PISANG AWAK (Musa accuminata) merupakan sejenis varieti pisang yang kurang popular berbanding dengan pisang Tanduk, Pisang Berangan dan Pisang Emas. Bagaimana pun varieti pisang awak merupakan sejenis pisang tempatan yang agak unik kerana ia dikatakan sering ada mengandungi biji dan lazimnya digoreng untuk dijadikan 'Pisang Goreng' walau pun penulis blog akan makan segar apabila ada peluang jumpa buah yang masak. Pemerhatian penulis blog dibeberapa lokasi terutama di Johor, Perak dan Selangor mendapati pisang awak ini ada dua varieti yang telah dikenalpasti iaitu 'Pisang Awak Tempatan' atau tingkasnya sebagai PAT dan 'Pisang Awak Biasa'. Perbezaan diantara kedua varieti ini adalah mengenai panjang tandan dan juga bentuk buahnya walau pun ianya masih belum pasti kerana tidak didaftarkan secara rasmi dibawah Skim Pendaftaran Varieti Tanam di Jabatan Pertanian. Hasil temubual penulis blog dengan beberapa rakan agronomist sebelum ini masih mendapati dimana masih tiada pegawai atau pakar yang menulis mengenai pencirian Pisang Awak kerana ia dianggap sebagai varieti pisang yang kurang mendapat perhatian dikalangan pemain industri dan juga petani pisang komersil. Penanaman pisang awak masih dijalankan secara kecil-kecilan bersama dengan tanaman pisang lain atau pun buah-buahan lain sama ada secara selingan. Belum lagi penuis blog menjumpai ia ditanam secara monokrop dan komersial secara meluas di Malaysia. Kebanyakan pisang ini ditanam secara bercampur dalam kebun pisang atau sebagai tanaman yang ada dikawasan keliling rumah terutamanya dikampong masih tradisional. Rumpun pokok pisang awak mampu bertahan lama jika tijaga dengan baik dan tidak diserang penyakit serius. Kepentingan pisang awak hanya ditumpukan untuk di goreng, dibuat kuih mueh tradisional dan hanya sedikit yang dimakan segar. Artikel pagi Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberaka kisah mengenai pisang awak seperti dalam media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan pembaca blog semua.
Menarik dalam hmetro,com dengan kisah bertajuk 'Umpan pisang tidak laku, monyet cuma layan epal' agak kelakar bunyinya. Kisah yang berlaku di Kg. Londang, Masjid Tanah, Melaka ini disertakan foto dimana sang monyet di luar perangkap seolah-olah ingin menyerang sesiapa sahaja yang menghampiri perangkap yang telah dimasuki monyet lain. Bagi seorang ibu tunggal menarik nafas lega apabila dilihat kumpulan monyet yang sering merosakkan kerepek pisang dan peralatan rumahnya berjaya diperangkap menggunakan buah epal semalam. Noor Faridah (52 tahun) lebih ceria apabila menyaksikan sekurang-kurangnya lima ekor monyet pelbagai saiz terjerat dalam perangkap besi dipasang kakitangan PERHILITAN sebelumnya. Sebelum ini Harian Metro melaporkan kediaman wanita terbabit dimasuki oleh sekumpulan monyet dari hutan berhampiran dimana ia telah mengakibatkan berpuluh bungkus kerepek pisang termasuk pisang awak yang sedia untuk dipasarkan dimakan dan dirosakkan. Dia terpaksa menanggung kerugian lebih RM200, selain kecewa selepas beberapa pinggan kaca pecah akibat dilempar haiwan liar itu. Monyet liar itu enggan masuk ke dalam jerat ketika peringkat awal perangkap itu dipasang minggu lalu. Selepas mendapati pisang awak yang dia jadikan umpan di dalam perangkap itu tidak berhasil maka dia tukar cara meletakkan pula buah lain seperti epal dan buah lai. Akhirnya monyet tertarik untuk memakannya. Bagaimanapun, usahanya untuk menghampiri perangkap berkenaan gagal berikutan beberapa monyet besar yang berada di luar perangkap bertindak garang seolah-olah ingin menyerangnya. Terkini semenjak perangkap itu dimasuki monyet dia rasa aman kerana kediamannya tidak lagi 'diserang' haiwan liar itu,
Kisah dari Kelantan bertajuk 'Tersalah bayar pisang sehingga RM1,234.56' memang wajar dikongsikan. Dilaporkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kelantan (KPDNHEP) menyelesaikan kes aduan seorang warga emas berusia 60 tahun yang tersalah membayar sesikat pisang dengan harga RM1,234.56. Kurang dipastikan apakah jenis pisang tersebut akan tetapi termasuk jenis Pisang Awak yang dibelinya. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDNHEP Kelantan Azanizam Affendi dakwa pihaknya menyelesaikan aduan itu seberapa segera. Lelaki berkenaan membeli beberapa sikat pisang seberat beberapa kilogram di kedai runcit di bandar Kota Bharu dengan harga RM1,234.56 memang diluar jangkaan. Lelaki itu membayar harga buah itu dengan menggunakan aplikasi e-wallet dan tersilap menekan harga yang sepatutnya hanya RM7.30 sahaja untuk beberapa sikat termasuk pisang awak. Namun kes kejadian itu disedari sebaik sahaja dia pulang ke rumah apabila menyemak transaksi yang dibuatnya. Warga emas itu kemudian terus memaklumkan kepada pihak kedai runcit dan difahamkan kedai itu sudah bertukar pemilik. Mangsa kemudian membuat aduan kepada KPDNHEP Selasa lalu beserta bukti transaksi yang dibuat. Dilaporkan dimana kes tersebut akan disiasat mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999. Kemudian hasil perbincangan oleh pegawai penguat kuasa KPDNHEP dilaporkan pemilik kedai runcit membayar balik kepada pengadu lebihan bayaran berjumlah RM1,227.27 dan hanya mengenakan bayaran RM7.30 bagi pisang yang dijual. Dalam pada itu pihak KPDNHEP mengingatkan pengguna sentiasa membuat semakan semula selepas pembayaran dibuat. Pembaca blog dinasihatkan berhati-hati dan teliti dengan transaksi dengan elektronik agar tepat dan betul sebelum membayarnya. Kesilapan boleh berlaku dimana-mana dan kepada sesiapa sahaja.
Kisah yang dianggap sebagai 'Pisang Awak pelik tetapi benar' yang berlaku Di Changloon, Kedah juga wajar untuk diketengahkan. Kisah pelik yang berlaku di Kampung Belukar, Mukim Temin, Changlun agak terkejut apabila melihat pokok pisang awak yang ditanam selama setahun berlalu berbuah keluar di tengah-tengah batang. Pemilik kebun pisang Ghazali Abdul Razak (55 tahun) laporkan kejadian ini disedarinya apabila sedang berehat di pangkin berhampiran pokok pisang hampir dengan rumahnya. Dia yang terpandang pada satu daripada pokok pisang di situ ketika berehat dan melihat seperti ada setandan pisang di batangnya. Bagaimana pun apabila diperiksa dolihat memang pokok pisang berkenaan berbuah di batang walaupun saiz buah pisangnya kecil daripada biasa. Dakwanya ini adalah kali pertama dia melihat kejadian pelik ini dan bertambah aneh apabila jantung pisang itu naik ke atas berbanding pisang biasa yang jantungnya ke bawah. Kalangan penduduk kampong yang mendapat tahu kemudian datang untuk melihat sendiri kejadian tersebut dimana mereka mulanya ingatkan ada yang ingin bergurau dengan mungkin ada yang meletakkan pisang di celah batang itu, Tetapi apabila memeriksanya sendiri dikalangan mereka ternyata memang ia berbuah di situ dan bukannya dibuat-buat. Sehingga laporan berita dibuat belum ada cadangan apakah yang akan dilakukan dengan pisang awak apabila ia masak kelak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology mengenai pisang awak yang jarang ada dilaporkan. Wasallam!!!.
PISANG BERBIJI... DIGORENG SAJA...
AGAK KELAT... KALAU MASAK MUDA...
DI BUAT KUIH... PELBAGAI NAMANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(17 Rejab 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.