Support My Blog

Showing posts with label KEPENTINGAN PERTANIAN DI MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label KEPENTINGAN PERTANIAN DI MALAYSIA. Show all posts

Thursday, January 7, 2021

KEPENTINGAN PERTANIAN DI MALAYSIA (Part 2)

KEPENTINGAN PERTANIAN DI MALAYSIA amat sesuai dipilih untuk dijadikan satu topik di dalam pemilihan artikel subuh ini. Pada penulis blog bidang atau sektor pertanian ini dilabelkan sebagai satu bidang yang amat penting walau pun selalu didengar pengusaha pertanian dikelaskan oleh pihak tertentu yang melabelkan sebagai pekerja bukan dari bidang professional. Sektor pertanian ini kebiasaannya sejak dahulu hanyalah dipelopori oleh para petani secara kecil-kecilan dan kurang diminati oleh segolongan besar rakyat Malaysia walau pun kini sudah ramai usahawantani yang mencapai tahap komersil. Apa pun kini berlaku banyak perubahan dimana rata-rata anak muda semakin giat mengusahakan bidang pertanian ini iaitu sebagai sesuatu yang dilihat mempunyai potensi dalam usaha memberi pulangan yang lumayan. Kini bidang pertanian ini dilihat dapat dalam mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan bahan makanan dari negara lain. Selama ini Malaysia masih mendapatkan bahan makanan dari negara lain sedangkan tanah untuk pertanian di negara Malaysia amat sesuai untuk tanaman utama seperti beras, kopi, bijiran dan juga koko. Malaysia mengimport berbillion ringgit bahan makanaan terutama untuk sektor makanan ternakan seperti jagung, kacang soya bagi tujuan industri ternakan seperti ayam dan ikan. Beberapa bahan makanan seperti kentang, bawang merah, bawang putih, buah-buahan temperate bagaimana pun masih merupakan bahan import yang terus mingkat selain daripada daging lembu segar serta susu. Bagaimana pun jika keperluan ini dilihat mencukupi dijangka Malaysia tidak perlu atau dapat mengurangkan jumlah bahan yang diimport dari negara luar. Dari segi matawang dan keuntungan pula dilaporkan bidang pertanian amat penting kerana ia merupakan salah satu cara untuk menggalakkan pengaliran wang masuk ke dalam negara melalui pengeksportan hasil pertanian ke negara-negara luar. Dalam pada itu juga bidang pertanian mampu untuk memberi peluang kepada penduduk setempat untuk bekerja dan ini sekaligus menggalakkan pusingan wang di dalam negara. Pertanian juga memainkan peranan yang penting dalam pengeluaran bahan makanan, pengeluar bahan mentah, pendapatan eksport negara serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan mengenai kepentingan pertanian di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Bagi tanaman buah-buahan telah dikenal pasti aekitar 9 jenis buah-buahan didalam Dasar Agromakanan Negara yang akan terus dimajukan. Buah Nanas (Ananas comosus) merupakan antara buah yang diberikan penekanan terutama bagi nanas premium MD2. LPNM juga antara agensi yang berjaya dalam memajukan industri nanas negara untuk pasaran domestik dan eksport dengan sasaran sehingga RM350 juta setahun. Negeri Johor yang mana ia  membekalkan 70% daripada bekalan nanas negara kini telah diperluaskan terutama penanaman nanas di Pahang, Sarawak dan juga Perak. Tanaman Durian (Durio zibethinus) juga merupakan buah yang dimasukkan didalam program sumber kekayaan Baru Negara (SKB) dimana menerima suntikan bajet besar untuk dibangunkan. Durian premium seperti Musang King, Duri Hitam, Udang Merah, D24, Tekka dan beberapa varieti lagi kini dijadikan sasaran untuk pasaran domestik dan eksport. Nilai eksport durian disasarkan sebanyak RM500 juta setahun dimana sebanyak RM320 juta di hantar ke China. Bagaimana pun harga durian terus dalam keadaan baik apabila pasaran eksport ke China terbuka luas. Kawasan utama pengeluaran buah durian di Malaysia adalah seperti di Batu Kurau dan Bukit Gantang (Perak), Segamat dan Tangkak (Johor), Raub Bentong (Pahang) dan beberapa lokasi lain seperti di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Kini beberapa estet perladangan sudha mula menanam durian dan nanas disebahagian ladang mereka secara komersil. Penulis blog telah membuat tinjauan disalah satu estet di Chaah, Segamat, Johor yang telah menanam durian, nanas dan kelapa dengan skala komersil dan mempunyai sistem pengurusan sama dengan kaedah pengurusan ladang kelapa sawit. Anda boleh membaca artikel ini dengan pautan berikut (Sila klik disini). Komoditi ini juga dilaporkan memberikan ruang baru kepada pemilik ladang kelapa sawit di Malaysia untuk menghasilkan durian, nanas dan kelapa kepada negara.

Buah-buahan lain ditanam adalah seperti Rambutan (Nephellium lappaceum), Belimbing (Avverhoa carambolae), Nangka (Artocarpus heterophylus), Duku, Manggis (Mesta), Pomelo, Mangga (Harumanis, Sala, Chokanan) dan sebagainya. Buah bermusim ini paling luas ditanam adalah Durian dan diikuti dengan Rambutan. Di beberapa Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) ditanam nangka madu atau Nangka Tekam Yellow dengan jumlah yang agak luas. TKPM Lanchang di Temerloh mempunyai keluasan tanaman nangka madu ini (J33) untuk pasaran domestik dan eksport. Pokok Belimbing di tanam di sekitar Selangor dan Selatan Perak untuk pasaran domestik dan eksport. Belimbing B10 dan B17 merupakan dua varieti yang ditanam dan verieti terkini yang baru di istiharkan oleh Menteri Pertanian pada 2019 adalan belimbing 'Varieti Bintang Mas'. Malaysia sejak lama memang merupakan pengeksport belimbing terbesar ke Eropah tetapi belimbing tersebut kebanyakannya adalah untuk dimakan sebagai 'salad' sahaja. Tanaman Mangga Harumanis (Mangifera indica) adalah varieti mangga premium yang luas ditanam di Perlis dan Kedah Utara. Mangga harumanis ini dijual dengan harga diantara RM25 - RM45 sekilogram apabila tiba musimnya. Apa pun dilaporkan mangga varieti Chokanan (MA224) luas ditanam di Perak, Selangor dan Melaka dan ada dijual  dengan harga pirata RM2.50 - RM5.00 sekiloram.

Tanaman minuman di Malaysia semakin kurang popular kerana kurang menarik minat pekebun kecil. Kawasan tanaman teh yang masih berthan kini berada di Cameroon Highland di Pahang dan di Sabah sahaja. Bagi tanaman teh tanah rendah hanya ada di Banting, Selangor dan di Bukit Cheding sahaja. Penanaman kopi (Coffea spp) di Malaysia juga terus merudum keluasannya dengan drastik diatas banyak faktur. Hanya Varieti Kopi Robusta (Coffea robusta) di tanam di Sabah dan ada jenis Kopi Liberica (Coffea liberica) yang ditanam di Johor dan Sabah sahaja. Malaysia kini ada mengimport biji kopi mentah dari Vietnam, Indonesia dan beberapa negara lain untuk di proses bagi kegunaan domestik dan eksport (produk 3-in-1 ). Penanaman Tebu (Saccharum officinalis) untuk gula pula sudah tidak dilaksanakan di Chuping, Perlis sebaliknya kawasan tanaman tebu ini telah ditukar menjadi tanaman estet getah. Ini kerana kajian menunjukkan kos pengeluaran gula dengan menanam tebu di Malaysia adalah lebih tinggi daripada kos mengimport gula. Bagaimana pun tebu yang di tanam di Malaysia banyak untuk digunakan bagi menghasilkan air tebu. Air Tebu kini telah mendapat permintaan yang baik dikalangan pengguna terutama pada bulan puasa dan musim panas. Industri bunga atau florikultur di Malaysia banyak kepada penanaman Bunga Orkid, Bunga Keratan dan juga bunga hiasan. Kawasan utama industri florikultur kini berada di Cameroon Highland (cut-flower), Johor dan Selangor (Orkid) dan juga di tanah tinggi Perak.

Sektor Ternakan merupakan sektor yang penting di Malaysia kerana ia berjaya membekalkan protin bersama dengan sektor akuakultur. Ternakan ruminan seperti lembu pedaging dan kerbau banyak dilakukan secara kecil-kecilan sahaja dan hanya sebahagian sahaja yang menternak lembu secara komersil. Kawasan ternakan lembu dilaporkan banyak terdapat di 
Kedah, Kelantan, Sabah dan Pahang. Kebanyakan jenis kerbau adalah dari jenis Kedah-Kelantan (KK) yang bersaiz sederhana sahaja walau pun ada baka lembu pedaging import yng dikomersilkan. Malaysia masih mengimport sebahagian besar daging lembu beku daripada India dan Australia untuk menampung permintaan yang tingi setiap tahun. Penulis blog sudah bebrapa kali membuat tinjauan Ladang Lembu Tenusu dimana hanya ada dua syarikat yang beroperasi dengan skala besar di Malaysia iaitu Holstein Sdn Bhd di Muadzam, Pahang dan Eco Yap Dairy Farm di Keningau, Sabah. Kedua-dua syarikat ini membekalkan susu segar tempatan diseluruh negara sementara kebanyakan susu tepung dan produk berasaskan susu adalah diimport. Ternakan kambing dan bebiri banyak dijalankan di negeri Kelantan, Kedah, Perak dan juga di Negeri Sembilan. Jenis kambing tempatan, kambu=ing Boer dan bebiri diternak untuk tujuan pengeluaran daging segar serta tujuan majlis aqiqah. Industri ternakan ayam di Malaysia telah melebihi SSL dimana bekalan ayam daging dan telur ayam melebihi permintaaan setuap tahun. Kawasan utama aktiviti penternakan ayam adalah di Pulau Pinang, Perak, Johor dan Selangor. Kini sistem reban tertutup telah menjadi satu amalan terbaru bagi mengelakan daripada pencemaran alam sekitar akibat bau dan lalat. Penternakan khinzir juga merupakan satu bidang penternakan yang aktif di Malaysia dan banyak di Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Johor dan juga di Sarawak.

Penulis blog dapati terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan di Malaysia seperti faktur iklim, sejarah, ekonomi dan dasar-dasar kerajaan. Pertama sekali Malaysia mempunyai iklim yang mana banyak kawasan penternakan adalah dari k
awasan tanah pamah atau tanah rendah dengan keadaan suhu tinggi sesuai untuk tanaman getah, padi tetapi agak kurang sesuai untuk penternakan lembu import. Bagi kawasan tanah tinggi pula amat terhad keluasannya dimana walau pun ia bersuhu rendah dan sesuai untuk tanaman kobis, tomato, capsicum dan sebagainya tetapi perlu dikawal dengan ketat dari pencerobohan. Kes banjir dan kematian di Cameroon Highland serta pencemaran sumber bekalan air beberapa tahun lepas berlaku apabila kurang kawalan kepada pekebun sayur terutama bila mereka telah menceroboh kawasan hutan dan kawasan tadahan air minuman. Hanya baka ternakan tropika sahaja yang sesuai diternak di Malaysia kerana cuaca panas lembab dimana ini menyebabkan baka lembu import kurang produktif. Dari segi sejarah semanjak dari penjajahan Inggeris dilakukan dasar tanaman sara diri kepada pekebun kecil seperti padi, kelapa, sayu dan sebagainya dan mereka tekankan penanaman getah dan kelapa sawit secara estet. Kemasukan imigran China membawa masuk ayam dan khinzir dan imigran India telah membawa masuk lembu LID. Dari segi ekonomi dilaporkan ketersediaan pasaran dan infrastruktur mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan. Kaedah pemasaran perlu ada seperti infrastruktur iaitu kemudahan dan perkhidmatan asas penting (pengangkutan, bekalan elektrik dan air) untuk membantu dalam membangunkan sektor pertanian. Faktor Dasar Kerajaan dengan melancarkan DPN dan DAN merancang strategi untuk meningkatan pengeluaran makanan dengan cara pembukaan kawasan baru dan guna tanah secara intensif. Ia termasuk peningkatan kecekapan dan produktiviti sektor pertanian dengan memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum. Kerajaan telah memajukan semula sektor pertanian secara sistematik dimana peranan MAFI amat signifikan dengan bajet tahunan diberikan setiap tahun. Artikel ini mempunyai 3 bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca semua. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
SEKTOR PERTANIAN... DI UTAMAKAN...
PELBAGAI SEKTOR... BEKAL MAKANAN...
ESTET LUAS... SAWIT GETAH TANAMAN...
PEKEBUN KECIL...BESAR SUMBANGAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11F/3, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Safar 1442H).

Wednesday, January 6, 2021

KEPENTINGAN PERTANIAN DI MALAYSIA (Part 1)

KEPENTINGAN PERTANIAN DI MALAYSIA
amat sesuai dipilih untuk dijadikan 
satu topik di dalam pemilihan artikel subuh ini. Pada penulis blog bidang atau sektor pertanian ini dilabelkan sebagai satu bidang yang amat penting walau pun selalu didengar pengusaha pertanian dikelaskan oleh pihak tertentu yang melabelkan sebagai pekerja bukan dari bidang professional. Sektor pertanian ini kebiasaannya sejak dahulu hanyalah dipelopori oleh para petani secara kecil-kecilan dan kurang diminati oleh segolongan besar rakyat Malaysia walau pun kini sudah ramai usahawantani yang mencapai tahap komersil. Apa pun kini berlaku banyak perubahan dimana rata-rata anak muda semakin giat mengusahakan bidang pertanian ini iaitu sebagai sesuatu yang dilihat mempunyai potensi dalam usaha memberi pulangan yang lumayan. Pandemik covid-19 memperlihatkan bagaimana sektor pertanian masih mampu membekalkan makanan mencukupi sedangkan beberapa sektor lain terjejas teruk akibat ancaman kesihatan dan sekatan pergerakan manusia diseluruh dunia. Kini bidang pertanian ini dilihat dapat dalam mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan bahan makanan dari negara lain. Selama ini Malaysia masih mendapatkan bahan makanan dari negara lain sedangkan tanah untuk pertanian di negara Malaysia amat sesuai untuk tanaman utama seperti beras, kopi, bijiran dan juga koko. Malaysia ada mengimport berbillion ringgit bahan makanan terutama untuk sektor makanan ternakan seperti jagung, kacang soya bagi tujuan industri ternakan seperti ayam dan ikan. Beberapa bahan makanan seperti kentang, bawang merah, bawang putih, buah-buahan temperate bagaimana pun masih merupakan bahan import yang terus mingkat selain daripada daging lembu segar serta susu. Bagaimana pun jika keperluan ini dilihat mencukupi dijangka Malaysia tidak perlu atau dapat mengurangkan jumlah bahan yang diimport dari negara luar. Dari segi matawang dan keuntungan pula dilaporkan bidang pertanian amat penting kerana ia merupakan salah satu cara untuk menggalakkan pengaliran wang masuk ke dalam negara melalui pengeksportan hasil pertanian ke negara-negara luar. Dalam pada itu juga bidang pertanian mampu untuk memberi peluang kepada penduduk setempat untuk bekerja dan ini sekaligus menggalakkan pusingan wang di dalam negara. Pertanian juga memainkan peranan yang penting dalam pengeluaran bahan makanan, pengeluar bahan mentah, pendapatan eksport negara serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan mengenai kepentingan pertanian di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Sektor Pertanian merupakan asas kepada sistem p
engeluaran bahan makanan iaitu bagi memenuhi keperluan bekalan asas iaitu makanan kepada penduduk negara. Bila pengeluaran ini mencukupi makan negara akan dapat mengurangkan kos import bahan makanan yang terus meningkat melebihi RM32 billion pada tahun 2018 dan terus meningkat. Negara perlu membangunkan sektor tanaman yang bersesuaian bagi tujuan mengurangkan kebergantungan import dan bagi memenuhi keperluan keselamatan negara. Negara yang mempunyai bekalan makanan mencukupi dan tidak perlu bergantung kepada import merupakan sebuah negara yang kuat dan stabil berbanding dengan negara yan tinggi kadar import makanan. Selain daripada pengeluaran bahan mentah untuk dimakan segar, sektor pertanian juga sebaiknya mampu juga untuk menghasilkan bahan mentah untuk keperluan industri seperti sektor pembuatan daripada getah bagi membuat tayar, kelapa sawit dalam menghasilkan minyak masak dan produk-produk lain yang berkaitan dan pelbagai tanaman berasaskan eksport lain seperti buah-buahan terpilih (durian, nanas, betik dan sebagainya). Negara mampu menambahkan pendapatan eksport melalui aktiviti jualan hasil pertanian seperti getah, produk kelapa sawit, koko, nanas, sayur-sayuran dan buah-buahan segar dimana ini membolehkan jadi sumber aliran masuk wang asing dan selanjutnya akan meningkatkan KDNK Negara. Kemajuan sektor pertannian negara akan mampu membuka peluang pekerjaan dan melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar.  Tiga kumpulan utama pekerjaan bidang pertanian ialah kumpulan pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan atau Industri Asas Tani. 

Sektor Pertanian di Malaysia boleh dikelaskan kepada beberapa kategori iaitu Sektor Tanaman, Sektor Penternakan, Sektor Akuakultur, Sektor Industri Asas Tani, Sektor Perkhidmatan dan Sektor Pemasaran. Bagi sektor t
anaman ianya boleh di kelaskan kepada Tanaman Industri (Kelapa Sawit, Getah, Koko) dibawah Kementerian Perladangan Komoditi dan Sektor Tanaman Makanan dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)Kawasan utama bagi jenis tanaman industri getah dan kelapa sawit berada diseluruh negara daripada Perlis sehingga ke Sabah dengan amalan pendekatan ladang luas (pengurusan estet) dan sektor pekebun kecil. Bagi tanaman kelapa sawit agak berlainan apabila ia banyak tertumpu di Negeri Johor (Rancangan Johor Tenggara, Rancangan Johor Selatan, Segamat),  Pahang (Jengka, Pahang Tenggara), Perak (Teluk Intan, Sungai Siput, Trolak), Selangor (Klang, Kampar, Batang berjuntai) dan juga di Sabah (Sandakan, Lahad Datu, Tawau) serta Sarawak (Miri dan Bintulu). Tanaman getah pula ditanam dengan taburan agak luas di Johor, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Sarawak dan Sabah. Berlainan pula dengan tanaman koko yang masih luas dan aktif di seluruh Sabah dan ada sedikit di Pahang, Perak dan Selangor dan Johor. Bagi kelapa ianya tertumpu di Selangor (Sabak Bernam),  Perak (Teluk Intan,Bagan Datoh),  Johor (Batu Pahat), Sabah (Lahat Datu, Tawau, Kudat) dan Sarawak (Mukah, Kucing). Malaysia masih lagi aktif mengimport lebih 150 juta biji kelapa tua daripada Indonesia setiap tahun bagi diproses di beberapa buah kilang yang perlu mendapatkan permit import. Ini kerana buah kelapa tempatan purata 550 - 600 juta biji setahun tidak mencukupi bekalannya untuk diproses menjadi pelbagai produk berasaskan kelapa. Kedapatan pokok kelapa semakin berkurangan di Malaysia, Indonesia dan Filipina akibat kawasan kebun ditukar kepada tanaman lain terutamanya kelapa sawit.

Bagi segmen tanaman makanan pastinya tanaman Padi (Oryza sativa) adalah tanaman penting di Malaysia terutama di kawasan jelapang padi, Kawasan utama penanaman padi berada di Kedah
-Perlis (dibawah MADA), Kelantan (KADA) serta beberapa kawasan IADA seperti IADA Barat Laut Selangor, IADA Krian, IADA Pulau PInang, IADA KETARA (Terengganu), IADA Kemasin Semarak (Kelantan), IADA Pekan, IADA Rompin (Pahang), IADA Kot Belud (Sabah) dan IADA Batang Lupar (Sarawak). IADA dibawah MAFI merupakan agensi yang mengawal selia kawasan tanaman padi terutama mempastikan infrastruktur dan dalam aktiviti penanaman padi lebih terjamin. Dalam pada itu bagi tanaman sayuran pula ia boleh dibahagikan kepada penanaman Sayuran Tanah Tinggi dan Sayuran Tanah Rendah. Lokasi pengeluaran sayuran tanah tinggi bertumpu di Cameroon Highland, Pahang dan juga Kundasang di Sabah. Kawasan ini banyak menghasilkan sayuran tanah tinggi untuk pasaran domestik dan eksport. Bagi jenis sayuran tanah rendah seperti sayuran daun atau sayuran buah dimana ia meluas ditanam di Johor (pasaran eksport ke Singapura), Pahang, Selangor, Perak, Sabah, Sarawak dan beberapa negeri lain. Teknologi penanaman sayuran di Malaysia telah jauh berkembang daripada konsep kecil-kecilan kepada skala komersil. Kerajaan melalui Jabatan Pertanian mengujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) diseluruh negara dimana projek ini mampu menjamin kawasan pengeluaran nahan makanan yang terjamin dari segi lokasinya dan kualiti serta kuantitinya. Peserta TKPM akan diberikan kawasan penanaman dengan kadar sewaan dan kemudahan inffastruktur asas ladang telah disediakan. Pihak swasta dan petani komersil juga mengamalkan sistem pertanian moden seperti penggunaan Struktur Pelindung Hujan (SPH), Sistem Fertigasi, Vertical Technology, Vege Factory didalam penghasilan sayuran. Artikel ini mempunyai 3 bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca semua. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
SEKTOR PERTANIAN... DI UTAMAKAN...
PELBAGAI SEKTOR... BEKAL MAKANAN...
ESTET LUAS... SAWIT GETAH TANAMAN...
PEKEBUN KECIL...BESAR SUMBANGAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11F/3, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Safar 1442H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...