Support My Blog

Tuesday, January 5, 2021

BELAJAR MENANAM KAYU MANIS

TANAMAN KAYU MANIS
(Cinnamomum verum, atau nama lain sebagai Cinnamomum zeylanicum) merupakan tumbuhan yang menghasilkan kulit ksyu dimana dikategorikan sebahag sejenis rempah. Biasanya kayu manis digunakan untuk tujuan penyedap rasa masakan kerana kayu manis memberikan rasa beraroma, pedas dan manis. Selain sebagai penyedap rasa makanan lazimnya kewujudan kayu manis juga akibat dari kandungan zat yang bermanfaatuntuk dijadikan ubat seperti menurunkan kadar gula darah dan sebagainya. Pada penulis blog tanaman pokok kayu manis secara komersil di Malaysia agak kurang popular. Pada awal tahun 80'an ada penulis dapati dimana tanaman pokok kayu manis ada dilakukan dibeberapa buah pulau dan kawasan penempatan orang asli di Semenanjung Malaysia. Bagaimana pun laporan kajian menunjukkan projek ini kurang berjaya disebabkan masaalam peasaran kayu manis dan juga pulangan yang idak menentu kerana tanaman ini kurang popular. Berbanding dengan negara Indonesia, Sri Lanka dan beberapa negara lain dimana industri menanam pokok kayu manis dilakukan dengan agak terancang. Walau pun semakin sedikit petani di Indonesia yang masih mengekalkan tanaman pokok kayu manis akan tetapi tahap permintaan terhadap kayu manis terus meningkat saban tahun. Dari segi keperluan pertumbuhan pokok kayu manis dilaporkan dimana memang ada spesis kayu manis yang sesuai untuk tumbuh pada ketinggian hingga 2,000 meter diatas permukaan laut. Bagaimana pun spesis C. burmanni akan memberikan hasil tinggi sama ada ia ditanam pada kawasan tanah ketinggian 500 - 1,500 meter atau sesuai dengannya. Dilaporkan apabila ditanam di lokasi yang tingginya kurang dari 500 meter makan pokok akan tumbuh lebih cepat namun didakwa kualiti kulit kayunya rendah. Ini adalah disebabkan ketebalan kulit dan aromanya berkurang jika dibandingkan dengan kayu manis ditanah yang lebih tinggi. Manakala untuk spesis C. zeylanicum, lazimnya akan tumbuh baik pada ketinggaian antara 0 - 500 meter dari paras laut. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai teknologi penanaman pokok kayu manis untuk dijadikan bahan rujukan semua.

Pokok kayu manis sesuai diusahakan dinegara yang beriklim lembab dikawasan tropika. Ini kerana f
aktor iklim seperti jumlah curahan hujan, suhu, kelembapan dan sinaran cahaya matahari adalah penting diambil tahu. Pokok kayu manis menghendaki hujan yang merata sepanjang tahun dengan jumlah mencukupi iaitu sekitar 2,000 - 2,500 mm/tahun dimana jika curah hujan terlalu tinggi akan mempengaruhi pada jumlah kutipan hasil menjadi rendah. Faktur suhu pula dimana kesesuaian pokok ini akan tumbuh dengan baik pada suhu diantara 25 - 27 Celcius dan tidak sesuai pada suhu dibawah 18 Celcius. Tumbuhan ini juga sesuai dengan kadar kelembapan diantara 70 - 90% dimana lazimnya semakin tinggi kelembaban maka kadar bagi pertumbuhan tanaman akan semakin baik. Jumlah sinaran matahari mempengaruhi proses fotosintesis tanaman dimana pokok kayu manis memerlukan memerlukan sinar matahari sekitar 40 - 70%. Jenis tanah yang sesuai untuk pertumbuhan kayu manis adalah tanah yang banyak mengandung bahan organik, liat berpasir serta mudah menyerap air dengan kadar pH 5.0 - 6.5. Kawasan tanaman sebaiknya di sediakan dengan membuat parit, laluan jalan dan dibajak mengikut teknik yang sesuai agar tekstur tanah jadi gembur. Bagi tujuan sistem penanaman monokultur maka jarak tanam boleh agak rapat danbagi penanaman sistem bercampur selingan jarak tanam adalah (3 m x 3 m atau 4 m x 4 m). Bagi tanah bercerun setelah dibersihkan dari semak belukar dan rumpai makan dibuat teres untuk mencegah hakisan tanah selebar 1.5 - 2.0 meter. Lubang tanaman dibubuh baja asas dan baja organik.

Benih tanaman pokok 
kayu manis disediakan daripada biji, cantuman batang atau melalui semaian mata tunas. Benih dari biji sebaiknya diambil dari semaian yang sudah berumur 8 - 12 bulan di cabut perlahan dengan cara menyertakan tanah pada bahagian akarnya (Sila lihat foto disebelah). perakaran bibit; 2) bibit asal tunas yaitu tunas yang sudah ditebang dapat ditanam di kebun setelah ditumbuhi akar. Selalunya ada dua sistem penanaman kayu manis yang dapat dilakukan adalah Secara Monokrop dan Bercampur (Selingan). Bagi Sistem Monokultur hanya sejenis tanaman sahaja dengan jarak tanaman 1.5  m x 1.5 m dengan kepadatan tanaman sebanyak 4,400 pokok sehektar. Bagi sistem tanaman bercmur ditanam dengan jarak lebih lebar iaitu 2 m x 2 m; 2.5 m x 2.5 m; 3 m x 3 m; 4 m x 4 m atau 5 m x 5 m. Pilih tanaman kontan yang sesuai seperti pisang, sayuran dan buah-buahan jangkapendek yang mudah dijaga. Sebaiknya penanaman benih dijalankan pada masa musim hujan dan jika ada sistem pengairan boleh ditanam bila-bila masa sahaja. Pasangan naungan seperti jaring hitam untuk galakkan pertumbuhan dan kawalan rumpai.

Amalan agronomi tanaman kayu manis yang dilaporkan boleh memberikan pulangan baik yang ekoomik kepada pekebun dilakukan sejak mula menanam sehingga mengutip hasil. Pokok dijaga dimana 
dengan jarak tanaman 3 - 4 meter, maka dalam waktu hanya sekitar 4 - 5 tahun sahaja maka pokok kayu manis dilihat membentuk kebun seperti hutan kayu manis yang padat. Pastikan banyak dahan dan cabang terbentuk dengan seimbang kerana ini akan membolehkan lebih banyak kulit kayu manis boleh dituai kelak. Oleh itu pastikan buat kerja menyulam apabila pokok mati atau membuat penjarangan bila pokok sudah terlalu rapat dan rimbun. Pembajaan dilakukan sejak mula menanam iaitu 3-4 bulan selepas menanam dan diulangi dua kali setahun dengan baja NPK dan baja organik. Jika petani menggunakan jein baja tunggal kadar diperlukan sekitar 150 gram sepokok (peringkat awal) dan sebangak 1 kg/pokok bila pokok mula dewasa. Pokok matang berumur 5 tahun keatas yang dituai hasil boleh diberikan baja NPK sebanyak 1.5 - 2.0 kg sepokok. Naja ditabur keliling pokok tetapi sebaiknya di masukkan kedalam lubang disekiling pokok. Kawalan rumpai dijalankan untuk mempastikan ia tidak menjejaskan pertubuhan pokok kayu manis. Cara kawalan dengan manual atau menggunakan racun kimia yang sesuai. Penjarangan pokok dilakukan dua kali iaitu semasa tanaman berumur 6 tahun dan 10 tahun. Pada penjarangan pertama dan kedua akan mengasilkan tunas baru dimana tunas tersebut boleh dijadikan anakbenih. Walau pun bukan semua tunas sesuai dijadikan benih dimana lazimnya hanya sekitar   4 -7 tunas saja yang baik dan mengeluarkan akar. Cara membuat penjarangan dengan memotong dahan  pada ketinggian 25 - 30 cm dari permukaan tanah. Kemudian tunggul perlu ditimbun tanah hingga sekitar 10-15 cm agar nantinya tumbuh tunas-tunas baru.

Perlu diketahui dimana k
ulit kayu manis merupakan salah satu komoditi diperlukan dan digunakan dalam industri farmasi, kosmetik, bahan pengawet dan bahan ramuan penyedap makanan dan minuman. Bagi mendapatkan produk kayu manis dengan kualiti tinggi dan memenuhi standard mutu baik diperlukan aktiviti penjagaan tanaman yang baik dan intensif. Salah satu faktor penyebab menurunnya mutu kulit kayu manis antara lain adanya serangan perosak tanaman. Dimanapun lokasi penanamannya, pokok kayu manis tidak akan terlepas dari serangan perosak. Kulit kayu yang rosak merugikan petani.  Beberapa jenis perosak yang menyerang kayu manis antara lain adalah ulat sikat, ulat sikat rambut kuning, ulat kenari, kutu loncat dan kumbang moncong dan kutu perisai. Bagi seranga Ulat Sikat (Dasychira mendosa) ia disebut ulat sikat sebab di sekeliling tubuhnya dihiasi rambut yang relatif agak panjang sehingga dilihat seperti sikat. Kepala berwana merah, dengan ukuran tubuh sekitar 3-4 cm. Ulat ini menyerang daun, kalau serangan dalam populasi banyak maka kesannya tanaman boleh mati atau pokok jadi rosak. Tanaman gantian perumah ulat ini seperti pokok kopi, juwet, rambutan, kedondong, jarak, ubi kayu, kapok, jambu air, kemiri, ketapang dan pokok gambir. Tanda seranga dilihat bahagian daun yang terserang ulat sikat rosak sebab digigit larvanya. Di tanah bahagian bawah pokok terdapat banyak kotoran ulat dan bekas keratan daun. Kawalan dengan semburan racun serangga. Ulat Sikat Kuning (Orgyia postica) dikenali dari gugusan rambut kuning dibahagian atas depan badannya. Tanaman perumah lain ulat ini adalah pokok koko, kopi, kina, teh, jeruk, mangga, jarak, kekacang , lamtoro, pine dan kayu manis. Ulat berkembang biak secara eksplosif dimana sebatang pohon kayu manis dapat dihinggapi banyak ulat dan seranagn berlaku pada hari malam. Ia memakan daun dan dikawal juga dengan semburan racun kimia.

Serangga Perosak seterusnya adalah 
Ulat Kenari (Cricula trifenestrata) yang menyerang pokok muda dan pokok tua. Serangga ini akan menyerang pokok muda maupun pokok tua. Serangan pada pokok muda menyebabkan kematian tanaman dan pada tanaman tua dapat menyebabkan kulit kayu turun kualitinya. Ulat berwarna hitam berbintik dan berambut putih diseluruh tubuhnya dimana pada bahagian kepala dan bahagian abdomen berwarna merah dengan panjang tubuh mencapai 6 cm dengan fase larva selama 25-30 hari (Sila lihat foto disebelah). Pada kulit kayu diserang menjadi sudah dikupas sebab melekit pada batang kayu. Pada daun dan cabang tanaman banyak terdapat telur yang melekat dan lazimnya ulat menyerang pada tanaman muda atau berumur kurang dari satu tahun. Kawalan dengan menyembur racun serangga. Seterusnya adalan perosak dikenali sebagai Kutu Loncat atau psylid merupakan keluarga psyllidae yang kebanyakan yang saiznya kecil dimana ukuran panjangnya hanya sekitar 2 mm. Bentuk tubuh menyerupai aphid yang memiliki kaki peloncat dan sungut panjang. Kutu dewasa memiliki sayap dan akan menyerang daun dengan cara mengisap cairan daun. Pokok yang diserang seperti ada  gelembong berbentuk tidak menentu pada permukaan daun sebgai akibat sengatan moncong kutu yang berfungsi sebagai alat pengisap. Kawalan boleh dilakukan dengan semburan rcun serangga seperti Cypermetrin.  Perosak lain adalah dkenali sebagai Kumbang Moncong (Rhynchites lauraceae) yang bertubuh warna hitam  dengan saiz badannya hanya 5-6 mm. Disebut kumbang moncong karena bahagian mulutnya terdapat moncong halus sepanjang 1.5 mm. Bahagian pokok yang diserang adalah ranting muda dan tanda serangan dilihat rantingnya jadi kering dan didalam ranting tersebut terdapat alur atau lubang berbentuk spiral melingkari ranting. Kawalan dengan cara mekanikal dan semburan kimia.  Perosak lain adalah Kutu Perisai (Parlatoria sp) yang berwarna hitam dan biasanya melekat pada daun dan ranting dalam kelompok dan membiak sangat cepat. Bahagian pokok yang diserang adalah urat daun dan ranting. Tanda serangan dimana pada permukaan daun-daun muda tampak ada bintik kuning dan lama-lama daun mengering. Kawalan dilakukan dengan menyembur racun serangga. Aktiviti menuai pokok kayu manis lakukan ketika warna daun dari tanaman kayu manis berwarna hijau tua. Penuaian pertama dilakukan  semasa pokok berumur 8 tahun. Cara mnuai dengan mengerat kulit batang dan kulit ranting dari tanaman kayu manis yang telah cukup umur. Semuga semua pembaca mendapat infi dari blog anim agro technology kali ini. Wasalam...
POKOK KAYU MANIS... SENANG DIJAGA...
BENIH DITANAM...PASTIKAN JARAKNYA...
SERANGAN SERANGGA... KAWAL SENTIASA....
CUKUP UMUR... DI AMBIL PULA  KULITNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 145, Hotel T+ Premium,
Alor Aetar, Kedah,
Malaysia.
(22 JamadilAwal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...