Penyediaan bahan tanaman ubi kayu diambil dari keratan iaitu dari bahagian batang yang telah cukup matang iaitu bahagian tengah batang. Bahagian batang yang muda tidak sesuai dijadikan bahan tanaman kerana ianya mudah kering. Jika ianya diperlukan juga kerana kekurangan bahan tanaman maka hendaklah ditanam terlebih dahulu di tapak semaian untuk tujuan pengakaran. Bahagian pangkal batang perlu dielakkan kerana bahagian ini selalu diserang oleh mosaik virus. Keratan hendaklah diperolehi dari pokok-pokok yang bebas penyakit. Keratan berukuran lebih kurang 30cm perlu disediakan apabila kerja-kerja penanaman akan dilakukan (Sila lihat foto disebelah). Selalunya untuk penyediaan anak benih 30cm bahagian pangkal dan hujung atau bahagian batang yang masih hijau perlulah dibuang. Dengan itu sebatang pokok ubi kayu dapat memberikan 4-5 keratan iaitu untuk pokok yang berumur 6-8 bulan selepas ditanam. Jumlah batang pokok ubi kayu yang diperlukan sebagai bahan tanaman untuk kawasan seluas satu hektar ialah lebih kurang 2,000 batang. Sementara sebanyak 9 - 10 keratan boleh diperolehi dari sebatang pokok ubi kayu yang berumur 10-12 bulan. Kerja menanam ubi kayu perlu disesuaikan dan dilakukan dengan jadual pemasaran. Perlu ingat dimana jika kawasan penanaman adalah lembab dan menakung air ianya akan menyebabkan benih keratan ubi menjadi rosak atau buruk dan sebaiknya dibuat perparitan sempurna dahulu. Keratan akan mula tumbuh lebih-kurang seminggu selepas penanaman. Kerja-kerja penggantian (menyulam) keratan yang tidak tumbuh boleh dilakukan dalam bulan yang pertama. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 1.0m X 1.0m dan jumlah keratan yang diperlukan untuk satu hektar ialah 10,000 keratan. Penanaman boleh dilakukan dengan 2 teknik iaitu Teknik Tanam Condong (Slanting) atau Teknik Tanam Baring (Horizontal). Kebanyakan petani kecil mengamalkan penanaman cara condong dimana benih keratan ditanam dengan membiarkan lebih kurang 10 cm batang di atas permukaan tanah. Kecondongan yang boleh dipraktikan ialah 40 - 45 darjah. Bagi teknik baring dimana cara ini adalah sesuai untuk kawasan yang kurang menerima hujan atau tanah yang mudah kering. Untuk tanah yang sering basah mungkin akan menyebabkan keratan mudah rosak atau buruk. Jika penanaman menggunakan jentera diamalkan adalah disyorkan teknik tanaman baeing sahaja.
Amalan agronomi yang penting dalam penanaman ubi kayu adalah pembajaan dan kawalan penyakit dan perosak. Memang semua pembaca haru tahu dimana tanaman ubi kayu memerlukan makanan yang banyak. Oleh itu baja yang sewajarnya perlu diberikan dimana selalunya penggunaan baja lengkap atau Baja Sebatian (12:12:17:2 ) dengan kadar 450kg - 700kg/ha boleh digunakan. Pembajaan secara tabur ubi kayu tidak begitu digalakan kerana ini akan memudahkan rumput rumpai mengambil nutrien berkenaan. Pembajaan juga boleh petani dilakukan semasa penanaman dan pembajaan kali ke-2 diman aia juga boleh dilakukan pada ketika umur pokok 2 bulan selepas ditanam. Semasa kerja penyediaan tanah pada masa peringkat awal yang teratur dikatakan dapat mengawal rumput dengan baik. Pengawalan rumpai perlu dilakukan dalam masa tiga bulan yang pertama. Selepas pokok tumbuh dengan agak rimbun dan subur secara tidak langsung pertumbuhan rumput-rumpai dapat dikawal. Kawalan rumput-rumpai pada tiga bulan yang pertama ini boleh dilakukan secara manual atau dengan cara penggunaan racun herba. Pengawalan rumput secara manual ialah samaada menggunakan tajak atau cangkul. Kerja-kerja merumput menggunakan kaedah ini boleh dilakukan ketika pokok berumur 25 -30 hari selepas ditanam dan merumput kali yang kedua boleh dilakukan pada ketika umur pokok dua bulan. Penggunaan racun pra-cambah seperti Diuron (Kadar 1.6kg a.i./ha ) boleh juga digunakan untuk tujuan mengawal pertumbuhan rumput. Penyemburan ini sebaiknya sesuai dilakukan sebelum atau sejurus selepas penanaman. Jika penggunaan racun ini tidak begitu berkesan kerja merumput perlu dilakukan pada bulan yang ke-2 atau ke-3. Racun rumput pra-cambah seperti seperti jenis racun Atrazine dan Alachlor memang boleh juga digunakan.
Penanaman ubi kayu juga tidak terlepas daripada serangan penyakit dan perosak. Terdapat beberapa jenis penyakit yang penting menyerang tanaman ubi kayu dimana antara yang sering berlaku adalah serangan Penyakit Antraknos. Ianya disebabkan oleh kulat dikenali sebagai Colletotrichum gloeosporioides f.sp. manihotis. Kulat ini menyebabkan bintik-bintik dan hawar pada daun ianya juga menyebabkan kematian pada batang muda dan kanker pada batang-batang tua. Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur racun kulat Carbendazim atau Chlorothalonil jika berlaku serangan teruk. Disamping itu juga ada penyakit “Velvet blight” yang disebabkan oleh kulat Septobasidium sp. Kulat ini mengeluarkan lapisan kelabu pada batang ubi kayu dimana sebenarnya kulat ini mempunyai hubungan simbiosis dengan teritip (Scale insects). Teritip akan menghisap tisu batang dan kulat pula tumbuh di atasnya dan mengekstrak nutrient daripada teritip, dan pada masa yang sama menjadi pelindung kepada teritip. Sekiranya jangkitan sangat teruk dari teritip dan kulat, batang akan menjadi kering dan reput. Sebagai langkah kawalan, bahagian yang dijangkiti kulat hendaklah dikikis dan pastikan ianya tidak jatuh ke tanah. Untuk kawalan teritip pula, penggunaan “White oil” (Albolinuem) adalah disyorkan. Apa pun ramai petani kecil yang mengabaikan kawalan penyakit yang terdapat pada pokok ubi kayu kerana mereka tidak menanam secara komersil dan bercampur dengan tanaman lain. Artikel ini ditulis didalam 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info yang berguna untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.