Support My Blog

Saturday, June 25, 2022

HEBATNYA KHASIAT MINYAK KELAPA DARA (PART 2)

MINYAK KELAPA DARA adalah satu produk yang dihasilkan daripada Teknologi Bio (Biotechnology) daripada buah kelapa (Cocos nucifera) melalui beberapa teknologi pemprosesan termasuk proses pemanasan, penapaian dimana ia tidak menggunakan bahan-bahan kimia. Ia berbeza dengan proses penghasilan minyak masak (coking oil) yang biasa. Minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil -VCO) diperakui mempunyai khasiat tersendiri iaitu kandungan Asid Laurik yang dibuktikan sangat baik untuk kesihatan. Walau pun minyak ini telah lama dijadikan satu industri di seluruh dunia terutama di Indonesia, Filipina dan beberapa negara tropika pengeluar kelapa lain diseluruh dunia akan tetapi tetapi kempen penggunaan minyak VCO ini di Malaysia hanya popular sekitar 10 -15 tahun lepas sahaja. Ramai usahawan minyak kelapa dara di Malaysia yang menghasilkan minyak ini untuk pasaran domestik dan antarabangsa dengan teknologi yang didapati dari agensi kerajaan, rakan perniagaan dan sebagainya. Minyak kelapa dara adalah minyak yang dihasilkan daripada santan dari pokok kelapa tua yang terdapat di kebun. Kualiti minyak kelapa dara dari pokok dan buah kelapa muda dipercayai kurang berkualiti. Minyak ini mengandungi Asid Laurik iaitu sejenis asid lemak berantai sederhana yang bersifat antivirus, anti bakteria dan juga anti protozoa serta baik untuk kesihatan pada tubuhbadan manusia. Apa pun penulis blog dapati sejak  masa dahulu, nenek moyang kita di Malaysia sudah lama mengamalkan pengambilan  Minyak Kelapa Dara bagi tujuan untuk menjaga kesihatan seharian mereka. Malah amalan penggunaan Minyak Kelapa Dara telah direkodkan seawal 1,500 tahun dahulu di India di dalam Kitab Ayurveda mereka. Memang walaupun pada zaman dahulu tiada kajian yang dijalankan ke atas pengamalan Minyak Kelapa Dara namun diakui bahawa mereka pada zaman dahulu sangat kurang menghadapi masalah kesihatan seperti di zaman sekarang. Kini seiring dengan kemajuan teknologi, kini pelbagai kajian saintifik dan perubatan telah membuktikan Minyak Kelapa Dara (VCO) sangat baik diamalkan dan mempunyai pelbagai kehebatan khasiat dan manfaat kepada manusia. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira paparkan kehebatan khasiat Minyak Kelapa Dara untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Banyak penyelidikan diseluruh dunia oleh saintis mendapati antara faktur yang menyebabkan minyak ini hebat termasuk ujudnya kandungan bahan berhasiat. Bahan tersebut dikenali sebagai bahan iaitu MEDIUM CHAIN FATTY ACID (MCFA), HIGH DENSITY LIPOPROTEIN (HDL) dan juga HIGH  DENSITY LIPOPROTEIN (HDL). Bagi komponen Medium Chain Fatty Acid (MCFA) terkandung didalam Minyak Kelapa Dara mempunyai kira-kira 50-55% kandungan iaitu dikenali sebagai Asid Laurik. Diantara kelebihan utama MCFA yang sangat jarang ditemui adalah sifatnya yang sangat mudah diproses menjadi tenaga. Selain itu ianya juga bersifat Anti-Fungal, Anti-Microbial serta Anti-Viral. Minyak Kelapa Dara mengandungi MCFA kedua tertinggi selepas Susu Ibu. Komponen kedua iaitu High Density Lipoprotin (HDL) pula yang dikenali sebagai bahan bernutrisi yang sangat-sangat dicari-cari pakar perubatan diseluruh dunia kerana ia telah diketahui sebagai kumpulan jenis Kolestrol Baik. Fungsi utama HDL adalah mencuci saluran darah dari Kolestrol Jahat yang melekat di dinding-dinding saluran darah. Komponen ketiga yang ada didalam Minyak Kelapa Dara adalah kandungan bahan berfungsi sebagai Anti Oksidan. Anti-Oksida adalah sejenis nutrien yang bertanggungjawab untuk melawan radikal bebas didalam tubuh manusia. Kehadiran bahan radikal bebas yang berlebihan di dalam badan akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah masaalah seperti Penyakit Diabetis, Penyakit Jantung serta Kanser. Pengambilan minyak VCO ini antara pilihan terbaik kepada manusia.

(4) VCO ADALAH MESRA HATI DAN HEMPEDU
Dalam tubuh manusia hati merupakan salah satu organ dalam badan manusia yang sangat penting kerana ianya akan melakukan pelbagai jenis kerja penting termasuklah menhasilkan tenaga dari gula, fungsi untuk menyahkan toksin, membina bahan protein serta hormon serta mampu menghasilkan cairan hempedu bagi proses penghadaman. Hati merupakan salah satu organ yang perannya sangat vital dalam tubuh manusia. Organ yang juga disebut 'LIVER' ini merupakan organ terbesar di dalam tubuh yang berwarna cokelat ini memiliki berat sekitar 1.5 kilogram. Ia terletak di rongga perut kanan bahagian atas atau tepatnya di bawah rusuk bahagian kanan. Organ ini memiliki dua bahagian iaitu bahagian kanan dan kiri. Lobus kanan hati merupakan bahagian terbesar yang ukurannya lima sampai enam kali lebih besar daripada lobus kiri. Kedua lobus tersebut terdiri dari 8 segmen yang terdiri dari 1,000 lobulus (lobus kecil). Lobulus ini terhubung ke saluran kecil (tabung) yang terhubung dengan saluran yang lebih besar untuk membentuk saluran hati yang umum. Hati juga memiliki pasokan darah yang unik dari dua sumber yang berbeza. Apa pun mengenai VCO apa yang menariknya, bagi memproses MCFA dari Minyak Kelapa Dara, hati tidak perlu mengahsilkan hempedu dan ini akan mengurangkan kerja hati. Kandungan bahan MCFA yang bersifat anti microbial dapat membantu hati dari diserang oleh bakteria dan kuman berbahaya. Malah ianya dapat membantu mengawal masalah keradangan hati.


(5) VCO MAMPU MENCEGAH DAN MELAMBATKAN ALZHEIMER, PARKINSON DAN DEMENTIA (NYANYUK)

Tahukah anda, makanan yang sangat disukai oleh Otak adalah “Ketone”. Otak manusia memerlukan tenaga untuk berfungsi dengan baik. Apabila kita semakin berusia, badan semakin berkurangan mendapat tenaga dimana ianya juga termasuklah otak. Otak adalah organ vital dan kompleks yang dilindungi oleh tengkorak dan selaput otak (meninges). Organ ini terdiri dari sejumlah jaringan dan miliaran sel saraf pendukung serta terhubung dengan sumsum tulang belakang. Bersama dengan sumsum tulang belakang dan saraf, otak menjadi pusat perintah dan sistem saraf manusia. Sebagai bagian dari sistem saraf, otak memiliki banyak fungsi penting. Organ ini mengontrol semua yang terjadi di tubuh, seperti pikiran, ingatan, ucapan, perasaan, penglihatan, pendengaran, gerakan lengan dan kaki, serta fungsi organ di dalam tubuh lainnya, termasuk detak jantung dan pernapasan. Beberapa saraf di otak langsung menuju bagian tubuh tertentu, seperti mata, telinga, dan bagian kepala lainnya. Namun, beberapa saraf lainnya terhubung ke bagian tubuh melalui sumsum tulang belakang untuk mengontrol kepribadian, indera, serta fungsi tubuh lain, seperti bernapas hingga berjalan. Apa pun didakwa kandungan bahan MCFA yang terdapat di dalam Minyak Kelapa Dara akan diproses untuk menghasilkan “Ketone” dan disalurkan ke Otak sebagai sumber tenaga. Sel Otak yang menerima cukup tenaga yang mencukupi dari “ketone” akan dapat membantu mencegah serta melambatkan masalah yang berkaitan otak seperti Alzheimer, Parkinson serta Dementia (Nyanyuk).


(6) VCO MAMPU MEMBAIKI SISTEM PENGHADAMAN             DAN SEMBELIT

Sistem penghadaman manusia adalah bertanggungjawab untuk memecahkan makanan yang dimakan supaya akhirnya badan akan boleh menyerap nutrien penting. Makanan dipecahkan secara mekanikal melalui beberapa proses daripadaa seawal mengunyah dan melalui penggunaan enzim akan terus ke dalam bentuk molekul yang boleh diserap dan digerakkan melalui darah. Sistem pencernaan anda terdiri daripada organ bemula daripada organ Mulut, Esofagus, Perut, Hati, Hempedu, Saluran Biliary, Usus kecil dan akhir sekali adalah Usus besar. Kolon atau dikenali sebagai usus besar merupakan organ panjang berongga yang biasanya kira-kira lima kaki panjang. Kolon berliku-liku adalah kolon yang lebih panjang daripada biasa. Agar tiub yang lebih panjang ini muat di perut anda, kolon berakhir dengan lilitan dan pusingan tambahan. Keadaan ini agak jarang berlaku. Apa pun usus besar anda menerima kira-kira satu liter cecair sehari daripada usus kecil. Selain serat, usus kecil mendorong cecair ke dalam usus besar anda, di mana ia diserap dan najis terbentuk. Minum jumlah air yang mencukupi membantu mengekalkan najis anda lembut dan oleh itu menyumbang kepada pergerakan usus yang selesa. Apabila anda tidak minum air yang mencukupi, air ditarik keluar dari najis dalam kolon anda, dengan hasil najis yang keras dan sukar untuk dikeluarkan. Usus besar terdiri daripada kolon menaik, kolon melintang, kolon menurun, kolon sigmoid, dan rektum. Walaupun terdapat variasi yang besar dalam kekerapan, najis secara amnya dipindahkan sekali atau dua kali sehari ke dalam rektum sebagai persediaan untuk membuang air besar. Apabila mengabil VCO maka salah satu sifat MCFA yang istimewa adalah ianya bersifat Anti-Microbial, Anti-Fungal serta Anti-Viral. Ini bermakna MCFA akan membantu untuk ianya dapat melawan kuman serta virus di dalam badan. Masalah kesihatan yang berkaitan sistem penghadaman seperti gastrik, gerd malah sembelit lazimnya disebabkan jangkitan kuman di dalam usus manusia. MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara ini akan membantu membunuh serta mencegah dan secara tidak langsung akan membaiki sistem penghadaman manusia. Hebatnya dimana mengambil VCO makaa tiada lagi masalah sembelit lagi berlaku. Artikel ini ditulis dalam 5 (Lima) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 untuk dibaca bersama. Semuga semua pembaca blog anim agro technology mendapat info berguba kali ini. Wasllam!!!...
MINYAK KELAPA DARA... VCO SAMA....
BANYAK KHASIAT... BERPADA HARGA...
HARGA MAMPU... MUDAH IA DIGUNA....
MEMBACA ARTIKEL... INGIN AMALNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Zulkaedah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...