Kalangan pembaca mungkin kurang pasti apakah ida manafaat daripada haiwan labi-labi ini. Apa pun labi-labi adalah salah satu haiwan golongan reptilia yang dapat dimanfaatkan sebagai sumber makanan kepda golongan tertentu. Ada juga dakwaan dimana haiwan ini tidak sebatas untuk dimakan akan tetapi dilaporkan juga ia mempunyai nilai tambah sebagai bahan ubatan yang berkhasiat. Dilaporkan menurut kepercayaan masyarakat China, haiwaan labi-labi ini didakwa dapat digunakan untuk mengubati luka, masaalah keputihan, sesak nafas dan proses penyembuhan setelah proses melahirkan. Agak pelik juga bunyinya apabila dilaporkan dimana haiwan labi-labi juga dimanfaatkan sebagai bahan asa didalam industri kosmetik. Sebagai contoh dimana ekstrak daripada minyak labi-labi dipercayai amat baik untuk menjaga kesihatan kulit manusia dimana ia mampu membuat kulit wajah seseorang itu menjadi halus, mengurangkan bintik atau flek hitam, menghilangkan gatal-gataldidakwa boleh menghilangkan bau badan. Dalam satu tinjauan di kedai ubat tradisional dilihat sebotol kecil minyak labi-labi dijual dengan harga RM5 dimana ditulis akan kegunaannya iaitu merawat luka ringan, melecur untuk kegunaan luaran sahaja (Sila lihat foto disebelah). Mungkin minyak ini sama cara menyediakannya dengan minyak dari haiwan eksotik lain seperti yang ada dipasaran. Dikalangan masyarakat tertentu di Sarawak dan Kalimantan penulis blog pernah lihat bagaimana labi-labi ini di masak dengan cara karapasnya diterbalikan menjadi mangkuk diatas bara dengan terbalik dan dimakan sebagai makanan eksotik. Kini dilapor berkemungkinan masih ada yang berminat makan labi-labi sebagai sumber makanan berkhasiat yang unik dan memburunya sebagai satu aktiviti.
Haiwan labi-labi ini sejenis reptelia yang membiak dengan dengan cara bertelur (ovivar) dimana proses penghasilan telur berlaku secara internal. Lazimnya untuk membezakan labi-labi jantan dengan labi-labi betina ianya dapat mudah dilihat dari bentuk ekornya dimana labi-labi jantan mempunyai ekor panjang dan labi-labi betina mempunyai ekor yang pendek. Kematangan gonad labi-labi di Asia Tenggara biasanya terjadi pada bulan Mei dan Jun dimana labi-labi betina akan kawasan bertelur di atas tanah darat pada jenis tanah atau substrat berpasir. Lazimnya hasil penelitian saintis dimana labi-labi induk betina akan membuat lubang sedalam 20 cm dalam tanah untuk ianya menyimpan telurnya. Bagaimana pun ramai pemburu telur labi-labi ini akan memungutnya untuk dijual atau dimakan. Di Pusat Perlindungan Labi-labi telur-telur ini akan ditetaskan sama dengan teknik menetaskan telur penyu bagi melindungi haiwan yang semakin pupus ini. Apa pun haiwan labi-labi ini sebahagian besar habitan kehidupnya aknan berada dilokasi atau dalam perairan tawar seperti sungai, danau, paya dan juga kawasan lembab yang ada genangan air. Labi-labi dapat hidup di dalam kolam air yang memiliki suhu air berkisar diantara 25 - 30 áµ’Celcius. Labi-labi umumnya boleh ditemui iaitu di kawasan perairan yang tenang dan berarus perlahan dengan substrat dasar perairan lumpur berpasir, berbatu dan apabila airnya tidak terlalu dalam. Labi-labi memerlukan habitat atau kawasan yang berlumpur untuk melakukan aktiviti pembiakan dengan baik. Menurut CITES dimana kini penyebaran labi-labi di Asia meliputi Brunei DS, Kamboja, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam. Labi-labi bukan merupakan sejenis haiwan yang sepenuhnya hidup di air tetapi kadang kala ia ditemui diatas bebatuan untuk berjemur. Kebiasaan berjemur tersebut merupakan salah satu keperluan asas hidup untuk membersihkan diri labi-labi dari lumut, cendawan ataupun parasit yang melekat pada permukaan tubuhnya. Apabila tidak berjemur akibatnya labi-labi ini akan mudah diserang penyakit. Labi-labi bersifat unik dimana ia mempunyai pola makan omnivora dan scavenger. Labi-labi biasanya lebih menyukai perairan yang terdapat banyak haiwan air dan permukaan perairan yang ditumbuhi tumbuhan air disebabkan keduanya merupakan sumber makanan bagi labi-labi. Labi-labi didakwa sebagai sejenis haiwan yang aktif mencari makan baik pada siang maupun malam hari iaitu dengan frekuensi lebih sering aktif malam hari. Apa pun penting difahami dimana labi-labi termasuk jenis kura-kura air tawar yang seringa ianya ada diperdagangkan. Ia dilakukan pihak tertentu sejak lama secara tersembunyi dan aktiviti konservasi jenis labi-labi dalam daftar IUCN masuk dalam kategori vulnerable (VU) yang berarti semkin pupus. Spesies tersebut sedang menghadapi risiko kepunahan di dalam habitat liar pada masa yang akan datang. Labi-labi termasuk haiwab liar yang termasuk dalam apendix II CITES.

Dalam portal berita hmetro.com dengan kisah bertajuk 'Apakah Dosa Kami' menarik untuk dikongsikan. Kisah dari Kuala Lumpur dilaporkan masih ada individu yang taksub kononnya sup daging labi-labi boleh membesarkan saiz alat kelamin selain organ haiwan liar dilindungi itu boleh mengubati lemah syahwat. Malah wujud kepercayaan lain daging haiwan ini boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kulit serta melambatkan proses penuaan. Ia antara faktor haiwan liar itu terus diburu secara haram bagi memenuhi permintaan penggemar makanan eksotik tempatan. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, terbaru pihaknya menyerbu sebuah restoran di Georgetown, Pulau Pinang pada jam 12 tengah hari, kelmarin. Ia berlaku apabila sepasukan anggota Unit Penguatkuasa PERHILITAN Negeri Pulau Pinang menyoal siasat seorang lelaki tempatan yang juga pemilik premis berusia 40-an. Hasil pemeriksaan dijalankan menemui seekor labi-labi muncung babi Pig-nosed turtle yang diletakkan di dalam akuarium kaca di bahagian dalam premis itu. Labi-labi muncung babi itu dirampas dan dibawa ke pejabat PERHILITAN untuk tindakan lanjut. Pihaknya kerap kali membongkar kegiatan pihak tertentu yang memburu haiwan itu untuk dijadikan hidangan makanan eksotik. Mereka percaya kononnya daging haiwan ini memiliki pelbagai khasiat menyebabkan hidupan liar yang dilindungi itu menjadi buruan dan dibunuh. Ia dibuktikan apabila PERHILITAN pernah membongkar tindakan oleh pihak pengusaha restoran di Cheras di sini, yang menjual pelbagai hidangan daging hidupan liar eksotik kepada pelanggan termasuk labi-labi. Ketika pemeriksaan dilakukan, pegawai PERHILITAN merampas tiga ekor labi-labi selain kaki beruang, hidung tapir, 20 keluang dan daging babi hutan. Dalam berita tersebut serbuan di dua premis penyembelihan babi di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu pernah dilakukan dan PERHILITAN merampas 40 labi-labi dan 20 katak. Labi-labi dan katak yang disimpan ini dipercayai untuk dijual di restoran berhampiran. Aktiviti menangkap haiwan ini perlu dibendung bagi mengelakkan spesis reptilia itu pupus akibat pemburuan haram. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ADA KARAPAS... DIATAS BADAN KERASNYA...
DIJADIKAN BURUAN... DIMAKAN AKHIRNYA...
HAIWAN DILINDUNGI... ELAKAN PUPUS DIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(18 Zulkaedah 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.