Support My Blog

Thursday, September 10, 2026

MADU LEBAH DAN FAKTA PENTING (PART 4)

MADU LEBAH (Honey Bee) adalah sejenis cecair manis semula jadi yang dihasilkan oleh lebah daripada nektar atau sari pati bunga. Bagi penulis blog yang sudah menuia lebih 15 artike mengenai madu lebah percaya jika madu lebah ini adalah ia juga merupakan sejenis makanan daripada spesis beberapa lebah yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Malahan madu juga telah digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia. Madu digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia. Menurut Suruhanjaya Alimentarius Kodeks (1989) dimana madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi dihasilkan lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan, dikumpulkan oleh lebah madu dan diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga matang. Di Malaysia pula penghasilan madu merupakan industri yang kecil dengan penternakan Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Import (Apis mellifera) serta Kelulut (Tripona spp). Pencarian Madu Tualang oleh Lebah Tualang iaitu sejenis lebah liar dihutan (Apis dorsata) dilakukan dari pokok tualang yang tinggi dihutan. Apa pun pada penulis blog mendapati dimana secara umum, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu MADU MONOFLORA dan MADU POLIFLORA. Madu Lebah Jenis monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga saja. Contoh madu monoflora ialah madu akasia, madu sidr dan madu manuka yang lebah madu hanya mengambil nektar daripada pokok akasia, sidr dan manuka sahaja. Dalam pada itu madu poliflora atau dikenali sebagai madu multiflora ialah madu yang dihasilkan lebah madu yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Jenis madu ini seperti madu tualang dan madu asli yang mana lebih digemari pengguna. Sifat fizikal madu seperti warna, aroma, rasa, dan ketumpatan madu serta komposisi kimia sesuatu madu bergantung kepada jenis nektar bunga yang dihisap lebah madu, keadaan cuaca dan pemprosesan madu. Namun didakwa hampir semua madu mengandungi flavonoid, asid fenolik, asid askorbik, tokoferol, enzim serta pelbagai jenis vitamin dan mineral. Komposisi utama madu ialah gula, iaitu antara 95 hingga 97 peratus berat kering madu. Gula utama dalam madu ialah daripada fruktosa dan glukosa. Saya ada menulis banyak artikel mengenai madu dalam blog ini untuk dibaca sama. Madu juga mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia. Oleh itu memang madu sangat popular sebagai pemanis semula jadi serta sumber tenaga segera bagi manusia. Kandungan asid amino dalam madu sedikit, iaitu antara 0.05 hingga 1.0 peratus dengan asid amino proline ialah asid amino utama dalam madu. Asid amino proline dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk menjadikan -otot dan sendi tulang bertambah anjal dan tangkas. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan fakta penting mengenai Madu Lebah untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.


Banyak kajian di lakukan mengenai kehebatan khasiat madu lebah yang asli dan bukan mengambil madu lebah tiruan atau madu lebah sintetik yang sukar orang membezakannya. Apa pun memakan madu lebah asli memberikan pelbagai khasiat hebat termasuk aspek meningkatkan tenaga segera serta ia akan menguatkan sistem imun badan serta melegakan batuk dan sakit tekak. Ada di laporkan akan khasiat penting Madu Lebah Asli iaitu antarnya adalah ia mampu Meningkatkan Tenaga dimana jenis gula semula jadi seperti glukosa dan fruktosa membekalkan tenaga dengan pantas kepada tubuh. Madu lebah di kaitkan dapat Menguatkan Imunisasi sebab ia bersifat antibakteria dan antioksidan akan membantu melawan jangkitan kuman dan ancaman oleh bakteria. Baik madu lebaj jika ia di gunakan untuk Rawatan Melecur dan Luka sebab ia ada sifat antiseptik dan antimikrob mempercepatkan proses penyembuhan luka kecil pada kulit. Ia juga bagus untuk tujuan dalam Rawatan Penghadaman apbila jenis enzim di dalam madu menyokong kesihatan usus serta melegakan masalah kembung perut. Selanjutnya ia memang mampu Meredakan Batuk dan ia berkesan untuk melicinkan tekak yang kering dan mengurangkan gejala batuk yang menyerang sama ada golongan dewasa, remaja dan bayi juga. Bagaimana pun di laporkan masih ada ancaman dan risiko utama memakan madu lebah ialah 'keracunan botulisme bayi' bagi kanak-kanak di bawah umur satu tahun. Penulis blog kongsikan fakta dimana ada risiko Madu Lebah pertama adalah Kes Botulisme Bayi (Infant Botulism) dimana bayi di bawah 12 bulan dilarang sama sekali memakan madu kerana usus mereka belum matang dan berisiko tinggi dijangkiti spora bakteria Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan kelumpuhan kepada otot bayi. Pastinya isu berlaku kenaikan Gula Darah akan berlaku sebab madu mengandungi kadar fruktosa dan glukosa yang tinggi; pengambilan berlebihan boleh menaikkan paras gula dalam darah dan berbahaya kepada pesakit kencing manis. Ia juga berisiko akan menyebabkan kes Penambahan Berat Badan apabila kandungan kalori yang tinggi dalam madu boleh menyumbang kepada masalah obesiti jika diambil secara berlebihan setiap hari.  Perlu awasi dengan Jenis Madu Tiruan atau jenis madu yang dicampur dicampur air gula atau bahan kimia tidak memberi khasiat sebenar dan boleh mengekalkan berat badan serta membawa penyakit. Ada juga risiko akan Jenis Madu Beracun (Mad Honey) dimana di laporkan ada sesetengah madu dari kawasan tertentu yang mengumpul nektar bunga tertentu (seperti rododendron) dimana ia di laporkan memang mengandungi grayatoksin yang boleh menyebabkan muntah, pening dan denyut jantung perlahan. Bagaimana pun mengambil madu perlu ikuti syor yang di tulis pada abel pembungkusan dan disimpan di tempat yang selamat.


Kisah mengenai madu lebah yang sudah di gunakan manusia sejak ribuan tahun dulu ada banyak pepercayaan dan kisah mitosnya tersendiri. Paling simpel adalah mitos bagaimana selalunya ramai percya jika madu lebah ialah anggapan bahawa madu asli tidak akan pernah dihurung oleh semut. Apa pun mitis madu lebah asli dengan semut ada tanggapan bahawa madu asli ianya  akan dihindari semut adalah salah. Semut menyukai benda manis dan madu asli mengandungi gula semula jadi (fruktosa dan glukosa) yang menarik minat semut. Bagaimana pun mungkin juga semut mungkin tidak akan ia menghurung madu yang sangat pekat akan tetapi ia tetap akan datang jika kelembapan madu meningkat. Mitos kedua berkait iaitu Madu Dalam Peti Ais dimana ada yang percaya madu asli akan membeku atau keras jika dimasukkan ke dalam peti sejuk. Hakikatnya atau faktanaa imana jenis madu asli tidak perlu disimpan dalam peti ais dan proses pemejalan atau proses pembentukan kristal bergantung kepada kandungan gula serta suhu persekitaran dimana apabila madu itu ada banyak gula pasir didalamnya ia akan menjadi kristal didalam peti ais di bahagian bawahnya. Terdapat juga Mitos Madu Tidak Rosak apabila ada yang percaya jenis madu asli ia dikatakan tahan selama-lamanya dan tidak boleh rosak. Walaupun madu asli ini ia mempunyai kadar air yang rendah dan bersifat anti-bakteria akan tetapi faktanya ia masih boleh rosak akibat pencemaran air, penyimpanan yang salah atau dicampur dengan bahan asing. Akhir sekali penulis blog kongsikan berdasarkan pengalaman dimana Madu Lebah ada Mitos Kesihatan apabila ramai percaya bahawa madu asli mestilah sangat cair atau sebaliknya sangat pekat sesuai di jadikan makanan kesihatan. Faktanya adalah apa pun tahap kelikatan madu berbeza mengikut spesies lebah, kawasan dan jumlah kandungan air semula jadi di dalamnya. Kandungan air sekitar 18-20% adala kadar kekepatan yang ideal bagi manisan eperti madu lebah mengikut definasi kementerian kesihatan.


Madu Tiruan atau 'F
ake Honey' atau 'Artificial honey' atau 'Adulterated honey' adalah sejenis produk pemanis buatan atau campuran sirup gula yang mana ia dilihat menyamar sebagai madu asli tanpa dihasilkan sepenuhnya melalui proses semulajadi dari lebah madu untuk ia mengumpulkan nektar dari bunga dan di proses sehingga menjadi Madu Lebah Asli.  Penulis blog ada menusli beberapa artikel dalam blog ini mengenai isu kehadiran madu lebah tiruan di Malaysia terus menjadi kebimbangan iaitu dengan dakwaan pasaran tempatan berdepan lambakan produk palsu atau campurkan sirap gula sehingga mencecah kepada tahap 80 - 90 peratus. Menurut kenyataan pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) bahawa pemantauan menerusi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) ada mendapati peratusan produk madu yang tidak mematuhi piawaian atau standard di pasaran adalah jauh lebih rendah daripada dakwaan luar iaitu sekitar 6 peratus sahaja berdasarkan sampel yang diuji. Menyentuh tentang piawaian makanan iaitu di bawah Peraturan 130 Peraturan-Peraturan Makanan 1985, madu lebah yang asli di Malaysia mesti mengandungi iaitu sekurang-kurangnya 60% gula penurunan, sukrosa tidak melebihi 10% dan kandungan hydroxymethylfurfural (HMF) tidak melebihi 80 mg/kg. Sementara itu bagi madu lebah ikut piawaian Madu Kelulut sudah ada standard khusus iaitu Malaysian Standard (MS 2683) turut ditetapkan bagi menjamin spesifikasi dan kualiti madu kelulut tempatan yang mana penulis blog ada terlibat sama semasa penyediaan standard SIRIM ini dahulu. Beberapa risiko dan panduan kepada para pembeli selelu terpengaruh dengan isu 'Harga Murah' dimana lazimnya produk madu tiruan atau campuran air gula atau gula Melaka selalunya dijual pada harga jauh lebih murah jika ia dibandingkan dengan jenis madu asli. Sebaiknya lakukan Jenis Ujiam Makmal bagi tujuan pengesahan ketulenan yang tepat memerlukan ujian makmal kerana penipuan sukar dikesan hanya melalui fizikal atau pembungkusan. Dilaporkan dimana jenis produk madu lebah tiruan ialah madu palsu yang dihasilkan daripada campuran air, gula, sirap, atau bahan kimia tanpa melalui proses oleh lebah. Dari aspek definasi di laporkan dimana madu tiruan ini ia adalah sejenis produk yang menyerupai madu yang dibuat daripada sirap gula, air, bahan pewarna, atau bahan pemanis buatan. Selalunya mereka akan menggunakan bahan biasa seperti jenis gula pasir yang sudah dicairkan (sirap gula), glukosa atau fruktosa sintetik. Apa pun tujuan pembuatan madu tiruan ini ia biasanya dihasilkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk meraih keuntungan mudah kerana kosnya sangat murah berbanding madu asli.  Cara membuat Madu Tiruan ada penulis blog tulis sebelum ini akan tetapi ringkasnya ia proses pemanasan jenis gula pasir dicampur dengan air dan sedikit bahan asid (seperti perahan limau) lalu dipanaskan sehingga menjadi sirap gula pekat atau gula penuyat (invert sugar) yang menyerupai warna serta kepekatan madu. Kemudian ia akan dicampur dengan bahan asing atau dengan bahan tambahan seperti kanji, karamel untuk warna, atau perisa tiruan. Ia mudah di buat dimakmal dan ada yang akan menggunakan campuran air, gula tebu, sirup jagung, atau karamel tanpa sebarang kandungan nektar asli.  Dalam kes lain cara membuatnya dengan membuat jenis 'Madu Campuran' iaitu madu asli yang dicairkan atau dicampur secara berlebihan dengan sirup gula murah bagi tujuan akhir iaitu untuk meningkatkan kuantiti jualan. Aktiviti dan produk ini memang ia sukar dikesan sebab rupa dan rasa manis madu tiruan hampir tidak boleh dibezakan dengan mata kasar atau lidah biasa melainkan melalui ujian makmal seperti pemeriksaan kandungan Hydroxymethylfurfural (HMF) apa lagi dengan teknologi dan perlabelan botol yang hebat dan menarik. AKan berlaku ancaman dan kesan negatif mengambil jenis Madu Tiruan iaitu kes risiko kesihatan terutama mereka ada kes Kencing Manis. Ini kerana kandungan gula ringkas dan sirup tambahan yang tinggi boleh menyebabkan lonjakan kadar gula dalam darah secara mendadak yang mana iia akan membahayakan pesakit diabetes. Ancaman kes Obesiti dan Kerosakan Gigi juga akan berlaku sebab pengambilan bahan pemanis buatan berlebihan menyumbang kepada masalah peningkatan berat badan serta kerosakan kesihatan metabolik badan. MAdu Tisruan memang tiada Khasiat Perubatan dimana ia tidak mempunyai enzim, vitamin dan sifat seperti bahan antioksidan atau antibakteria yang wujud secara semula jadi di dalam madu asli. Ia juga berikan kesan buruk kepada Ekonomi Negatif iaitu ia akan menjejaskan teruk pendapatan penternak madu tempatan yang jujur akibat persaingan tidak sihat daripada produk tiruan murah di pasaran. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3, dan Part 4 yang sesuai di baca kesmeuanya untuk menambah ilmu. Semuga tulisan pagi ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technilgy kali ini. Wasallam!!!..

MADU LEBAH.. PELBAGAI JENISNYA...
ADA YANG MANIS....MASAM PUN ADA...
BANYAK KHASIAT...KESIHATAN DIJAGA...
AWAS TIRUAN... IANYA ERBAHAYA JUGA...
SEMAKIN PUPUS... PENCEMARAN PUNCA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMUNYA DI TERIMA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 RabiulAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...