Support My Blog

Sunday, June 19, 2022

TEKNOLOGI TERNAK LABI-LABI

PENTERNAKAN LABI-LABI
adakah sudah ada teknologi yang boleh dirujuk?. Itu satu persoalan oleh sala seorang pembaca blog ini kepada penulis blog. Dalam bahasa Inggeris haiwan ini dipanggil sebagai Asiatic Soft Shell Turtle atau Common Soft Shell Turtle. Sebenarnya perkara teknologi pemeliharaan dan penternakan Labi-Labi atau Bulus (bahasa Jawa) telah ada dan agak jarang diketengahkan. Bagaimana pun di negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam dilaporkan penternakan labi-labi ada yang mencapai tahap komersil. Haiwan Labi-labi (Trionyx sinensis) mempunyai beberapa spesis dimana antaranya adalah spesies Trionyx cartilagineous dan spesies Trionyx spp yang lainnya. Labi-labi atau bulus dipelihara secara teknikalnya memang lebih sesuai diternak di dalam kolam cetek (Sila lihat foto diatas sekali). Apa yang penulis blog pernah membuat tinjauan di luar negara memang mereka setuju jika haiwan labi-labi ini asalnya dirujuk sebagai haiwan yang tidak bernilai sama seperti belut, ikan gabus dan komoditi haiwan liar du alam penting lainnya. Bagaimana pun kemuidan haiwan labi-labi ini telah dinilai semula dimana ia sebenarnya mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Ini kerana dilaporkan hampir seluruh bahagian tubuh labi-labi dapat digunakan sama ada dari bahagian dagingnya, cengkerang (karapas) dan juga bahagian lainnya. Di Malaysia dimana penangkapan labi-labi masih dikaitkan dengan aktiviti memburu labi-labi liar di kawasan habitat asalnya dimana ini menyebabkan berlaku kepupusan yang ketara. 
Apa pun banyak spesis haiwan eksotik termasuk labi-labi ini di jaga oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan dilindungi dibawah Seksyen 60 (1) (a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Penulis blog kenal akan labi-labi ini sejak remaja semasa duduk dikampong di Gersik, Muar Johor dahulu. Bentuk badannya adalah oval atau agak lonjong dan pipih. Tubuh badannya tanpa sisik dan berwarna kelabu kehitaman. Kerapas dan plastron (bahagian bawah badannya yang tidak tertutup cengkerang) terbungkus kulit yang liat. Pastronnya berwarna putih pucat sehingga kepada warna kemerah-merahan. Kulit tertutup oleh perisai yang berasal dari lapisan epidermis berupa ciri unik haiwan ini. Hidungnya memanjang membentuk seakan bentuk tabung atau pun seakan seperti belalai. Labi-labi tidak bergigi akan tetapi rahangnya sangat kuat dan tajam. Artikel petang Jumaat Jun 2022 ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya amat gembira sediakan teknologi penternakan labi-labi yang agak jarang didengar di Malaysia sebagai bahan rujukkan pembaca semua.

Kawasan habitat semulajadi habitat labi-labi memang tidak sukar dikenalpasti. Ia sering berada dikawasan tanah lembab berair terutama kawasan air tawar. Labi-labi bernafas dengan paru-paru (pulmo) sama ada anak dari telur yang baru menetas mahupun labi-labi dewasa. Apakan dia makanan labi-labi?. Kebiasaan makanan yang disukai oleh labi-labi adalah ikan dan anak ikan, udang kecil atau krustacea kecil yang lain didalam habitatnya. Bagaimana pun dalam teknologi penternakan moden selalunya labi-labi ini akan diberikan makanan berupa ikan yang di cincang halus atau pun isi perut ternakan ruminan yang sesuai. Kawasan kolam tanah berpagar sesuai dijadikan lokasi penternakan labi-labi dengan sentiasa ada aliran air bersih. Kajian saintis dibeberapa negara mendapati dimana musim pembiakan atau bertelur labi-labi berlaku selepas pertengahan tahun iaitu sekitar bulan Julai sehingga Disember (bukan muism panas atau kemarau). Labi-labi jantan (dengan dikenal mempunyai ekor lebih panjang) akan mengawan dengan labi-labi betina (ekor yang pendek) sebelum akhirnya induk betina akan bertelur (ovivar). Setiap kali labi-labi betina bertelur dilaporkan mampu mencapai sekitar 10 - 30 biji telur. Telur labi-labi lazimnya berwarna krim (keputihan) dengan mempunyai ukuran garispusat sekitar 2 - 3 cm. Telur-telur segar yang dikeluarkan oleh induk betina ini lazimnya akan ditimbun dalam tanah berpasir selama lebih kurang 45 - 50 hari pada suhu 25-30 darjah Celcius (seakan penyu juga). Penternak perlu menyediakan induk jantan dan betina yang mencukupi untuk mendapatkan jumlah telur yang mencukupi dalam pusingan penternakan agar jumlahnya komersil untuk dipasarkan. Terdapat beberapa kaedah untuk mendapatkan induk labi-labi yang berkualiti dan matang daripada pengalaman penternak yang telah berjaya menternak berskala komersil sebenarnya.

Biasanya teknik untuk memilih induk labi-labi memerlukan kepajaran khusus. Ini kerana labi-labi yang hendak dijadikan induk sebaiknya menepati ciri khas seperti daambil dari kolam pembiakan khas dengan mempunyai umur dan ukuran. Pemilihan melibatkan keadaan analisa perbandingan antara induk jantan dan betina lebih tepat. Adapun ciri induk jantan dan induk betina yang baik dan berkualiti adalah dijadikan panduan. Bagi induk labi-labi betina sebaiknya ia telah berumur mencapai 2 tahun atau lebih. Diperiksa saiz ukuran tubuh induk betika dimana ia lebih kecil nika hendak dibandingkan induk jantan (Sila lihat foto disebelah). Ekor induk betina pendek dan tidak menonjol keluar dari cengkerangnya. Bentuk cengkerangnya lebih bulat dan lebih tebal. Jika diteliti akan dilihat dimana  jarak antar kedua kaki belakang lebih panjang disebabkan oleh kaitannya dengan proses untuk bertelur dimana ia juga mempunyai alat kelamin tumpul. Bagi induk labi-labi jantan pula sebaiknya sudah berumur 2 (dua) tahun atau lebih. Ia juga mesti mencapau ukuran tubuh yang lebih besar jiks ia dibandingkan dengan induk betina dimana aka kes kadang-kadang dua kali besarnya. Induk jantan juga mempunyai ekor yang lebih panjang dan menonjol keluar dari cangkangnya. ia juga mempunyai bentuk cengkerang yang lebih oval dan dan lebih tipis. Dilihat dimana jarak antara kedua kaki belakang lebih pendek dan pastikan ia mempunyai alat kelamin tajam. Pembiakan sebaiknya didalam kolam khas dimana kolam ini perlu dibina khusus disesuaikan untuk proses pembiakan daripada mengawan, bertelur dan menetas. Pembinaan kolam untuk pembiakan labi-labi ini sebaiknya dibuat dalam bentuk empatpersegi panjang. Luas kolam disyorkan adalah bergantung keadaan tanah atau kebun sedia ada dimana sebaiknya mencapai ukuran keluas sekitar 200 - 300 meter persegi dengan ketinggian tebing atau pematang sekitar 1.5 - 1.75 m. Dasar kolam sebaiknya dilapiskan dengan tanah pasir untuk memudahan proses bertelur. Dalam pada itu dinding tebing boleh di simen atau gunakan struktur lain seperti buluh atau kayu pancak. Pada salah satu sisi kolam perlu dibina struktur seperti kandang peneluran seluas 2 m X 2 m x 1 m sebanyak 3 buah. Kandang ini dihubungkan dengan jambatan penghubung yang terbuat dari anyaman bambu atau papan. Tujuan pembuatan jambatan ini adalah untuk memudahkan induk labi-labi masuk ke dalamnya. Kandang peneluran ini juga sebaiknya dilengkapkan dengan atap peneduh untuk melindungi telur sinar panas matahari atau hujan. Pastikan pada dasar kandang di kolam ini dibubuh dengan pasir halus setebal 20 cm agar induk labi-labi betina lebih mudah untuk menyembunyikan telur-telurnya.

Kolam untuk pembiakan labi-labi perlu disediakan awal dengan cara penternak mesti mengeringkannya dalam masa 3 - 5 hari sebelum dimasukkan induk. Kandang tempat pembiakan labi-labi sebaiknya mendapat sinaran terus matahari membolehkan anak labi-labi tidak diserang penyakit yang menyebabkan kematian. Selepas itu di masukkan labi-labi induk ke dalam kolam pembiakan. Disyorkan agar diletakkan kadar perbandingan induk jantan dan betina yang sesuai adalah 1: 4 atau seekor pejantan labi-labi dilaporkan memang mampu mengawan dengan 4 ekor induk labi-labi betina. Proses mengawan ini berlaku dalam tempoh masa sekitar 7-12 hari setelah diletakkan induk tersebut. Induk betina lazimnya akan bertelur pada waktu malam sekitar jam 8.00 malam sehingga 2 pagi. Seekor induk labi-labi betina biasanya akan menghasilkan 30 - 40 biji telur. Bentuk telur labi-labi seperti bola pingpong berwarna putih krim dan ukuran telur biasanya berdiameter antara 1 - 3 cm. Telur yang selesai dikeluarkan oleh induk harus segera dipindahkan ke dalam bilik yang ada inkubator atau kawasan penetasan telur. Sebaiknya dimana telur yang di dalam timbunan pasir boleh dikeluarkan dengan menggunakan tangan atau alat bantu seperti alatan skop (penyodok). Bagi tujuan menetaskan telur labi-labi sebaiknya ia disusun secara teratur di dalam kotak penetasan yang diisi pasir setebal 5 cm. Kotak tersebut pula disyorkan berukuran 40 cm x 60 cm x 5 cm. Perlu juga sebaiknya disediakan juga bekas berisi air yang dipasangkan sejajar dengan permukaan lantai. Baldi ini akan diperlukan dalam anak labi-labi yang baru menetas. Semasa proses penetasan perlu diperiksa agar suhu sekeliling adalah diantara 29 - 33 Celcius dengan kadar kelembapan 85-95%. Telur akan menetas setelah 40 - 45 hari dalam pusat penetasan dengan suhu 30 Celsius walau pun sering juga berlaku dimana telur ini kadang-kadang hanya akan menetas setelah 60 hari. Apa pun lazimnya setelah menetas dimana anak labi-labi ini (dipanggil sebagai 'Tukik') akan terus mencari air yang sudah disediakan di dalam bekas tersebut. Berat tukik yang menetas berkisar 7-9,3 g/ekor. Tukik yang baru menetas belum membutuhkan pakan dari luar karena menyerap sari makanan dari yolk sack yang dibawanya sejak lahir. Kemudian pada hari kelima maka anak labi-labi ini (tukik) ditangkap untuk dipindahkan ke kolam tumbesaran. Luas kolam tumbesaran ini biasanya sekitar l00 -600 meter persegi bergantung ketersediaan untuk kawasan pembiakan yang diusahakan. Pada bahagian dasar kolam tumbesaran ini mesti berpasir dengan paras ketinggian air berkisar 50 - 75 cm. Kolam yang airnya terlalu dalam pula akan menyukarkan anak labi-labi untuk mengambil oksigen terus dari udara. Sebaiknya dipastikan agar kepadatan kolam tumbesaran ini mempunyai 45 - 50 ekor anak labi-labi bagi setiap meter persegi. Jangkamasa tumbesaran anak labi-labi ini dalam kolam ini adalah dalam masa 2 bulan. Selama proses ini anak labi-labi perlu diberikan makanan yang berupa daging ikan yang dicincang. Makanan ini perlu diberikan sebanyak 5% dari berat anak labi-labi yang dimasukkan didalam kolam tersebut. Di syorkan agar makanan tersebut diletakkan di tepi kolam atau diletak pada batas permukaan air kolam. Pemberian makanan ini perlu dilakukan pagi dan waktu petang (2 kali sehari). Hakikatnya dimana labi-labi suka untuk berjemur sehingga dibeberapa bahagian kolam diletakkan papan terapong untuk labi-labi ini dapat berjemur. Proses seterusnya adalah meletakkan anak labi-labi dalam kolam penternakan. Kolam Penternakan ini disediakan berukuran sekitar 100 - 600 meter persegi. Kolam yang terlalu besar akan menyukarkan kawalan sementara kolam yang terlalu kecil kurang efektif apabila jika jumlah labi-labi muda yang diletakkan didalamnya padat melambatkan tumbesarant. Perlu sentiasa diperiksa agar dikawal ketinggian air kolam penternakan ini pada kadar minima 75 cm. Biasanya aanak labi-labi yang berumur 2 bulan mempunyai saiz seragam. Masa meletakkan sebaiknya pada waktu pagi atau petang agar ia tidak stress dengan kadar kepadatan iaitu 8 - 10 ekor/meter persegi. Lazimnya bagi mencapai ukuran 300 - 600 gram seekor anak labi-labi ini ia akan mengambil jangkamasa penternakan selama 3 - 6 bulan. Proses menuai labi-labi ini biasanya boleh dilakukan setelah dipelihara selama 6-7 bulan dengan mencapai jumlah berat 700-800 gram/ekor. Untuk mencapai ukuran dewasa sebaiknya anak labi-labi ini (tukik) memerlukan masa selama 2-3 tahun mencapai tahap matang. Proses pembesaran lebih lanjut labi-labi biasanya akan hanya dilakukan untuk menghasilkan induk labi-labi sebab ukuran pasaran bagi labi-labi oleh pengguna adalah labi-labi yang beratnya sekitar 700 - 800 gram/ekor dan kurang dari 1 kg. Harga pasaran labi-labi ini bergantung kepada permintaan dan musim dimana ia masih menjadi satu perniagaan yang dilaporkan menguntungkan kepada penternak labi-labi. Semuga artikel yang amat jarang ada ditulis di Malaysia ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasllam!!!...
TERNAK LABI-LABI...TEKNOLOGI LANGKA...
SUDAH DITULIS... SUMBER SUKAR JUMPA...
BOLEH DI TERNAK... DI NEGARA MALAYSIA....
ILMU DIBERIKAN... SIAPA YANG BERANI MULA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(19 Zulkaedah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...