Support My Blog

Friday, January 22, 2021

ISU DI LAMPU ISYARAT - PENJUAL JALANAN

MENJUAL PRODUK DI LAMPU ISYARAT seperti mangga asam boi dan beberapa produk lain kini telah menjadi satu fenomena yang gempak di Malaysia semenjak 1-2 tahun kebelakangan ini. Mungkin ramai pengguna jalanraya terutama dibandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia 'perasan' akan kehadiran mereka yang menawarkan mangga asam boi dijual dengan harga RM10 satu bekas atau satu balang plastik. Kebanyakan penjual ini memakai poster dibahagian depan dan pada belakangnya untuk dilihat dari jauh dan berjalan dicelah-celah kereta yang berhenti kerana lampu merah. Kehadiran mereka ini lazimnya disambut dengan pengguna jalanraya dengan memanggil mereka atau membuka tingkap untuk membelinya. Penjual ini akan ketepi jalan semula dan masuk ke tiang lampu isyarat semuala apabila lampu merah bertujar hijau dan pengguna jalanraya meneruskan keretanya dan ada yang terus menikmati keenakan nuah mangga asam boi yang memang enak. Di beberapa lokasi lain ada yang menjual 'air minuman teh tarik' , meatball, keropok dan beberapa produk lain. Fenomena ini dilihat lebih ketara selapas berlakuknya Perintaj Kawalan Pergerakan (PKP) atau PKPP, atau PKPB akibat wabak covid19. Stekat ini fenomena ini telah banyak dilaporkan dalam media cetak dan media elektronik dimana kehadiran mereka ini ada yang suka dan ada yang tidak suka. Mereka ini hanya 'berniaga' untuk mendapatkan rezeki akan tetapi mungkin peranan pihak berkuasa tempatan dan pihak lain perli melihat perkara ini dari segi keselamatan jalanraya, keselamatan makanan dan juga aspek perundangan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Aro Technology'' saya kutip beberapa laporan artikel dari media tempatan mengenai fenomena ini sekadar dijadikan  bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Bernama dengan artikel bertajuk '
Trend jaja jualan di lampu isyarat dapat sambutan di Terengganu' menarik dikongsi bersama pembaca. Kini ada pelbagai cara dan gaya pemasaran digunakan peniaga mahupun penjaja masa kini bagi menarik pelanggan membeli barangan jualan mereka. Jika sebelum ini mereka menggunakan platform jualan dalam talian, kini trend menjaja di tepi-tepi lampu isyarat seperti yang kebiasaan dilihat di negara-negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam menjadi ikutan peniaga di bandarraya seperti Kuala Terengganu. Boleh dilihat kelibat para pemuda yang mundar-mandir di persimpangan lampu isyarat sekitar bandar raya Kuala Terengganu tampil berpakaian tradisional dengan seluar batik, baju pagoda putih dan topi terendak menjinjit barangan jualan sambil mencari pelanggan. Setiap kali lampu isyarat bertukar warna merah, pemuda-pemuda ini akan mendekati pelanggan mereka yang berada di dalam kereta untuk menjual pelbagai jenis makanan antaranya bebola daging sos lada hitam, pelam (hirisan mangga muda) digaul asam boi dan pisang keju. Trend perniagaan ini sebenarnya dirintis oleh usahawan muda anak Terengganu bermula akhir tahun lepas setelah melihat trend yang sama mendapat sambutan memberangsangkan di Kuala Lumpur dan Kelantan sebelum ini. Bagi Fahmi Reza Razak yang menjual bebola daging sos lada hitam dengan jenama ‘Brehi Makang’, konsep perniagaan di persimpangan lampu isyarat itu mempunyai banyak kelebihannya untuk peniaga dan golongan pembeli. Sebelum ini dia berniaga di gerai bawah Jambatan Sultan Mahmud, namun jualannya agak perlahan kerana sukar untuk pelanggan memberhentikan kereta dan mencari parkir. Malah, dalam keadaan mereka baru pulang dari pejabat, terkejar masa mengambil anak di taska atau rumah pengasuh, berhenti untuk membeli sesuatu di gerai bukanlah satu keperluan mendesak. Berlainan pula ketika mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat di mana masanya agak panjang sekitar satu hingga dua minit. Mereka hanya perlu melambai kepada pengedar Brehi Makang untuk menikmati bebola daging sos lada hitam yang sedap tanpa perlu bersusah payah beratur membeli di gerai seperti kelaziman dakwanya ketika ditemui Bernama di Kuala Terengganu. Trend perniagaan baharu itu juga mendapat maklum balas positif masyarakat di sekitar Kuala Terengganu yang kagum dengan semangat keusahawanan golongan muda tersebut tanpa menghiraukan penat lelah, hujan panas dan perasaan malu untuk berniaga. Ketika mula berniaga pada Oktober tahun lalu, Fahmi Reza menjual menu itu bersama seorang rakannya di satu persimpangan lampu isyarat namun permintaan yang naik mendadak membuatkan beliau kini memiliki 13 pekerja untuk mengedar menu itu di empat lokasi berbeza setiap hari. Setiap pek makanan yang mengandungi 10 bebola daging, kentang putar, brokoli dan lobak itu dijual pada harga RM10 setiap satu dan mereka hanya menjual pada sebelah petang sahaja. Kejayaan Brehi Makang yang mempelopori trend jualan di persimpangan lampu isyarat itu turut memberi motivasi kepada beberapa usahawan muda yang lain antaranya Helmi Haffizudin, 29, yang menjual jeruk mangga muda dengan jenama ‘Pelam Asam Boi Kak Tie’ bermula Januari lalu. Dakwa helmi dimana ibunya telah lama menjual jeruk mangga itu di Pasar Besar Kedai Payang dan beliau yakin jeruk mangga akan lebih laris jika dijual di persimpangan lampu isyarat memandangkan ia adalah snek buah-buahan yang sihat dan sentiasa menjadi kegemaran ramai. Pelanggan setia Pelam Asam Boi Kak Tie ini memang sudah ramai namun saya tidak sangka sambutannya sangat luar biasa apabila dijual dengan cara itu. Setakat ini, kami sudah mempunyai 60 pengedar yang berada di tujuh lokasi persimpangan lampu isyarat dan 35 tukang kupas mangga yang terlibat dalam proses pembuatan jeruk mangga ini.  Setiap hari, kami menggunakan 1,000 kilogram (kg) mangga muda dan 5kg cili api berserta asam boi untuk menghasilkan jeruk mangga yang rangup, masam, lemak manis dan pedas yang menepati selera ramai. Beliau memang kini sangat mengutamakan kebersihan dalam penghasilan jeruk itu.

Penjaja jalanan di persimpangan lampu isyarat akur dengan arahan kerajaan negeri supaya menghentikan operasi perniagaan itu sejajar dengan Akta Peraturan Lalu Lintas 1959 yang mana ia melarang peniaga berniaga di atas, tepi dan bahu jalan. 
Pengusaha produk makanan jenama Brehimakang, Fahmi Redza A Razak, 38, berkata dimana pihaknya akan terus memberikan kerjasama dan akan berusaha mencari alternatif lain bagi meneruskan perniagaan itu. Kini pengusaha-pengusaha makanan di persimpangan lampu isyarat akur dengan arahan kerajaan negeri yang meminta supaya perniagaan ini dihentikan. Ini dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian dimana pihak penjaja akan mencari kaedah lain dalam memasarkan produk kami seperti kaedah penghantaran menggunakan khidmat runner, cash on delivery (COD) dan sebagainya asalkan ia medium yang ‘halal’ untuk pihaknya memasarkan produknya. Walaupun kaedah jualan di lakukan dipersimpangan lampu isyarat memberikan pulangan yang memberangsangkan, kami terpaksa akur dengan arahan kerana ia termaktub dalam undang-undang yang ditetapkan di peringkat Kerajaan Persekutuan. Fahmi Redza ditemui dalam perjumpaan bersama penjaja-penjaja di lampu isyarat di Dewan Konvensyen, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) bersama Exco Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman, hari ini (Sila lihat foto disebelah). Seorang pengusaha, Mohd Hanafi Inet@Ghani, 32, dakwa beliau berterima kasih kepada kerajaan kerana sudi meneliti permasalahan dihadapi golongan penjaja itu dan berharap ia diselesaikan dengan sebaik mungkin. Sesi dialog ketika perjumpaan bersama penjaja-penjaja di lampu isyarat simpang jalan negeri Terengganu di Dewan Konvensyen, YPU bersama Mohd Nurkhuzaini hari ini. Sebelum ini dia tidak tahu ada larangan menjual di lampu isyarat sebab pada kita, kita tak langgar peraturan lalu lintas dan jualan hanya dibuat ketika lampu isyarat bertukar merah dan akan dihentikan sebaik lampu bertukar hijau. Mereka kini mendapat maklumat lebih jelas mengenai larangan diberikan. Jadi kita akur dan akan memberikan kerjasama. Kerajaan negeri mengekalkan arahan larangan berniaga, namun bersetuju memberi tempoh kepada pengusaha untuk menghabiskan stok barangan yang dijual. Kini tempoh masa yang akan diberikan akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa terdiri daripada Yayasan Pembangunan Usahawan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Tenaga Kerja dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Kerajaan akan bermesyuarat dahulu untuk berbincang mengenai tempoh masa yang akan diberikan kepada peniaga untuk mereka menghabiskan stok barangan dan akan dimaklumkan kemudian. Dalam tempoh itu tiada tindakan akan dikenakan kepada mereka. Pihak jawatankuasa akan bertemu semula dengan pengusaha bagi perkembangan lanjut mengenai perkara ini dan ia dijangka diadakan selepas sambutan Hari Kebangsaan. Pada masa ini dianggarkan seramai 12 pengusaha yang terlibat menjalankan perniagaan di persimpangan lampu isyarat di negeri ini dengan mengupah lebih 100 pekerja untuk membantu melancarkan urus niaga. Antara barangan yang dijual ialah jeruk buah, buah asam boi, jus durian belanda, bebola daging dan jus mangga. Dilaporkan sejak awal tahun 2019 sebanyak 40 kompaun telah dikeluarkan dan 205 balang jeruk telah dirampas daripada penjaja di persimpangan jalan kerana kesalahan menjaja tanpa lesen dan isu kebersihan. Aktiviti itu juga bersalahan dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja yang mana tidak membenarkan sebarang aktiviti jualan dan pembelian di persimpangan jalan.

Berlaku juga isu ini di Negeri Sembilan yang dilaporkan dalam akhbar tempatan Sinar Harian. Tajuk artikel itu adalah 'K
erajaan negeri bincang dengan polis isu penjaja di lampu isyarat' pada tarikh terbitan 15 Januari 2021. Kerajaan Negeri Sembilan akan berbincang dengan Ketua Polis Negeri Sembilan berhubung isu larangan penjaja makanan dan minuman di persimpangan lampu isyarat. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata dimana aktiviti berniaga seperti itu sememangnya mengundang faktor keselamatan, namun dalam keadaan hari ini apabila kehidupan rakyat terjejas akibat Covid-19 dimana juga ia mungkin boleh diberi kelonggaran. Kerajaan akan minta Setiausaha Kerajaan Negeri berbincang dengan Ketua Polis Negeri Sembilan mengenai perkara ini dimana beliau sendiri melihat dimana ada masyarakat dapat menerima konsep perniagaan sebegini dan ia nampak berjaya dan semakin bertambah. Dakwanya kalau dulu dia nampak peniaga jual buah mangga sahaja akan tetapi sekarang dah ada macam-macam. Dia takut nanti berlaku sitasi dimana kenderaan di lampu isyarat tidak boleh gerak nanti sebab ramai peniaga. Menurutnya kini pihak polis mungkin boleh beri pertimbangan agar tidak membenarkan terlalu ramai yang berniaga pada satu-satu masa. Katanya dimana konsep berniaga seperti itu bukan sahaja wujud di Negeri Sembilan bahkan turut berlaku di negeri lain juga. Kerajaan neheri boleh berbincang dengan polis dalam tempoh ini (Covid-19) agar ada diberi sedikit kelonggaran kerana usaha itu nampak baik dan bersungguh-sungguh. Terdahulu Sinar Harian melaporkan ada penjaja makanan dan minuman di persimpangan lampu isyarat di daerah Seremban diminta menghentikan kegiatan itu kerana ia merupakan satu kesalahan. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, mereka yang melakukan kesalahan berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Kaedah 10A(1) LN 166/59 yang boleh dikenakan tindakan saman. Tiada urusan jual beli dibenarkan di persimpangan jalan atau di atas mana-mana jalan raya dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 dibawah akta ini.  Sebelum ini beberapa akhbar utama dan media tempatan melaporkan dimana penjaja makanan dan minuman di persimpangan lampu isyarat sekitar Seremban diminta untuk menghentikan kegiatan itu berikutan mereka boleh dikenakan saman sebanyak RM2,000. Ketua Polis Daerah Seremban berkata mana-mana individu yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang tegas. Memang tiada urusan jual beli dibenarkan di persimpangan jalan atau di atas mana-mana jalan raya kerana ia adalah satu kesalahan. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000. Aktiviti seperti ini perlu dibendung bagi mengelak kejadian kemalangan yang tidak diingini sehingga membahayakan nyawa penjaja dan pengguna jalan raya. Pihak polis akan mengambil tindakan lebih tegas termasuk mengeluarkan saman sekiranya tindakan dalam bentuk nasihat dan teguran tidak diendahkan. Operasi akan dilakukan secara berkala dan berterusan supaya penjaja mematuhi arahan serta undang-undang diberikan. Kegiatan penjaja makanan dan minuman di persimpangan lampu isyarat yang dipelopori golongan muda dilihat berleluasa di sekitar Seremban. Kebanyakan mereka menjual mangga muda berserta asam boi pada harga RM10 bagi setiap pek. Semuga artikel ini menjelaskan serba sedikit isu penjaja di  lampu isyarat yang menjadi fenomena baru di Malaysia. Bagaimana pun terkini penjaja ini telah 'tekan bell' di rumah penulis blog selang dua hari untuk menjual mangga asam boi (mungkin setelah tidak boleh berniaga di lampu isyarat).  Semuga artikel blog anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!...
DILAMPU ISYARAT...MENJUAL MANGGA... 
RM10 SEBEKAS... IA ADA PEMBELINYA...
DILARANG MENJUAL.... ADA AKTANYA....
MENCARI REZEKI.... PELBAGAI CARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 JamadilAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...