Support My Blog

Saturday, January 2, 2021

KELAPA PARUT - JAGA KUALITI

KELAPA PARUT
merupakan satu produk penting dripada biji kelapa (Cocos nucifera) yang manjadi keperluan harian untuk masakan. Kelapa parut merupakan isi daripada buah kelapa yang telah diparut atsu pun dikikis halus. Kelapa parut juga merupakan satu bahan penyediaan bagi menghasilkan santan kelapa. Pada saya membeli atau menyediakan kelapa parut menjadi kebiasaan duduk dikampong dahulu. Ini kerana ada dijual kelapa biji yang akan dipecahkan dan diproses untuk dijadikan kelapa parut. Bagi menghasilkan santan kelapa, biasanya kelapa parut akan dicampur dengan air dan diperah. Ini akan diulang beberapa kali sehingga, santan yang terhasil adalah cair. Kelapa yang telah diparut boleh disimpan beku di dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan, kelapa parut tersebut boleh dicampurkan dengan air panas dan diramas seperti biasa. Bagi menghasilkan santan yang pekat, buah kelapa yang tua digunakan. Selain itu hanya sekali atau dua perahan dilakukan. Selain bagi menghasilkan santan, kelapa parut turut digunakan sabagai bahan kuih. Bagi penyedian kuih, buah kelapa yang serdahana muda digunakan atau di sebelah pantai timur dikenali sebagai nyiur kulit hidup. Ini merujuk kepada buah kelapa yang agak muda. Ini kerana kelapa parut yang terhasil rasanya lebih manis. Antara jenis kuih yang menggunakan kelapa parut adalah apam, ondeh-ondeh /buah Melaka, dan pulut cawan. Pada masa dahulu, kelapa diparut dengan tangan, tetapi pada masa kini, kelapa parut diparut dengan menggunakan mesin pemarut kelapa. Malah terdapat kelapa parut kering yang ditinkan untuk memudahkan penggunaannya dan tahan disimpan lama. Artikel pagi ini dari tingkat 4 Hotel Taiping Perdana, Taiping dan menghadap Bukit Larut saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa petua menjaga kualiti kelapa parut dan beberapa kegunaan kelapa parut dalam masyarakat kita untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.

Kelapa Parut ini memang diperolehi untuk pelbagai kegunaan tersendiri sama ada ianya digunakan sebagai menambah perisa beberapa jenis makanan sehingga diperah untuk mendapatkan santannya. Ada juga kelapa parut yang diproses menjadi Kerisik dan berminyak untuk digunakan juga didalam menambah keenakan makanan. Kini kerisik sudah dikomersikan dan mudah mendapatkannya dalam pelbagai bentuk dan tidak perlu bersusah payah membuatnya. Masyarakat kita memang sering menggunakan kelapa parut dan memang perlu ada simpanan untuk digunakan pada bila-bila masa sahaja. Kelapa Parut segar yang dibiarkan pada keadaan biasa tidak tahan lama dan akan menjadi rosak serta tidak sesuai digunakan. Teknik penyimpanan kelapa parut yang betul perlu dilakukan. Artikel ini akan membincangkan beberapa teknik untuk menyimpan kelapa parut untuk tahan sehingga 2 - 3 bulan lamanya. Penulis blog yang lama mengamalkannya mendapati cara ini mudah dan signifikan untuk dilakukan. Mula-mula dapatkan kelapa yang masih elok untuk diparut sendiri (jika membuatnya sendiri) atau mungkin mendapatkan bekalan kelapa perut yang dibeli dipasar atau kedai runcit. Sebaiknya diletakkan semua kelapa parut tersebut didalam loyang atau dulang yang bersih (Sila lihat foto disebelah). Kemudian ditaburkan dengan sedikit garam halus kedalam dulang tersebut dan digaulkan rata dengan kelapa parut. 

Fungsi garam adalah sebagai agen yang bertindak sebagai bahan untuk tujuan anti pereputan. Pada masa sama sediakan kukus dan isikan air dan dipanaskan diatas dapur. Kemudian diletakkan loyang tersebut diatas kukus dan ditutup untuk jangkamasa selama 15 minit. Angkat loyang dan disejukkan dahulu. Kemudian masukkan kelapa parut tersebut kedalam plastik jernih yang berukuran sederhana dan dileperkan untuk mudah disusun (Sila lihat foto disebelah). Seterusnya ia sudah boleh disimpan kedalam peti sejuk dibahagian sejuk beku. Bergantung juga kepada saiz dan ruangan tempat penyimpanan dalam peti sejuk maka kuantiti yang disediakan perlu disesuaikan. Anda juga boleh menggunakan bekas plastik yang mudah dibuka dan ditutup untuk lebih mudah. Kemudian jika anda hendak menggunakannya semula maka ambil bungkusan kelapa parit tersebut dan dikukus semua sehingga sesuai untuk digunakan semula. Teknik ini membolehkn kelapa parut tersebut bertahan dengan kualiti baik sehingga 2 - 3 bulan lamanya. Bagi menyediakan kelapa parut menjadi santan pekat, sebaiknya kelapa parut ini dimasukkan kedalam pengisar (grinder) dan dikisar halus sebelum diperah. Masukkan kelapa parut kedalam pengisar dan masukkan sedikit air dan diulang sebanyak 3 kali bagi mendapatkan santan berkualiti. Santan ini boleh terus digunakan didalam masakkan atau disimpan dalam peti sejuk untuk digunakan kemudian.

Pada penulis blog kegunaan hasil daripada pokok kelapa memang sangat luas sehingga ia digelar 'Tree of Life'. Kelapa bukanlah satu tanaman baru akan tetapi lebih dikenali dengan tanaman yang memiliki sejuta kebaikan. Dari bahagian batang atau kayu kelapa, daun, buah, sabut sehinggalah air kelapa semuanya boleh digunakan sama ada untuk makan atau di minum mahupun untuk tujuan dalam kaedah perubatan. Semasa mendapatkan santan kelapa dari isi kelapa yang di peras selalunya akan meninggalkan apa yang dipanggil sebagai 'Hampas Kelapa'. Penulis blog yang telah membuat pemeriksaan kepada berpuloh-puloh kilang memproses kilang kelapa yang menghasilkan santan mendapati banyak hampas kelapa dihasilkan. Hampas kelapa ini ada dua jenis iaitu 'No Fat desicated coconut' dan 'Low Fat Desicated coconut' mendapat pasaran dan permintaan baik. atau lebih dikenali hampas pun miliki manfaatnya tersendiri. Diantaranya adalah pasaran ke Asia Barat dan Eropah dimana ia banyak digunakan didalam produk bakeri. 

Ada pun khasiat santan dari parutan kelapa memang banyak dibincangkan. Diantara khasiat memakan kelapa parut adalah seperti ia didakwa mampu meningkatkan fungsi otak dimana sesiapa yang ingin memiliki otak yang lebih pintar boleh amalkan. Oleh itu maka perbanyaklah makan parutan kelapa dimana ada kajian mengatakan yang parutan kelapa dapat memperbaiki fungsi otak dan memperlambat datangnya penyakit Alzheimer. Ia juga dilaporkan mencegah anemia dimana lazimnya pada usia tertentu (tua) iaitu wanita mudah terkena anemia. Didakwa dengan mengambil kelapa parut maka ianya akan dapat mengelakkan seseorang itu dari asaalah anemia kerana ianya mempunyai zat besi yang memicu pengeluaran sel darah merah dalam tubuh. Kelapa juga dilaporkan akan mengurangi risiko kanser. Kini kelapa parut memiliki banyak nutrisi yang didakwa mengurangkan risiko kanser tertentu diantaranya adalah kanser usus besar dan kanser prostat. Kelapa parut juga baik untuk mencegah masalah pencernaan atau pun sistem penghadaman. Kelapa parut tinggi kandungan serat (fiber) dimana ini akan mengatasi masalah pencernaan seperti sembelit, buasir atau duodenum yang dapat dicegah dengan rajin makan kelapa parut. Tapi jangan terlebih makan pula kerana ada kesan sampingan juga. Hampas kelapa kalau dahulu dibuang sahaja tiada kebaikan sebenarnya ia banyak membantu dalam kesihatan.  

Dalam dunia kecantikan pula banyak kegunaan daripada buah kelapa. Terkini dimaklumkan ada petua mengenai hampas kelapa yang mampu menghilangkan masaalah jeragat pada muka. Petua lama ini telah menjadi amalan sesetengah wanita dan anak gadis pada masa lalu dan juga ada yang malakukannya sekarang. Bagaimana caranya hendak menggunakan hampas kelapa ini?. Mula-mula perlu ambil hampas kelapa yang dah gunakan (Sila lihat foto disebelah). Kemudian kalau hendak  berkesan dalam usaha menghapuskan jeragat maka perah sidikit limau nipis atau lemon dalam hampas kelapa. Seterusnya ambil campuran hmpas kelapa dan limau tadi tadi dan digosok dengan lembut seluruh bahagian muka. Sebaiknya pula di fokuskan lebih pada tempat berjeragat. Kemudian dibBiarkan selama 15 minit atau lebih dan perlu dibilas mengggunakan air bersih. Apa pun sebaiknya ia diamalkan selalu dimana kesannya adalah masaalah jeragat akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu. Makanan kesihatan tambahan juga sesuai diambil untuk mendapatkan kulit muka yang dikehendakki. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro teahnology kali ini. Waslalam!!!.
KELAPA PARUT... PUTIH WARNANYA...
JIKA DIPERAH... SANTAN HASILNYA...
CARA MENYIMPAN... BIAR TAHAN LAMA.....
PELBAGAI KHASIAT... PELBAGAI  GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 403, Hetel Perdana Taiping,
Taiping, Perak,
Malaysia.
(1 Januari 2021).
SELAMAT TAHUN BARU 2021!.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...