Support My Blog

Monday, September 26, 2022

ISU MENGENAI MAKANAN PROSES

MAKANAN PROSES
(processed food) kini merupakan satu produk yang dijana daripada pelbagai makanan asas yang sinonim dengan masyarakat moden diseluruh dunia. Walau pun ianya disediakan dengan pelbagai teknologi moden didalam penyediaan makanan proses akan tetapi masih ada risiko mengenai keselamatan makanan dan kesannya terhdap kesihatan yang terus didebatkan tanpa henti. Biasanya makanan proses adalah sedap, mudah dibawa kemana-mana, cepat untuk disediakan (ada hanya beberapa minit sahaja) walau pun dilaporkan sebenarnya ia akan mengundang risiko penyakit. Antara perkara yang pembaca blog perlu ketahui dimana dilaporkan terdapat 4 kumpulan makanan proses berdasarkan cara pemprosesannya untuk dijadikan panduan semasa memdapatkan makanan tersebut. Makanan diproses dan makanan segera (fast food) kini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat termasuk di Malaysia. Sebut sahaja hendak makan apa dimana ada beribu rantaian restoren makanan segera yang boleh didapati diseluruh negara masa ini. Penulis blog merujuk kepada Pertubuhan  Kesihatan Sedunia (WHO) yang ada melaporkan 70 peratus kematian di seluruh dunia pada hari ini adalah disebabkan oleh masaalah Penyakit Tidak Berjangkit (NCD). NCD termasuklah penyakit berkaitan kardiovaskular, kanser, penyakit pernafasan dan diabetes yang disebabkan oleh diet dan gaya hidup tidak sihat. Menurut pendapat seorang Pakar Perunding Endokrinologi Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway iaitu Dr Teoh Wei Leng pernah menyatakan dalam media iaitu diantara penyumbang terbesar kepada masaalah peningkatan angka itu adalah semakin ramai orang Malaysia juga yang gemar mengambil makanan segera atau makanan yang siap diproses kerana ia lebih mudah dan cepat untuk disediakan. Dilaporkan dimana makanan jenis ini biasanya mengandungi bahan-bahan seperti pewarna, pengawet, pemanis, penstabil dan pengemulsi. Apa pun sudah diketahui umum dimana pengambilan makanan yang diproses secara berlebihan boleh menyebakban pelbagai masalah termasuk obesiti. Ramai orang yang sudah tahu walau pun mungkin disebabkan rasanya yang enak dan faktor ia menjimatkan masa tetapi kebanyakan orang terus mengambil makanan ini tanpa memberi perhatian serius terhadap kesan buruk kepada kesihatannya. Apatah lagi cara mendapatkan makanan ini adalah lebih mudah, lebih murah, dianggap lebih bergaya dan umumnya lebih sedap dengan rasa seragan disemua outlet. Artikel subuh ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa info mengenai isu-isu makanan siap proses untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua. 

Bagi penulis blog memang setiap bulan akan berkunjung kebeberapa premis makanan dan makanan kegemaran proses yang terdapat di seluruh negara seperti KFC, McDonald, Starbuck, Pizza Hut, Domino Pizza, Tea Leaf Cofee Bean dan sebagainya. Mungkin sudah menjadi satu budaya dimana setiap individu atau keluarga akan mengunjungi premis ini yang menyediakan pelbagai makanan barat dan tempatan. Sudah tidak menjadi kelainan jika makan nasi lemak di KFC dan pelbagai outlet restoren makanan segera yang lain. Apa pun dari segi ilmu pengetahuan dimana ada terdapat empat (4) jenis kumpulan makanan berdasarkan cara ia diproses. Ia adalah Jenis Makanan Tidak di Proses atau Di Proses minimum (MP), Bahan Makanan Yang Di Proses, Makanan Yang Telah Di Proses dan juga Makanan dan Minuman Yang Di Proses Berlebihan. Bagi jenis makanan tidak diproses atau diproses secara minimum terdiri daripada makanan seperti buah, bijian, batang, akar, daun, telur, daging, susu, organ dalaman, cendawan, alga dan bijirin. Makanan ini ada dijual dimana-mana sahaja selalunya masih segar atau diawetkan dengan kaedah minima sahaja. Proses Minimum (Minimum Proceaa) hanya di lakukan tampa memberikan sebarang bahan lain terhadap makanan tersebut untuk dipasarkan dan dikonsumsi. Bagi kategori Bahan masakan yang diproses pula termasuk Gula, garam, mentega, minyak dan juga cuka. Paling banyak adalah kategori akanan yang telah diproses dimana ianya termasuk makanan yang diperam, buah-buahan dan sayur-sayuran dalam tin, kacang masin, daging, keju yang diproses dan roti yang baru dibuat yang tidak dibungkus serta banyak lagi. Kategori ke 4 iaitu bagi makanan dan minuman yang diproses berlebihan termasuk makanan ais krim, sosej, kerepek, roti yang mana ia dihasilkan secara besar-besaran, bijirin sarapan pagi, minuman berkarbonat, yogurt atau minuman berperisa buah-buahan, sup segera dan beberapa minuman beralkohol seperti wiski, gin dan rum.

Lazimnya bagi makanan yang diproses pada asasnya dibuat dengan hanya menambah gula, minyak, garam atau bahan pengawet lain manakala makanan diproses berlebihan pula sebaliknya merupakan makanan yang mengandungi banyak bahan tambahan seperti lemak tepu, gula dan garam tambahan, perasa, pengawet, agen pemekat atau penstabil, dan sebagainya. Didalam aktiviti pemprosesan makanan bagi makanan yang diproses berlebihan juga mungkin melibatkan pemanasan pada suhu tinggi yang boleh mungkin ianya akan menjejaskan struktur makanan itu sendiri. Dalam pada itu dilaporkan dimana pada setiap kumpulan makanan yang diproses mempunyai tujuan tersendiri dan tidak semua makanan yang diproses adalah tidak sihat. Lazimnya penilaian dilakukan dimana selagi ada nilai pemakanan dalam makanan tidak berubah maka sebenarnya adalah tidak mengapa untuk produk makanan tersebut dimakan. Walau bagaimanapun memang sering didengar kempen dimana makanan diproses yang diambil berlebihan secara amnya mengandungi gula, garam dan lemak yang diproses pada kadar lebih tinggi. Oleh itu ianya secara tidak langsung boleh meningkatkan tahap insulin dan membuatkan individu yang makan dengan lebih banyak kesannya ia sekali gus menyebabkan ia diambil secara berlebihan juga bahan tersebut. Pengambilan jenis makanan dan minuman yang diproses berlebihan dengan kerap boleh menyebabkan kesan Kegemukan (Obesiti). Umum mungkin sudah maklum dimana kesan obesiti boleh menyebabkan gangguan sindrom metabolik seperti obesiti perut, diabetes, darah tinggi, tahap trigliserida yang tinggi dan juga menyebabkan tahap kolesterol HDL yang rendah. Keadaan kesihatan sebegini boleh meningkatkan risiko serius termasuk serangan penyakit jantung dan strok.

Penulis bog percaya dimana demi hidup lebih sihat semua orang sebaiknya perlu mengurangkan pengambilan makanan diproses dan menggantikan dengan buah dan sayuran. Hasil banyak kajian diseluruh dunia dimana telah disahkan dalam isu yang menunjukkan bahawa orang yang banyak mengambil makanan diproses berlebihan mempunyai kadar obesiti yang lebih tinggi, kualiti pemakanan yang lebih buruk dalam diet mereka, pengambilan natrium dan gula yang lebih tinggi, serta pengambilan serat, bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih rendah. Perkara ini memang boleh meningkatkan risiko untuk menghidap diabetes jenis 2 (Type 2 diabetic). Info mengenai diabetes juga memang ada juga mengesyorkan pengambilan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya serat dan mengehadkan gula tambahan dalam diet seseorang boleh membantu mengawal diabetes. Sebenarnya ada kaitan nyata mengenai isu obesiti, diabetes dan peningkatan risiko penyakit jantung. Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti turut berdepan dengan risiko menghidap penyakit kardiovaskular lain yang boleh mempercepatkan proses pengumpulan lemak, kolesterol dan bahan lain dalam dinding arteri. Penghidap diabetes lebih cenderung pula untuk menghidap penyakit kardiovaskular berbanding yang lain kerana diabetes mellitus, atau kadar gula dalam darah yang tinggi boleh menyekat dan merosakkan saluran yang membawa darah ke jantung, menyebabkan jantung kekurangan oksigen dan bekalan darah. Selalunya apabila jantung sudah tidak dapat mengepam darah dengan baik, ia boleh menyebabkan keletihan, kesukaran bernafas dan kaki bengkak. Kegagalan jantung cenderung menjadi lebih teruk dari masa ke masa, tetapi diagnosis dan rawatan awal boleh memperbaiki gejala dan melambatkan perkembangan penyakit.

Kini di Malaysia dilaporkan dimana memandangkan pesakit diabetes berisiko mengalami masalah kegagalan jantung, maka pencegahan awal menjadi matlamat terapeutik yang penting dalam pengurusan diabetes. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia berterusan menjalankan kempen pengambilan makanan sihat, bersenam dan pelbagai program lain untuk menjadikan rakyatnya lebih sihat dan cergas. Antara yang penulis blog pernah baca dimana pengetahuan adakah makanan dan minuman yang diproses berlebihan berkait dengan kanser kolorektal?. Hasil laporan kajian berskala besar baru-baru ini mendapati bahawa berlaku peningkatan 10 peratus dalam pengambilan makanan dan minuman diproses berlebihan dikaitkan dengan peningkatan risiko mendapat kanser kolorektal sebanyak lebih 10 peratus. Makanan dengan kandungan serat yang tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran menawarkan perlindungan terhadap masaalah kanser kolorektal. Dalam pada itu pengambilan makanan bernutrien rendah ini dengan ditambah dengan campuran bahan-bahan tambahan dan bahan lain yang mungkin bersifat karsinogenik dalam makanan diproses berlebihan biasanya mempunyai kualiti pemakanan yang lebih rendah. Sesetengah bahan berbahaya ini kadangkala terdapat dalam pembungkusan itu sendiri apabila ia bersentuhan langsung dengan makanan semasa pengeluaran, pemprosesan dan penyimpanan. Ada kajian dimana walaupun makanan dan minuman yang telah diproses berlebihan tidak diklasifikasikan sebagai karsinogenik secara umum akan tetapi ia tetap mengandungi komponen tertentu yang mungkin berbahaya. Sebaiknya para ibu bapa perlu mendidik tabiat pemakanan anak-anak sejak kecil. Dilaporkan sebagai contoh dimana daging yang diproses telah diklasifikasikan sebagai karsinogenik oleh pihak Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC). Apabila dimakan makan bahan nitrit boleh ditukar kepada bahan kimia yang menyebabkan kanser, contohnya sebatian N-nitroso atau NOC. Karagenan dan carboxymethylcellulose (CMC) iaitu agen pemekat yang biasa digunakan telah dikaitkan dengan keradangan usus yang kesannya boleh meningkatkan risiko kanser kolorektal. Disebabkan perkara itu tabiat gaya hidup sangat penting dan perlu ditanam sejak awal oleh ibu bapa kepada anak-anak agar masalah ini dapat dielakkan. Dengan menyediakan pilihan makanan yang lebih sihat di rumah, ibu bapa dan setiap indvidu boleh memastikan mereka dapat membuat pilihan makanan yang lebih baik untuk diri mereka dan ahli keluarga. Sebagai contoh adalah dengan cara menggantikan biskut dengan roti yang baru dibakar dan keju, jus oren yang manis dengan buah itu sendiri dan makanan segera dengan makanan yang telah dimasak sendiri sendiri dalam kuantiti yang banyak dan dibekukan untuk hari-hari yang sibuk. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MAKANAN PROSES.... PELBAGAI ADA....
SELALUNYA ENAK... MUDAH DAPATNYA...
BANYAL AMBIL... DIDAKWA MERBAHAYA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28Safar 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...