Support My Blog

Sunday, January 17, 2021

MAKAN BETIK MUDA - APA HEBATNYA?

BUAH BETIK MUDA
(Carica papaya) adalah buah betik yang masa masih belum matang dengan isinya berwarna putih serta keras dan kulitnya berwarna hijau. Penggunaan buah betik muda sebagai bahan asas beberapa resepi makanan memang telah lama dilakukan oleh masyarakat kampong semenjak dahulu lagi. Penulis blog pun paling suka makan sayur tumis pedas betik muda dan makanan dari Thailand dibuat dari betik muda iaitu Somtam. Sebenarnya dahulu amat sering makan nasi dengan sayur betik muda masak air sahaja bersama ikan kering. Bekalan buah betik muda dahulu memang sangat mudah didapati dikawasan rumah sekitar di kampong di Muar, Johor kerana memang orang tua saya dahulu sentiasa menanamnya hasil semaian bijibenih dari buah beik matang yang dimakan. Pendek kata memang amat mudah mendapatkan betik muda berbanding dengan masa sekarang sukar membelinya dipasar (itu pun jika ada). Dari segi rekod tanaman betik adalah seluas 3,267 hektar pada tahun 2018 dimana paling luas ditanam di Negeri Johor iaitu seluas 1,488 hektar (Sumber: Laporan ststistik buah-buahan Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia). Antara varieti betik yang paling popular di tanam di Malaysia adalah Betik Sekaki, Betik Subang 6, Betik Batu Arang dan juga Betik Eksotika. Penanaman betik secara komersil di Johor semenjak dahulu banyak tertumpu di Batu Pahat, Muar dan Kota Tinggi dimana hampir 70% adalah untuk pasaran eksport terutama kenegara Singapura dan Hing Kong. Bagaimana pun serangan Penyakit Papaya Dieback dan Penyakit PRSV (Papaya Ringspot Virus) telah menyebabkan industri ini terganggu dalam masa beberapa tahun. Jabatan Pertania telah melaksanakan beberapa kaedah kawalan termasuk menebang pokok yang diserang dan dilaporkan telah berjaya mengurang dan mengawal masaalah ini dalam masa agak lama. Bagaimana pun kini peanaman betik tidaklah seehebat seperti dahulu lagi dan memag buah betik semakin berkurangan dipasaran. Apa pun jika kita duduk kampong masih boleh mendapatkan bekalan betik muda untuk dinikmati denga harga murah. Artikel tengahari Rabu ini saya menulis didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai memakan betik muda dan kehebatannya serta khasiat darinya.

Sebelum mengupas akan betik muda sebaiknynya kita kenali akan pokok dan buah betik. 
Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di negara Asean. Tumbuhan ini yang berasal dari Mexico Selatan akan tetapi kini pokoknya telah ditanam di hampir semua negara beriklim tropika. Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Pucuk muda betik berasa pahit manakala buah muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam manis.Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati penulis blog dapati dimana buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang memang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita. Buah betik dianggap sebagai 'tonik tambahan' kerana mereka yang makan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit. Ia juga dilaporkan sebagai ubat bagi sembelit dan buasir. Jika anda mengalami sembelit cubalah memakan betik kerana ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit buasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman. Buah betik mampu mencegah terjadinya batu di dalam pundi kencing. Ada kajian dari pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.

Dalam pada itu daun betik yang diguna mampu m
engubati sakit-sakit otot. Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila ianya dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu. Buah betik mampu juga merawat masalah kulit seperti jerawat dan kekedutan. Ia dilakukan dengan menghancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi. Ada amalan dimana ia boleh mengubati tumit pecah-pecah. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah. Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit. Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin. Buah betik juga kaya dengan vitamin A dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

Hobi mengambil betik muda sebagai ulaman atau campuran sayuran memang memberikan kebaikan dan kesihatan kepada pemakannya. Makanan seperti Somtam yang segar, manis, pahit, pedas, masam memang enak dimakan dengan nasi putih dan tomyam di restoren Ala Thai (Sila lihat foto disebelah). Ia dibuat dengan bahan asasnya dari betik muda. Betik muda adalah buah betik yang b
erkulit hijau, berbentuk lonjong dimana ia mempunyai biji kecil dengan isi putih serta jumlah biji yang sangat banyak. Buah khas negara tropika ini memang banyak dipokok semasa pertumbuhan pokok matang.  Betik mentah atau yang masih muda sering dijadikan sebagai makanan dimana dengan tekstur yang sedikit rangup dan rasa yang agak hambar, memang betik muda ini sangat sesuai untuk menjadi ulam dengan dopotong kecil dan dicicah dengan sambal dan dimakan bersama nasi panas. Betik muda ini sebenarnya banyak khasiat dengan penyediaan betuk dan kuantiti memakannya yang tepat. Kajian saintis mendapati dimana betik muda atau mentah ini mengandungi enzim chymopapain dan papain, serat, antioksidan serta vitamin. Oleh kerana itu betik muda didakwa mampu melancarkan sistem pencernaan dimana enzim dan serat yang ada dalam betik dapat membantu menjaga kesihatan. Makan betik muda dikaitkan dengan kesan buang air besar yang lebih lancar dan ini akan menghindarkan masaalah sembelit. Kajian pada tikus mendapati betik muda mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka seperti dilaporkan oleh jurnal National Library of Medicine. Ini kerana ubat yang mengandungi papain dapat membantu mempercepat akan penyembuhan luka. Ia juga disokong oleh tinjauan sistematik yang dikeluarkan oleh Food and Drug Administration (FDA) di USA. Papain diduga dapat membantu mengubati berbagai jenis luka luar. Bahan antioksidan yang ada di dalam betik muda dapat membantu pembebasan radikal bebas. Radikal bebas adalah bahan yang berbahaya yang dapat menyebabkan berbagai kerosakan pada tubuh bahagian luar mahupun bahagian dalam tubuh. Amalan makan betik muda mampu menurunkan masaalah ini. Ia juga mampu menjaga kesehatan kulit terutama didalam mengurangkan kesan tompok kitam pada kulit. Antioksidan yang ada pada betik muda tidak hanya boleh membantu menjaga kesehatan kulit akan tapi juga membuat tubuhbadan memiliki daya tahan yang lebih optima. Jika makan betik muda secara rutin dan teratur maka akan terhindar dari berbagai penyakit berjangkit atau terinfeksi. Bahan  protease yang mengandungi papain dan enzim lainnya dapat membantu meredakan ketegangan otot pada terutama kepada ahli sukan. Aemuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!,,,
BETIK MUDA... HIJAU WARNANYA...
ISINYA PUTIH... KERAS TEKSTURNYA...
DIMAKAN SELALU...ENAK RASANYA....
BANYAK KHASIAT..SELALU AMBILNYA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 JamadilAwal 1442H).

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...