Penulis blog mendapati dimana masa ini didalam dunia yang serba moden dimana kebanyakkan peralatan dalam industri pertanian dan penternakan semakin moden teknologinya. Perkara ini dilihat semakin tinggi teknologi maka semakin tinggi nilainya kepada sesebuah industri dan juga masyarakat. Sebagai contoh adalah aspek paling besar dalam dunia penternakan di Malaysia iaitu industri penternakan ayam. Ada yang pembaca blog ini sendiri mungkin pernah melihat betapa modenya cara penternakan ayam itu sendiri dari pelbagai aspek. Bermula dari aspek sistem perumahan sehinggalah aspek perubatan dimana ia semuanya telah dimodenkan teknologinya. Dengan bermulanya perubahan ini maka dapat melihat betapa majunya teknologi moden tersebut sekarang. Antara penggunaan teknologi moden dalam penternakan ayam ialah Sistem Reban Ayam Tertutup. kalau dahulu mungkin ramai selalu melihat reban ayam terbuka tetapi kini setelah dimodenkan masyarakat mengubahnya menjadi reban ayam tertutup untuk elakan ancaman lalat, bau busuk dan sebagainya. Reban ini lebih selamat berbanding reban ayam tradisional dan terbuka sedia ada. Pengudaraan dalam reban cara ini boleh dikawal dengan kipas dan pendingin hawa. Kawalan halaju angin yang boleh disesuaikan untuk berbagai peringkat umur ayam. Ia dapat membantu pengudaraan dan membekalkan oksigen segar yang cukup untuk setiap ekor ayam. Dengan adanya pengudaraan yang bagus, ayam yang diternak dapat hidup dengan baik dan segar. Dalam pada itu kini isu pemakanan juga telah dimodenkan untuk tumbesaran ayam yang berkualiti. Pemakanan ayam yang terkini ialah dedak probiotik. Dedak probiotik ini bukan sahaja untuk tumbesaran ayam tetapi bagus untuk kualiti telur dan anak ayam. Ayam yang diberi makan dedak probiotik ini akan lebih sihat dan cepat membesar. Dedak probiotik ini menggunakan pati ikan sebagai sumber protein dan bebas daripada bahan terlarang selaian penggunaan probiotik bacillus. Makanan dedak probiotik ini diformulasikan dalam bentuk pallet kering. Pemakanan ayam yang sihat dapat menjamin kesihatan ayam yang lebih berkualiti. Walau pun bahan asas makanan ini kebanyakannya adalah terdiri dari jagung bijirin, kacang soya dan bahan tambahan laian diimport akan tetapi kecekapan kilang yang mmengeluarkan makanan terus menyokong industri ini di Malaysia. Sejak awal tahun 2022 sehingga 1 Julai 2022 Kerajaan Malaysia telah memberikan subsidi harga makanan ternakan ayam bagi menjamin kestabilan harga runcit daging ayam dipasaran tempatan.
Menyentuh mengenai peralatan untuk penternakan ayam dimana ia juga sudah dipermodenkan. Apa yang penulis blog lihat dimana diantara beberapa peralatan penternakan ayam ialah kipas penyejuk (cooling fan). Alat peyejuk ini digunakan untuk membenarkan udara segar dan sejuk masuk ke dalam reban ayam untuk tujuan mengekalkan kelembapan dan suhu di dalam reban. Kipas penyejuk jugaselalunya akan dapat mengeluarkan haba panas dari reban yang dihasilkan oleh ayam. Selain itu juga ia berfungsi untuk mengurangkan kelembapan yang berlebihan dan menghalang pengumpulan gas ammonia dan karbon dioksida dari dalam reban ayam. Ketiadaan kipas penyejuk kesannya adalah sistem tidak dapat membengkalkan udara yang segar kepada ayam di dalam reban tertutup. Pada masa ini dimana teknologi dari segi perubatan ternakan ayam sudah tinggi perubahannya. Apa pun jika dilihat sebagai contoh penyelidikan dari Universiti Putra Malaysia yang menghasilkan vaksin bagi penyakit Gumboro (Bursal Disease Vaccine). Gumboro ialah penyakit yang mengakibatkan kematian ayam yang tinggi dan hilang daya tahan. Selain dari Malaysia dilaporkan dimana dinegara dari Myanmar dan Vietnam juga menggunakan vaksin ini untuk mencegah penyakit berjangkit. Penggunaan vaksin ini hanya perlu dimasukkan ke dalam air minuman ayam atau melalui suntikan di bahagian leher ayam. Setiap satu botol vaksin menghasilkan 1,000 dos dimana kini dengan adanya vaksin yang terbaik ini maka penternak dapat mencegah pelbagai penyakit pada ayam. terkini sudah banyak pengusaha yang sudah melakukan Sistem Penternakan Ayam Automatik sepenohnya. Teknologi ini sudah memudahkan bagaimana kaedah untuk aplikasi ini memberi makan, air minum dan seterusnya akan membersihkan reban ayam iaitu secara automatik. Dilaporkan ada dua cara penggunaannya iaitu pertama dengan LCD dan menggunakan rangkaian Android. Siatem akan dapat mengatur masa yang sesuai dengan keperluan sistem penternakan dimana ia sesuai untuk industri penternak ayam kecil dan sederhana. Apa pun apabila sudah ada teknologi moden bagi penternakan ayam hasilnya ia akan dapat memudahkan lagi penternak dalam penjagaan ayam. Teknologi yang semakin canggih ditambah lagi dengan kemodenan sistem yang semakin pesat dapat memudahkan penternak ayam mmempastikan bekalan ayam berkualiti, mencukupi dan sesuai dengan kehendak pasaran. Malaysia seharusnya berdiri sama tinggi dengan negara yang kini semakin maju dalam dunia pertanian dan juga penternakan bagi mempastikan kedaulatan makanan negara terjamin.
Penulis blog merujuk kepada satu lagi laporan dari UPM yang bertajuk 'Reban ayam tertutup canggih dan lengkap dengan sistem kawalan suhu' berkaitan dengan teknologi ternakan ayam untuk dikongsikan infonya. Pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang kini memiliki reban ayam tertutup serba canggih yang dilengkapi sistem kawalan suhu dan kelembapan serta sangkar tiga tingkat, yang boleh menampung kira-kira 7,500 ayam pedaging. Kini dengan integrasi ternakan yang menggabungkan teknologi moden dalam infrastruktur, ayam boleh mencapai berat 2.4 kg dalam masa antara 32 dan 35 hari, berbanding antara 38 dan 42 hari sekiranya ternakan dilakukan secara terbuka. Dilaporkan selain membekalkan ayam pedaging, reban ayam tertutup ini juga akan membolehkan penyelidik dan pelajar menjalani pelbagai penyelidikan yang berkaitan. Reban ayam tertutup berukuran 62 x 12 meter yang membabitkan kos pembinaan RM750,000 ini, mempunyai empat penapis udara dan enam kipas besar bagi pengawalan aliran udara, suhu dan bau, serta penutup atau jaring (netting) bagi menghalang kemasukan lalat ke dalam reban. Menurut dakwaan oleh Ketua Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian UPM, Prof. Dr Loh Teck Chwen dimana dia beritahu kawalan suhu dan kawalan kelembapan adalah penting bagi proses pembesaran ayam. Sistem kawalan suhu digerakkan secara separa-automatik, manakala ayam dimasukkan atau dikeluarkan daripada sangkar tiga tingkat itu menggunakan ‘roller’ yang bertindak menolak ayam-ayam berkenaan. Reban ayam ini mempunyai keistimewaan iaitu jika suhu di dalam reban berubah kepada tinggi, kipas itu akan berfungsi secara automatik dan menyedut udara masuk ke dalam reban melalui ‘cooling pad’ yang mempunyai aliran air, dan ini akan menyejukkan udara yang melaluinya. Dengan ini maka suhu persekitaran di dalam reban akan menurun. Jika suhu dikawal antara 24 dan 28oCelsius dan dengan kelembapan yang selesa, ayam akan mencapai berat 2.4 kg dalam masa antara 32 dan 35 hari. Apa pun diberitahu dimana semakin sejuk suhu maka akan semakin elok untuk pembesaran ayam. Makanan ayam pula disalurkan ke sangkar tiga tingkat itu menggunakan saluran ‘piping’ dari silo yang terletak di satu bahagian di penghujung reban ayam itu. Kini bau yang dikawal juga dapat menghindarkan kehadiran lalat dan lapisan jaring yang dipasang di kipas besar tersebut akan menghalang kemungkinan kemasukan lalat. Najis ayam itu pula katanya, akan dijadikan baja kompos bagi oleh Unit Organik, Fakulti Pertanian bagi mendatangkan pulangan kerana ia adalah ibarat ‘emas hitam.’ Idea pembinaan bangunan reban ayam tertutup itu pembinaannya dibiayai Malayan Flour Mills (MFM) Berhad, manakala fasiliti reban itu disediakan oleh AGCO GSI (M) Sdn Bhd. MFM juga sudah menaja tiga pelajar Sains Haiwan UPM yang melanjutkan pengajian di Arkansas University, Amerika Syarikat bermula tahun lalu.
Dalam portal berita hmetro.com pula dipaparkan artikel bertajuk 'Industri penternakan ayam berkisar kepada permainan volume' yang agak menarik dikongsikan. Penternak dan peladang ayam daging yang menyertai sistem integrasi ladang kontrak tidak terjejas dengan sebarang perubahan harga jualan ternakan itu di pasaran. Menurut Pengerusi Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor Idrus Zainal Abidin berkata, peserta sistem itu hanya perlu menyediakan lokasi sesuai dan reban selesa kerana ayam pedaging dipelihara secara intensif di dalam reban sepanjang masa. Katanya, input lain seperti perolehan anak atau baka, makanan, vaksin dan doktor veterinar akan disediakan sesebuah syarikat besar yang dikenali sebagai integrator. Kini ada sejumlah integrator di negara ini dan lima daripadanya syarikat tersenarai awam. Integrator memberi kami anak ayam, makanan ayam, vaksin, jika ada masalah penyakit ayam pun doktornya akan datang ke ladang ternakan. Apabila sudah matang untuk tuaian, misalnya sudah cukup masa 34 hari pihak integrator itu akan mengambil semula ayam berkenaan. Sebagai contoh di ladang saya, mengikut kontrak pihak integrator akan ambil semula ayam dan bayar pada harga RM4.90 sekilogram yang kemudian akan ditolak input disediakan integrator maka dapatlah dia untung RM1. Keuntungan itu juga sudah pun memadai dengan volum ayam yang diternak. Kini industri penternakan ayam daging adalah berkisarkan kepada permainan volume iaitu lagi banyak kuantiti ada akan lebih untung dapat dicapai. Masalah turun naik harga ayam tidak akan menjejaskan peserta kerana kami dibayar dengan harga di ladang yang sudah ditetapkan seperti yang terdapat di dalam kontrak. Apa yang terkesan adalah integrator. Rugi kemerosotan perniagaan masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) satu hal, ditambah pula kenaikan mendadak kos input makanan jagung dan soya yang diimport seperti dari Brazil dan Argentina. Jika harga makanan ayam import meningkat sekali pun, kami tak terjejas sebab integrator yang tanggung. Sebab itu kami senyap sahaja mengenai hal ini, biarlah kerajaan berunding dengan integrator. Menurutnya, cadangan kerajaan mengimport ayam siap dari Thailand, China dan Brazil juga tidak membantu menstabilkan harga, sebaliknya mungkin lebih tinggi. Dia juga difahamkan ramai pengimport sudah tarik diri. Payah nak jual pada harga RM8, mungkin harga akan pergi hingga RM10 sebab harganya (dari negara pengeluar) sudah mahal. Ditanya sama ada bekalan ayam keluaran dalam negara mencukupi, beliau berkata, jika diikutkan realiti bekalan sedia ada di ladang memang cukup. Apa pun sebagai contoh dakwanya, terdapat 33 penternak di bawah Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor yang berupaya membekalkan antara tiga hingga empat juta ayam pada satu-satu masa. kini untuk (pasaran) dalam negeri memang mencukupi dimana satu hari diperlukan sekitar dua hingga tiga juta ayam untuk keperluan pasaran pengguna di seluruh Malaysia. Dilaporkan pada Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan harga runcit maksimum bagi ayam standard dikurangkan sebanyak 20 sen kepada RM8.90 daripada harga siling RM9.10 yang ditetapkan, selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL). Intervensi kerajaan menetapkan harga runcit bagi ayam standard berkuat kuasa esok 5 Februari hingga 5 Jun itu adalah langkah untuk menjamin kestabilan harga ayam dan harga makanan berkaitan. Semuga artikel panjang ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
AYAM DAGING...BANYAK JUMLAHNYA...
TEKNOLOGI MODEN... KINI DILAKSANA....
MAMAKAN ASAS AYAM... SEMUA SUKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 ZUlkaedah 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.