Support My Blog

Wednesday, January 6, 2021

KEPENTINGAN PERTANIAN DI MALAYSIA (Part 1)

KEPENTINGAN PERTANIAN DI MALAYSIA
amat sesuai dipilih untuk dijadikan 
satu topik di dalam pemilihan artikel subuh ini. Pada penulis blog bidang atau sektor pertanian ini dilabelkan sebagai satu bidang yang amat penting walau pun selalu didengar pengusaha pertanian dikelaskan oleh pihak tertentu yang melabelkan sebagai pekerja bukan dari bidang professional. Sektor pertanian ini kebiasaannya sejak dahulu hanyalah dipelopori oleh para petani secara kecil-kecilan dan kurang diminati oleh segolongan besar rakyat Malaysia walau pun kini sudah ramai usahawantani yang mencapai tahap komersil. Apa pun kini berlaku banyak perubahan dimana rata-rata anak muda semakin giat mengusahakan bidang pertanian ini iaitu sebagai sesuatu yang dilihat mempunyai potensi dalam usaha memberi pulangan yang lumayan. Pandemik covid-19 memperlihatkan bagaimana sektor pertanian masih mampu membekalkan makanan mencukupi sedangkan beberapa sektor lain terjejas teruk akibat ancaman kesihatan dan sekatan pergerakan manusia diseluruh dunia. Kini bidang pertanian ini dilihat dapat dalam mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan bahan makanan dari negara lain. Selama ini Malaysia masih mendapatkan bahan makanan dari negara lain sedangkan tanah untuk pertanian di negara Malaysia amat sesuai untuk tanaman utama seperti beras, kopi, bijiran dan juga koko. Malaysia ada mengimport berbillion ringgit bahan makanan terutama untuk sektor makanan ternakan seperti jagung, kacang soya bagi tujuan industri ternakan seperti ayam dan ikan. Beberapa bahan makanan seperti kentang, bawang merah, bawang putih, buah-buahan temperate bagaimana pun masih merupakan bahan import yang terus mingkat selain daripada daging lembu segar serta susu. Bagaimana pun jika keperluan ini dilihat mencukupi dijangka Malaysia tidak perlu atau dapat mengurangkan jumlah bahan yang diimport dari negara luar. Dari segi matawang dan keuntungan pula dilaporkan bidang pertanian amat penting kerana ia merupakan salah satu cara untuk menggalakkan pengaliran wang masuk ke dalam negara melalui pengeksportan hasil pertanian ke negara-negara luar. Dalam pada itu juga bidang pertanian mampu untuk memberi peluang kepada penduduk setempat untuk bekerja dan ini sekaligus menggalakkan pusingan wang di dalam negara. Pertanian juga memainkan peranan yang penting dalam pengeluaran bahan makanan, pengeluar bahan mentah, pendapatan eksport negara serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan mengenai kepentingan pertanian di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Sektor Pertanian merupakan asas kepada sistem p
engeluaran bahan makanan iaitu bagi memenuhi keperluan bekalan asas iaitu makanan kepada penduduk negara. Bila pengeluaran ini mencukupi makan negara akan dapat mengurangkan kos import bahan makanan yang terus meningkat melebihi RM32 billion pada tahun 2018 dan terus meningkat. Negara perlu membangunkan sektor tanaman yang bersesuaian bagi tujuan mengurangkan kebergantungan import dan bagi memenuhi keperluan keselamatan negara. Negara yang mempunyai bekalan makanan mencukupi dan tidak perlu bergantung kepada import merupakan sebuah negara yang kuat dan stabil berbanding dengan negara yan tinggi kadar import makanan. Selain daripada pengeluaran bahan mentah untuk dimakan segar, sektor pertanian juga sebaiknya mampu juga untuk menghasilkan bahan mentah untuk keperluan industri seperti sektor pembuatan daripada getah bagi membuat tayar, kelapa sawit dalam menghasilkan minyak masak dan produk-produk lain yang berkaitan dan pelbagai tanaman berasaskan eksport lain seperti buah-buahan terpilih (durian, nanas, betik dan sebagainya). Negara mampu menambahkan pendapatan eksport melalui aktiviti jualan hasil pertanian seperti getah, produk kelapa sawit, koko, nanas, sayur-sayuran dan buah-buahan segar dimana ini membolehkan jadi sumber aliran masuk wang asing dan selanjutnya akan meningkatkan KDNK Negara. Kemajuan sektor pertannian negara akan mampu membuka peluang pekerjaan dan melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar.  Tiga kumpulan utama pekerjaan bidang pertanian ialah kumpulan pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan atau Industri Asas Tani. 

Sektor Pertanian di Malaysia boleh dikelaskan kepada beberapa kategori iaitu Sektor Tanaman, Sektor Penternakan, Sektor Akuakultur, Sektor Industri Asas Tani, Sektor Perkhidmatan dan Sektor Pemasaran. Bagi sektor t
anaman ianya boleh di kelaskan kepada Tanaman Industri (Kelapa Sawit, Getah, Koko) dibawah Kementerian Perladangan Komoditi dan Sektor Tanaman Makanan dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)Kawasan utama bagi jenis tanaman industri getah dan kelapa sawit berada diseluruh negara daripada Perlis sehingga ke Sabah dengan amalan pendekatan ladang luas (pengurusan estet) dan sektor pekebun kecil. Bagi tanaman kelapa sawit agak berlainan apabila ia banyak tertumpu di Negeri Johor (Rancangan Johor Tenggara, Rancangan Johor Selatan, Segamat),  Pahang (Jengka, Pahang Tenggara), Perak (Teluk Intan, Sungai Siput, Trolak), Selangor (Klang, Kampar, Batang berjuntai) dan juga di Sabah (Sandakan, Lahad Datu, Tawau) serta Sarawak (Miri dan Bintulu). Tanaman getah pula ditanam dengan taburan agak luas di Johor, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Sarawak dan Sabah. Berlainan pula dengan tanaman koko yang masih luas dan aktif di seluruh Sabah dan ada sedikit di Pahang, Perak dan Selangor dan Johor. Bagi kelapa ianya tertumpu di Selangor (Sabak Bernam),  Perak (Teluk Intan,Bagan Datoh),  Johor (Batu Pahat), Sabah (Lahat Datu, Tawau, Kudat) dan Sarawak (Mukah, Kucing). Malaysia masih lagi aktif mengimport lebih 150 juta biji kelapa tua daripada Indonesia setiap tahun bagi diproses di beberapa buah kilang yang perlu mendapatkan permit import. Ini kerana buah kelapa tempatan purata 550 - 600 juta biji setahun tidak mencukupi bekalannya untuk diproses menjadi pelbagai produk berasaskan kelapa. Kedapatan pokok kelapa semakin berkurangan di Malaysia, Indonesia dan Filipina akibat kawasan kebun ditukar kepada tanaman lain terutamanya kelapa sawit.

Bagi segmen tanaman makanan pastinya tanaman Padi (Oryza sativa) adalah tanaman penting di Malaysia terutama di kawasan jelapang padi, Kawasan utama penanaman padi berada di Kedah
-Perlis (dibawah MADA), Kelantan (KADA) serta beberapa kawasan IADA seperti IADA Barat Laut Selangor, IADA Krian, IADA Pulau PInang, IADA KETARA (Terengganu), IADA Kemasin Semarak (Kelantan), IADA Pekan, IADA Rompin (Pahang), IADA Kot Belud (Sabah) dan IADA Batang Lupar (Sarawak). IADA dibawah MAFI merupakan agensi yang mengawal selia kawasan tanaman padi terutama mempastikan infrastruktur dan dalam aktiviti penanaman padi lebih terjamin. Dalam pada itu bagi tanaman sayuran pula ia boleh dibahagikan kepada penanaman Sayuran Tanah Tinggi dan Sayuran Tanah Rendah. Lokasi pengeluaran sayuran tanah tinggi bertumpu di Cameroon Highland, Pahang dan juga Kundasang di Sabah. Kawasan ini banyak menghasilkan sayuran tanah tinggi untuk pasaran domestik dan eksport. Bagi jenis sayuran tanah rendah seperti sayuran daun atau sayuran buah dimana ia meluas ditanam di Johor (pasaran eksport ke Singapura), Pahang, Selangor, Perak, Sabah, Sarawak dan beberapa negeri lain. Teknologi penanaman sayuran di Malaysia telah jauh berkembang daripada konsep kecil-kecilan kepada skala komersil. Kerajaan melalui Jabatan Pertanian mengujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) diseluruh negara dimana projek ini mampu menjamin kawasan pengeluaran nahan makanan yang terjamin dari segi lokasinya dan kualiti serta kuantitinya. Peserta TKPM akan diberikan kawasan penanaman dengan kadar sewaan dan kemudahan inffastruktur asas ladang telah disediakan. Pihak swasta dan petani komersil juga mengamalkan sistem pertanian moden seperti penggunaan Struktur Pelindung Hujan (SPH), Sistem Fertigasi, Vertical Technology, Vege Factory didalam penghasilan sayuran. Artikel ini mempunyai 3 bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca semua. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
SEKTOR PERTANIAN... DI UTAMAKAN...
PELBAGAI SEKTOR... BEKAL MAKANAN...
ESTET LUAS... SAWIT GETAH TANAMAN...
PEKEBUN KECIL...BESAR SUMBANGAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11F/3, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Safar 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...