Support My Blog

Thursday, September 17, 2026

REBUNG BULUH DAN FAKTA PENTING (PART 1)

REBUNG BULUH
(Bamboo Shoot) adalah pucuk muda yang baru tumbuh daripada akar bawah tanah pokok buluh dimana ia masih lembut untuk dimakan sebagai sejenis sayuran yang popular di banyak bahagia dunia. Bagi penulis blog yang suka makan rebung buluh segar ia 
merupakan satu hasil daripada tumbuhan dari Pokok Buloh (Bambosa spp) yang mana ia sangat mudah didapati dinegara kita dan dikawasan lembab. Terdapat sebanyak 1,450 spesis buloh tumbuhan buluh yang ujud diseluruh dunia daripada 70 genera kesemuanya didalam keluarga Poaceae. Pokok buloh adalah tumbuhan yang tahan lasak, cepat membiak dan dikategorikan sebagai 'rumpai' dalam sektor pertanian. Batang buloh yang mempunyai ruas-ruas dan merupakan jenis kayu sederhana keras yang boleh tumbuh tinggi dalam susunan rumpun yang besar. Paling ajaib adalah bagaimana cepatnya pertumbuhan pokok buloh iaitu mampu tumbuh sehingga 100 cm (40 inci) dalam masa 24 jam sahaja dalam keadaan cukup air, sumber nutrien dan cuaca yang baik. Bagi penulis blog dimana istilah 'Rebung Buluh' adalah pucuk buluh yang muda dan lembut, tumbuh daripada rizom buluh di dalam tanah. Rebung buluh ini boleh dimakan dan digunakan sebagai bahan masakan dalam pelbagai hidangan tradisional Asia seperti gulai masak lemak cili api dan sayur lodeh kerana rasanya yang enak dan berkhasiat. Menyatakan apa itu Rebung di maknakan sebagai tunas pucuk buluh yang masih muda keluar dari tanah sebelum matang. Ia tumbuh daripada rizom (bahagian akar) buluh yang berada di dalam tanah dimana rebung biasanya lembut, tidak pahit (jika jenis yang boleh dimakan) dan mempunyai nutrisi kandungan serabut yang rendah. Kegunaan Rebung paling utama adalah sebagai bahan makanan yang popular dan berkhasiat di seluruh Asia. Penulis blog memang suka makan sayur rebung buluh segar (kurang suka rebung yang di jeruk) sebagai hidangan yang sedap di masak dalam pelbagai masakan seperti gulai, sayur lodeh, masakan rendang, acar, dan goreng tumis. Beberapa negara di dunia sudah lama mereka mengkomersilkan produk rebung buluh seperti di China, Taiwan, Jepun sebab ia mendapat jumlah permintaan yang tinggi sebagai bahan makanan terutama di jual didalam tin. Antara fakta menarik tentang rebung yang perlu di ketahui dimana tidak semua jenis rebung boleh dimakan dan hanya rebung dari spesies tertentu yang sesuai untuk dimakan. Di Malaysia ada terdapat beberapa spesies pokok buluh seperti Bambusa blumeana, Dendrocalamus asper dan Gigantochloa levis yang menghasilkan rebung yang boleh dimakan. Apa yang penulis blog tahu berdasarkan daripada pengalaman di kampong dimana untuk memastikan rebung lembut dan tidak pahit, ia perlulah diproses dengan cara yang betul iaitu ianya termasuk direbus dan ditambahkan sedikit gula untuk tujuan menghilangkan rasa pahitnya. Bagi jenis buloh untuk rebung atau dibuat perabut yang ditanam dimana ia agak perlahan sedikit pertumbuhannya iaitu sekitar 3-10 cm sehari. Terdapat bermacam jenis buloh yang popular di Malaysia seperti Buloh Betong, Buloh Padu, Buloh Minyak, Buloh Duri, Buluh Mini dan sebagainya. Anda boleh baca artikel mengenai buloh tulisan saya (Sila klik disini). Artikel kali ini saya gembira berkongsi fakta penting dalam "Anim Agro Technology" mengenai REBUNG BULUH sebagai bahan rujukkan semua.


Mencari fakta akan nilai pasaran rebung buluh dunia (bamboo shoots market) dimana jumlahnya ia dianggarkan bernilai sekitar USD 2,800.0 juta (kira-kira RM12.3 bilion) bagi tahun 2025. Pasaran ini diunjurkan terus berkembang pesat dan dijangka mencecah sehingga USD 4,184.7 juta (kira-kira RM18.4 bilion) jika menjelang tahun 2035 iaitu dengan kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) sebanyak 4.1%. Apa pun dilaporkan dimana nilai ini adalah khusus untuk segmen rebung sebagai makanan sahaja. Penulis blog dapati dimana jika merangkumi keseluruhan industri buluh global termasuk perabot, tekstil, pembinaan dan bioenergi maka jumlah nilai pasarannya jauh lebih besar iaitu bernilai sekitar USD 70 - USD 77 bilion (RM283.1 - RM311.43 billion) setakat tahun 2025. Jika di teliti kan rekod ini dimana pasaran pengeluaran rebung buluh dunia ia didominasi dari rantau Asia-Pasifik yana mana merupakan pengeluar dan pengguna terbesar rebung buluh di dunia. DIlaporkan dimana China, India dan Taiwan adalah negara yang merupakan negara utama yang mendominasi bekalan pasaran ini. Dalam pada itu segmen produk utama rebung yang dipasarkan dalam tiga bentuk utama iaitu Segar (fresh), Diproses atau Ditinkan (processed) dan Dikeringkan (dried). Bagi aspek pengguaanya pula dimana sektor kulinari atau pun kegunaan dalam masakan memegang bahagian terbesar iaitu sekitar 70% daripada keseluruhan aplikasi atau penggunaan rebung di peringkat global. Apa pun pengeluaran rebung buluh di dunia tertumpu di rantau Asia (terutamanya Asia Timur dan Asia Tenggara) dengan beberapa spesies utama yang sudah ia dikomersialkan secara meluas. Penulis blog kongsikan fakta akan k
awasan pengeluaran utama rebung dunia. Pertama adalah Negara China iaitu negara asal dan pengeluar besar pelbagai baka buluh serta pasaran penggunaan rebung buluh yang terbesar. Dalam pada itu Taiwan juga adalah pengeluar dan pengeksport produk rebung bertin, segar dan kering terkemuka sejak tahun 1970-an. Jiran Malaysia iaitu Thailand pula berjaya menjadi pengeluar utama di Asia Tenggara yang mengeksport pelbagai produk rebung berkualiti tinggi. Ada juga negara seperti Jepun dan Korea dimana selain mengeluar ia juga adlah negara pengguna utama yang mengamalkan penanaman komersial serta mengimport produk rebung. Apa pun di Malaysia pula aktiviti mengusahakan tanaman seperti buluh madu dan buluh betung untuk pasaran tempatan masih di peringkat kurang komersil. 


Menarik akan beberapa fakta berkaitan dengan Jenis Spesis Rebung yang popular di dunia untuk dapat di rujuk maklumatnya. Walau pun ada banyak jenis pokok buluh yang tumbuh liar diseluruh dunia akan tetapi hanya beberapa spesis sahaja yang sesuai di komersilkan sebab ada ciri tertentu yang sesuai rebungnya di makan. Pertama adalah Jenis Moso Bamboo (Phyllostachys edulis) iaitu ia adalah satu jenis rebung yang paling popular dan meluas di Taiwan, China, Jepun dan Korea.
Dilaporkan dimana Jenis Rebung Moso berasal daripada spesies buluh gergasi Phyllostachys edulis yang merupakan spesies buluh paling penting dari segi ekonomi di Asia Timur. Rebung ini sangat popular dalam masakan Cina, Jepun dan Taiwan kerana teksturnya yang premium dan rasa yang enak. Penulis blog banyak kali dapat ujirasa masakan rebung Moso ini dalam negara dan di luar negara seperti ketika buat lawatan ke China, Jepun, Taiwan dan di Korea Selatan. Ciri utama dan jenis Rebung Moso dimana ia asalnya berkulit tebal dan akan diliputi oleh bulu-bulu halus berwarna keperangan dan sebab itu dipanggil 'Mao Zhu' atau 'Buluh Berbulu' dalam bahasa asal Cina. Saiz rebungnya besar, tebal dan ia boleh mencapai berat yang agak berat bagi setiap batang (Sila lihat foto disebelah). Aspek tekstur dan rasa dimana ia mempunyai isi berwarna putih susu yang sangat rapuh (crisp), lembut dan mempunyai rasa manis semula jadi jika dituai pada masa yang betul. Ia tidak sebatang serat atau sekeras jenis buluh liar yang lain. Nutrisinya hebat sebab ia kaya dengan protein, asid amino, serat makanan serta pelbagai vitamin (A, B, C) dan mineral penting. Seperti jenis-jenis rebung lain juga dimana ia perlu direbus terlebih dahulu sebelum dimasak untuk tujuan membuang rasa pahit dan sebatian toksik semula jadi (cyanogenic glycosides). Selalunya jenis Rebung Moso jika ia berdasarkan masa musim menuai di komersilkan dan ia juga di kelaskan kepada tiga jenis utama mengikut tempoh masa dan cara ia tumbuh di dalam tanah. Jenis pertama adalah Jenis Rebung Moso Musim Sejuk (Winter Bamboo Shoots atau di gelar 'Dong Sun' dimana ketika ini cirinya ia ditandai sebagai jenis yang paling premium dan mahal. Rebung ini digali dari dalam tanah sebelum pucuknya sempat keluar melepasi permukaan bumi. IA berbentuk agak melengkung, isinya padat, sangat lembut, dan mempunyai rasa manis yang paling pekat kerana belum terdedah kepada cahaya matahari. Kedua ada Jenis Rebung Moso Musim Bunga (Spring Bamboo Shoots atau 'Chun Sun' dimana cirinya ia akan dituai apabila pucuk buluh mula memecah masuk dan tumbuh keluar dari permukaan tanah pada awal musim bunga. Apa pun dilihat saiznya lebih panjang dan besar berbanding rebung musim sejuk. Teksturnya tetap rangup namun pada bahagian luarnya lebih berserat dan ini akan menjadikannya sesuai untuk hidangan sup, tumisan atau direbus kering. Ketiga pula ada Jenis Rebung Moso Rizom atau Rebung Moso Tunas Akar (Rhizome Shoots) atau 'Bian Sun' dimana cirinya ia akan tumbuh daripada hujung akar bawah tanah (rizom/whip) buluh Moso semasa musim panas. Ia berbentuk panjang seperti cemeti kuda, berwarna putih, bertekstur sangat rangup, tetapi mempunyai sedikit rasa pahit yang unik berbanding dua jenis di atas yang di bincangkan.


Dilaporkan dimana Jenis Rebung Buluh Betong (Dendrocalamus asper) adalah yang jenis yang popular dan terkenal di Thailand dan Malaysia kerana saiznya yang besar serta rebung yang enak. Bagi penulis blog memang sejak keci dulu sudah menikmati akan keenakan masakan rebung buluh betong sebab di kebun orang tua memang ada beberapa rumpun pokok buluh betong yang sentiasa menghasilkan rebung buluh betong yang segar untuk di masak lemak cili api di kampong dahulu. Jenis pokok b
uluh betong adalah sejenis buluh berukuran besar, tegak dan kukuh yang banyak terdapat di Malaysia. Batang Buluh Betong selalu batangnya ia bersaiz besar dan batangnya tegar, tinggi dan mempunyai diameter yang besar serta berat dengan dinding batangnya tebal, kukuh dan kuat. Buuh jenis ini ia mempunyai habitat untuk tumbuh liar di kawasan tanah lembap tetapi tidak bertakung air. Kegunaan Buluh Betong yang hebat sebab ia akan hasilkan rebung yang enak dimana penulis blog sendiri akui iaitu rebungnya sangat popular kerana rasanya yang manis, rangup dan paling lazat berbanding jenis buluh lain. Batang buluh betong yang matang amat sesuai di jadikan sebagai bahan binaan seperti dijadikan struktur rumah jenis tradisional, jambatan, tiang, dinding, atau atap. Ia juga selalu di proses menjadi perabot dan kraftangan sebab batangnya yang lurus dan kuat ideal untuk pembuatan perabot yang berkualiti dan mahal. Ia juga dijadikan sebagai alatan dan penampung air atau boleh digunakan untuk bekas menyimpan air atau alat memasak tradisional. Terkini ia dilaporkan mampu menghasilkan Produk Arang (Biochar) dimana ia diproses menjadi arang berkualiti tinggi yang wangi dan kurang habuk. Jenis-jenis lain rebung adalah Jenis Rebung Buluh Taiwan (Dendrocalamus latiflorus) dimana ia adalah spesis utama dari Taiwan yang banyak dieksport dalam bentuk tin. Seterusnya ada Jenis Rebung Buluh Madu (Gigantochloa albociliata) iaitu sejenis baka dari China atau Thailand yang mempunyai mana ia rebung manis, isi padu, rangup dan kurang bau dimana penulis blog ada menanamnya di kampong dan berhasil sehingga kini. Benihnya di beli dari Perlis (diibawa masuk dari Thailand) dan mudah di jaga dan hasilnya juga memuaskan. Penulis blog tahu juga akan Jenis Rebung Buluh Minyak atau Jenis Buluh Lemang dimana jenis ini ia mudah untuk di peroleh daripada celahan pokok buluh yang sudah ia digunakan untuk membuat lemang. Bagaimana pun ia mempunyai rasa dan tekstur yang lembut dan sangat popular di sesetengah kawasan (seperti Pantai Timur) untuk direbus dan dijadikan ulam bersama budu dan dimakan dengan nasi putih dan pilihan lau lain. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang ke 9,298 kali ini. Wasalam!!!....
REBUNG BULUH...BANYAK JENISNYA...
DIJADIKAN MAKANAN...ENAK RASANYA...
NEGARA CHINA...PENGELLUAR UTAMA...
MEMBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 RabiulAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...