Support My Blog

Wednesday, June 29, 2022

REMIS - APA KISAHNYA

REMIS
 (Buccinus sp) merupakan sejenis siput atau Moluska bercangkerang yang tinggal di kawasan pantai berpasir. Ia boleh dimakan dengan pelbagai cara menyediakannya dan memangnya enak. Mungkin agak jarang juga remis ini ada dijual dipasar biasa atau pasaraya kerana ia semakin jarang diperolehi masa kini dan penghasilannya agak bermusim di Malaysia. Penulis blog pun hanya beberapa kali sahaja dapat menikmati makanan remis selama ini itu pun semasa bertugas dahulu. Dilaporkan diantara lokasi yang mudah untuk siput remis ditemui ialah seperti di kawasan-kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia seperti kawasan pantai Bagan Lalang (Sepang), Sabak Bernam (Pantai BNO, Pantai Kg Banting, Kg Sg Lang), Pantai Remis (Kuala Selangor) dan beberapa lokasi di sebahagian pantai di Perak. Dilaporkan dimana hidupan ini mudah ditemui di kawasan pantai yang berlumpur dan agak berpasir. Dalam pada itu ada yang masih belum kenal akan perbezaan diantara lala, remis, siput lain seumpanya. Apa pun selalunya k
alau spesis lala dilihat agak bersaiz kecil akan tetapi siput remis pula berbentuk seakan lala tapi saiznya lebih kecil lagi. Remis dilaporkan hanya akan berada sekitar bulan Jun-Disember setiap tahun dikawasan yang dikenalpasti ada. Kulit remis selalunya dilihat seakan ada pelbagai corak unik dan berjalur dan ada juga yang tidak mempunyai corak. Remis juga ada warna seperti hitam, putih dan coklat bergantung kepada lokaliti dan musim. Lazimnya kaedah atau pun cara untuk mencari remis adalah dengan mengorek pasir yang mempunyai lumpur dengan penyodok (scope) tangan atau cangkul kecil pada kawasan sesuai. Walau pun saiz remis adalah sekitar 3cm - 6cm sahaja akan tetapi ia sangat enak apabila dimasak sup atau sambal tumis berlada yang selalu dihidangkan dengan nasi panas. Artikel petang Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai laporan media kisah berkait dengan remis untuk dijadikan bahan rujukan semua.

Didalam portal berita bharian.cpm bertajuk '
Limpahan remis di pantai' dimana kisah dari Bachok, Kelantan telah menjadi tumpuan orang ramai yang mengutip remis sejak minggu lalu. Limpahan remis itu menarik perhatian orang ramai untuk keluar mencari cengkerang itu waktu pagi dan petang serta hujung minggu sama ada untuk dijadikan juadah keluarga atau dijual dengan harga RM5 sekilogram. Bagi penduduk dikenali sebagai Mahadi Ismail (50 tahun) mendakwa fenomena dan limpahan remis itu terjadi sejak minggu lalu ekoran hujan setiap hari. Dia yang melihat ramai kalangan penduduk dari kampungnya dan luar kawasan mengutip remis yang boleh didapati di tepi pantai sepanjang dua kilometer. Penduduk sudah biasa dengan fenomena ini kerana berlaku setiap tahun. Ia memberi rezeki kepada mereka untuk menjual remis RM5 sekilo. Bagi suri rumah Rohaya Hassan (53 tahun) pula nyatakan dia yang tinggal di Pengkalan Chepa datang mencari remis selepas dimaklumkan penduduk. Ini kali pertama dia ke sini dan tidak sangka mencari remis yang banyak dalam tempoh setengah jam. Limpahan remis di tepi pantai untuk memudahkan proses mencari dan ini adalah rezeki untuknya.  Bagi pelajar Diploma Seni Bina, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Nur Izzati Mohd Nasir (19 tahun) yang juga mengambil peluang mencari remis bagi mengisi masa cutinya selama dua minggu (Sila lihat foto disebelah). Dia mendapat tahu limpahan remis di pantai ini menerusi Facebook dan ke sini bersama ibu dimana remis ini dijadikan juadah tengah hari.

Dalam portal utusan.com pula kisah bertajuk '
Tak dapat siput sedut, remis pun jadilah’ di Pantai Klebang Melaka amat sesuai dijadikan bahan rujukkan. 
Pantai Klebang di Dataran 1 Malaysia yang sebelum ini sepi sepanjang tempoh dua bulan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan pergerakan penuh ettapi tiba-tiba gempar. Ini berikutan kisah tularnya sebuah video mengenai siput sedut yang pertama kali ditemui di pantai tersebut dengan jumlah banyak sewaktu air surut. Video tersebut tersebar melalui aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook menyebabkan orang ramai mula berkunjung ke pantai itu sejak pukul 1 petang hingga lewat petang, semata-mata ingin membawa pulang siput berkenaan. Dalam pada itu tinjauan Utusan Malaysia mendapati, siput tersebut tidak seperti yang digambarkan kerana saiznya terlalu kecil dan bertaburan di pantai berlumpur di situ. Sebahagian besar orang ramai yang datang bersama keluarga bukan sahaja membawa beg plastik tetapi juga besen , baldi dan mangkuk. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke pantai, mereka hampa apabila siput sangat kecil dan tidak sesuai untuk di bawa pulang. Bagi seorang pengunjung, Siti Balkish Jaafar pula dakwa dia bergegas bersama beberapa orang rakannya ke pantai Klebang selepas melihat video tersebut. Tidak  sampai hati pulak tengok saiz siput macam itu. Memang dia kecewa tetapi mujurlah dapat lala dan remis, dapat saya bawa balik walaupun hanya 1 kilogram (kg). Bagi Shahril Abdul Karim dari Cheng pula dakwa dia bersyukur dengan rezeki dikurniakan tuhan meskipun hanya dapat mengutip lala dan remis sedangkan mengimpikan siput sedut. Lala dan remis memang mudah ditemui di sini sejak PKP pertama Mac 2020 dimana tiada siput sedut tapi bawa pulang lala dan remis pun sudah memadai.

Akhbar sama dengan laporan berita 'Pesta cari siput remis di pesisir Gurney' di Pulau Pinang menarik juga. Bagi surirumah 
Mazni Nasir (32 tahun) dan Hawa Kadir (40 tahun) mencari siput remis untuk dijadikan hidangan sebagai sampingan keluarga di pesisiran pantai Persiaran Gurney, Georgetown, Pulau Pinang adalah rezeki. Siapa sangka di sebalik kepesatan pembangunan melibatkan kawasan penambakan laut di Jalan Gurney di sini, masih terdapat hidupan laut bercengkerang seperti siput remis yang menjadi rezeki kepada penduduk setempat di situ. Suasana petang ketika air laut surut menjadi pilihan untuk mereka berkumpul mencari siput remis di kawasan pesisir pantai persiaran Gurney seterusnya dijadikan hidangan sampingan buat keluarga. Walaupun terpaksa menghabiskan masa berjam-jam mencari siput di dalam pasir dimana ia tidak menjadi penghalang buat pencari siput remis mendapatkan hidupan laut tersebut. Dia memperoleh kira-kira dua kilogram siput remis untuk dinikmati bersama keluarga ketika mencari hidupan laut itu semalam. Dia dari Tanjong Tokong dakwa telah datang ke pantai itu kira-kira pukul 5 petang bersama empat lagi ahli keluarga. Mereka tidak sangka jumlah siput remis banyak kali ini dan tidak seperti selalu dimana ia mungkin ombak kuat beberapa hari lalu menghanyutkan spesies siput ini ke sini. Air laut pula surut sehingga malam, jadi kami sempat mencari siput dalam tempoh yang lebih lama. Dia tidak bercadang menjual siput berkenaan kerana ingin diagihkan kepada ahli keluarga yang memang menggemari makanan laut berkenaan. Siput remis ini mempunyai isi manis serta lembut dan sesuai direbus untuk dinikmati secara segar. Dalam pada itu rakannya Hawa Kadir, dakwa dia kerap mencari siput di kawasan itu untuk tujuan menambah sumber pendapatan. Dia yang berjaya mendapat lebih lima kilogram siput selepas hampir tiga jam bergelumang dengan pasir. Kawasan ini memang terkenal dalam kalangan pencari siput, kali ini dapat banyak mungkin kerana faktor air surut yang lama. 

Seterusnya kisah bertajuk '
Rezeki kais kerang, remis' dilaporkan apabila orang ramai datag untuk mengutip kerang dan pelbagai hasil laut seperti remis, kepah dan kijing di Pantai Tanjung Kepah, Lekir dekat Lumut dilaporkan media utusan. Dilaporkan dimana di pesisir Pantai Tanjung Kepah di Kampung Batu 9 Lekir di sini kembali menjadi tumpuan apabila orang ramai mencuba nasib mencari kerang dan hasil laut lain yang terdampar di pantai itu berikutan fenomena air pasang. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati orang ramai sanggup berpanas untuk mengutip hidupan laut itu sama ada untuk dijual atau dijadikan hidangan keluarga. Lebih meriah apabila aktiviti itu bukan hanya disertai penduduk setempat malah ada yang datang dari daerah lain. Bagi seorang penduduk, Nor Anissah Sabari, 47 tahun yang berkata dia yang menetap di Teluk Intan tidak melepaskan peluang datang untuk beriadah susulan daripada kelonggaran prosedur operasi standard Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua di Perak. Dia datang seawal pukul 7 pagi untuk mengutip kerang dan berjaya memperoleh lapan kilogram dalam tempoh empat jam. Kerang bersaiz sederhana ini biasanya kalau di pasar harganya dalam RM15 untuk satu kilogram. Hari ini, saya bukan sahaja dapat kerang malah ada juga remis dan siput. Kalau mahu beli, agak mahal juga jadi dalam pada beriadah, kami cuba nasib mencari kerang, sekurang-kurangnya jimat juga belanja dapur minggu ini. Apa pun dakwa Roslina Bahadun dari Manjung yang mengutip kerang di Tanjung Kepah adalah pengalaman pertamanya meskipun mengetahui lokasi tersebut merupakan tumpuan ramai peminat hasil laut. Katanya dia tidak sabar untuk merasai sendiri kesegaran makanan laut yang diperolehinya terutama remis yang dikatakan manis berbanding lala. Dia yang belum pernah mencuba remis dan tidak sabar untuk merasainya kerana orang kata rasanya manis dan segar selain sesuai dimasak tumis air (rebus). Sementara itu bagi seorang penduduk Kampung Tanjung Kepah, Ahmad Zaidi Hashim nyatakan pantai itu memang menjadi tumpuan ramai terutama pada bulan Mac hingga Disember. Rata-rata ramai penduduk dan orang luar yang datang tidak melepaskan peluang mencari hasil laut seperti kerang, remis, kepah, kupang, siput sudu dan gayam yang terdampar di pantai itu. Dia dakwa kerang, kepah dan gayam bermusim dan orang memang ramai ketika itu terutama pada hujung minggu, manakala remis dan kinjing pula sentiasa ada. Kalau sebelum ini, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tanjung Kepah memang sunyi dan suram tetapi selepas kelonggaran untuk aktiviti sosial diberikan, pantai ini kembali meriah,” katanya. 

Portal berita hmetro.com pula bertajuk '
Dua Beranak Lemas Ketika Cari Remis Di Pantai Marang' amatlah memilukan. Kisah dari Marang, Terengganu ini menyatakan dua beranak dijumpai lemas ketika mencari remis di Pantai Pulau Kerengga, Marang pada hari Jumaat. Pegawai Pusat Gerakan dan Operasi Bomba Negeri Azmi Omar berkata mayat Mariam Jusoh (42 tahun) yang dijumpai pada 11.10 pagi iaitu kira-kira 100 meter dari lokasi anak lelakinya Mohamad Arshad Mohd Bazi (9 tahun) yang telah dilaporkan hilang. Mayat Mohamad Arshad dijumpai pada 1.50 tengah hari. Azmi berkata dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu dimana dua beranak berkenaan pergi ke pantai berkenaan bagi mencari remis bersama ahli keluarganya yang lain. Bagaimanapun ketika sedang leka mengutip remis dilaporkan kedua-dua mereka ditarik ombak besar yang datang secara tiba-tiba sebelum lemas seperti dilaporkan Bernama. Menurut Azmi dimana tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera dikejarkan kelokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 10.16 pagi. Mayat kedua-dua beranak itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk dibedah siasat. Semuga artikel ini memberi i nfo berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA REMIS... JARANG JUMPA....
SEJENIS SIPUT.. IA SEMACAM LALA...
BANYAK KISAHNYA... DALAM MEDIA...
MEMBACA ARTIKEL... INFO DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Zulkaedah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...