Support My Blog

Thursday, September 15, 2022

PENOREH GETAH SEMAKIN 'TERSEPIT'?

PENOREH GETAH
di Malaysia kini semakin tersepit akibat harga yang tidak menentu?. Beberapa media utama tempatan telah melaporkan pada pertengahan September 2022 dimana menyatakan bahawa kini 'Penoreh Getah Semakin Tersepit' didalam kehidupan harian mereka. Antara portal tersebut adalah utusan.com dari Kota Baru, Kelatan yang menyatakan dimana akibat k
ejatuhan mendadak harga getah di pasaran membuat golongan penoreh di negeri tersebut kini semakin ‘tersepit’ selain berdepan dengan perubahan cuaca tidak yang menentu serta peningkatan kos sara hidup ketika ini. Penuis blog juga mendapati disepanjang tahun 2021 dan 2022 dimana kesan La-Nina menyebabkan hujan yang berterusan sepanjang bulan sehingga menyebabkan jumlah hari meroreh getah hanya beberapa hari sahaja didalam seminggu atau sebulan. Situasi itu tersebut menyebabkan ada dilapor dalam kalangan penoreh memilih untuk mereka ‘menggantung’ pisau toreh selepas hasil jualan komuditi itu tidak setimpal dengan keringat yang dicurahkan ketika ini. Para pekebun kecil dan penoreh getah di Kampung Kubang Badak sebagai contoh iaitu Che Mat Yusof (75 tahun) mendakwa dimana dia luahkan perasaannya kini menjadi bercampur baur pada setiap kali mahu keluar menoreh selepas mengetahui pendapatan yang bakal diperolehi tidaklah seberapa (Sila lihat foto diatas). Oleh kerana tidak ada pilihan lain maka dia tetap menggagahkan diri keluar sejak awal pagi untuk menoreh memandangkan ini adalah satu-satunya punca pendapatannya. Dakwanya dimana pada setiap dua minggu sekali saya akan mengutip hasil dan memperolehi RM500 sahaja dengan pada masa laporan artikel ini ditulis dimana dengan harga sekarang ini maka dia hanya memperoleh RM250 sahaja. Harga getah terlalu rendah dan dia keluh kesah macam mana penoreh getah hendakhidup dan keadaan bertambah susah sekarang disebabkan musim hujan dan harga barangan keperluan harian semakin meningkat. Contohnya harga minyak masak, makanan asasi lain dan sebagainya yang naik memang membebankan keluarganya. Seorang lagi penoreh lgetah dikampung tersebut isitu Mek Yeh Zakaria (65 tahun) pula beritahu dan masih berharap kerajaan dapat memberi bantuan racun dan baja untuk berdepan dengan kejatuhan harga getah ketika ini. Dia minta diberikan belas kasihan kepada orang-orang kampung yang mencari rezeki sebagai penoreh getah dengan keadaan ekonomi semasa serta kenaikan harga barang. Dia masih berharap agar kerajaan dapat membantu menetapkan harga lantai yang munasabah bagi memastikan harga getah terus stabil. Utusan Malaysia sebelum ini ada melaporkan dimana ketidaktentuan harga getah di pasaran yang disifatkan masih di tahap rendah terus menghantui lebih 200,000 pekebun kecil getah seluruh negara. Dilaporkan dimana harga komoditi itu sudah hampir dua bulan mengalami penurunan mendadak daripada harga RM3.20 sekilogram membabitkan getah beku kepada RM2.30 sekilogram ketika artikel ini ditulis. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" pada subuh ini saya kongsikan isu ramai penoreh getah yang 'tersepit' akibat pendapatan rendah disebabkan harga getah dan cuaca yang tidak menentu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Tanaman getah (Hevea brazilliensis) di Malaysia merupakan industri yang memang penting selepas tanaman Kelapa Sawit. Sejarah getah di Malaysia bermula apabila pada tahun 1870'an dimana sebanyak 70,000 biji benih dibawa dari Brazil. Ianya dibawa ke London dan bakinya dibawa ke Ceylon dan akhirnya ke Malaysia (pada ketika itu dikenali sebagai Malaya) serta kawasan Asia Tenggara. Penanaman pokok getah berkembang dengan pesat dimana sejumlah besar kawasan hutan ditebang untuk penanaman pokok getah. Keadaan ini berterusan sehingga menjadikan negara Malaysia sebagai diantara kawasan penanaman pokok getah terpenting di dunia. Industri getah memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Sumbangan yang tinggi dalam industri ini memberi kesan kepada perubahan landskap serta corak pertumbuhan ekonomi Malaysia. Meskipun begitu, selepas peralihan fokus ekonomi daripada sektor primer kepada orientasi eksport terutama dalam aktiviti pembuatan, transformasi struktural ini memberi kesan terhadap sektor pertanian termasuklah industri getah. Daripada menjadi pengeluar utama getah asli di dunia pada tahun 1970an sehingga 1980an, Malaysia telah kehilangan kedudukannya dan kalah kepada negara jiran yang turut merupakan pesaing iaitu Thailand dan juga Indonesia. Semenjak dari itu dilaporkan dimana tahap pengeluaran getah dilihat lebih kepada corak yang semakin berkurangan. Namun begitu aktiviti pengeluaran getah kekal sebagai salah satu komponen dalam ekonomi. Hasil dari perkembangan proses perindustrian maka pengeluaran getah mendapat peranan baru iaitu sebagai menawarkan bahan mentah untuk pengeluaran produk berasaskan getah serta kayu getah. Apa pun pada penulis blog dimana secara ringkasnya, keluasan penanaman pokok getah telah berkurang sebanyak 28.1% daripada tahun 2000 hingga tahun 2010. Iaitu daripada 1.43 juta hektar kepada 1.03 juta hektar. Penurunan yang lebih signifikan dilihat dalam sektor ladang atau estet dengan pengurangan sebanyak 49.67 peratus menjadikan keluasan bagi tanaman getah ladang atau estet pada tahun 2010 pada paras 61,100 hektar berbanding pada tahun 2000 iaitu pada paras 123,780 hektar. Namun begitu masih tetap berlaku peningkatan eksport getah Malaysia iaitu sebanyak 22.54 peratus daripada 548,235 tan pada tahun 2000 kepada 707,793 tan pada tahun 2010 (Sumber: Lembaga Getah Malaysia, 2011). Penurunan keluasan penanaman pokok getah adalah disebabkan berlakunya minat yang tinggi dikalangan pekebun kecil dan estet terhadap sektor kelapa sawit yang dianggap memberi pulangan lumayan serta harga pasaran yang tinggi. Keadaan ini secara langsung memberi kesan keatas jumlah keluasan tanah sebelumnya ditanam dengan pokok getah telah beralih kepada aktiviti penanaman kelapa sawit apabila pokok getah dilaporkan mencapai tahap kematangan atau dikategorikan sebagai 'pokok tua'. 

Penulis blog juga sempat balik kampong di Daerah Tangkak (dulu Daerah Muar) bagi bertanya saudara mara dan penduduk kampong yang masih ramai menoreh getah. Kini sudah ramai penoreh getah yang 'bercuti' kerana pendapatan dari menoreh getah sudah 'tidak berbaloi' seperti dahulu kala. 
Penghasilan yang berkurangan serta harga lantai getah sekerap yang terlalu rendah meletakkan penoreh dan pekebun kecil getah berada dalam 'golongan miskin'. Dalam satu lawatan ke Daerah Segamat pula dilaporkan dimana rata-rata pekebun kecil dan penoreh getah di sekitar Labis yang ditemui menzahirkan harapan agar mereka menjadi antara golongan yang diberi perhatian oleh kerajaan dalam perancangan Belanjawan 2022 yang dijangka bakal dibentangkan di Dewan Rakyat pada penghujung bulan Oktober 2021 ini. Bagi salah seorang dari penoreh getah Laham Mohd. Yassin (61 tahun) mendakwa dimaa walaupun pahit, penoreh getah terpaksa menerima hakikat kehidupan mereka ketika ini ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang berikutan harga getah yang hanya berlegar di bawah paras RM3.00 sekilogram sejak hampir 10 tahun kebelakangan ini. Dia berharap kerajaan mengkaji semula penetapan harga lantai getah sekerap yang ditetapkan pada kadar RM2.50 ketika ini kerana nilai tersebut adalah terlalu rendah dan tidak mampu membantu pekebun kecil dan penoreh getah memperolehi pendapatan yang mencukupi. Dengan harga semasa sekitar RM2.70 atau lebih rendah bagi setiap kilogram getah sekerap ketika ini maka jumlah pendapatannya secara purata hanya sekitar RM600 hingga RM700 sahaja sebulan dan jumlah ini adalah di bawah paras kemiskinan kebangsaan katanya semasa ditemui. Lebih buruh lagi dia kini menoreh getah di kebun salah seorang penduduk kampung di Kampung Juaseh Labis, Johor dan hasilnya perlu dibahagi kepada tuan tanahnya. Ramai yang tidak faham seorang penoreh getah hanya boleh menoreh sekitar 10 hingga 12 hari sahaja sebulan kerana faktor cuaca selain pokok getah tidak boleh ditoreh setiap hari dan ia juga sebaliknya perlu 'direhatkan' satu atau dua hari selepas torehan sebelum boleh ditoreh semula. Kini kebanyakan pekebun kecil di Labis memang sudah lanjut usia dan mereka terpaksa mengupah orang lain untuk mengerjakan kebun mereka di mana hasil jualan kebun akan dibahagi dua antara pemilik kebun dengan pekerja. Selepas dibahagi dua maka hasil pendapatan mereka hanya sekitar RM50 bagi sekali torehan dan selepas dikali dengan jumlah hari menoreh iaitu maksimum 12 hari sebulan maka pendapatan mereka tidak lebih RM700 sebulan di mana jumlah tersebut jauh daripada mencukupi untuk menyara keluarga. Penoreh getah lain iaitu Bedrul Hisham Talib (61 tahun) yang menyifatkan kini penoreh getah sudah terlalu lama 'mengikat perut' turut mengharap berita gembira kepada penoreh getah semasa pembentangan belanjawan tahun 2022 nanti. Katanya, dia tidak mahu penoreh dilabel sebagai 'peminta sedekah' yang mengharap bantuan jangka pendek berbentuk 'ikan' daripada kerajaan, sebaliknya apa yang diharapkan adalah 'joran pancing' yang bersifat penyelesaian jangka panjang dan menyeluruh seperti penyediaan dana bagi menstabilkan harga getah pada paras harga lantai yang lebih munasabah iaitu melebih RM3.50 sekilogram. Dia tidak menafikan pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan oleh kerajaan kepada penoreh getah melalui Pihak Berkuasa Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (Risda) selama ini hasil dana cukai ses pengeluaran getah yang dikenakan kepada industri getah negara seperti bantuan tanaman semula, namun apa yang lebih diharapkan pada belanjawan kali ini adalah usaha menstabilkan harga komoditi tersebut yang dilihat mampu mengeluarkan penoreh getah dari kepompong kemiskinan. Rakannya iaitu Abdullah Chandi (80 tahun) pula menyifatkan nasib pekebun getah di sekitar Segamat, Johor umumya dan dikebanyakan kampung lebih malang berbanding rakan mereka di kawasan lain kerana penoreh getah di sini sudah lama dibelenggu masalah penyakit daun getah yang telah menyebabkan daun getah luruh berulang kali dalam tempoh setahun berbanding kebiasaannya hanya sekali setahun. Apa pun pada setiap kali selepas daun luruh pucuk baharu akan tumbuh di mana ketika itu hasil torehan akan merosot hingga 50 peratus berbanding keadaan biasa ketika daun getah matang. Lazimnya tempoh untuk pucuk getah matang semula setiap kali selepas berlaku proses daun luruh memerlukan masa kira-kira dua bulan sebelum hasil pengeluaran pulih seperti biasa. Pembaca blog boleh bayangkan jika dalam tempoh setahun berlaku dua atau tiga kali daun luruh, maka sepanjang tahunlah penghasilan kebun kami berada pada paras yang terlalu rendah dan boleh dikatakan kami jarang merasa hasil maksima kebun kami disebabkan penyakit ini yang sudah berlarutan lebih 10 tahun. Ramai penoreh getah dikawasan tersebut kini semakin bimbang dengan nasib penoreh getah yang semakin terhimpit kerana bukan sahaja terpaksa menghadapi nusim tengkujuh tidak lama lagi, malah kejatuhan harga getah serta penyakit daun luruh yang perlu diberi perhatian segera oleh pihak berwajib bagi menbela nasib kami.

Beralih kepada media lain yang juga ada melaporkan dimana 'Penoreh Getah Semakin Tertekan' iaitu kisah dari Jerantut, Pahaang. Dilaporkan dimana k
erajaan dicadang menaikkan harga getah sehingga RM5 sekilogram supaya ia selari dengan keadaan ekonomi semasa dan harga barangan yang terus mengalami kenaikan sekali gus membebankan pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah. Pada masa sebelum ini sebelum artikel diitulis dimana harga getah antara RM3.20 ke RM3.40 sekilogram hanya membolehkan penorehnya memperoleh pendapatan sekitar RM1,000 ke RM1,500 sebulan bergantung kepada jumlah hasil diperoleh. Apa pun kadar kenaikan tersebut dapat membantu dan membolehkan lebih ramai penoreh getah keluar dari garis kemiskinan kerana harga getah sekerap jauh lebih rendah berbanding kelapa sawit sekali gus mewujudkan jurang yang besar antara pengusaha kebun getah dan kelapa sawit. Dakwa mereka tidak hanya itu dimana ramai penoreh getah juga berharap agar kerajaan dapat menyediakan bantuan baja dan racun memandangkan harga dua bahan tersebut semakin meningkat. Pekebun dan penoreh getah di Kampung Paya Garuk, Jerantut termasuk En Mat Dilu Selat (75 tahun) juga mendakwa harga getah yang rendah selain hasil yang sedikit menyukarkan pekebun untuk membeli racun dan baja yang dikatakan semakin mahal. Harga getah yang mereka dapat dari peraih adalah sekitar RM3.20 hingga RM3.40 sekilogram dan dengan hasil yang sedikit, pendapatan sebulan yang kami peroleh tidak sampai RM1,000 sebulan. Dengan pendapatan yang diperoleh tidak cukup untuk kami membeli racun dan baja untuk meningkatkan hasil getah kerana ia hanya cukup untuk belanja seharian kami sekeluarga. Bagi seorang lagi penoreh getah bernama Asmah Othman (61 tahun) pula nyatakan dan dia merayu agar pihak kerajaan akan dapat mengambil berat akan kebajikan pekebun dan penoreh getah. Dakwanya lagi dimana sekarang semua harga barangan juga sudah naik dan kami tidak dapat bergantung sepenuhnya mata pencarian kami dengan menoreh getah. Walaupun harga getah dikatakan lebih mahal dari sawit mengikut kilogram namun sebenarnya hasilnya tidak sebanyak sawit, tambahan pula pelbagai halangan terpaksa dihadapi termasuk cuaca yang tidak menentu membuatkan penoreh getah tidak dapat meraih hasil yang banyak. Sekarang ini banyak hujan walau pun bukan musim tengkujuh dimana ramai penoreh langsung tidak dapat ke kebun untuk menoreh getah. bago raaknnya iaitu Pn Norfazila (30 tahun) beritahu dimana dengan keluasan kebun sekitar 0.8 hektar miliknya itu tidak cukup untuk menyara kehidupannya sekeluarga. Sebulan dapat tidak sampai RM1,000 dan ia sememangnya tidak cukup untuk menyara kehidupan kami sekeluarga apatah lagi hendak membeli keperluan untuk kebun. Dia yang dia pernah terdetik hendak menggantikan tanaman getahnya kepada tanaman sawit yang lebih menguntungkan kini namun terpaksa juga membatalkan hasratnya itu setelah memikirkan tanaman getah warisan keluarganya itu yang telah berjasa selama sekitar 20 tahun. Katanya kalau ikutkan memang ada terfikir nak tanam sawit akan tetapi masih sayang pula sebab kebun getah ini sudah lama diusahakan oleh keluarga. Selain itu dikampong tersebut juga terpaksa memikirkan pelbagai faktor lain seperti gangguan gajah dan lain-lain yang boleh berlaku. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PENOREH GETAH... SUDAH MERANA...
HARGA RENDAH... SERING HUJAN PULA...
PENDAPATAN... DIBAWAH MISKIN RATA2...
KERAJAAN DIHARAP... BANTU MEREKA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Taman Cendana, Bukit Beruang,
Bandaraha Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(18 Safar 1444H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...