Support My Blog

Thursday, June 23, 2022

USAHAWAN MINYAK KELAPA DARA

MINYAK KELAPA DARA
adalah satu produk yang dihasilkan daripada Teknologi Bio (Biotechnology) daripada buah kelapa (Cocos nucifera) melalui beberapa teknologi pemprosesan termasuk proses pemanasan, penapaian dimana ia tidak menggunakan bahan-bahan kimia. Ia berbeza dengan proses penghasilan minyak masak (coking oil) yang biasa. Minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil -VCO) diperakui mempunyai khasiat tersendiri iaitu kandungan Asid Laurik yang dibuktikan sangat baik untuk kesihatan. Walau pun minyak ini telah lama dijadikan satu industri di seluruh dunia terutama di Indonesia, Filipina dan beberapa negara tropika pengeluar kelapa lain diseluruh dunia akan tetapi tetapi kempen penggunaan minyak VCO ini di Malaysia hanya popular sekitar 10 -15 tahun lepas sahaja. Ramai usahawan minyak kelapa dara di Malaysia yang menghasilkan minyak ini untuk pasaran domestik dan antarabangsa dengan teknologi yang didapati dari agensi kerajaan, rakan perniagaan dan sebagainya. Minyak kelapa dara adalah minyak yang dihasilkan daripada santan dari pokok kelapa tua yang terdapat di kebun. Kualiti minyak kelapa dara dari pokok dan buah kelapa muda dipercayai kurang berkualiti. Minyak ini mengandungi Asid Laurik iaitu sejenis asid lemak berantai sederhana yang bersifat antivirus, anti bakteria dan juga anti protozoa serta baik untuk kesihatan pada tubuhbadan manusia. Meminum minyak kelapa dara seraca berjadual didakwa dapat menambah daya ketahanan (immune syatem) badan seseorang bagi melawan serangan penyakit. Kajian oleh saintis Dr Bruce Fife ND menunjukkan kandungan 50% Asid lauric dalam VCO membantu didalam menambahkan daya tahan ini dari serangan virus AID, HIV, Herpes, cytomegalovirus, influenza, pelbagai bakteria patogenik (termasuk Bakteria Helicobakter pylori dan Bakteria Monocytogenes. Minyak ini juga bertindak sebagai makanan kesihatan (Functional food) bredasarkan banyak laporan hasil penyelidikan saintifik yang telah dijalankan. 
Artikel subuh ini dalam kedinginan hujan sejak jam 10 malam dalam  ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai laporan media beberapa usahawan minyak kelapa dara tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.  

Dalam portal berits bharian.com dengan kisah bertajuk 'Che Ros Pengusaha Terkenal Minyak Kelapa Dara Di Bagan Datuk' memang wajar dikongsikan. BH laporkan dimana s
ejak ratusan tahun dulu penduduk Bagan Datuk, Perak menjadikan tanaman kelapa sebagai punca rezeki berikutan tanahnya sesuai untuk tanaman itu. Sehingga kini ia masih terkenal sebagai kawasan penanaman kelapa dan antara pengeluar utama kelapa bagi pasaran negara. Kelapa adalah tanaman yang mempunyai nilai ekonomi tinggi kerana setiap bahagiannya ada kegunaan tertentu. Lantaran itu, selain memasarkan hasil buah kelapa ke pasaran, terdapat juga individu yang mengorak langkah mempelbagaikan industri hiliran berasaskan kelapa hingga ada yang mampu menjadi usahawan berjaya. Antara individu itu ialah Che Ros Osman (78 tahun) iaitu dari Kampung Sungai Nipah Darat, Rungkup (Daerah Hilir Perak). Beliau kini berjaya mengkomersialkan minyak kelapa dara sejak tahun 2006 dari hasil kebun kelapa miliknya seluas 19.4 hektar di Bagan Datuk. Dakwanya masa itu belum ada orang menjual minyak kelapa dara, malah harga buah kelapa juga rendah. Bekalan buah kelapa bagaimanapun melambak. Itu yang menyebabkan saya menjalankan perusahaan ini. Mengetahui potensi minyak kelapa dara dan memandangkan banyak bekalan buah kelapa maka Che Ros mengambil inisiatif untuk mencuba kaedah memproses sendiri minyak kelapa dara sebaik sahaja pulang dari satu lawatan ke Indonesia pada 2005. Semasa mengikuti rombongan kerajaan bersama ahli Peladang pada Ogos 2005 menjadikan ia adalah titik penting buat dirinya untuk bersemangat menjadi usahawan minyak kelapa dara. Sekembalinya membuat lawatan ke pusat pengolahan kelapa di Jogjakarta maka dia terus mengambil keputusan mencuba memproses dan menjual minyak kelapa dara dengan bantuan beberapa agensi. Beliau adalah juga pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (PPK) Bagan Datuk. Biarpun warga emas itu telah berusia lebih tiga suku abad, namun segala proses penyediaan dilakukan sendiri di sebuah bangsal berhampiran rumahnya. Bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, antara kelapa yang sesuai digunakan untuk penghasilan minyak kelapa dara keluarannya yang menggunakan nama 'Che Ros Minyak Kelapa Dara' adalah daripada jenis kelapa kampung, mawar, pandan serta matag. Bagi menghasilkan minyak kelapa dara yang berkualiti, pengusaha harus menggunakan kelapa yang betul-betul masak atau telah gugur bagi memastikan hasilnya mencapai piawaian yang dikehendaki. Mengakui masih menggunakan kaedah secara tradisional, jelas Che Ros, secara puratanya beliau memerlukan sekurang-kurangnya 100 biji kelapa sehari bagi menghasilkan 23 hingga 24 botol minyak kelapa dara dan ia bergantung kepada permintaan. Dia menggunakan kelapa daripada kebun sendiri dan sudah pasti kualiti yang dipilih untuk membuat minyak kelapa dara ini adalah yang terbaik. Kini dia boleh menjual minyak ini pada harga yang berpatutan kepada pengguna di luar pada harga RM15 dengan isipadu botol 100 milimeter berbanding peniaga lain yang boleh mencecah puluhan ringgit. Santan segar yang sudah diperah dan ditambah air dengan kadar nisbah 1:1 disimpan dan 'diperam' dalam bekas tong plastik selama 15 hingga 24 jam pada suhu bilik bagi penghasilan lapisan minyak kelapa dara. Apa pun dakwanya mungkin sesetengah pihak mengatakan mereka mampu untuk menghasilkan minyak kelapa dara dalam tempoh enam ke lapan jam tetapi dia masih terus untuk mengekalkan kaedah lama menghasilkannya yang mana  adakalanya mengambil masa berhari-hari dan yang penting adalah usaha menitikberatkan akan kualiti produknya. Lapisan minyak yang terhasil kemudiannya diasingkan dan ditapis menggunakan kertas turas atau kapas sebanyak empat atau lima peringkat bagi memastikan ia benar-benar jernih selain bebas daripada sebarang bau tengik. Walaupun usianya semakin lanjut akan tetapi dia masih gagah meneruskan perniagaan berkenaan kerana minatnya terhadap bidang keusahawanan tidak pernah luntur. Kini dia sedang mendidik anak bongsu saya Muhammad Isa (39 tahun) untuk beliau mengambil alih perniagaan berasaskan kelapa ini jika dia sudah tiada. Cara ini adalah untuk memastikan Bagan Datuk kekal terkenal sebagai pengeluar minyak kelapa dara dan daerah pengeluar kelapa di Perak. Mengenai bimbingan dalam pasaran dan promosi terdapat beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, PPK Bagan Datuk dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) banyak membantu beliau selain turut melantik ejen jualan bagi memasarkan produknya ke serata negeri. Dalam tempoh sebulan dakwa Che Ros dimana dia mampu menjual 900 hingga 1,000 botol minyak kelapa dara untuk pasaran di Perak, Selangor dan Lembah Kelang. 

Dalam portal berita utusan.com dengan tajuk 'Raih rezeki dengan minyak kelapa dara' ada usahawa kelapa dara yang sesuai dikongsikan. Bagi 
Hamidah Non (47 tahun) yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam jualan kelapa kini telah memberi idea kepada untuk beliau dalam mengetengahkan rangkaian minyak kelapa dara. Laporan daripada Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) iaitu menerusi jenama dikenali sebagai Puspa maka dia mengetengahkan produk kelapa dara itu kepada pasaran sekitar Samarahan, Sarawak. Kini minyak kelapa dara Puspa mula diperkenalkan di pasaran sejak hampir tujuh tahun lalu. Minyak kelapa dara milik Sahabat ini sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan di samping harganya yang mampu milik. Dilaporkan dianggarkan lebih 100 botol minyak kelapa dara dapat dijual dan ia didatangkan dalam dua saiz berbeza iaitu 50 milliliter (ml) dan 100 ml pembungkusannya. Apa pun selain minyak kelapa dara, Hamidah turut menjadi pemborong buah kelapa dan dianggarkan hampir 30,000 buah kelapa dijual setiap bulan yang merupakan satu aktiviti penting dikawsan penanaman kelapa penduduk kampong. 

Kisah dari akhbar sama bagai mana 'Kalau dahulu dia hanya seorang 
pekebun kelapa sahaja akan tetapi kini Jalimah aktif menjual minyak kelapa dara di Kudat' patut dijadikan contoh. Kisah dari Kudat, Sabah dimana siapa sangka hanya bermula dengan usaha untuk mencuba minyak kelapa dara sebagai salah satu inisiatif membantu menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihidapi suami kira-kira 12 tahun lalu dimana kini Jalimah Majimil sudah bergelar usahawan (Sila lihat foto disebelah). Langkah kanan beliau meneroka bidang tersebut telah membolehkan wanita berusia 58 tahun itu mengeluarkan produk berasaskan minyak kelapa dara di bawah jenama Bonco di daerah Kudat. Suaminya iaitu Ronnie Onginjan (65 tahun) yang mula menghidap pelbagai penyakit termasuklah gastrik, darah tinggi dan gout sejak tahun 1998. Pelbagai usaha dillaksanakan untuk membantu menyembuhkan penyakit berkenaan sehingga beliau menemui minyak kelapa dara. Salah seorang kawannya yang terlebih dahulu bergelar usahawan minyak kelapa dara telah pun memberikan sebotol produknya kepada suami untuk dicuba. Kemudian selepas mengamalkan minyak kelapa dara secara konsisten kesannya tahap kesihatan suami kembali normal. Maka sejak itu dia dan suami mengambil keputusan untuk terlibat secara serius menjual produk berasaskan minyak kelapa dara. Kini dia ada kilang pemprosesan minyak kelapa di Kampung Kimihang, Kudat. Mengulas mengenai apakah dia perancangan masa depannya maka Jalimah yang kini layak meminjam sehingga RM30,000 daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dakwa pihaknya merancang untuk berusaha menghasilkan lebih banyak produk sendiri berasaskan minyak kelapa dara seperti sabun dan syampu. Berkongsi mengenai pembabitannya sebagai Sahabat AIM yang telah memulakan perniagaannya sejak tahun 2002 dengan kelayakan pinjaman sebanyak RM2,000 akan terus dikembangkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MINYAK KELAPA DARA... DI USAHA....
BANYAK KHASIAT... MUDAH BUATNYA...
DARI KELAPA... TINGKATKAN HARGA...
RAMAI USAHAWAN.. SUDAH BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Precint 11,
Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(22 Zulkaedah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...