagaan yang dikenali masyarakat setempat sebagai 'Tapai Tok Imam.' Terdapat dua jenis tapai pulut yang dibuat iaitu tapai pulut putih dan tapai pulut hitam. Harga semasa kedua jenis ini berbeza iaitu untuk 100 biji pulut putih dijual pada harga RM35 manakala pulut hitam RM40. Tapai Tok Imam ini masih mengekalkan cara lama iaitu dibungkus menggunakan daun getah yang boleh menghasilkan aroma yang istimewa. Selain daun getah yang berkualiti, kami guna lidi kelapa bukan 'stapler' untuk mengemaskan balutan tapai. 
Sekiranya terlebih sukatan bahan seperti ragi dan gula akan menjejaskan tahap masak tapai tersebut. Tapai yang sudah masak iaitu selepas proses peram, mampu bertahan selama satu hingga dua bulan sekiranya diletak di dalam peti sejuk. Tugas pekerja hanya dalam kalangan keluarga yang sentiasa bertungkus-lumus menyiapkan tempahan, pesanan pernah menjangkau 10,000 biji sehari. Tempoh pembungkusan tapai agak lama, bagi satu talam yang mengandungi 2.5 kilogram adunan pulut memerlukan satu hingga satu jam setengah untuk disiapkan oleh dua orang tenaga pekerja. Kini dia sudah meluaskan pasaran bukan sahaja di Kelantan malah turut terkenal di Pahang, Terengganu, Selangor, Perak dan Kedah. Cabaran menghasilkan tapai ini tetap ada dimana sebagai contoh untuk mendapatkan daun getah terpaksa memasuki hutan-hutan yang boleh mengundang risiko tinggi dan ada ketika terputus bekalan beras pulut daripada pembekal yang sedia ada, menyebabkan terpaksa menggunakan beras pulut yang mahal. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology yang ke 7,151 kali ini. Wasallam!!!...
TAPAI PULUT... MUDAH BUATNYA...
DIKEDAI MAKAN... BELI SAHAJA...
MEMANG MANIS... HEBAT AROMA...
MAKANAN TRADISI... RAMAI SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(17 Safar 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...