LABI-LABI merupakan sejenis haiwan seperti kura-kura dari kelas reptelia yang sering dijumpai di beberapa negara tropika termasuk di Malaysia. Penulis blog dulu semasa tinggal di kampong di Muar, Johor masa zaman kanak-kanak dan remaja sering menjumpai haiwan labi-labi ini. Klasifikasi dan tata nama labi-labi menurut Ernst dan Barbour (1989) sebagai tergolong dalam Filum Chordata, Ordo Testudinata, Sub-Ordo Cryptodine dan dari keluarga sebagai Trionichydae. Merujuk kepada beberapa jurnal dilaporkan dimana di Asia Tenggara terdapat 2 klasifikasi labi-labi (juga selalu dipanggil sebagai kura-kura) iaitu pertama spesis Batangur baska atau Batangur affinis. Jenis kura-kura air tawar ini yang umumnya dijumpai di wilayah Asia Tenggara sudah dalam keadaan spesis haiwan terancam punah atau dalam istilah IUCN masuk kategori 'Critically Endangered'. Jenis ini dikenal dengan nama Northern River Terrapin (English) atau dikalangan masyakat dikenal dengan nama Tuntong. Kedua adalah spesis iaitu Batangur borneoensis atau Callagur borneoensis iaitu jenis yang yang terbesar di Asia Tenggara. Juga ada spesis yang dinamakan sebagai Painted Batagur (Callagur borneoensis) yang secara taksonomik berpindah genus ke Batagur menjadi Batagur borneoensis dimana ia selalunya didapati di sungai sungai besar dengan panjang cengkerang (karapas) mampu mencapai ukuran sehingga 60 cm. Tuntung laut (Batagur borneonsis) pula dilaporkan sebagai salah satu spesis labi-labi atau spesis kura-kura air tawar yang penyebarannya berada di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Sumatera dan juga Kalimantan. Mengenali marfologi labi-labi atau di Indonesia ia dipanggil sebagai 'Bulus' merupakan salah satu jenis kura-kura mempunyai cengkerang agak sederhana keras lembut (freshwater softshell turtle). Secara umum labi-labi air tawar yang mempunyai bentuk tubuh oval atau agak bulat, pipih tanpa sisik. Lazimnya warna cengkerang atau karapas labi-labi beragam dari berwarna hitam sampai kelabu bergantung spesies dan habitat sekelilingnya. Labi-labi tidak memang tidak mempunyai gigi dimana rahangnya tertutup oleh paruh tajam. Hidung labi-labi memanjang berbentuk lembut seperti belalai yang boleh keluar dan masuk kedalam karapas. Lidah labi-labi tebal, pendek, lebar dan melekat di dasar mulut. Labi-labi jantan memiliki ekor yang panjang, tebal dan terdapat lubang kecil di dekat anus sementara bagi labi-labi betina pula mempunyai ekor lebih pendek. Artikel malam Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis laporan media mengenai kisah labi-labi untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.
Dalam portal berita hmetro.com telah dilaporkan kisah 'Milik Siapa Labi-labi Muncung Babi' menarik dikongsikan infonya. Dilaporkan dimana satu kes penemuan labi-labi muncung babi atau nama saintifiknya sebagai Carettochelys insculpta di Taman Bukit Pelindung di Kuantan, Pahang telah menimbulkan persoalan kerana spesies berkenaan bukan berasal dari Malaysia. Reptilia berasal dari Utara Australia dan Selatan New Guinea itu mungkin dibela penduduk tempatan yang membawanya masuk dari luar negara sebelum mereka juga melepaskannya apabila ia sudah besar. Saiz labi-labi ini juga dianggarkan seberat tujuh kilogram (kg) berjaya diselamatkan sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan yang menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.15 pagi. Difahamkan haiwan unik ini tersekat dalam longkang di kawasan perumahan berkenaan dan mengalami kesukaran bergerak ketika ditemui orang awam yang ingin ‘berjogging’. Jurucakap APM Kuantan berkata enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas mereka menerima maklumat dan tiba 15 minit kemudian untuk melancarkan operasi menyelamat. APM mengambil masa selama 20 minit untuk membawanya keluar kerana perlu berhati-hati, bimbang juga jika ia menyerang. Pada mulanya pihaknya ingin melepaskan reptilia semula namun kemudian membatalkannya selepas mendapat maklumat yang mana ada yang mendakwa spesies berkenaan tidak pernah ditemui di Malaysia. Susulan itu APM menghubungi pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi memaklumkan penemuan terbabit untuk mendapatkan nasihat. Wakil PERHILITAN Pahang yang datang memeriksa dan mengambilnya mengesahkan bahawa spesies itu tidak pernah ditemui di Malaysia dimana ada kemungkinan individu membelanya melepaskan apabila ia sudah besar. Pihak PERHILITAN Pahang akan membuat pemeriksaan terhadap reptilia berkenaan dan menyiasat bagaimana ia boleh ditemui di Malaysia sama ada dibawa masuk oleh individu asal yang membelanya atau sudah ada di persekitaran negara.
Portal sama turut laporkan kisah 'Labi-labi gergasi dalam longkang' dimana pihak anggota bomba dari Batu Gajah, Perak dapat menunjukkan labi-labi gergasi yang ditangkap. Dilaporkan dimana seekor labi-labi gergasi seberat 80 kilogram yang tersangkut di dalam longkang di hadapan sebuah rumah penduduk di Kampung Terap, Batu Gajah diselamatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah (Sila lihat foto disebelah). Dalam kejadian jam 9.45 pagi tersebut dimana dilaporkan haiwan berukuran 1.2 meter panjang itu dengan lebar 0.6 telah dijumpai pemilik rumah di dalam longkang di hadapan rumahnya dalam keadaan tidak dapat bergerak lalu kemuidan mereka terus menghubungi talian bomba kecemasan untuk mendapatkan bantuan. Ketua BBP Batu Gajah Halid Md Zain berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.59 pagi mengenai kejadian itu. Anggota bomba kemudian berjaya mengeluarkan labi-labi besar tersebut dengan cara menggunakan tali dan menyerahkannya kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak sebelum dilepaskan ke habitat asalnya.
Berlainan pula kisah labi-labi dari Batu Pahat apabila 'APMM rampas 3,300 labi-labi' dengan foto yang menunjukkan anggota APMM APMM Zon Maritim Batu Pahat menunjukkan bungkusan mengandungi labi-labi. Pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Batu Pahat berjaya menahan dua individu dalam operasi di Tanjung Tohor, Muar dan merampas 3,300 labi-labi bernilai RM150,000 yang cuba diseludup ke Johor pada tengah malam. Menurut Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata dimana kejayaan itu hasil pemeriksaan bersama Pasukan Gerakan Batalion 6 dan Pos Parit Unas ke atas sebuah bot yang dikesan dalam keadaan mencurigakan pada 12.30 tengah malam. Hasil pemeriksaan ke atas bot berhampiran Tanjung Tohor mendapati ada tujuh bungkusan mengandungi 3,300 labi-labi. Haiwan eksotik itu dipercayai cuba dibawa masuk untuk dipasarkan di negara ini terutama dijual ke beberapa buah restoran yang menyediakan hidangan eksotik seperti itu. Dilaporkan dimana dua lelaki ditahan bersama haiwan itu berusia 30 dan 50 tahun dengan kes diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Batu Pahat untuk tindakan lanjut. Selalunya pihak Maritim Malaysia amat serius dalam usaha membanteras aktiviti yang melanggar undang-undang negara. Kini mereka mengharapkan orang ramai supaya melaporkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang yang terpakai di Zon Maritim Malaysia. Sebarang aduan dan kecemasan boleh menghubungi talian 24 jam MERS 999 dan pusat operasi Zon Maritim Batu Pahat.
Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro techno;ogy kali ini. Wasallam!!!...NAMA LABI-LABI... SEPERTI KURA-KURA... ADA KARAPAS... DI BELAKANG KERAS...
SEMAKIN PUPUS... DIHABITAT ASALNYA...
DIJADIKAN MAKANAN... PERUBATAN JUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(18 Zulkaedah 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.