Negara kita Malaysia boleh dikategorikan bertuah kerana ia adalah dikelilingi atau berdekatkan dengan laut yang menyimpan khazanah hasilan laut yang hebat. Jadi memang beruntung juga penduduk di Malaysia yang mana bagi penggemar makanan laut mereka lazimnya akan sanggup berbelanja lebih dan mencarinya di serata tempat untuk dapat menikmati kelazatan hidangan laut segar disukai. Bagi mereka selalunya faktor kesegaran makanan laut ini pada setiap gigitannya memberikan keenakan tersendiri dan sukar digambarkan dengan kata-kata. Penulis blog sanggup ke Kuala Sepetang, Taiping, Perak untuk menikmati mee udang yang viral di pekan tersebut (Sila lihat foto disebelah). Sering juga menikmati ikan bakar, kupang, udang dan sotong di beberapa gerai di medan ikan bakar di Melaka setiap bulan juga. Bagaimana pun ada pula sekelompok individu yang akan menghadapi masaalah kesihatan seperti 'Gout' yang merana dan menyiksakan iaitu selepas menikmati beberapa jenis makanan laut yang tidak dikawal. Secara umumnya di Malaysia diantara jenis makanan laut yang digemari ramai selain ikan adalah termasuk jenis udang, kupang dan kerang memang sedap untuk dijadikan pelbagai menu yang hebat dari di bakar, ikan 3 rasa, dimasak goreng salut tepong, masak sambal, maskak cheese, di stim dan pelbagai lagi. Penulis blog mendapati dimana permintaan tinggi makanan laut bukan sahaja dalam kalangan pengusaha restoran di perairan pantai tetapi terkini ia sudah turut menjadi tumpuan kepada pengusaha di banyak bandar besar di seluruh Malaysia. Ada banyak gerai, restoren (terutama jenis restoren Cina) yang menghidangkan pelbagai pilihan makanan laut daripada yang murah sehingga kepada mahal. Ada juga beberapa hotel terkemuka yang khusus menghidangkan kuliner makanan laut seperti di beberapa hotel yang berada dipesisir laut. Pendek kata asalkan ada duit dan selera maka pembaca blog boleh pergi kemana-mana premis yang menyediakan makanan laut untuk dinikmati.
Bagaimana pun pada penulis blog bukan semua orang sewenang-wenangnya akan dapat menikmati makanan laut sebab kalangan mereka ada yang alergi dan tidak kurang 'kena berpantang' mengambilnya khususnya penghidap penyakit tertentu seperti gout dan darah tinggi. Namun biasanya ramai orang juga perlu berhati-hati kerana makanan laut ada kalanya mudah tercemar dengan masaalah kontaminasi oleh masaalah mikro organisma, bahan kimia atau kandungan logam berat dimana kesannya adalah sehingga ia boleh membawa maut. Dari beberapa media tempatan pernah dilaporkan bagaimana ada kes tiga orang telah maut selepas makan kerang dan lokan yang dibeli di Pasar Malam Inanam, Sabah dan mengerikan. Kes tersebut adalah disebabkan oleh fenomena 'laut merah' yang melanda negeri Sabah yang menjadi punca pencemaran kepada hidupan laut itu. Pada 1 Januari 2021pula telah dilaporkan dimana ada enam individu mengalami simptom keracunan seperti kebas di leher, muntah, pening dan sesak nafas selepas memakan kerang yang dikutip di perairan Sepanggar, Sabah. Penulis blog memetik laporan dimana mengulas berkaitan perkara tersebut dimana Pensyarah Kanan Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Dr Saliza Mohd Elias menyatakan keracunan makanan laut boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertama disebabkan oleh agen jangkitan termasuk virus, bakteria dan parasit. Punca kedua berlaku kerana ejen toksin (racun) yang terhasil secara semula jadi dalam makanan laut tersebut seperti jenis ciguatera dan scombroid atau berlaku akibat pencemar kimia daripada bahan buangan industri seperti logam berat, dioksin dan pestisid. Bagaimana pun dilaporkan diantara punca keracunan makanan ialah bakteria, mikro-organisma, virus, racun atau toksin dan bahan kimia atau akibat proses penyediaan makanan kotor, makanan tersebut memang tidak dimasak dengan sempurna atau terdedah kepada persekitaran.

Hasil daripada banyak kajian dilaporkan pada kebiasaannya akan ada dilaporkan di media berlaku kes-kes keracunan makanan berlaku termasuk disebabkan oleh makanan laut dalam tempoh 48 jam selepas makan bila makanan tercemar. Kesan bahaya akibat keracunan dari makanan memang dilaporkan ia boleh membawa maut. Selain itu juga dilaporkan dimana ada juga kes-kes dimana ia akan membabitkan keracunan sistem saraf. Dilaporkan dimana diantara gejala keracunan sering berlaku adalah gastroenteritis iaitu seperti loya, mual, muntah, cirit-birit dan sakit perut. Selain itu juga ada kes dimana keadaan pengeluaran najis luar biasa, berak cair dan juga kerap turut menyebabkan keadaan tubuh kehilangan cecair dan juga elektrolit. Masalah keradangan sistem gastro-usus yang selalu dikaitkan dengan darah dan nanah pada najis atau secara saintifiknya disebut 'dysentery' juga berkemungkinan berlaku pada individu mengalami keracunan. Laporan perubatan sering merujuk kepada berlaku jangkitan sistem gastro-usus yang mana ia boleh menghasilkan kesan yang pelbagai bermula cirit-birit tidak berbahaya dan pulih dengan sendirinya atau kepada masalah berlarutan dan parah hingga menyebabkan kematian. Secara amnya gejala keracunan makanan termasuk jenis makanan laut tercemar ini termasuklah perut memulas atau berpeluh tanpa sebab, demam, rasa sejuk walaupun cuaca panas dan sakit kepala, katanya. Sebaiknya pesakit yang mengalami keracunan makanan boleh menjalani beberapa kaedah rawatan bergantung kepada kategori penyakit dihadapi mereka. Pesakit perlu menjalani rawatan sehingga tanda keracunan makanan laut menunjukkan berkurang dan peningkatan pada tahap kesihatan. Adalah dinasihatkan orang ramai supaya melihat secara terperinci makanan laut dibeli di pasar untuk mengelak sebarang keracunan yang boleh menjejaskan kesihatan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PELBAGAI PILIHAN... BERBEZA HARGA...
DI GERAI KAMPONG... RESTOREN ADA...
AWAS KERACUNAN... RAWATAN SEGERA...
By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(4 Shawal 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.