Support My Blog

Tuesday, January 26, 2021

TERNAKAN AYAM BELANDA - POTENSI

MENTERNAK AYAM BELANDA
atau AYAM PIRU atau AYAM TURKEY ahak jarang dilakukan usahawan di Malaysia secara komersil. Ayam Belanda ini merupakan sejenis ayam daripada keluarga burung yang diberi nama saintifik sebagai Meleagris gallopavo (Wild turkeys) iaitu dari keluarga Phasianidae. Kita di Malaysia amat kurang dapat lihat ayam belanda ini diternak secara besar-besaran seperti ayan daging dan ayam telur. Ayam belanda ini ada dua spesis dan dipercayai natif dari benua Amerika Utara (M. gallopavo) tetapi spesis M. ocellata berasal dari kawasan Amerika Tengah. Negara-negara Barat dan Amerika bagaimana pun kini menternak ayam ini secara komersil dan dijadikan hidangan utama didalam makanan mereka sehingga ada gearan khas terhadap makanan yang berasaskan ayam belanda ini atau 'Turkey'. Saya kurang pasti nama 'Ayam Belanda' ini di berikan di negara kita kerana ia berkemungkinan saiz ayam yang besar dengan muka juga besar macam orang belanda yang pernah menakluk Melaka dahulu atau memenag orang belanda yang mula-mula bawa masuk ke sini. Selain dipanggil sebagai ayam belanda, ayam ini juga glamour dengan nama lain iaitu 'Ayam Piru'. Ayam Belanda ialah haiwan yang tergolong dalam golongan kelas burung. Ayam Belanda ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Ayam Belanda tidak bergigi.. Bulunya mempunyai pelbagai warna. Bergantung kepada spesis dan baka. Daripada pembacaan mendapati beberana jenis baka ayam belanda adalah seperti 'Eastern Wild Turkey', 'Osceola-Florida Wild Turkey', 'Rio Grande Wild Turkey', 'Merriam's Wild Turkey', 'Gould's wild turkey' dan 'Ocellated Wild Turkey'. Saya kurang kenal akan spesis tersebut tetapi anda boleh layari internet untuk lihat fotonya. Saya ada menulis mengenai ayaj belanda sebelumini untuk dibaca (Sila klik disini). Artikel petang Ahad ini sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 tahun 20021 saya  menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah penternakan ayam belanda yang dilaporkan dalam media tempatan untuk bahan rujukan semua.

Akhbar My Metro dengan artikel bertajuk 'Hasil Lumayan Ternak Ayam Piru' sesuai dijadikan contoh kepada usahawan lain yang berminat. Akhbar tersebut menulis rencana bagaimana h
asrat melakukan perubahan dan mencuba sesuatu yang baru ternyata telah memberikan pulangan lumayan kepada seorang usahawan ayam piru atau ayam belanda di Kampung Permatang Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Ini kerana produk bekalan ayam piru atau nama saintifiknya, Meleagris gallopavo kini semakin mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengusaha hotel di negeri ini ketika menyambut beberapa perayaan. Berbanding dengan sebelum ini mereka terpaksa mengimport produk makanan itu dari luar negara khususnya Australia. Usahawan tersebut adalah Shaik Mohamad Azmi berumur 55 tahun yang telah nekad untuk mencuba sesuatu yang baru dengan membuka reban ternakan ayam piru bermula dengan kira-kira 500 ekor sahaja pada 2010. Dia memulakan bidang penternakan ini sejak 10 tahun lalu pada skala kecil dengan modal RM20,000 bagi membina reban di belakang rumah dan keperluan lain. Bagaimana pun atas permintaan tinggi dalam kalangan ramai pelanggan mendorongnya melebarkan perniagaan kepada skala lebih besar. Berkat sokongan keluarga, rakan dan bantuan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang terkini bilangan ternakan ayam piru kini sudah mencecah lebih 5,000 ekor. Dakwanya bidang penternakan ayam piru diusahakannya itu kini semakin menjadi pilihan pelanggan kerana produk makanan itu kurang kolesterol selain mempunyai pelbagai khasiat lain. Lazimnya dalam urusiaga harian ayam piru segar dijual pada harga serendah RM25 -  RM28 sekilogram dan tidak pernah turun jumlah permintannya.

Penternakan ayam belanda atau ayam piru ini memerlukan asas ilmu pengetahuan asas, modal, kawasan sesuai dan selamat serta sedikit modal pusingan. 
Sementara menungguk tempoh matang ayam piru mengambil masa antara enam hingga tujuh bulan sebelum boleh dipasarkan atau di sembelih dan harganya agak tinggi sedikit berbanding produk ayam lain akan tetepi ayam belanda memerlukan penjagaan yang rapi. Ini kerana cuaca panas dan faktur makanan menentukan kadar kesihatan ayam belanda dan juga kurangkan kematian. Industri ayam piru di Malaysia secara komersial khususnya kini dilaporkan adalah semakin memberangsangkan. Perkara ini juga telah mendorongnya berkongsi pengalaman dan percaya bahawa prospek produk itu mempunyai peluang cerah. Kemudian disedari dimana setelah melihat kepada sambutan hebat diterima akhirnya dia telah memulakan langkah bukan saja dalam penternakan ayam piru semata-mata malah turut membabitkan benih, baka, daging segar dan latihan kepada usahawan. Beliau telah mengamalkan amalan pertanian baik kerana dia yakin dengan potensi masa depan penternakan itu yang menunjukkan peluang cerah. Antara Amalan Penternakan Baik (GAHP) merangkumi penggunaan mekanisasi ladang, pemakanan baik serta bantuan asas yang perlu. Kini selain ternakan ayam piru, dia turut mengusahakan tanaman herba berskala kecil di sekitar kawasan berkeluasan kira-kira 0.2 hektar yang turut mendapat permintaan ramai terutama dalam kalangan pengusaha produk kesihatan. Diantara jenis herba ditanam ialah buah rosmary, Australian Mints dan taragon yang sesuai untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Didakwa dimana perniagaan tanaman herbanya semakin maju dan berjaya membantu merawat penyakit terutama kencing manis, darah tinggi serta kanser. Semua jenis herba dijual terus kepada pelanggan pada harga antara RM10 - RM15 sepasu dimana telah tersedia sebanyak lebih 1,000 pasu herba siap untuk dipasarkan. Selain itu minat terbaru beliau adalah didalam usaha menanam buah strawberi yang terkenal dengan kelazatan, khasiat dan warna menarik di kawasan tanah rendah.

Portal Berita FMT pula dengan artikel bertajuk 'Permintaan Ayam Belanda mencecah RM20,000 menjelang Krismas' menarik untuk dibaca. FMT laporkan dimana s
etiap kali tiba musim perayaan Krismas, pasti terbayang sambutan makan malamnya yang meriah dengan kehadiran kaum keluarga yang berkumpul untuk meraikannya bersama-sama. Hidangan ayam belanda atau nama saintifiknya Meleagris gallopavo juga begitu ikonik apabila ia dihidangkan di meja hidangan. FMT mendapatkan seorang penternak ayam belanda untuk mengetahui akan permintaan hidangan utama itu menjelang 25 Disember. Beliau adalah Mohd Saleh berummur 40 tahun yang berasal daripada Pontian, Johor dimana dia memulakan perniagaan menjual dan menternak ayam belanda sejak 2013 di Kampung Parit Haji Abdul Karim, Ayer Baloi, Pontian, Johor. Beliau mengakui menerima permintaan yang tinggi daripada para pelanggan setiap kali menjelang perayaan Hari Natal. Jualan yang boleh diperolehi hasil penjualan ayam belanda yang bertempat di kedainya, Pontian Turkey Farm mencecah RM20,000 (Sila lihat foto disebelah)Saleh berkata seekor ayam belanda hidup kini dijual pada harga RM25 sekilogram manakala yang diproses pula RM35 sekilogram dan ayam belanda  yang telah siap dimasak berharga RM350 seekor. Dakwanya lagi biasanya kita boleh jual ayam belanda pada Hari Krismas sebanyak 200 ekor dari pelbagai peringkat umur dan paling tinggi pelanggannya adalah dari Kuala Lumpur. Apa pun jika ayam belanda tempatan maka ia biasanya akan jual selepas 7 bulan usia ayam itu dan berat dia boleh cecah 6kg. dengan di jual sekilogram RM25.

Seterusnya a
yam belanda sebenarnya telah diperkenalkan di Britain pada 1526. Sebelum ini kalangan masyarakat di sana hanya menikmati hidangan utama seperti angsa, babi hutan dan burung merak.  King Edward VIII adalah raja pertama yang menikmati ayam belanda pada perayaan Krismas dan ia mula popular pada 1950. Sekarang ini di United Kingdom sahaja dilaporkan sebanyak 10 juta ekor ayam belanda dihidangkan pada perayaan Krismas. Saiz ayam belanda besar sekitar 6.8 kg menjadinya pilihan sesuai dihidangkan untuk ahli keluarga yang ramai. Dakwa Saleh dimana ayam belanda juga mendapat permintaan tinggi pada musim perayaan Deepavali setiap tahun dikalangan kaum India iaitu sama ada daripada pelanggan tetap atau pelanggan yang baru. Dakwa beliau dimana kos menjaga ayam belanda juga berbaloi kerana hanya mengguna separuh daripada modal iaitu 50% daripada keuntungan. Kos yang dimaksudkan itu adalah seperti kos makanan, api, air dan tenaga kerja. Kos untuk makanan adalah sekitar 30% daripada jumlah semua. Menceritakan mengenai perbezaan ayam belanda tempatan dengan yang di import menarik untuk pengetahuan pembeli. Di antara perbezaan ayam belanda tempatan dengan ayam belanda import paling nyata adalah dimana ayam belanda tempatan lebih sedap kerana biasanya dijual dalam tempoh matang yang lama iaitu 7 bulan dan 'fresh'. Selain itu dimana  konsep pemakanan sihat telah pun diterapkan dalam ayam belanda tempatan seperti diberikan makan bijirin, dedak selain rumput dan tumbuhan hijau. Ayam belanda import biasanya dijual ketika berusia hanya 2 bulan atau 2 bulan setengah. Juga dinyatakan dimana ayam belanda import seperti ayam daging yang biasa mengambil masa 30 hari untuk dijual. Bezanya dimana ayam belanda tempatan yang berusia 7 bulan boleh mendapat berat daripada 18 hingga 20 kg berbanding dengan ayam belanda import yang dijual di Pasar raya berusia 2 bulan sahaja. Kalau dulu dia hanya memulakan menternak ayam belanda daripada 20 ekor terkini dia sudah mempunyai 400 ekor ayam belanda. Dalam penternakan memang akan berlaku kadang-kadang permintaan ayam belanda memang tinggi dan sehingga terpaksa mencari ayam belanda daripada kawannya untuk cukupkan bekalan jualan. Di Malaysia dakwanya walau pun kini semakin ramai yang menceburi bidang ini tetapi tidak ramai yang konsisten dimana dia berharap perniagaannya ini semakin maju. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kaliini. Wasallam!!!...
AYAM BESAR... ITU AYAM BELANDA...
AYAM PIRU... AYAM TURKEY SAMA...
BOLEH DITERNAK... DI MALAYSIA...
SIAPA BERMINAT... BOLEH MULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1925, Double TreeHotel,
Jalan Ngee Heng, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(10 JamadilAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...