Support My Blog

Wednesday, September 21, 2022

TEKNOLOGI TANAM KUCAI

MENANAM KUCAI
(Allium tuberosum atau Allium ramousum) merupakan satu perkara yang mudah dilakukan jika pembaca tahu akan ilmu asas menanamnya. Kucai adalah tumbuhan sayuran berdaun dari keluarga Aliaceae yang selalu dimasak sebagai sayuran dan penambah perisa makanan. Kucai adalah daripada kumpulan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia boleh berbunga) dan sebagai sesuai dipetik sebagai sayuran berdaun. Tanaman ini boleh ditanam di kebun atau disekitar rumah sendiri kerana ia mengambil sedikit ruang. Tanaman kucai sebenarnya boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya) dimana ia bergantung kepada kulineri yang dikehendakki. Antara resepi kucai seperti Tumis Kucai, Tumis kucai dengan ikan kering, Goreng Tepong Kucai, Mihun Goreng, Tabur kucai dalam mee goreng, kuetiow goreng, Char Kue Tiow dan banyak lagi. Jika bunga kucai yang keluar tidak dicantas maka ia sesuai untuk dijadikan hiasan pada pinggan makan dengan bunganya yang berwarna ungu. Di Malaysia lazimnya varieti kucai yang di komersilkan penanamnya adalah jenis KUCAI CINA yang mempunyai keharuman atau aroma seakan bawang putih pada daunnya. Jenis ini lazimnya mengeluarkan bunganya yang berwarna putih. Satu lagi jenis kucai adalah KUCAI TEMPATAN dimana ia selalunya ditanam dikampong-kampong dengan tanamannya seperti tanaman bawang tetapi umbisinya berwarna putih seperti bebawang dan aroma yang kuat dan pedas sedikit. Tanaman Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah dimana terbaik adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya dan sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik sudah mencukupi. 
Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotena dan unsur belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan,  darah tinggi dan sembelitKucai bertindak sebagai  antiseptik  untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan  usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi maklumat mengenai teknologi menanam kucai untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Dari segi kesesuaian kucai boleh hidup di bawah panas sinaran matahari ataupun di teduhan. Jika kemarau sedikit-sedikit juga tidak mengapa kerana bawangnya masih berada dalam tanah. Sama juga seperti bawang dimana tanaman kucai ada akar berbawang dan berdaun. Daun Kucai Cina adalah berbentuk leper tetapi bagi daun daun kucai daun ianya selinder seperti daun bawang. Bentuk umbisinya juga berbeza dimana kucai tempatan berbentuk bulat berwarna putih krim (Sila anda lihat foto disebelah). Bagaimana pun lazimnya kedua-dua jenis bawang tersebut boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai. Selain itu sebagai amalan baik dimana kucai juga boleh ditanam dari bijinya dimana ia perlu disemai dahulu. Kucai adalah tumbuhan saka (perennial) dimana lazimnya ia boleh terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya keadaan pertumbuhannya dijaga dengan baik dan sistematik. Biasanya kucai dituai dengan cara memotong bila diperlukan. Potongan pada bahagian luar dan perlu ditinggalkan daunnya 2 inci dari paras perdu. Ia kemudian akan tumbuh kembali dengan baik. Kucai yang ditanam dari biji seharusnya dituai selepas setahun atau pun setelah ia berbunga. Ini adalah untuk membiarkan ia tumbuh mempunyai akar yang kukuh. Kucai berbunga di hujung musim bunga (di negara 4 musim) dan sekali lagi di bulan Julai akan tetapi di Malaysia kurang keluar bunganya. Kalau menanam kucai untuk di makan sebaiknya bunganya perlu dibuang utk menggalakkan pertumbuhan daun sahaja.

Sesiapa yang ingin menanam kucai perlu faham akan beberapa k
eperluan asas Tanaman Kucai. Syarat-syarat asas tanamannya tidaklah begitu rumit untuk dipenuhi dan ianya mudah untuk ditanam. Dari segi penyediaan tanah, ianya boleh ditanam pada apa-apa jenis tanah serta masih boleh tumbuh dengan subur. Paling disyorkan adalah ianya ditanam pada tanah yang diperiksa mengandungi kandungan organik yang tinggi. Tanah tersebut boleh disediakan dengan menyediakan media campuran tanah bersama dengan kompos, baja organik dan sebagainya. Untuk keperluan suhu pula lazimnya ada dia keadaan iaitu bergantung kepada geografi kawasan dimana untuk kawasan tanah tinggi sebaiknya suhu optimum yang diperlukan adalah sekitar 20°C dan tanah rendah pula adalah sekitar 25-27°C. Perlu difahami dimana tanah dan kawasan yang terdedah sepenuhnya terhadap matahari tidak menjadi masalah untuk tanaman kucai. Akan tetapi perlu dirancang dengan rapi bagi memastikan pokok kucai menerima pancaran cahaya selama 12-13 jam sehari untuk pertumbuhan yang baik. Pastikan tanah yang digunakan mencapai nilai keasidan tanah sekitar pH4.5 - pH6.5 kerana ianya sangat sesuai dengan keadaan tanah yang agak berasid.  Kebiasaannya tanaman ini akan ditanam menggunakan biji benih ataupun rizom. Setelah daun kucai dituai maka umbisi yang tertinggal boleh digunakan untuk penanaman semula. Selain itu, benihnya juga boleh dibeli dari kebun yang berdekatan mahupun beli online. Apa pun setelah benih rizom diperolehi maka ia sudah boleh terus ditanam pada tanah tanpa memerlukan tempoh semaian. Ia boleh terus ditanam diatas batas tanaman ataupun didalam kekas yang mengandungi media tanaman sesuai atau pun didalam pas atau dalam polibeg.

Penanaman Kucai secara komersil dilakukan dalam kebun sebalimnya untuk kegunaan sendiri atau hobi sahaja boleh menanamnya didalam pasu. 
Jika ditanam pada batas sebaiknya perlu disediakan batas berukuran 1meter lebar dan 20 - 30cm tinggi dan amalkan penjarakkan tanaman menggunakan ukuran 10 cm x 10cm antara tanaman (Sila lihat foto disebelah). Tinjuan penulis blog di ladang kucai seluar lebih 50 ekar di Manjung, Oerak membuka mata dimana lokasi ini adalah kebun kucai terluas di Malaysia. Dalam pada itu bagi cara penanaman di dalam pasu pula perlu sediakan tanah campuran (3:2:1) sebagai media tanaman dimasukkan kedalam polistrin terpakai, pasu, polibeh, plastik bekas minyak masak dan sebagainya yang sesuai. Jika menanam menggunakan biji benih yang disediakan sebaiknya ia masukkan 1-3 biji benih dalam lubang pada kedalaman 2cm. Manakala jika menanam menggunakan rizom disyorkan di tanam sedalam 5cm dalam setiap lubang. Selepas itu boleh timbuskan sahaja tanah pada lubang tersebut tanpa mampatkan tanah. Akhir sekali perlu siram tanaman pada kadar secukupnya sehingga tempoh penuaian. Keperluan sistem pengairan bagi tanaman kucai sangat bergantung kepada keperluan air. Tanpa bekalan air yang mencukupi pertumbuhannya akan terganggu dan tidak stabil sehingga boleh menyebabkan kerugian sekiranya tidak mencapai piawaian pasaran. Penyiraman hendaklah dilakukan sebanyak 2 kali sehari bagi mengekalkan kelembapan tanah. Bagi memastikan sistem pengairan dalam keadaan terkawal, sistem saliran perlu ditambahbaik bagi memastikan bekalan air sentiasa mencukupi sewaktu berlaku kemarau panjang. Pembajaan kucai dilakukan dengan memebri 5 gram sepokok  baja organik sebelum menanam dan baja NPK 15:15:15 untuk 3 kali aplikasi. Aplikasi dilakukan sebulan, 2 bulan lepas tanam dan 3 bulan selepas tanam dengan kadar 3 gm/pokok. Apa pun penulis blog dapati setakat ini tiada sebarang masalah serius berkaitan dengan penyakit dan perosak terhadap tanaman kucai. Akan tetapi antara musuh utama yang mungkin mengganggu pertumbuhannya adalah rumput. Bagi mengatasi masalah ini sebaiknya lakukan kerja merumpai secara berkala sekurangnya 2 minggu sekali menggunakan tangan sekiranya ditanam dalam pasu. Manakala untuk penanaman di batas pula, ianya boleh ditangani dengan melaksanakan semburan racun rumput seperti Paraquat pada bahagian antara batas dan tepi batas. Penuaian kucai bagi teknik penanaman menggunakan biji benih boleh dilakukan selepas 12 minggu dari tempoh penanaman. Bagi tuaian seterusnya ianya boleh dituai semula setiap 12 minggu. Manakala untuk penanaman menggunakan rizom lazimnya tempoh masa untuk tuaian adalah seawal 2-3 minggu selepas penanaman dan boleh dituai semula selepas 2 minggu daripada penuaian pertama. Cara-cara menuai daun kucai adalah dengan memotong 2-3cm dari jarak permukaan tanah menggunakan pisau atau gunting yang steril dan tajam. Adalah lebih baik agar jangan buang rizom yang tertinggal pada tanah kerana ianya masih boleh menghasilkan daun baru. Dari segi pengendalian lepastuai, hasil kucai yang telah dituai hendaklah disimpan segera di dalam bilik sejuk bagi memastikan kesegaran berpanjangan dan memanjangkan tempoh penyimpanan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agr technology kali ini. Wasallam!!..
MENANAM KUCAI... BAGAIMANA CARA...
BENIH DARI BIJI ..RIZOM SENANG GUNA...
SIRAM SELALU... KUCAI MUDAH DIJAGA...
CUKUP UMUR...BOLEH DIPETIK SENTIASA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
18 Zulkaedah 1442H).
Kemaskini pada:
20 September 2022.
Posted from The Shore, Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...