MINYAK KELAPA DARA adalah satu produk yang dihasilkan daripada Teknologi Bio (Biotechnology) daripada buah kelapa (Cocos nucifera) melalui beberapa teknologi didalam pemprosesan termasuk proses pemanasan, penapaian dimana ia tidak menggunakan bahan-bahan kimia. Ia berbeza dengan proses penghasilan minyak masak (coking oil) yang biasa. Minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil -VCO) diperakui mempunyai khasiat tersendiri iaitu kandungan Asid Laurik yang dibuktikan sangat baik untuk kesihatan. Walau pun minyak ini telah lama dijadikan satu industri di seluruh dunia terutama di Indonesia, Filipina dan beberapa negara tropika pengeluar kelapa lain diseluruh dunia akan tetapi tetapi kempen penggunaan minyak VCO ini di Malaysia hanya popular sekitar 10 -15 tahun lepas sahaja. Ramai usahawan minyak kelapa dara di Malaysia yang menghasilkan minyak ini untuk pasaran domestik dan antarabangsa dengan teknologi yang didapati dari agensi kerajaan, rakan perniagaan dan sebagainya. Minyak kelapa dara adalah minyak yang dihasilkan daripada santan dari pokok kelapa tua yang terdapat di kebun. Kualiti minyak kelapa dara dari pokok dan buah kelapa muda dipercayai kurang berkualiti. Minyak ini mengandungi Asid Laurik iaitu sejenis asid lemak berantai sederhana yang bersifat antivirus, anti bakteria dan juga anti protozoa serta baik untuk kesihatan pada tubuhbadan manusia. Apa pun penulis blog dapati sejak masa dahulu, nenek moyang kita di Malaysia sudah lama mengamalkan pengambilan Minyak Kelapa Dara bagi tujuan untuk menjaga kesihatan seharian mereka. Malah amalan penggunaan Minyak Kelapa Dara telah direkodkan seawal 1,500 tahun dahulu di India di dalam Kitab Ayurveda mereka. Memang walaupun pada zaman dahulu tiada kajian yang dijalankan ke atas pengamalan Minyak Kelapa Dara namun diakui bahawa mereka pada zaman dahulu sangat kurang menghadapi masalah kesihatan seperti di zaman sekarang. Kini seiring dengan kemajuan teknologi, kini pelbagai kajian saintifik dan perubatan telah membuktikan Minyak Kelapa Dara (VCO) sangat baik diamalkan dan mempunyai pelbagai kehebatan khasiat dan manfaat kepada manusia. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira paparkan kehebatan khasiat Minyak Kelapa Dara untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.
Banyak penyelidikan diseluruh dunia oleh saintis mendapati antara faktur yang menyebabkan minyak ini hebat termasuk ujudnya kandungan bahan berhasiat. Bahan tersebut dikenali sebagai bahan iaitu MEDIUM CHAIN FATTY ACID (MCFA), HIGH DENSITY LIPOPROTEIN (HDL) dan juga HIGH DENSITY LIPOPROTEIN (HDL). Bagi komponen Medium Chain Fatty Acid (MCFA) terkandung didalam Minyak Kelapa Dara mempunyai kira-kira 50-55% kandungan iaitu dikenali sebagai Asid Laurik. Diantara kelebihan utama MCFA yang sangat jarang ditemui adalah sifatnya yang sangat mudah diproses menjadi tenaga. Selain itu ianya juga bersifat Anti-Fungal, Anti-Microbial serta Anti-Viral. Minyak Kelapa Dara mengandungi MCFA kedua tertinggi selepas Susu Ibu. Komponen kedua iaitu High Density Lipoprotin (HDL) pula yang dikenali sebagai bahan bernutrisi yang sangat-sangat dicari-cari pakar perubatan diseluruh dunia kerana ia telah diketahui sebagai kumpulan jenis Kolestrol Baik. Fungsi utama HDL adalah mencuci saluran darah dari Kolestrol Jahat yang melekat di dinding-dinding saluran darah. Komponen ketiga yang ada didalam Minyak Kelapa Dara adalah kandungan bahan berfungsi sebagai Anti Oksidan. Anti-Oksida adalah sejenis nutrien yang bertanggungjawab untuk melawan radikal bebas didalam tubuh manusia. Kehadiran bahan radikal bebas yang berlebihan di dalam badan akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah masaalah seperti Penyakit Diabetis, Penyakit Jantung serta Kanser. Pengambilan minyak VCO ini antara pilihan terbaik kepada manusia.
(15) VCO MAMPU MENGURANGKAN KESAN PARUT
Parut ialah hasil daripada proses dimana berlaku penyembuhan kulit dan tisu yang umum berlaku selepas kecederaan yang disebabkan oleh trauma, jangkitan atau pembedahan. Parut berpunca daripada proses biologi, pembaikan luka pada kulit serta organ dan tisu badan yang lain. Parut adalah bahagian semula jadi dari proses penyembuhan yang ramai pernah alami. Tisu parut terdiri daripada protein yang sama (kolagen) dengan tisu yang digantinya, tetapi kandungan serat protein yang berbeza; dan bukannya pembentukan basketweave secara rawak dari serat kolagen yang terdapat dalam tisu normal, dalam fibrosis pautan silang kolagen dan membentuk jajaran yang jelas dalam satu arah. Jajaran tisu parut kolagen ini, biasanya mempunyai kualiti fungsi yang lebih rendah daripada penjajaran rawak kolagen normal. Contohnya, parut pada kulit kurang tahan terhadap sinaran ultraungu dan kelenjar peluh dan folikel bulu yang tidak tumbuh semula di dalam tisu parut. Semua parut terdiri daripada kolagen yang sama dengan tisu yang telah diganti, tetapi kandungan tisu parut, berbanding dengan tisu biasa adalah berbeza. Tisu parut juga kekurangan elastik tidak seperti tisu yang normal yang mengedarkan elastik serat. Dua jenis yang paling biasa adalah parut hipertrofik dan keloid, kedua-duanya mengalami pertumbuhan kolagen yang kaku yang berlebihan sehingga melebarkan tisu dan menyekat pertumbuhan semula tisu baharu. Berbalik kepada kehebatan khasiat VCO dimana kandungan bahan Anti-Oksidan di dalam Minyak Kelapa Dara sangat penting dalam melawan 'Radikal Bebas' yang merosakkan kulit. Sebagai ejen Anti-Oksidan yang aktif maka ianya akan membantu pembinaan sel-sel kulit yang baru dan seterusnya akan menggantikan sel kulit yang rosak (Parut).
(16) VCO MENGURANGKAN MASALAH JANGKITAN
PADA BAHAGIAN KULIT
Kulit merupakan organ yang paling besar pada badan manusia. Tugas utama kulit ialah melindungi tubuh badan daripada sebarang penyakit atau jangkitan. Kulit manusia bukanlah selalu imun terhadap sebarang jangkitan. Kadangkala berlaku jangkitan boleh terjadi jika parasit, fungi ataupun kuman seperti bakteria yang menembusi kulit dan mula merebak. Perkara ini akan juga menyebabkan kesakitan, lebam atau perubahan dari segi warna kulit. Jika ada jangkitan yang ringan boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan yang boleh dibeli secara 'over-the-counter'. Walau bagaimanapun jika berlaku jangkitan yang serius mungkin memerlukan perhatian daripada doktor pakar (skin specialist). Simptom jangkitan kulit berbeza mengikut jenis. Selalunya hampir kesemua jenis jangkitan ini mungkin mempunyai dua simptom yang sama iaitu kulit yang berwarna kemerahan dan ruam gatal. Selain itu, pesakit juga mungkin mengalami simptom lain seperti gatal-gatal dan pedih. Tempat jangkitan pula boleh menjadi lembut ketika disentuh. Pesakit yang mengalami jangkitan yang teruk sehinggakan kulit menjadi bernanah atau tidak sembuh-sembuh perlu berjumpa doktor secepat mungkin. Antara tanda-tanda jangkitan yang teruk seperti bernanah, Melepuh, Kulit mengelupas, Kulit jadi pecah-pecah, Kulit bertukar warna menjadi gelap atau pun ia berubah warna. Ada kalanya menyebabkan rasa sakit atau pedih. Minyak Kelapa Dara yang disapu terus pada kulit kini dilaporkan akan dapat membantu masalah jangkitan yang disebabkan kuman, bakteria serta virus berbahaya. Kandungan bahan MCFA yang bersifat Anti-Microbial, Anti-Fungal dan Anti-Viral dapat membantu mencegah serta membunuh kuman berbahaya. Masalah penyakit kulit seperti Ekzema, Gataal-gatal, Jerawat, Kulat Air, Kudis, Kurap dan lain-lain akan dapat dikurangkan dengan sapuan secara langsung Minyak Kelapa Dara.
(17) VCO BAIK SEBAGAI 'SUPERFOOD' IBU HAMIL
Bagi wanita kehamilan adalah peristiwa yang sangat bermakna. Bermula saat menjalani ujian kehamilan sehingga disahkan doktor diri sedang berbadan dua dimana ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan. Pastinya bagi setiap pasangan mengharapkan bayi yang bakal lahir bukan sahaja cukup sifat, tetapi juga sihat fizikal dan mental. Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu dimulakan sejak di dalam kandungan lagi. Malah sebaik pasangan mula merancang memiliki cahaya mata pertama, mereka sepatutnya mengambil asid folik tiga bulan sebelum kehamilan bagi memastikan bayi mendapat zat lengkap ketika dalam kandungan. Dilaporkan terkini dimana Minyak Kelapa Dara telah terbukti sangat baik untuk ibu hamil dan telah diamalkan berkurun lamanya di Malaysia dan dunia am-nya. Ini kerana kandungan MCFA sangat membantu ibu hamil yang ada masalah seoerti mempu mengatasi masaalah Morning Sickness, mengekalkan terus bertenaga sepanjang hari, dapat membantu menaikkan HB Low, mengawal GDM atau Kencing Manis serta juga mengurangkan masalah Sembelit dan juga masaalah keputihan.
(18) VCO SEBAGAI PELINCIR HUBUNGAN SEKS YANG

SELAMAT
Kehebatan terakhir yang agak jarang diketengahkan berkait dengan hubungan seks. Bagaimana pun terkini beberapa kajian telah mendapati 30% daripada wanita sakit semasa melakukan hubungan seks disebabkan oleh kekeringan vagina. DIlaporkan dimana Minyak Kelapa Dara boleh disapu pada kemaluan lelaki atau wanita sebelum hubungan kelamin sebagai pelincir dan mengurangkan masalah kekeringan vagina. Penggunaan Minyak Kelapa Dara juga dapat meningkatkan deria dan saraf alat kelamin dan seterusnya memberikan kesan rangsangan yang lebih baik. Artikel ini ditulis dalam 5 (Lima) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 untuk dibaca bersama. Semuga semua pembaca blog anim agro technology mendapat info berguba kali ini. Wasllam!!!...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.