Support My Blog

Sunday, September 27, 2026

SANTAN SAWIT DAN FAKTA PENTING (PART 2)

SANTAN SAWIT ialah cecair menyerupai santan biasa yang dihasilkan daripada produk kelapa sawit sebagai alternatif kepada santan kelapa biasa. Santan Sawit di kenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'Palm Milk' atau 'Palm Oil based coconut milk' adalah hasil daripada kerja penyelledikan pakar sains di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada tahun 2008 melalui usaha inovasi dan penyelidikan. Apa yang penulis blog ingat dimana selepas pengenalan tersebut, produk alternatif santan kelapa ini mula dikomersialkan dan mendapat perhatian meluas di pasaran Malaysia sekitar tahun 2010 (penulis blog ada hadir majlis pelancaran tersebut) khususnya selepas dipamerkan di acara besar seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA). Ciri-ciri utama santan sawit adalah bebas kolesterol, rendah lemak serta mempunyai jangka hayat atau ketahanan yang lebih lama berbanding santan kelapa biasa. Produk inovasi ini dihasilkan daripada emulsi Minyak Kelapa Sawit yang dihasilkan dari Pokok Sawit (Elaeis guineensis) berkualiti tinggi bagi menggantikan santan kelapa dalam masakan terutama yang memerlukan santan kelapa dari Buah Pokok Kelapa Tua (Cocos nucifera). Profil dan ciri-ciri bagi santan sawit dimana adari segi tekstur ia mempunyai tekstur yang pekat serta berwarna putih krim dimana ia hampir serupa dengan rupa santan kelapa kotak yang di jual di pasaran. Dilaporkan dimana aspek kandungan minyaknya apabila digunakan dalam masakan seperti gulai atau kari dimana ia boleh 'pecah minyak' dengan elok iaitu sama seperti santan kelapa biasa. Dari ciri rasa dan aromanya pula dilaporkan dan ujirasa yang penulis blog sudah buat adalah ia berasa yang berkrim dengan memberikan rasa berlemak dan berkrim yang setanding dengan santan kelapa asli. Apa pun ia juga 'Lebih Ringan' dari aspek profil rasanya diujirasa di mulut iaitu terasa lebih ringan, kurang berminyak dan tidak membuatkan kuah hidangan menjadi terlalu muak. Ia uniknya tidak mempunyai aroma kuat kelapa segar asli, namun rasa keseluruhannya tidak menjejaskan keaslian menu tradisi. Apa yang penting faktanya adalah segi 'Ketahanan dan Penyimpanan' dimana ia memang tidak mudah basi terutama bagi jenis lauk-pauk atau pencuci mulut (seperti cendol atau masakan berlauk) yang dimasak menggunakan santan sawit didapati lebih tahan lama dan tidak cepat basi. Ciri plus yang lain adalah ia mempunyai jangkahayat simpanan yang panjang berbanding santan segar dimana baki pek cecair santan sawit yang telah dibuka boleh disimpan di dalam bahagian chiller (peti sejuk) untuk tempoh yang lama tanpa perlu dibekukan. Malahan apa yang penulis blog pernah jumpa dimana ada jenis produk serbuk dan produk pek tertentu keluaran industri tempatan yang stabil pada suhu bilik sehingga berbulan-bulan sebelum dibuka. Paling penting adalah mengenai fakta nilai Nutrisi dan nilai kesihatan dimana santan sawit ia 'Bebas Kolesterol' dimana ini juga merupakan ciri jualan utamanya yang sangat mesra pengguna yang mementingkan penjagaan kesihatan jantung. Ia kaya zat vitamin iaitu mengandungi kandungan Vitamin A dan E semula jadi yang tinggi hasil daripada khasiat minyak sawit. Ia juga mempunyai jenis Lemak Lebih Stabil dan ia juga mempunyai profil asid lemak tepu dan tidak tepu yang lebih seimbang serta lebih stabil apabila dipanaskan pada suhu tinggi semasa memasak. Bagi penulis blog mendapati jika santan sawit kini banyak dikomersialkan dalam bentuk pek sedia guna (seperti jenama Khalis atau Suri) dan dijual pada harga yang biasanya lebih murah dan berbaloi sebagai alternatif alternatif dapur. Artikel pada tengahari Rabu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting Santan Sawit untuk dijadikan bahan rujukkan semua. 


Ada banyak kajian di lakukan dimana produk santan sawit boleh menjadi pilihan alternatif kepada jenis santan kelapa yang sihat, lestari dan ianya lebih menjimatkan. Dilaporkan dimana jenis produk berasaskan tumbuhan kini semakin mendapat tempat di seluruh dunia yang didorong oleh kesedaran kesihatan, diet dan kelestarian alam sekitar. Di Malaysia dan Asia Tenggara kajian mendapati dimana produk santan ialah salah satu produk tumbuhan (kelapa) sebati dengan masyarakat tempatan sejak dahulu lagi. Ia digunakan secara meluas dalam masakan kita daripada kari dan gulai, sehinggalah kepada manisan seperti cendol dan kuih-muih. Bagaimana pun bagi penulis blog yang menulis pulohan artikel mengenai tnaman kelapa dan santan kelapa mendpati dimana jumlah permintaan yang tinggi terhadap santan kelapa telah menyebabkan beberapa cabaran. Di Malaysia sendiri ada kajian dimana nisbah sara diri kelapa pada tahun 2021 hanya 69.1% dan sudah puluhan tahun ia tidak dapat menampung permintaan domestik dan buah kelapa di import dari Indonesia untuk mencukupi prtmintaan temptan dan ekspoort. Cabaran bekalan dan kenaikan harga yang ketara malahan ia melebihi kenaikan harga daging lembu sejak sedekad lalu yang telah mendesak Malaysia untuk mencari alternatif yang mampan dan berdaya saing. Penghasilan produk Santan Sawit (Palm Milk) satu kejauaan dan inovasi yang diperoleh daripada pemprosesan minyak sawit, muncul sebagai alternatif yang berpotensi. Walaupun kelapa mempunyai kedudukan yang kukuh dalam budaya kita, santan sawit menawarkan kelebihan unik dari segi kesihatan, ekonomi dan kefungsiannya dimana menjadikannya pengganti yang relevan untuk masakan tradisional dan moden. Kajian menyatakan dimana kelebihan Santan Sawit yang mempunyai kelebihan yang ketara dari segi fizikal dan ekonomi berbanding santan kelapa. Apa pun salah satu masalah terbesar santan kelapa adalah jangka hayatnya yang pendek dimana ia juga memerlukan proses penyejukan dan tidak boleh bertahan lebih daripada 5 jam walaupun pada suhu 2°C - 5°C sebelum menjadi tengik dan terpisah. Santan Sawit (versi yang dipertingkat, atau Santan Sawit Plus) dilaporkan dimana sebaliknya ia menunjukkan kestabilan yang luar biasa. Ia boleh disimpan selama lebih 10 bulan pada suhu ambien (5°C - 30°C) tanpa pemisahan atau kemerosotan sifat organoleptik dan terjamin dari segi aspek mikrobiologi. Kestabilan ini adalah hasil daripada profil asid lemaknya yang seimbang dan kandungan antioksidan semula jadi yang tinggi, seperti tokotrienol, yang melindunginya daripada pengoksidaan.


Produk santan sawit ini dilaporkan ada penjimatan kos dan penggunaannya yang lebih rendah. Apa pun dari aspek ekonomi dilaporkan produk santan sawit di pasaran dilaporkan kira-kira 50% lebih murah daripada produk santan kelapa tradisional. Bagi penulis blog dimana apa yang lebih menarik lagi, santan sawit hanya memerlukan separuh daripada jumlah yang diperlukan berbanding santan kelapa di dalam masakan. Contohnya semasa dalam penyediaan cendol, satu bahagian santan sawit dicampur dengan dua bahagian air sudah boleh menggantikan tiga liter santan kelapa. Ini bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga membantu mengurangkan pengambilan kalori yang tinggi. Menarik kongsikan fakta akan profil dari Asid Lemak yang seimbang sebab santan kelapa kaya dengan lemak tepu rantaian sederhana (Medium-Chain Triglycerides/MCT) seperti asid laurik (hampir 90% lemak tepu) yang mempunyai impak yang baik untuk kesihatan. Namun begitu kajian mendapati dari segi nisbah lemak tepu kepada jenis lemak tidak tepu, santan sawit adalah lebih seimbang dengan kandungan asid palmitik, 41-45% (tepu) dan selebihnya asid lemak tak tepu (termasuk asid oleik dan linoleik). Oleh sebab kehadiran antioksidan dan lemak tidak tepu serta berikan manfaat kesihatannya dikatakan lebih sejajar dengan lemak yang sihat untuk jantung seperti minyak zaitun. Dalam kajian lain di dapati bahawa olein sawit (bahan asas santan sawit) terbukti meningkatkan kolesterol 'baik' HDL dan mempunyai kesan neutral hingga bermanfaat pada jenis kolesterol 'jahat' LDL iaitu dengan hasil yang setanding dengan minyak zaitun. Kajian lain juga menunjukkan tiada perbezaan signifikan dalam penanda risiko kardiovaskular apabila olein sawit dibandingkan dengan minyak lain seperti minyak kelapa dan minyak zaitun. Apan tetapi harus juga diingatkan bahawa kesan kesihatan lebih bergantung pada keseimbangan diet makro-nutrien secara keseluruhan jika ia berbanding hanya mengasingkan lemak tertentu. Dalam aspek kuasa Antioksidan Tokotrienol dan mikronutrien yang paling penting dalam santan sawit ialah dimana Vitamin E dalam bentuk tokotrienol. Tokotrienol adalah bahan yang jauh lebih jarang ditemui di alam semula jadi berbanding tokoferol (bentuk Vitamin E yang lebih biasa) dimana ia mempunyai kelebihan struktur yang didakwa ia membolehkannya menembusi membran sel dengan lebih cekap. Akibatnya bahan tokotrienol menawarkan manfaat kesihatan unik yang jauh lebih unggul daripada tokoferol, termasuk kesan antioksidan 40 - 60 kali ganda lebih hebat. Tokotrienol dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan, seperti perlindungan kardiovaskular, kesihatan otak, dan pengurusan penyakit diabetes. Malah hasil dari aktiviti penyelidik Malaysia baru-baru ini mendapati bahawa tokotrienol daripada minyak sawit boleh memperbaiki pendarahan retina pada pesakit diabetes serta mampu untuk menjadikannya rawatan tambahan yang selamat dan tidak invasif.


Kehebatan santan sawit dalam aspek kelestarian dan potensi kulinari atau makanan dimana walaupun ada terdapat kebimbangan mengenai kesan alam sekitar minyak sawit, santan sawit mempunyai potensi kemampanan yang tinggi. Ladang kelapa sawit menghasilkan minyak sehingga 10 kali lebih banyak per unit kawasan berbanding tanaman minyak lain, yang berpotensi mengurangkan keperluan tanah untuk penanaman. Dengan mematuhi piawaian kelestarian seperti Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) dan prinsip ESG (Environmental, Social, and Governance), industri sawit boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan ketara. Inisiatif daripada badan seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) turut menyokong pembangunan produk sawit yang sihat dan lestari28. Dari segi masakan dilaporkan jenis santan sawit telah menunjukkan prestasi yang baik walaupun santan kelapa masih unggul dalam aroma untuk hidangan tertentu seperti nasi lemak dan bubur pulut hitam dimana dalam ujian sensori menunjukkan santan sawit juga menunjukkan skor yang tinggi. Kajian juga menunjukkan bahawa menggantikan jenis santan kelapa dengan santan sawit dalam hidangan seperti Nasi Dagang masih mengekalkan tekstur dan rasa yang boleh diterima sambil meningkatkan kualiti nutrisi. Santan sawit juga sedang diperluaskan penggunaannya dalam produk bukan tenusu lain seperti yogurt berasaskan sawit, krimer, dan susu pekat manis, yang menawarkan alternatif bebas kolesterol dan menjimatkan kos. Jenis santan sawit berpotensi besar untuk berkembang sebagai alternatif tumbuhan yang berkhasiat, kos efektif, dan mampan kepada santan kelapa. Apa pun dengan penambahbaikan berterusan dalam teknologi makanan iaitu seperti pengayaan nutrisi dengan kalsium dan protein serta pengoptimuman sifat sensori, santan sawit bersedia untuk menempatkan dirinya sebagai pilihan makanan ruji moden dalam masakan tempatan dan antarabangsa. Penggunaan santan dalam masakan harian bagi masyarakat negara ini bukan lagi asing, malah harga bagi bahan masakan ini melambung pada musim perayaan. Hampir kesemua masakan tradisional Melayu memerlukan santan sebagai bahan utama dan jika ditukar dengan bahan lain pastinya rasa serta kualiti masakan tersebut akan kurang. Namun begiitu akibat aspek kekurangan stok kelapa, harga santan kini kadangkala di luar jangkaan dan ia bertambah kritikal apabila dilaporkan industri perladangan kelapa semakin menyepi. Bagi menyelesaikan permasalahan tersebut, sebuah syarikat bumiputera yang dikenali sebagai Khalissantan memperkenalkan santan kelapa sawit. Santan kelapa sawit tiada beza dengan santan kelapa biasa dimana dari segi tekstur, rasa dan bau santan sawit dan santan kelapa tiada beza malah santan sawit ianya memiliki kelebihan yang tiada pada santan kelapa. Santan sawit yang dihasilkannya memiliki kandungan asid lemak yang lebih rendah, kurang kolestrol, kaya dengan vitamin A dan E selain dapat bertahan lebih lama daripada santan biasa dimana aspek penggunaan santan sawit ini hanya separuh daripada santan kelapa kerana ia lebih pekat. Selain itu ia juga tidak berbau tengik jika disimpan lama di tempat yang dingin ia dapat bertahan lebih lama. Santan sawit dalam bungkusan mampu bertahan sehingga tiga bulan dan jika telah dibuka ia bertahan selama sebulan di dalam tempat yang dingin. Hebat sebaba MPOB telah menjalankan kajian hampir 12 tahun untuk menghasilkan santan sawit namun dalam skala makmal dan Jasri telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada agensi tersebut untuk tujuan pengkomersialan dimana bagi tujuan menghasilkan produk santan sawit dalam skala yang besar ia tidak semudah seperti yang disangka.


Dalam laporan lain ada di nyatakan jika penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk melihat kesesuaian produk santan sawit tersebut sebelum ia memasuki fasa pengkomersialan secara besar-besaran. Ada dijalankan kajian soal selidik di kalangan pengguna, kajian pemasaran, kesan kesihatan serta kesesuaian penggunaan santan sawit di negara ini. Data yang didapati adalah data yang lengkap dan berpuas hati bahawa produk santan sawit tersebut boleh mendapat tempat di hati pengguna dimana styarikat swasta boleh melabur untuk membina kilang. Penulis bloh konsikan fakta bagaiman minyak sawit merah boleh menjadi santan swit yang berwarna putih. Dilaporkan untuk menghasilkan santan sawit kilang akan  menggunakan hasil sawit yang diproses daripada bahagian mesokap (mesocarp) buah tersebut. Kemudian ia akan terus diproses bersama beberapa bahan tertentu untuk menukarkan warnanya kepada warna putih santan. Setelah diproses selalunya santan sawit akan terus dibungkus sebelum diedarkan kepada pengedar. Dalam mengkomersialkan santan sawit itu juga perlukan masa dan pengalaman selama 10 tahun disesetengah syarikat. Dilaporkan diantara perbezaan santan sawit dan santan kelapa adalah ia lebih menjimatkan kos berikutan ia digunakan hanya sedikit sahaja.Jika untuk masakan seperti kari, anda hanya memerlukan satu pertiga, manakala untuk kegunaan cendol hanya satu perempat sahaja. Santan sawit mampu memberikan rasa atau tekstur yang lebih lembut dimana ia juga tidak berbau tengik, tidak mudah rosak selagi disimpan di tempat sejuk dan paling penting, ia tidak perlu dibeli setiap hari. Malah, makanan yang dimasak menggunakan santan sawit juga tidak mudah rosak, hanya perlu disimpan di dalam peti sejuk dan dipanaskan pada keesokan harinya. Dilaporkan jika gunakan santan kelapa, ia mudah rosak biarpun sebelum digunakan dan istilah paling biasa digunakan adalah 'naik kepala' yang mana keadaan lemak santan yang terapung di atas air biarpun selepas beberapa jam ia diproses. Masakan yang mana ada menggunakan santan kelapa juga lebih mudah basi walaupun baru ditinggalkan hanya satu hari sahaja malah perlu dibeli pada setiap hari. Terdapat perbezaan memasak menggunakan kedua-dua jenis santan ini. Santan kelapa tidak boleh menggunakan api yang kuat kerana masakan lebih cepat 'pecah minyak' dan menjadikan masakan kurang enak. Apa pun bagi santan sawit, ia tidak akan mengalami 'pecah minyak' seperti santan kelapa malah api boleh digunakan sebesar mana pun dan boleh didih selama tiga hingga lima minit. Santan sawit juga boleh menggantikan susu bagi memasak masakan seperti nasi minyak dan beriani. Selain mampu menjimatkan kos pembelian santan kerana ia lebih murah berbanding santan kelapa, ia juga merupakan produk yang menyihatkan. memang jika dahulu ramai yang khuatir untuk makan makanan berasaskan santan kerana faktor penyakit, namun kini ia tiada lagi berikutan santan sawit memiliki kolestrol yang lebih rendah. Menurut Jasri lagi, kini beliau sedang berusaha memperkenalkan kegunaan santan sawit ini sebagai pengganti kepada santan kelapa untuk memastikan makanan yang dimakan lebih menyihatkan. Bagi salah satu pengeluar santan sawit jenama 'Khalis' dimana santan ini boleh ditemui di pasar raya terkemuka dan akan memasuki beberapa lagi pasar raya besar di negara ini. Ketika ditanya adakah beliau berminat untuk mengeksport santan sawit tersebut, katanya kini sudah terdapat beberapa negara yang telah menunjukkan minat untuk membeli produk tersebut. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang edukatif. Wasallam!!!......
SANTAN SAWIT... PRODUK SANTAN DIA...
RASA BERKRIM...SEAKAN SAMA KELAPA...
BEBAS KOLESTERO...RAMAI DAN SUKA...
MEMBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(11 RabiulAkhir 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...