Pertukaran nama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada tahun 2020 dilihat sebagai satu lankah bijak. Kini peranan kerajaan dalam membawa nafas baru kepada sektor pertanian semakin diperlukan. Bagaimana pun di Malaysia terdapat dua kementerian bertanggungjawab terhadap pertanian iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan juga Kementerian Industri Utama (MPI). Peranan kedua-dua kementerian ini berkait dengan tanaman makanan di MAFI dan tanaman industri di MPI (Getah dan Kelapa Sawit). Dilaporkan wujud jurang antara tanaman kontan dan tanaman makanan serta tanaman industri oleh estet dengan pekebun kecil. Lebih tiga per empat tanah pertanian di Malaysia ditanam kelapa sawit yang membawa risiko monoculture iaitu kebergantungan melampau terhadap satu jenis tanaman sama ada dari segi harga ataupun penyakit. Berlaku juga dakwaan ada diskriminasi pentadbiran yang mengekang usaha meningkatkan pendapatan petani menerusi pertanian campuran. Sebagai contoh dilaporkan ada petani yang perlu berurusan dengan agensi yang berbeza di bawah kementerian berbeza untuk bertanam, menteriak ikan atau membela ruminan di ladang tanaman kontan. Dalam pada itu terdapat beberapa kementerian lain terkain dalam penghasilan makanan di Malaysia seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (yang selalu bertanggungjawab terhadap FELDA, FELCRA dan RISDA) juga mempunyai agenda dan fungsi masing-masing.
Dalam media tempatan dilaporkan dalam sektor ini juga memerlukan ketelusan dan akauntabiliti urus tadbir. Skandal melibatkan Felda, NAFAS dan NFC antaranya bukan hanya dilihat ad kesan negatif kerana didakwa membazir berjuta malahan billion ringgit dana awam sebaliknya telah menghakis keyakinan orang ramai terhadap kerajaan, politik dan dasar awam. Kemajuan sektor pertanian memerlukan penggunaan teknologi sesuai termasuk yang menjimatkan tenaga buruh. Dalam pada itu penglibatan buruh dalam pertanian Malaysia semakin menurun saban tahun dan sektor itu mempunyai tenaga buruh asing sah yang paling tinggi iaitu sebanyak 27 peratus pada tahun 2017 dan ini tidak termasuk pula lebih ramai yang tidak sah. Menteri Sumber Manusia dahulu pernah mengumumkan anggaran seramai 6.7 juta buruh asing sedangkan bilangan diakui Penyiasatan Tenaga Buruh seramai 2.2 juta. Maka, kira-kira 4.5 juta buruh asing atau dua kali ganda adalah tenaga buruh yang tidak sah.Buruh asing rela bekerja dalam pekerjaan yang dianggap susah, kotor dan berbahaya dengan gaji murah. Penggunaan buruh asing terutamanya yang tidak sah bukan sahaja terus menekan tahap gaji dan keadaan pekerjaan pertanian bahkan tidak menggalakkan pelaburan teknologi. Ada dakwaan dimana pengeluaran makanan di Malaysia agak terjejas apabila ramai pekerja asing yang balik Indonesia untuk hari raya aidilfitri dan tidak boleh masuk semula ke Malaysia akibat sekatan PKP dan Covid-19. Kesan kekeurangan pekerja ladang ini amat dirasai dalam ladang kelapa sawit dan kebun sayuran, penternakan dan sebagainya. Namun didapati rakyat Malaysia terutamanya golongan belia masih amat kurang berminat menceburkan diri dalam sektor ini. Walau bagaimanapun ada dibentangkan iaiti didalam Belanjawan 2019, kerajaan cuba mengurangkan cukai lanjutan untuk pekerja asing sebagai langkah jangka pendek bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh pertanian. Langkah itu barangkali membantutkan lagi pertumbuhan produktiviti jangka panjang.
Meneyentuh mengenai sistem subsidi dan pelaksanaannya mesti diteliti semula supaya tidak menghalang kemajuan pertanian. Apa pun dilihat dimana bantuan subsidi harus menjadikan petani semakin produktif dan mampu meraih pendapatan lebih lumayan dan akhiran berlaku kurang bergantung kepada subsidi. Didalam media dilaporkan banyak subsidi sering dijadikan candu politik bagi mendapatkan sokongan undi kaum tani. Meskipun lebih kurang separuh daripada peruntukan dalam belanjawan kepada Kementerian Pertanian sejumlah RM1.8 bilion pada tahun 2019 disalurkan sebagai subsidi padi dilaporkan ada dakwaan dimana sektor itu masih tidak maju emncapai seperti diharapkan. Ada laporan dimana cara subsidi diberi tidak menggalakkan petani mempelbagaikan tanaman makanan mereka untuk meningkatkan pendapatan. Bahkan didakwa sesetengah petani yang menanam tanaman selain padi mengaku diri sebagai penanam padi supaya layak diberikan subsidi dan pihak MAFI seterusnya sentiasa aktif memutihkan senarai penerima subsidi ini setiap masa. Dalam satu laporan Ketua Audit Negara lepas ada mendedahkan dimana nilai subsidi berjumlah RM57.92 juta telah diberi pada tahun 2016 - 2018 kepada ribuan penama yang telahpun meninggal dunia lebih sedekad lalu. Menurutnya laporan ini juga berlaku keadaan dimana bantuan benih bermutu rendah diberi kepada petani dan baja diagih lewat daripada jadual pembajaan. Bagaimana pun dasar jaminan makanan perlu dilihat secara lebih luas dengan menekankan pemakanan baik lagi sihat berasaskan kepelbagaian makanan dan bukan hanya sara diri (self-sufficiency) beras. Walaupun isu kebuluran bukan lagi masalah besar di Malaysia akan tetapi salah pemakanan mengancam kesejahteraan rakyat. Kekurangan zat makanan seperti kalsium, masih menjadi punca penyakit seperti anemia walau pun kes-kes tersebut semakin jarang dilaporkan. Media juga ada melaporkan dimana kadar pertumbuhan kes bantut dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun meningkat daripada 17.2 peratus pada tahun 2006 kepada 20.7 peratus pada tahun 2016. Kes penyakit tidak berjangkit akibat kurang makanan seperti penyakit kardiovaskular dan kencing manis adalah punca utama kematian di Malaysia menunjukkan bahawa Malaysia bukan kekurangan makan akan tetapi mencukupii dan ada yang berlebihan. Sehingga kini negara kita Malaysia mencatatkan kadar kencing manis tertinggi di Asia. Penyakit seperti itu sepatutnya boleh dielakkan dengan dasar makanan yang sesuai dan penghasilan makanan organik atau jaminan keselamatan makanan. Sektor pertanian di Malaysia masih dalam jajaran terbaik didalam menjaminan kecukupan makanan bagaimana pun penambahbaikan dasar dan masa hadapan sektor ini mesti mempastikan isu-isu dalam sektor ini dapat diselesaikan mengikut kesesuaian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
ISU DAN MASAALAH... DIATASISNYA...
SEMUA PIHAK... PERLU BEKERJASAMA...
MAKANAN CUKUP... RAKYAT SEJAHTERA...
By,
M ANem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malausia.
(21 Safar 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.