Support My Blog

Friday, June 24, 2022

HEBATNYA KHASIAT MINYAK KELAPA DARA (PART 1)

MINYAK KELAPA DARA
adalah satu produk yang dihasilkan daripada Teknologi Bio (Biotechnology) daripada buah kelapa (Cocos nucifera) melalui beberapa teknologi pemprosesan termasuk proses pemanasan, penapaian dimana ia tidak menggunakan bahan-bahan kimia. Ia berbeza dengan proses penghasilan minyak masak (coking oil) yang biasa. Minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil -VCO) diperakui mempunyai khasiat tersendiri iaitu kandungan Asid Laurik yang dibuktikan sangat baik untuk kesihatan. Walau pun minyak ini telah lama dijadikan satu industri di seluruh dunia terutama di Indonesia, Filipina dan beberapa negara tropika pengeluar kelapa lain diseluruh dunia akan tetapi tetapi kempen penggunaan minyak VCO ini di Malaysia hanya popular sekitar 10 -15 tahun lepas sahaja. Ramai usahawan minyak kelapa dara di Malaysia yang menghasilkan minyak ini untuk pasaran domestik dan antarabangsa dengan teknologi yang didapati dari agensi kerajaan, rakan perniagaan dan sebagainya. Minyak kelapa dara adalah minyak yang dihasilkan daripada santan dari pokok kelapa tua yang terdapat di kebun. Kualiti minyak kelapa dara dari pokok dan buah kelapa muda dipercayai kurang berkualiti. Minyak ini mengandungi Asid Laurik iaitu sejenis asid lemak berantai sederhana yang bersifat antivirus, anti bakteria dan juga anti protozoa serta baik untuk kesihatan pada tubuhbadan manusia. Apa pun penulis blog dapati sejak 
masa dahulu, nenek moyang kita di Malaysia sudah lama mengamalkan pengambilan  Minyak Kelapa Dara bagi tujuan untuk menjaga kesihatan seharian mereka. Malah amalan penggunaan Minyak Kelapa Dara telah direkodkan seawal 1,500 tahun dahulu di India di dalam Kitab Ayurveda mereka. Memang walaupun pada zaman dahulu tiada kajian yang dijalankan ke atas pengamalan Minyak Kelapa Dara namun diakui bahawa mereka pada zaman dahulu sangat kurang menghadapi masalah kesihatan seperti di zaman sekarang. Kini seiring dengan kemajuan teknologi, kini pelbagai kajian saintifik dan perubatan telah membuktikan Minyak Kelapa Dara (VCO) sangat baik diamalkan dan mempunyai pelbagai kehebatan khasiat dan manfaat kepada manusia. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira paparkan kehebatan khasiat Minyak Kelapa Dara untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Banyak penyelidikan diseluruh dunia oleh saintis mendapati antara faktur yang menyebabkan minyak ini hebat termasuk ujudnya kandungan bahan berhasiat. Bahan tersebut dikenali sebagai bahan iaitu 
MEDIUM CHAIN FATTY ACID (MCFA), HIGH DENSITY LIPOPROTEIN (HDL) dan juga HIGH  DENSITY LIPOPROTEIN (HDL). Bagi komponen Medium Chain Fatty Acid (MCFA) terkandung didalam Minyak Kelapa Dara mempunyai kira-kira 50-55% kandungan iaitu dikenali sebagai Asid Laurik. Diantara kelebihan utama MCFA yang sangat jarang ditemui adalah sifatnya yang sangat mudah diproses menjadi tenaga. Selain itu ianya juga bersifat Anti-Fungal, Anti-Microbial serta Anti-Viral. Minyak Kelapa Dara mengandungi MCFA kedua tertinggi selepas Susu Ibu. Komponen kedua iaitu High Density Lipoprotin (HDL) pula yang dikenali sebagai bahan bernutrisi yang sangat-sangat dicari-cari pakar perubatan diseluruh dunia kerana ia telah diketahui sebagai kumpulan jenis Kolestrol Baik. Fungsi utama HDL adalah mencuci saluran darah dari Kolestrol Jahat yang melekat di dinding-dinding saluran darah. Komponen ketiga yang ada didalam Minyak Kelapa Dara adalah kandungan bahan berfungsi sebagai Anti Oksidan. Anti-Oksida adalah sejenis nutrien yang bertanggungjawab untuk melawan radikal bebas didalam tubuh manusia. Kehadiran bahan radikal bebas yang berlebihan di dalam badan akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah masaalah seperti Penyakit Diabetis, Penyakit Jantung serta Kanser. Pengambilan minyak VCO ini antara pilihan terbaik kepada manusia.


(1) VCO MEMBANTU MENGAWAL DIABETIS

Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 2011 di mana di anggarkan lebih dari 3 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes. Apa pun diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga. Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi. Masalah kesihatan seperti Kencing Manis atau diabetis adalah disebabkan oleh berlakunya rintangan insulin dalam badan individu. Ini kerana peranan insulin di dalam badan seseorang tidak dapat bekerja dengan baik untuk menukarkan fungsi gula dalam darah kepada tenaga. Akibatnya apa yang berlaku adalah dimana gula dalam darah akan meningkat dan mendatangkan pelbagai lagi masalah lain. Bagaimana pun kandungan MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara didakwa akan dapat ianya meningkatkan keberkesanan Insulin untuk bekerja dengan lebih baik. Apabila pesakit mula menggantikan gula dengan Minyak Kelapa Dara sebagai sumber tenaga dapat membantu mengawal masaalah diabetis secara tidak langsung. Harga minyak VCO di Malaysia adalah sangat berpatutan dengan kesan kebaikan yang diperolehi oleh pesakit kencing manis.


(2)  VCO SEBAGAI SUMBER TENAGA BERSIH DAN 
      PANTAS
Setiap makanan yang di makan akan dapat menghasilkan tenaga. Tenaga yang terhasil daripada proses pembakaran makanan ini dalam tubuh ini dikenali sebagai kalori dan ia boleh diukur dengan unit kilokalori atau Kcal. Apa pun tahukah anda bahawa kalori yang diperlukan oleh tubuh untuk pelbagai aktiviti harian. Dilaporkan aktiviti yang memerlukan kalori termasuklah bertujuan untuk pengekalan suhu badan, aktiviti metabolisma, proses pertumbuhan dan juga bagi aktiviti fizikal. Antara beberapa faktor yang mempengaruhi perancangan kalori bergantung kepada faktor-faktor seperti Jantina, Umur dan juga aktiviti fizikal. Lazimnya lelaki memerlukan lebih banyak kalori berbanding wanita disebabkan peratusan otot yang lebih banyak pada tubuh mereka. Remaja juga memerlukan lebih kalori daripada orang dewasa kerana mereka sedang melalui proses pertumbuhan yang pesat. Keperluan kalori juga akan meningkat jika seseorang individu tersebut mengamalkan aktiviti fizikal yang aktif berbanding yang kurang aktif atau sedentari. Contohnya pekerjaan seorang petani, buruh, pekerja ladang, penternak adalah lebih aktif dan memerlukan lebih kalori berbanding pekerjaan sebagai seorang guru, pegawai-pegawai kerajaan, kerani dan sebagainya. Memang kehebatan VCO ini semakin viral apabila ia merupakan sejanis pproduk yang amat berbeza dengan gula dan karbohidrat seperti yang terkandung didalam nasi putih. Ini kerana diperakui dimana Minyak Kelapa Dara yang tinggi kandungan MCFA akan diproses kepada bentuk tenaga dengan masa yang sangat pantas. Pakar makan mendapati dimana apa yang lebih menakjubkan adalah ianya tidak akan disimpan di dalam badan sebagai lemak yang berlebihan. Oleh itu jika ada mempunyai masalah kencing manis maka Minyak Kelapa Dara adalah salah satu daripada cara solusi yang terbaik bagi menggantikan makanan seperti gula atau makanan nasi sebagai sumber tenaga utama untuk diambil seharian. Doktor memang sering menasihatkan agar merekayang ada diabetik selalu mengamalkan menjaga makanan dan sering bersukan.


(3) VCO BANTU MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG, 
      STROK SERTA DARAH TINGGI
Menurut data terkini yang diterbitkan oleh WHO pada tahun 2017, kematian akibat Penyakit Jantung Koronari di Malaysia mencapai 30,598 atau 22.13% daripada jumlah kematian. Serangan jantung berlaku apabila aliran darah yang membawa oksigen ke otot jantung terlalu berkurangan atau dihalang sama sekali. Apabila sebahagian daripada otot tidak menerima oksigen yang diperlukan untuk berfungsi, otot mula punah. Serangan jantung boleh dikaitkan dengan atau mengakibatkan masalah kesihatan yang teruk seperti kegagalan jantung dan aritmia yang boleh membawa maut. Jika anda tahu yang anda atau sesiapa yang mungkin menghidapi serangan jantung atau simptomnya, jangan abaikan atau terasa malu untuk meminta bantuan. vKebanyakan serangan jantung berlaku kerana menghidapi penyakit jantung koronari. Penyakit Jantung Koronari berlaku apabila arteri yang membekalkan darah ke jantung (juga dipanggil arteri koronari) mungkin tersumbat dengan lemak, kolesterol atau bahan lain iaitu himpunan bahan-bahan ini dipanggil plak. Apabila plak terhimpun di dalam arteri, keadaan ini dipanggil aterosklerosis. Himpunan plak boleh berlaku selama bertahun-tahun. Apabila sebahagian daripada plak pecah di dalam arteri, darah beku terbentuk pada permukaan plak. Bergantung pada saiz darah beku, aliran darah di dalam arteri boleh boleh menjadi separa tersumbat atau tersumbat sepenuhnya. Khasiat mengambil VCO terhebat adalah apabila dilaporkan ia akan membantu mencegah masalah penyakit jantung, strok serta darah tinggi. Di Malaysia isu serangan sakit jantung merupakan salah satu pembunuh senyap yang semakin serius saban tahun.  Bagaimana pun ada dakwaan apabila salah satu kandungan utama di dalam Minyak Kelapa Dara adalah HDL yang lebih dikenali sebagai Kolestrol Baik. HDL ini dilaporkan sangat diperlukan oleh badan kerana fungsinya iaitu membantu mencuci saluran darah dari Kolestrol yang melekat pada dindingnya. Individu yang sering mengamalkan pengambilan  Minyak Kelapa Dara didakwa akan memastikan saluran darah mereka akan sentiasa bersih dari gangguan kolestrol jahat yang boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti serangan penyakit jantung, serangan strok serta masaalah tekanan darah tinggi. Pengambilan VCO asli yang berkualiti boleh dilakukan semua yang ingin mempastikan tahap kesihatan sentiasa baik. Artikel ini ditulis dalam 5 (Lima) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 untuk dibaca bersama. Semuga semua pembaca blog anim agro technology mendapat info berguba kali ini. Wasllam!!!...
MINAYAK KELAPA DARA... VCO SAMA....
BANYAK KHASIAT... BERPADA HARGA...
HARGA MAMPU... MUDAH IA DIGUNA....
MEMBACA ARTIKEL... INGIN AMALNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Zulkaedah 1443H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...