Dalam pada itu ada jenis perosak dari jenis serangga dan hamama boleh menyebabkan kerosakan yang serius pada tanaman ubi kayu terutamanya pada musim kering dan cuaca panas, kehilangan daun-daun dan pucuk akan berlaku. Namun demikian pokok akan pulih semula tanpa penggunaan racun perosak. Ubi kayu ialah tanaman berkayu/keras dan tidak mudah dirosakkan oleh perosak. Koyakoya, hama dan tikus merupakan perosak yang biasa menyerang ubi kayu. Perosak Koya (Mealy bugs) akan menyerang tanaman ubi kayu. Serangga betina dewasa berbadan lembut bersegmen, tanpa sayap, panjangnya 2.5mm dan diselaputi filamen putih berlilin. Kitaran hidupnya dari peringkat telur hingga dewasa mengambil masa 6 minggu. Simtom kerosakan Daun dan pucuk berubah bentuk dan berwarna kuning disebabkan oleh serangan serangga ini. Ianya merembes cecair manis yang menggalakkan kulat berjelaga yang mengakibatkan kehitaman pada daun, batang dan buah. Terdapat juga Hamama (Mites) dewasa dimana ia sangat kecil yang berwarna kehijauan hingga kekuningan atau kemerahan bergantung kepada jenis spesies ( Gambar 20 ). Ianya kelihatan seperti titik yang bergerak. Semasa hujan lebat berlaku mungkin keseluruhan peringkat hidup hamama ini dilarikan oleh air hujan berkenaan. Simtom kerosakan Hamama menyerang dengan menghisap cecair pada pucuk, daun muda dan batang yang masih muda. Jika serangan teruk, daun muda akan cacat, daun tua akan layu dan gugur . pucuk juga berkemungkinan akan mati. Permukaan batang menjadi berparut. Serangan hamama ini biasanya berlaku dalam keadaan kemarau yang berpanjangan.
Perosak yang ada menyerang ubi kayu termasuk Lalat Putih (Whitefly) dimana organ kepak dan badan serangga dewasa berwarna putih dan bersaiz 0.5 - 0.8mm panjang (Sila lihat foto disebelah). Badannya dilihat berwarna seakan putih kekuning-kuningan dilitupi dengan serbuk (bedak) putih berlilin. Simptom kerosakan Serangga dewasa serta nimfa menghisap cecair dari daun dan mengeluarkan sisa buangan”madu rembesen” yang mana ia menyebabkan pertumbuhan kulapuk hitam. Serangan lalat ini biasanya tidak menimbulkan kerosakan yang jelas tetapi jika populasinya agak tinggi pembesaran pokok akan terbantut. Dalam pada itu terdapat perosak Teritip (Scale insect) dimana serangga dewasa dan nimfa melekat serta menghisap cecair dari bahagian batang atau daun ubi kayu. Keadaan ini menyebabkan pokok kelihatan pudar dan diselaputi kulapuk hitam dimana kemudian daunnya akan menjadi kering dan layu dan akhirnya pokok ubikayu akan mati. Agak pelik kerana berlaku serangan oleh Tikus (Rat) pada umbisi yang telah matang didalam tanah. Uniknya dimana kadang-kadang tikus juga memakan dan merosakan ubi-ubi yang terkeluar dari permukaan tanah dan boleh mengorek juga. Haiwan tikus boleh diracun dengan umpan yang mengandungi warfarin dan pastikan kawasan ladang adalah sentiasa bersih untuk mengurangkan tempat tikus bersembunyi. Bagaimana pun lazimnya serangan perosak pada tanaman ubi kayu selalunya kurang menjejaskan hasil.
Aspek penuaian (harvesting) ubi kayu merupakan kerja memerlukan kemahiran dan pengendalian lepas tuai yang baik. Pembentukan ubi mula berlaku selepas 2 bulan keratan ditanam. Tempoh matang ubi kayu bergantung kepada jenis varieti yang ditanam seperti didalam segmen dalam Part 1 dan Part 2 sebelum ini. Pada amnya ubi kayu boleh dituai hasil ubinya dari 9 - 24 bulan selepas ditanam. Perkara ini adalah bergantung kepada jenis varieti, keadaan cuaca dan juga keadaan tanah. Ada juga varieti yang boleh dituai ketika mencapai umur 6 - 7 bulan selepas ditanam. Sebelum kerja-kerja menggali ubi dilakukan pokok-pokok ubi kayu hendaklah dipotong dan tinggalkan lebih-kurang 1 kaki dari permukaan tanah untuk memudahkan kerja menggali. Alat Menuai atau fork yang mempunyai tiga mata boleh digunakan untuk kerja-kerja menggali. Kerja-kerja penuaian boleh juga dilakukan dengan menggunakan jentera akan tetapi penanaman dimana menggunakan batas hendaklah diamalkan. Teknik penuaian menggunakan jentera juga menghadapi masalah kerana ubinya kadang-kadang menjalar jauh dan juga ubi masuk jauh kedalam tanah. Walaupun kerja penuaian dapat dipercepatkan tetapi kerosakan pada ubi boleh mencapai sampai 20%.
Ubi segar yang telah dituai hanya boleh tahan dalam masa lebih-kurang 48 jam sahaja. Menurut kajian saintis dimana cara penyaduran ubi dengan ”fungicidal wax” didapati dapat memanjangkan jangka hayat penyimpanan sehingga 16 hari dan penyimpanan di tempat sejuk (0 - 2 elcius) iaitu dengan kelembapan udara relatif 85 - 90 % didakwa ia boleh juga meningkatkan hayat penyimpanan sehingga 6.5 bulan. Kerja-kerja penuaian tidak dapat dilakukan sekali gus kerana ubi segar cepat rosak. Sebaiknya kuantiti yang dituai bergantung kepada keperluan pasaran. Di kebun ubi kayu komersil yang dijaga dengan baik bagi jenis ubi pahit boleh menghasilkan ubi segar sebanyak 30 - 40 mt/ha. Untuk jenis ubi kayu manis yang boleh dimakan pula biasanya hasil ubi segar ialah kira-kira 20.0-30.0 mt/ha sahaja. Faktor utama yang akan ianya mempengaruhi penghasilan ubi ialah kesuburan tanah, jenis tanah, operasi kultura, jenis varieti yang ditanam, penjagaan pokok, penggunaan baja, umur pokok, jarak penanaman, keadaan cuaca dan kekerapan penanaman pada satu-satu kawasan. Artikel ini ditulis didalam 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.