Support My Blog

Sunday, June 12, 2022

KENALI JENIS CILI PEDAS (Part 1)

CILI
 atau LADA atau CABAI atau CHILLIES (Capsicum spp) pada penulis blog merupakan sejenis sayuran jenis berbuah daripada keluarga Solanaceae terdiri daripada pelbagai jenis atau spesis dan varieti tumbuhan yang mengeluarkan buah memberikan rasa pedas hasil kandungan Capsaisin dimana ia merupakan satu komponen penting didalam kuliner masakan sebagai rempah. Dari segi kegunaannya memang sebahagian penduduk dunia mengambil cili untuk perisa makanan walau pun ada dilaporkan ia juga dikaji sebagai senjata peperangan juga. Dari segi sejarah dimana cili ini sebenarnya dipercayai berasal dari penanaman baka liar di Mexico dan Amerika Selatan dimana ia kemudian disebarkan meluas keseluruh dunia selepas diperkenalkan para pelayar Eropah di Asia dan Eropah pada abad-abad ke-15 dan 16. Pada zaman ini tanaman cili dikomersilkan sebagai salah satu komoditi penting di beberapa negara dimana ia sudah menjadi kegemaran banyak masyarakat sedunia terutamanya yang tinggal di kawasan beriklim tropika yang mengambil cili sebagai bahan masakan dan perubatan setempat. Apa pun dilaporkan dimana nama "cili" didakwa berasal dari nama setempat tumbuhan ini dalam bahasa Nahuatl iaitu chīlli. Apa pun jangan keliru dengan perkataan 'lada' kerana ia juga  merupakan asas kepada nama rempah lada hitam (pepper) dan lada putih (white pepper) disebabkan ia memberi rasa pedas juga dimana keduanya adalah spesis tumbuhan yang berlainan sama sekali. Penulis blog juga mendapati dimana perkataan 'Cabai' atau pum 'Cabe' yang sering digunakan di kawasan utara Semenanjung Melayu dan Kawasan Riau di negara Indonesia. Nama ini pada asalnya dikaitkan khusus dengan suatu tumbuhan rempah lebih tepatnya bernama 'Cabya' yang mana ia mempunyai ciri rasa pedas yang boleh ditambahkan pada makanan yang ujud sejak zaman dulu sekitar abad ke-10 Masihi. Saya ada berpuluh artikel ditulis dalam blog ini mengenai cili untuk dijadikan bahan bacaan. Apa pun cili adalah sejenis tanaman yang tumbuh menegak, berakar tunjang, batang bercabang berwarna hijau. Penulis dapati dimana di Malaysia seluas 3,320 hektar cili ditanam pada tahun 2021 mengeluarkan sebanyak 29,960 metrik tan. Keluasan tanaman Cili Padi pula dilaporkan seluas 626 hektar menghasilkan 1,714 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, jabataan Pertanian malaysia 2022).  Penanaman cili di Malaysia merupakan salah satu tanaman yang popular dan mampu memberikan pendapatan baik kepada petani. Bagaimana pun Malaysia masih menjadi 'net importer' untuk produk cili kering sehingga hari ini. Tanaman cili komersil kini dilakukan oleh pekebun kecil dimana mereka akan menanam sepanjang tahun. Dilihat dari marfologi pokoknya yang renak dimana selalunya bunga cili berkelopak lima dengan berwarna putih tumbuh keluar dari ketiak dan daun berbentuk loket. Buah pula berbentuk tirus memanjang. Bagaimana pun merujuk kepada laporan lain dinyatakan ada banyak kumpulan dan varieti cili yang dikenalpasti dan popular didunia antaranya termasuk beberapa jenis Capsicum annuum var. glabriusculumC. annuum 'Bell', C. annuum 'Cayenne', C. annuum 'Jalapeño', C. annuum 'New Mexico Group' (New Mexico chile), C. annuum 'Poblano', C. chinense 'Habanero',  C. chinense 'Scotch bonnet', Capsicum frutescens 'Peri-peri' dan juga C. frutescens 'Tabasco pepper'. 
Artikel dikedinginan subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kongsikan mengenai beberapa cili yang pedas untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

(1) CILI PADI
CILI PADI atau CILI API atau CABE RAWIT (Capsicum frutescens) apa yang penulis blog pasti merupakan tanaman yang penting di Asia Tenggara termasuk Indonesia, Malaysia dan Thailand. Cili ini dikira sebagai pedas apabila ukuran tahap kpedasannya diantara 50,000 - 100,000 SHU (Scoville Heat Unit). Cili ini dipetik sama ada masih berwarna hijau atau ada yang berwarna merah. Apa pun penulis blog mendapati memang ada varieti cili padi yang mempunyai warna hijau terang, hijau gelap, merah, kekuningan dan beberapa lagi.  Tumbuhan ini dari keluarga Solanaceae yang sesuai ditanam dikawasan beriklim tropika terutama disekitar khatulistiwa. Tanaman ini paling sesuai ditanam dikawasan tanah rendah dengan ketinggian sekitar 0 - 500 meter dari paras laut. Bagaimana pun banyak dilaporkan cili api ini boleh tumbuh denga baik sehingga ketinggian 1,000 meter. Apa pun semakin tinggi ia ditanam dari paras laut maka didakwa hasilnya akan terus berkurangan. Dari laporan yang dirujuk didapati dimana penanaman cili padi dikawasan tanah dataran tanah tinggi selalunya membolehkan jangkamasa hayat pokok adalah lebih lama dan selalunya cili ini mempunyai biji lebih banyak tetapi bijinya ringan. Bagaimana pun jika diukur beratnya ia adalah ringan berbanding dengan cili api yang ditanam dikawasan tanah rendah kerana ia kurang padat. Sehingga kini belum banyak cili padi yang telah didaftarkan dalam National Plant Variety Listing di Jabatan Pertanian. Kaedah penanaman, cara amalan aagronomi dan prestasi setiap jenis tanaman cili ini adalah berbeza-beza mengikut varieti, jenis tanah, iklim, tujuan penanaman dan sebagainya. Terdapat dua perkara atau isu diantara penanaman Cili Besar dengan Cili Padi daripada segi pengurusan dan pulangan yang bakal diterima. Ada yang kata menanam cili api lebih mudah daripada menanam cili besar tetapi dari perpesktif lain menyatakan sebaliknya. Ini kerana penulis mendapati cili api yang ditanam secara komersil monokrop mudah diserang penyakit terutama Kerinting Daun dan Layu Bakteria berbanding dengan Cili Besar menggunakan teknologi yang sama. Cili Api atau Cabai Burung yang hidup liar diberakkan oleh burung bagaimana pun lazimnya hidup lebih lama. Terdapat banyak varieti cili padi ini akan tetapi masih belum didaftarkan didalam National variety listing dengan jelas sehingga kini. 


(2) CILI BESAR MERAH
CILI BESAR MERAH
(Capsicum annuum) adalah sejenis cili dari keluarga Solanaceae yang merupakan sayur jenis berbuah popular dan luas ditanam di Malaysia setiap tahun. 
Cili ini juga tidak terlalu pedas iaitu ukuran tahap kepedasannya ialah sekitar 15,000 - 16,000 SHU (Scoville Heat Unit) yang  membuatkan ia sangat laku apabila dijual. Cili Merah merupakan jenis cili segar yang paling meluas digunakan didalam kuliner masakan di Malaysia. Terdapat beberapa varieti cili merah yang popular ditanam oleh petani dimana ia sesuai untuk pasaran segar. Varieti yang baik perlu mempunyai kandungan pepejal yang tinggi dan tahan terhadap penyakit dan juga serangan-serangan serangga. Penanaman cili merupakan antara komoditi yang paling berisiko tetapi ia juga adalah komoditi yang paling menguntungkan jika penghasilan tinggi dan menerima harga pasaran yang baik. Harga cili diladang berubah-ubah daripada serendah RM 2.50 sekilogram boleh mencecah kepada lebih RM 18.00 sekilogram terutama semasa musim tengkujuh sekitar bulan November sehingga Januari setiap tahun. Apakah varieti cili merah yang anda tahu sangat popular di tanam di Malaysia?. Kebanyakan kita akan nyatakan Cili Kulai. Bagaimana pun varieti Cili Kulai adalah terdiri daripada banyak varieti kerana cili ini belum banyak yang didaftarkan dengan Senarai Pendaftaran Varieti (National Listing). Penulis blog mendapati antara beberapa varieti cili merah yang sesuai ditanam adalah seperti Varieti MC 11, MC 12, MC 4, MC 5 dan akhir sekali Varieti Kulai. Sila baca keterangan varieti ini dengan tulisan saya dengan pautan berikut (Sila klik disini). Selain itu dilaporkan dimana ada lain yang popular seperti Varieti Cili Ipoh, Varieti Minyak Beku, Varieti Cili Bangi dan beberapa lagi. 

(3) CILI HIJAU
Cili Besar Hijau merupakan jenis cili yang dipetik semasa ia masih hijau lagi di pokok. Mungkin terdapat juga varieti khusus ditanam untuk menghasilkan cili hijau ini di Malaysia. Bagaimana pun harga jualan cili hijau lazimnya adalah murah berbanding dengan cili merah. Penulis blog yang sering membuat tinjauan kepada petani yang menanam cili mendapati ada kalangan mereka yang lebih suka memetik cili hijau kerana pendapatan lebih terjamin. Dalam beberapa kajian dilaporkan dimana ada beberapa varieti cili hijau yang tahap kepedasannya lebih pedas daripada cili besar merah. Daripada beberapa sumber dinyatakan dimana ukuran tahap kepedasan cili besar hijau adalah sekitar 15,000 - 16,000 SHU iaitu menyamai dengan cili besar sahaja. Selain daripada cili hijau disukai sebagai dijadikan Sambal Hijau, Sambal Belacan dan bahan sayuran selalunya ia dijadikan cili jeruk juga. Bagaimana pun diantara varieti cili besar hijau yang popular adalah Varieti Cili Solok yang sering dijadikan makanan khas terutama di Kelantan untuk dimakan bersama Nasi Kerabu. 
Cili Solok ini didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia didalam sistem pendaftaran varieti tanaman (Variety National Listing). Varieti Cili Solok dengan nombor pendaftaran CA4 merupakan sejenis cili besar berwarna hijau muda yang sangat popular di Kelantan. Cili ini didaftarkan pada Julai 2013 dengan kategori pemilikan sebagai 'public domain'. Cili ini bersaiz sederhana besar dengan banyak digunakan untuk dibuat Solok Lada dalam menu makanan Nasi Kerabu atau Nasi Berlauk. Sila baca keterangan lengkap cili ini dengan pautan berikut (Sila klik disini). Cili ini berbentuk bulat dan menirus dihujungnya dengan tahap kepedasan yang sederhana (Sederhana pedas). Stesyen Hortikultur Jabatan Pertanian Lundang di Kelantan diantara pusat yang menghasilkan benih cili ini untuk dijual kepada petani di negeri tersebut. Antara ciri-ciri dalam senarai 'variety listing' yang dinyatakan adalah "Presence of anthocyanin at nodes and anther only. Anthocyanin absent on leaf, flower and at filament. Fruit color: light green". Biasanya penanaman cili solok kini didakwa sudah meluas dinegeri-negeri lain sebagai satu pilihan petani untuk ditanam dan dijual kepada penyedia makanan pantai timur ini. Artikel ini dibahagikan kepada tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan juga Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini member info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....

NAMANYA CILI... PEDAS PASTINYA...
BANYAK VARIETI... DITANAM LUASNYA...
CILI MERAH... PALING POPULAR DI GUNA...
CILI DI PROSES... DIJUAL MERATA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana off Jalan Istana,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Zulkaedah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...