Support My Blog

Tuesday, September 22, 2026

BUAH DOKONG DAN FAKTA PENTING (PART 2)

BUAH DOKONG (Lansium domesticum Corr. ) adalah sejenis buah-buahan tempatan daripada keluarga Meliaceae yang sekeluarga dengan buah langsat, duku dan duku langsat. Penulis blog amat suka makan buah dokong dimana ia adalah sejenis buah bermusim yang popular dimana bentuk dan kulit buahnya agak bulat atau sedikit lonjong berbanding buah langsat dengan ia berkulit licin dan berwarna kuning muda apabila masak. Kulitnya juga agak tebal tetapi dilihat ia kurang bergetah. Penulis blog amat suka membeli dan makan buah dukong dimana isinya berwarna putih, tebal, penuh dengan jus dan terkenal dengan rasa yang sangat manis dan ia digelar sengan nama 'Manis leting'. Bagi penulis blog yang mahir dengan jenis-jenis buah sepertinya memng kenal akan ciri-ciri buah langsat, buah duku. buah dokong mempunyai isi yang lebih pejal, ulas yang lebih besar dan kurang rasa masam atau bergetah seperti langsat. Bagi penulis blog dimana aktiviti penanaman dokong merupakan sejenis tanaman buah-buahan tropika daripada keluarga Meliaceae yang semakin popular. Buah Dokong merupakan satu daripada beberapa jeni buah menyamai buah duku iaitu dari genus Lansium yang ada dan mempunyai nilai ekonomik seperti langsat, duku (Johor) dan duku langsat (Terengganu). Dokong dikenali sebagai longkong di Thailand dan dipercayai berasal dari Narathiwat Thailand. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai buah dokong dalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Dalam pada itu kawasan utama penanaman dokong di Malaysia adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Kedah. Penulis blog telah membuat tinjauan teknologi tanaman dokong dan amalan agronomi di beberapa lokasi di Kelantan, Terengganu dan Pahang serta di Johor bagi mendapatkan info dan menjelajah sehingga ke Thailand untuk mengukuhkan lagi amalan agronomi penanaman pokok dokong yang pernah menjadi 'boom' kepada petani. Bagi penulis blog mendapati sebenarnya apa yang dapat saya ilaikan adalah dimana buah dokong merupakan buah yang sangat baik untuk dimakan segar dan mempunyai permintaan yang tinggi serta pernah mencapai harga maksima beberapa belas tahun dahulu. Selain ia untuk dimakan segar dimana sebenarnya buah dokong ini juga boleh dibuat jem. Dalam pada itu dimakmal dilaporkan dimana khasiat nutrisi buah dokong ini bagi setiap 100 g bahagian buah yang boleh dimakan mengandungi tenaga sebanyak 57 kalori. Ia juga mengandungi kabohidrat (15.2 gram), Kalsium (19.0 mg), Kalium (25.5 mg), Zat Besi (1.1 mg), Vitamin B1 (0.07 mg), Vitamin B2 (0.04 mg), Vitamin C (3.0 mg), Lemak (0.2 mg), Protin (0.9 mg) dan juga Niasin sebanyak 1.0 mg. Penanaman pokok dokong yang dikelaskan sebagai buah-buahan tempatan bermusim ini berbuah sekali setahun iaitu diantara buan Jun - September dengan lokasi berbeza-beza. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis akan fakta penting buah dokong sebagai rujukkan semua. 

 
Di Negara Filipina dimana buah dokong ini apa yang penulis blog pernah ujirasa ia digelar secara tempatan sebagai 'Lanzones' dan ia merupakan antara tanaman buah bermusim yang penting di sana. Penulis blog ada 4 - 5 kali iaitu membuat tinjauan teknologi di Filipina seperti di Luzon, Cagayan, Cota Bato dan beberapa lagi dan dapat ujirasa buah dokong segar disana. 
Buah dokong Filipina lebih dikenali secara rasmi di peringkat antarabangsa dan Filipina sebagai Lanzones (nama saintifik iaitu Lansium domesticum). Apa pun secara purata buah dokong Filipina tidak banyak berbeza dengan buah dokong di Malaysia dan Thailand dengan saiz fizikal dan keluasan dimensi buah dokong Filipina (Lanzones) adalah seperti bergarispusat sekitar 2.5 - 5 cm bagi setiap biji buah.Bentuknya juga bulat, sedikit oval, atau lonjong dengan warna kulitnya berwarna kuning keperangan atau kuning muda apabila sudah matang sepenuhnya. Di Filipina dimana hasil buah ini sangat bergantung kepada umur kematangan pokok dan kualiti penjagaan dimana di salah satu kebun petani di Mindanao yang saya lawati dinyatakan pokok yang baru mula matang (sekitar umur 7 - 10 tahun) menghasilkan kira-kira 50 - 100 kg buah sepokok dalam setahun. Kemudian apabila ladang pokok dokong atau 'lanzones' ini menjangkau usia matang sepenuhnya (20 tahun ke atas) dilaporkan ia mampu menghasilkan sehingga 25 tan metrik sehektar setahun. Ciri bagi kepadatan tangkai adalah dimana buahnya tumbuh secara Cauliflorous (keluar pada batang dan dahan besar) di mana setiap tangkai atau jambak buah boleh memuatkan sekitar 2 - 30 biji buah (malah ada varieti yang mencapai 40 biji) yang tersusun padat.


Fakta penting yang penuis bllog terlibat untuk mengkelaskan Varieti Buah Dokong di Malaysia semasa bertugas dulu sesuai di kongsikan.
Buah dokong secara umumnya terbahagi kepada beberapa varieti utama mengikut jenis fizikal dan airnya seperti Jenis Dokong Kering atau Jenis Dokong Air atau Jenis Dokong Basah dimana ada juga varieti popular lain seperti dokong madu atau dokong emas di laporkan do lapangan. Dilaporkan didalam keluarga yang sama (Meliaceae) dimana buah dokong sering dikelirukan atau dikaitkan dengan saudara terdekatnya iaitu Buah Duku, Langsat, Duku Langsat dengan buah Dokong. Perlu di ketahui akan ciri buah dokong dengan kulitnya agak kasar dan bertompok, isinya berair (atau kering pada varieti tertentu), kurang biji dan tidak melekit (tiada getah). Bagi buah duku pula ia mempunyai kulitnya lebih tebal, licin, bulat seperti bola golf, dan isinya manis beraroma dan bagi buah langsat kulitnya lebih nipis, bergetah (melekit), dan rasanya manis masam. Berlainan dengan ciri buah Duku-Langsat iaitu jenis ini ia adalah hasil kacukan ciri fizikal antara duku dan langsat, berkulit sederhana dan beraroma harum. Ciri jenis Buah Dokong Kering dimana buahnya sangat manis dan isi pejal (tidak berair) dan kulit buah tidak bergetah dan buah tersusun rapat pada tangkai. Kandungan biji yang rendah serta pada kebanyakan bijinya bersifat kecil atau 'kesep' (tidak membesar). Ini merupakan jenis yang paling popular ditanam secara komersial. Bagi jenis Dokong Air pula ada kandungan air di dalam ulas buah agak tinggi dengan rasa buah ini sederhana manis dan sederhana sedap berbanding dokong kering (Sila lihat foto disebelah). Jenis ketiga iaitu Jenis Dokong Biji (Dokong Butir) ia selelunya mempunyai isi yang pejal tetapi taburan biji di dalamnya lebih ketara. Daun pokoknya juga berbeza iaitu permukaan daun lebih rata, agak nipis, dan berwarna hijau muda tidak berkilat. 


Setahu saya terdapat tiga jenis dokong yang agak berlainan dari segi ciri dan kualiti buah, iaitu DOKONG KERING, DOKONG AIR dan DOKONG BIJI atau dokong butir. Perbezaan diantara ketiga-tiga adalah dimana Dokong Kering merupakan klon yang ditanam secara komersial kerana buah yang sangat manis, kulit tidak bergetah, kandungan biji yang rendah dan kebanyakan biji adalah kesep. Buah jenis ini tersusun rapat di tangkai. Klon Dokong Air pula saya dapati dimana ia mempunyai kandungan air dalam buah jenis ini sangat tinggi. Air akan terpancut keluar apabila kulit ditekan. Isi buah kurang manis jika dibandingkan dengan isi buah dokong kering. Kulitnya nipis tetapi bergetah. Jenis ini tidak ekonomik ditanam secara komersial kerana nilai dan sambutan pasaran adalah rendah. Klon ketiga iaitu Klon Kombinasi antara Dokong Biji atau Dokong Air mempunyai ciri dimana setiap ulas mengandungi satu biji benih yang besar dan bernas. Isinya sangat nipis, tidak berair dan rasanya masam-masam manis. Kulitnya lebih tebal dari dokong kering dan dokong air dan tidak bergetah. Buah tidak mempunyai nilai komersial tetapi bijinya boleh diguna sebagai sumber benih pokok penanti. Banyak petani kena tipu kerana tak tahu tidak kenal dokong biji yang ditanam dimana benih dokong biji murah dan senang didapati!.


Kaedah Penanaman
Dokong boleh dibiak dengan tiga cara, iaitu ANAK POKOK BIJI, ANAK POKOK CANTUMAN BAJI dan KERATAN. Cara penanaman dengan Anak Pokok Biji dimana anakbenih didapati dari biji dokong sebenar. Buah dari pokok dokong kering berkualiti yang telah dikenalpasti diambil untuk mendapatkan bijinya. Biasanya sekilo buah akan menghasilkan 4-6 biji yang besar dan bernas. Hanya buah yang besar dan bentuk tidak seimbang sahaja yang ada biji besar dan dipilih sebagai sumber untuk kerja mendapatkan biji. Biji buah dikutip dan bijinya dibersihkan dan disemai dalam kotak pasir yang telah disediakan lebih awal dan diberi rawatan racun kulat. Biji ditanam sedalam 1 cm dan diletak secara mendatar. Tutup biji-biji ini dengan pasir dan berikan lindungan dari cahaya matahari. Siram dengan air bersih 1- 2 kali sehari. Satu biji boleh kadang2 mengeluarkan lebih dari satu anak pokok. Dalam tempoh 8-10 minggu maka anak pokok yang cergas boleh diasingkan dari pokok kecil lain dalam satu biji dan diubah ke polibeg. Anak pokok yang masih kecil boleh disemaikan kembali ke pasir sehingga ia mencapai tahap dua helai daun sebelum diubah ke polibeg. Selepas 8-10 bulan didalam polibeg maka anak pokok semaian dokong akan mencapai peringkat umur untuk ditanam iaitu apabila ketinggian melebih 20 cm dan sekurang-kurangnya 8 helai daun. Untuk mempercepatkan tumbesaran dan mengurangkan tempoh di dalam polibeg ini, semburan dengan baja foliar seminggu sekali adalah disyorkan seperti baja Grofas da juga beberapa jenis baja lain yang disyorkan. 
Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang edukatif. Wasallam!!!...!...
BUAH DOKONG... BERMUSIM JENISNYA...
RASA YANG MANIS...DAN WANGI AROMA...
ADA BUAH BERBIJI... IKUT VARIETINYA... 
MEMBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 RabiulAkhir 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...