Support My Blog

Wednesday, January 13, 2021

MINYAK SAWIT DAN KOMPONENNYA

MINYAK SAWIT
(Palm oil) ialah sejenis minyak sayuran boleh dimakan yang diperoleh dari buah sawit dan isirong sawit (bijinya) daripada hasil buah kelapa sawit (Elaeis guineensis). Apa pun lazimnya minyak sawit biasa mempunyai warna kemerahan kerana mengandungi bahan beta-karotena yang tinggi bagaimana pun kajian menunjukkan dimana apabila minyak sawit dipanaskan atau dididihkan maka bahan karotenoid dalamnya akan musnah dimana ini juga sekaligus melunturkan warna minyak sawit. Minyak sawit ialah salah satu jenis minyak sayuran yang amat tinggi kandungan lemak tepu (sama seperti minyak kelapa - coconut oil) oleh itu jika ia berkeadaan separa pejal dalam suasana bersuhu bilik. Apa pun penulis blog dapati dimana minyak kelapa sawit laris untuk dipasarkan di seluruh dunia dan ia digunakan sebagai minyak masak, ramuan marjerin dan juga bahan untuk proses membuat pelbagai makanan. Minyak ini juga adalah bahan terpenting dalam pembuatan sabun, serbuk cucian dan produk penjagaan diri dan juga digunakan untuk merawat luka. Terkini dimana minyak sawit diproses dijadikan bahan bakar dikenali sebagai Biodiesel yang sangat baik untuk masa hadapan sebagai bahan bakar. Dalam pada itu didakwa dimana minyak sawit dan minyak isirong sawit terdiri daripada asid lemak yang terester dengan gliserol seperti mana-mana lemak biasa yang lain. Kedua-dua minyak tersebut tinggi dengan bahan Asid lemak tepu iaitu masing-masing ada 50% dan 80%. Minyak sawit meminjamkan namanya kepada Asid palmitik, iaitu Asid lemak tepu 16-karbon yang ditemui dalam minyak sawit. Selain itu terdapat Asid oleik monotaktepu dimana ia juga merupakan satu juzuk minyak sawit manakala minyak isirong sawit pula banyak mengandungi asid laurik. Minyak sawit ialah sumber semula jadi tokotrienol yang terbesar, iaitu salah satu anggota kelompok vitamin E. Minyak sawit juga tinggi dengan vitamin K dan zat magnesium diet. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan teruskan menulis mengenai kompponen dan bberapa fakta penting mengenai minyak sawit untuk dijadikan bahan rujukkan.

Dalam pada itu dalam industri minyak sawit ada perkataan dinamakan 'Napalm' dimana ia meminjam namanya dari Asid naftena, asid palmitik dan piroteknik dimana ia  sekadar resipi yang selalu menggunakan nafta dan minyak sawit (Sumber: Wikipedia). Asid lemak juga adalah merupakan asid karboksilik alifatik tepu dan tak tepu dengan rantai karbon dalam lingkungan C
3 hinga C28. Salah satu contoh asid lemak ialah asid palmitik, CH3–(CH2)14–COOH. Proses pemisahan minyak dan lemak iaitu melalui hidrolisis, atau dalam keadaan penyabunan asas dilaporkan akan menghasilkan asid lemak dengan gliserin (gliserol) sebagai bahan sampingan. Asid lemak yang terpisah ini adalah campuran asid lemak yang berlingkungan C4 hingga C18 bergantung pada jenis lemak atau minyaknya. Hasil minyak sawit dibuat dengan proses pengisaran dan proses penapisan dimana ia dimulakan dengan menggunakan kaedah perberingkat dan diikuti proses penghabluran serta pengasingan untuk memperoleh pecahan pejal (stearin) dan jenis cair (olein). Bendasing boleh ditanggalkan melalui proses pencairan dan penyahgaman, kemudian minyaknya dituras dan dilunturkan. Selepas itu, penapisan luaran menghapuskan bau dan pewarnaan untuk menghasilkan minyak sawit dinyahbau luntur bertapis (Bahasa Inggeris: refined bleached deodorized palm oil, RBDPO), dan asid lemak tulen bebas, yang digunakan sebagai bahan mentah utama dalam pembuatan sabun, serbuk cucian dan pelbagai produk kebersihan dan penjagaan diri. RBDPO adalah hasil minyak asas yang boleh dijual di pasaran komoditi sedunia, di samping boleh dipecahkan lagi menjadi olein sawit untuk membuat minyak masak dan banyak lagi. Kelapa sawit juga dijadikan bahan mentah untuk penghasilan biodiesel, sama ada minyak sawit diproses yang dicampur dengan petrodiesel, mahupun diproses melalui pentransesteran untuk tujuan bagi menghasilkan sebatian ester metil minyak sawit yang boleh memenuhi penetapan EN 14214 antarabangsa. Proses yang sebenar adalah dimasa penggunaannya dimasa hadapan untuk diuji secara kecil-kecilan. 

Adakah perbezaan diantara minyak sawit dari Malaysia dengan Minyak Sawit daripada Indonesia?. Ini antara beberapa soalan yang pernah kita dengar. 
Minyak kelapa sawit yang dihasilkan dari Kilang Sawit masih disebut Minyak Aawit Mentah atau MSM (CPO/Crude Palm Oil). Selain CPO selalunya kilang akan menghasilkan PKO (Palm Kernel Oil). Pengeluaran CPO dari Indonesia terus meningkat dengan pantas iaitu sekitar 6% tahun. Indonesia dilaporkan kini mampu mengeluarkan CPO sebanyak 25.4 juta tan sepanjang tahun 2012 dengan luas ladang kelapa sawit di Indonesia yang mencapai 9.5 juta hektar dan terus miningkat sehingga 2021. CPO bersifat setengah padat pada suhu bilik dengan titik cair antara 40-70 Celsius, berwarna kuning jingga. Ia mengandungi banyak pigmen karotenoid. Berdasarkan dari perbezaan titik cairnya CPO selalunya akan dibahagi menjadi kepada 2 kumpulan iaitu bahagian yang banyak terdiri dari jenis Olein (ringan) yang berbentuk cair yang mengandung asid lemak tepu. Kedua adalah kumpulan Stearin (berat) yang berbentuk padat yang mengandungi Asid lemak idak tepu iaitu pada suhu bilik. Minyak sawit juga selain dari mengandungi komponen utama Trigliserida (94%), ia juga mengandungi Asid lemak bebas (3-5%) dan komponen Non-trigliserida  yang jumlahnya sangat kecil (1%) iaitu termasuk karotenoide, tokoferol, tokotrienole, sterol, triterpen alkohol, fosfolipide, glikolipide dan berbagai komponen trace element. Minyak kelapa sawit banyak mengandung lemak, Asid lemak, karotenoide dan tokoferol.  

Mengenai beberapa s
ebatian kimia dalam sawit sebenarnya dilaporkan minyak sawit adalah kaya dengan trigliserida. Trigliserida adalah sejenis sebatian kimia terdiri dari satu unit gliserol dan 3 unit asid lemak. Trigliserida ada dalam semua jenis minyak tumbuhan, minyak haiwan dan minyak ikan dan termasuk minyak babi. Yang membezakan antara jenis-jenis minyak ini adalah kandungan asid lemak. Dalam paa itu minyak sawit mentah (crude palm oil -CPO) kaya dengan asid palmitik dan asid stearik sekitar 60-70%. Asid palmitik adalah asid lemak tepu dengan 16 karbon dan asid stearik juga asid lemak tepu dengan 18 carbon. CPO juga mengandungi asid tidak tepu seperti asid oleik dengan satu ikatan berganda dan asid lemak dengan lebih dari satu ikatan berganda antaranya asid linoleik. Minyak sawit mentah adalah separa pepejal dan berwarna merah. Ikuti penerangan tentang pemprosesan sawit di bawah untuk memahami mengapa minyak masak berwarna keemasan. Tahukah anda komposisi kimia minyak sawit hampir sama dengan lemak babi?. Minyak isirong sawit (crude palm kernel oil - CPKO) kaya dengan asid laurik (12 karbon) dan asid myristic (14 karbon) dengan komposisi sekitar 60-70%. Tahukah anda santan kelapa juga mengandungi asid laurik yang tinggi?. Produk halal yang mana ia memerlukan kandungan gliserol dan asid lemak kebanyakannya adalah dari sawit. Ini kerana komposisinya yang hampir sama dengan lemak babi. Ia menawarkan alternatif halal kepada produk seperti shortening, bahan pembuatan kek dan sebagainya. Selain itu, Malaysia adalah negara kedua terbesar yang mengeksport produk berasaskan sawit selepas Indonesia. Menyokong minyak sawit dari ladang mesra alam sekitar bererti menyokong ekonomi pekebun kecil dan GLC Malaysia. Di Malaysia pihak yang aktif melakukan penyelidikan tentang sawit dan mengawal selia aktiviti berkaitan sawit adalah MPOB atau Malaysian Palm Oil Board. Selain itu banyak kajian juga banyak dilakukan di universiti dan institut penyelidikan untuk kemajuan industri kelapa sawit tempatan dan antarabangsa. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

MINYAK SAWIT... KOMPNEN APA...
MINYAK MERAH... DARI SABUTNYA...'
MINYAK ISIRONG... JERNIA PULA...
MINYAK DIPROSES...BANYAK GUNA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 JamadilAwal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...