Support My Blog

Friday, September 2, 2022

INDUSTRI UBI-UBIAN - BAGAIMANA (Part 1)

TANAMAN UBI-UBIAN
(Tubers) merupakan sejenis tanaman 
yang lazimnya berada dalam tanah dan mengalami perubahan ukuran dan bentuk (pembengkakan) sebagai akibat daripada perubahan fungsinya. Lazimnua bahagian organ yang akan membentuk umbi terutama adalah batang, akar atau pun dari modifikasinya. Hanya sedikit jenis tumbuhan yang membentuk umbi dengan melibatkan daunnya. Kehebatan kebanyakan ubi-ubian adalah disebabkan ia kaya dengan Karbohiderat.  Pada penulis blog ini dapati dimana tanaman umbi-umbian merupakan salah satu jenis tanaman yang sering dijadikan bahan makanan penting sejak zaman dahuu oleh masyarakat khususnya di kawasan pendalaman dan desa sebagai pengganti kepada beras. Kepentingan tanaman umbi-umbian yang lazim diketahui masyarakat di Malaysia memang terhad kepada tanaman umbisi seperti Ubi kayu (Cassava atau tapioca), Keledek (Sweet potato) dan jenis Keladi (yam). Sebenarnya banyak tanaman ubi-ubian yang lain terutamanya Kentang dan tanaman kurang popular seperti sengkuang, ubi kemili, porang, ganyong dan banyak lagi.  Pada penulis blog mendapati dimana industri tanaman ubi-ubian di Malaysia terdiri daripada tiga jenis ubian utama iaitu ubi kayu, ubi keledek dan ubi keladi yang mendapat bantuan dan ada teknologinya. Selain dimakan segar hasil setiap jenis ubian ini diguna secara meluas dalam industri makanan. Diantara kegunaan ubi-ubian yang dikenalpasti termasuk dalam industri makanan adalah seperti penambah perisa (monosodium glutamate), pemanis, kertas, tekstil dan tepung yang dihasilkan menggunakan kanji yang diekstrak daripada ubi kayu. Dalam pada itu dilaporkan dimana hasil pelet ubi kayu pula boleh digunakan dalam menghasilkan produk inovasi seperti makanan haiwan ternakan. Ubi keledek pula merupakan tanaman ubian yang banyak digunakan dalam masakan serta dibuat snek makanan ringan. Penulis blog sempat meninjau usahawan En Badri yang menanam Keledek Oren di Kg Changkat Tualang, Gopeng, Perak berkeluasan 30 ekar (Sila lihat foto diatas). Keledek oren ini dihasilkan untuk pasaran domestik dengan artikel tersebut boleh diakses pada patan berikut (Sila klik disini). Daun ubi keledek juga sering digunakan sebagai makanan segar, diproses dan boleh dijadikan makanan ternakan oleh penternak. Terdapat juga beberapa negara membangun yang lain seperti Kenya dan Nigeria yang menggunakan ubi kayu dan ubi keledek ini sebagai sumber hidrokarbon etanol.  Artikel pada pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan info mengenai bagaimana status tanaman ubi-ubian dunia dan di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Tanaman Ubikayu (Manihot esculenta) merupakan antara tanaman ubian yang paling popular di tanam di Malaysia secara estet atau pun kecil-kecilan.
Keluasan tanaman ubikayu di Malaysia adalah 2,832 hektar pada tahun 2021 dengan jumlah hasil pengeluaran hasil sebanyak 40,714 metrik tan (Sumber: Booklet statistik keluasan tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2021)Ubi kayu juga senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan. Di Malaysia tanaman ubi kayu diusahakan sebagai tanaman kontan untuk tujuan direbus, dijadikan kuih muih dan juga kerepek. Penulis blog dapati diantara beberapa varieti ubi kayu yang ditanam di negara kita seperti varieti Seri Medan, Seri Pontian dan sebagainya. Sebenarnya ubi kayu sering juga sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah bencana alam didalam mendapatkan sumber makanan biasa terutama ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia Kedua. Ubi kayu selalu hanya dimakan sekali-sekala atau dijadikan sebagai kuih. Kulit ubi kayu mempunyai Asid hydrocyanic (Asid hidroklorik) dan potasium cyanide atau Sodium cyanide (hydrocyanic). Lazimnya ubi kayu tidak boleh dimakan mentah dan ianya memang perlu dibuang kulit dan dimasak terlebih dahulu. Pada penuli blog ubi kayu yang digoeng dengan beberapa jenis rempah enak dihidangkan untuk minum petang. Ada kalangan orang yang makan ubi kayu dengan menggoreng, merebus atau membakar kemudian ia dimakan bersama kelapa parut muda, ikan masin, atau ikan bakar. Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli ubi kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi dan yang seumpama umbisi dengannya. Ubi kayu ditanam secara komersial untuk tujuan menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi produk monosodium glutamat (MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji.

Lazimnya 
penggunaan Keladi (Colocasia esculenta) lebih tertumpu kepada sektor makanan sebagai bahan mentah bagi kuih-muih tradisional, ingredien makanan dan lebih dominan dalam masakan Melayu. Antara jenis keladi yang popular di tanam di Malaysia adalah Keladi Cina, Keladi Mawar, Keladi Sarawak, Keladi Thailand dan sebagainya. Keladi merupakan sejenis tanaman umbisi yang di percayai berasal dari Malaysia atau India yang hidup subur di kawasan rendah (khususnya tanah gambut) dan mempunyai saliran yag baik seperti di kawasan tanah gambut sederhana dalam. Keladi adalah tumbuhan umbisi dari keluarga Araceae. Tanaman Keladi juga di panggil Taro (Indonesia), Callalo, Coco dan Cocoyam digunakan sebagai sumber makanan ramai penduduk semanjak dulu kala. Keladi mengandungi banyak zat mineral dan vitamin termasuk seperti Thiamin, Riboflavin, Zink, Posforus, Kalium, Manganese dan juga Zat Besi. Kandungan vitamin pula seperti Vitamin C, Niacin, B6 dan juga asid Oksalik. Keladi mempunyai sumber Kanji yang sangat tingggi. Dibeberapa negara seperti Irian Jaya, Papua New Guinea, Timor Leste dan beberapa masyarakay di Afrika menjadikan keladi sebagai makanan ruji mereka. Ini telah menjadikan tanaman keladi amat penting dinegara mereka dengan ditanam untuk sumber makanan negara. Keluasan tanaman keladi di Malaysia sekitar 730 hektar dengan pengeluaran sebanyak 3,547 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian 2021). Antara negeri yang banyak menanam keladi adalah seperti Johor, Selangor, Sarawak dan Sabah. Kebanyakan tanaman keladi adalah dikawasan tanah gambut walau pun ada segelintir petani menanam ditanah mineral. Penanaman keladi juga dijalankan secara monokrop dan juga secara tanaman campuran dengan tanaman makanan lain. Pasaran keladi adalah untuk bekalan domestik dan juga dieksport keluar negara terutama ke Singapura.

Merujuk kepada pengeluaran ubian dunia dimana data p
erangkaan dunia dapati kentang (Potato) merupakan tanaman paling popular dan banyak dihasilkan setiap tahun sekitar 370 juta metrik tan didominasi oleh pengeluar terbesar dunia iaitu negara China dan India (Sila lihat foto disebelah). Kentang (Solanum tuberosum) adalah ubian yang paling dikomersilkan diseluruh dunia sebagai sumber makanan global manusia sejagat. Bagaimana pun tanaman kentang tidak ada di Malaysia dan merupakan 'net importer' hasilan kentang. Dilaporkan juga dimana pengeluaran ubi kayu dunia pada tahun 2021 adalah sebanyak 277.8 juta tan bernilai melebihi USD26.7 bilion. Nigeria mendominasi pengeluaran dunia ubi kayu dengan jumlah pengeluaran sebanyak 59.5 juta tan (21.4%), diikuti dengan Republic Congo 31.7 juta tan (11.4%), Thailand 29.9 juta tan (10.8%), Ghana 20.8 juta tan (7.5%) dan Brazil 17.6 juta tan (6.3%). Manakala pengeluaran ubi keledek (pelbagai varieti) dunia pula merekodkan penghasilan sebanyak 91.9 juta tan pada tahun 2018. Tanaman ubian ini dimonopoli oleh China dengan jumlah pengeluaran sebanyak 53 juta tan (57.6%), diikuti oleh Malawi 5.7 juta tan (6.2%) dan Nigeria 4 juta tan (4.4%). Di Malaysia merujuk kepada data dari Jabatan Pertanian didalam kategori tanaman ladang atau tanaman kontan dilaporkan seluas 19,599 hektar ditanam pada tahun 2021 dengan pengeluaran hasil sebanyak 237,571 metik tan. Tanaman ubi kayu adalah seluas 2,832 ha, tanaman keladi 730 ha dan tanaman keledek seluas 3,410 ha dimana ini menjadikan jumlah keluasan sebanyak 6,072 ha atau seiktar 31% daripada keluasan tanaman kontan pada tahun 2021. Negeri Sarawak paling luas menanam ubi kayu (754 ha) diikuti dengan Johor (604 ha) dan Selangor (480 ha) dimana ia berkait rapat dengan industri pengeluaran kerepek ubi yang banyak di Johor dan Selangor. Bagi tanaman keladi pula dilaporkan pada 2021 paling luas di tanam di Sarawak (353 ha) dan diikuti oleh Johor 147 ha) dan Sabah (100 ha). Tanaman keledek pula didominasi keluasan tanamannnya di Negeri Perak (1,702 ha) diikuti oleh Kelantan (696 ha) dan Selangor (253 ha). Bagaimana pun kejadian banjir pada Disember 2021 dibeberapa negeri dijangka akan menurunkan penghasilan tanaman kontan di Malaysia. Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
TANAMAN UBI-UBIAN...KINI  DIBICARA...
UBI KAYU, KELEDEK... KELADI SAMA...
MAKLUMAT PENTING... UNTUK DIBACA...
MENAMBAH ILMU... BUAT SEMUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Jamadilawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...