TEKNOLOGI GEOTEXTILE merupakan kaedah penggunaan sejenis produk asas polimer yang popular dikalangan sektor kejuruteraan dan kini telah pun dikembangkan dalam sektor pertannian. Penulis blog dapati kini semakin ramai kalangan usahawan pertanian komersil di Malaysia yang telah pun menggunakan geotextile untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil ladang. Kini terdapat dua jenis geotextile yang biasa dijual iaitu Geotextile Woven (Di anyam) dan juga Geotextile Non-Woven (Tidak dianyam). Kebanyakan produk yang ada dijual di Malaysia adalah diimport daripada China dan beberapa produk tempatan. Geotextile Non Woven adalah merupakan suatu bahan yang sangat berguna bagi dunia industri di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Ini kerana bahan geotextile kini sudah menjadi suatu keperluan bagi sektor pembinaan infrastruktur. Penulis blog mendapati dimana didalam industri perlombongan merupakan sektor yang paling sering menggunakan Geotextile sebagai bahan penahan hakisan. Industri perlombongan juga menggunakan Geotextile untuk memberikan permukaan jalan yang lebih kuat dan stabil bagi laluan lori dengan jumllah jutaan tan bahan asas batuan atau tanah yang di angkut oleh jentera berat. Ini yang menjadikan sektor perlombongan adalah pengguna terbesar dalam menggunakan Geotextile. Dalam pembinaan jalanraya geotextile juga merupakan pelapik penting sebelum batu gravel atau batu crusheran dituang diatasnya. Ketahanan bahan ini sehingga puluhan tahun membolehkan bahan ini terus penting. Bagaimana pula dengan sektor pertanian?. Kini dilaporkan dimana geotextile pun berguna untuk industri pertanian. Bahan ini berguna dalam berbagai keperluan pertanian sepertii digunakan sebagai pelapis proses membuat kompos di ladang kelapa sawit dan taman vertikal. Ia telah dilakukan pada skala yang kecil dimana geotextile Non Woven juga sesuai untuk digunakan secara vertikal iaitu untuk taman vertikal atau biasa dikenal sebagai 'pagar hidup' atau 'tembok hijau'. Teknologi ini disebabkan taman vertikal dapat ujudkan persekitaran lebih tenang dan selesa walau pun ruang yang ada terbatas. Pengertian geotextile woven adalah salah satu jenis geotextile yang dianyam iaitu dibuat dari bahan asas Polypropilene untuk mudah menggunakannya, Geotextile Woven seperti karung beras tapi bukan yang terbuat dari bahan guni tetapi berwarna hitam dibuat dari bahan sintetik. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya paparkan satu artikel mengenai produk geotextile dan kepentingannya dalam sektoe pertanian untuk bahan rujukan semua pembaca.
Geotextile non-woven telah digunakan sebagai bahan untuk menutup batas atau penutup tanaman dengan pelbagai sbab. Antaranya adalah ia berfungsi untuk mengelakkan tanaman dari kepanasan haba cahaya matahari yang terik dan ia akan menghindari serangga perosak dan penyakit dari dapat menyerang. Beberapa kajian telah dilakukan terhadap pproduk ini dimana hasil tuaian tanaman dilaporkan lebih baik dan tinggi apabila menggunakan grotekstil kerana ada perlindungan embun sejuk atau membeku, peningkatan suhu tanah dan penurunan kes serangan perosak dan penyakit. Pelapik ini memang mampu menghalang perpindahan atau jangkitan patogen perosak kepada tanam secara fizikal, kitaran kehidupan dan juga menghalang perebakan penyakit jika ia berlaku. Kesan lain pemasangan bahan geotektil ini adalah kerana ia akan mengujudkan keadaan 'Iklim mikro' disekeliling pokok seperti kadar kelembapan, suhu dan sebagainya. Pemasangan pelapik ini membolehkan penyemburan racun serangga dan racun rumpai dielakkan dan menjurus kepada aktiviti Pertanian Organik. Paling beruntung apabila bahan geotextile ini boleh digunakan semula selaps satu musim penanaman dengan ketahanan yang cukup lama dengan penggunaan secara berhati-hati.
Bagaimana pun dilaporkan ada juga beberapa kelemahan apabila menggunakan pelapik geotextil ini. Pertama adalah modal untuk memulakan pertanian agak tinggi kerana perlu mengeluarkan modak untuk membeli pelapik ini.Bagaimana pun kos ini akan menjadi rendah jika jangkamasa penggunaan semula lama dengan aplikasi yang berhati-hati. Dari peringkat awal lagi perlu ada kerja-kerja asas penyediaan tanah untuk dipasang dengan geotektil ini seperti meratakan tanah, membina tebing, membuang kayu dan batu serta kos pemasangan. Pemasangan yang betul dan pembukaan semula selepas musim penanaman penting diambilkira dalam teknologi ini. Bagaimana pun selalunya selepas musim penanaman dan tuaian selesai akan dilihat sebahagian pelapik geotekstil ini akan rosak dan perlu dibuang. Sinaran maahari yang panas terik dan hujan lebat yang kerap dikawasan pemasangan geotekstil dikebun menyebabkan kain penutuo ini cepat berlaku degradasi (rosak). bagi jenis geotekstile wovwn pula sering diginakan sebagai tapak tanaman sistem fertigasi, penutup batas, dipasang pada tebing tanah cerun dan dijadikan atap pelindung yang efektif. Ada jenis geotekstil yang digunakan secara meluas di Malaysia didalam kawalan rumput (grass) dan rumpai (weed). Kegunaannya di dalam bidang pertanian seperti di ladang kelapa sawit (palm oil), kebun sayuran telah meluas samada secara manual ataupun fertigasi (fertigation). Kini sistem fertigasi telah menggunakan sistem pembajaan secara saliran otomatik (irrigation system).
Penggunaan pelapik geotextiles pula dapat menggantikan sepenuhnya penggunaan racun rumput dan racun rumpai (herbicide) dimana ini sekaligus mengelakkan kerosakan tanah. Kos dapat dikurangkan bagi penggunaan bahan kimia didalam proses tanaman. Penulis blog faham dimana sebelum ini Plastik Silvershine memang meluas digunakan dikebun sayur, kebun tembikai, kebun nanas dan sebagainya dimana telah diketahui akan kelebihan dan kekurangannya. Antara kelemahan seperti plastik silershine ini mudah rosak dan menghalang kemasukan air didalam tanah semasa hujan dan tanah menjadi kering dimusim kemarau. Bagaimana pun pelapik geotextile ini membolehkan air huja masuk kedalam tanah melalui lubang diantara tenunan. Geotextile dan pelapik Weedmat yang diperkuatkan dengan kandungan UV yang tinggi mampu bertahun sehingga 5 tahun. Kini dipasaran harga geotwxtile sekitar RM 480 bagi satu roll dan sebanrnya banyak julat harga bergantung kepada spesifikasinya. Mungkin ramai tahu dimana kain pelapik ini ada banyak kegunaan iaitu dari pencegahan hakisan tanah dikawasan cerun di kebun atau jalanrata utama. Meskipun kain geotekstil biasanya dibuat dari plastik tetapi ada yang gunakan kain biodegradable. Bahan ini biasanya tenun halus dimana jika ia dari jenis non -woven, maka lubang-lubang kecil. Dengan air biasanya akan boleh mengalir menembusi celah-celah kain pelapik. Dalam sektor pembinaan memang geosynthetic sudah banyak di pakai dalam dunia pembinaan sebagai satu cara memperkuatkan tanah dan saliran serta mampu menahan hakisan tanhan oleh aliran air. Bahan geosynthetic memiliki fungsi sebagai Memperkuatkan (Reinforcement), Pemisah (Separator), Penyalir (Filtration) dan Penahan Cairan (Contaimnent). Reinforcement adalah dimana kekuatan tanah dan perataan beban dialam suasa memperkuatan lereng, peguatan tanah dasar timbunan tanggul, jalan, kawasan lapang letak kereta dan sebagainya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
RENTANG DIBAWAH... UNTUK JALANRAYA...
MENAHAN HAKISAN... BERKESAN DIA...
LUAS PASARANNYA .. DISELURUH DUNIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1923, Hotel Double Tree,
Jalan Ngee Heng, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(27 JamadilAwal 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.