Support My Blog

Friday, January 29, 2021

'SURESAWIT' - TINGKATKAN PENGELUARAN

PENGGUNAAN SureSawit™ SHELL
 iaitu teknologi iaitu pemprosesan DNA dilaporkan telah berjaya meningkatkan pengeluaran minyak kelapa sawit. Penemuan gen SHELL yang terlibat dalam pembentukan tiga jenis buah sawit iaitu dura, tenera dan pisifera yang berbeza dari segi ketebalan tempurung telah memudahkan kaedah mengenal pasti tiga bentuk buah ini di peringkat awal meskipun sebelum pembentukan buah. Bagi merealisasikan penemuan ini kepada pengguna, kelengkapan diagnostik SureSawit™ SHELL telah berjaya dibangunkan dengan kerjasama MPOB dan Orion Biosains™. Melalui kelengkapan diagnostik ini maka ramai pekebun kecil dapat memastikan sawit komersial yang ditanam adalah daripada baka tenera sahaja dimana bagi mengelakkan pencemaran dengan baka dura yang mana ia dilaporkan mencecah sehingga 10% secara puratanya. Penemuan ini amat bermakna kepada pekebun kecil yang sebelum ini sering tertipu dengan jaminan baka tenera oleh pembekal sebaliknya baka dura yang dibekalkan sehingga menyebabkan hasil menurun. Kadar pengeluaran yang rendah daripada baka dura memberi kesan signifikan kepada kadar pengeluaran negara. Sebelum teknik mengesan tiga bentuk buah ini dikenal pasti, peladang terpaksa menunggu sehingga enam tahun bagi menentukan buah sawit yang dihasilkan mempunyai bentuk tempurung yang dikehendaki. Sekiranya didapati sawit tersebut bukan daripada baka tenera, maka pada masa itu sudah agak terlewat untuk menyingkirkan pokok sawit tersebut di ladang. Rajah 1. Sampel di tapak semaian kini boleh dikenal pasti dengan tepat sama ada dura, tenera atau pisifera walaupun belum membentuk buah. Penemuan gen SHELL ini membantu ahli biak baka dalam mengendalikan barisan calon induk jantan (pisifera) dan betina (dura) secara lebih tepat semasa proses penghasilkan hibrid Bersambung ke muka surat 10 tenera. Oleh itu, bagi meningkatkan produktiviti dengan lebih efisien, penggunaan sumber tanah, buruh dan bahan lain akan digunakan secara lebih berkesan bagi menghasilkan bentuk buah yang diingini. Penemuan ini juga mengubah paradigma penghasilan biji benih komersial dengan memperbaiki dan mempercepatkan program biak baka ke arah penghasilan varieti baharu yang berprestasi tinggi.
 Artikel dalam "Anim Agro Technology" subuh ini saya menulis mengenai inovasi hebat ditulis oleh Dr Rajinder Singh dalam Bulletin MPOB iaitu Bil. 59 (1)/Jan-Apr 2015 Warta Sawit ms 9 dan beberapa artikel daripada keratan akhbar tempatan berkaitan dengan perkara ini untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Pembangunan kelengkapan diagnostik SureSawit™ SHELL telah membuka ruang bagi mengoptimumkan penggunaan tanah sekali gus mengurangkan tekanan untuk membuka kawasan baharu penanaman sawit. Penemuan ini juga secara langsung membantu menyeimbangkan kepentingan untuk memenuhi permintaan minyak masak dan bahan api di samping pemuliharaan hutan hujan tropika. Maklumat berkaitan genom dan SHELL juga menjadi satu lagi pemangkin kepada pelbagai sumbangan hiliran yang amat diperlukan industri sawit. Maklumat genom sawit merupakan sumber yang amat bernilai kepada ahli biak baka, genetik dan evolusi biologi. Di samping itu, ia memudahkan usaha dalam mengenal pasti gen yang berperanan dalam pengeluaran dan ciri kualiti yang melibatkan warna buah, kerintangan penyakit dan ketinggian. Penemuan ini juga mempunyai kepentingan khusus dalam program pembiakbakaan sawit. Kelengkapan diagnostik SureSawit™ SHELL berupaya membezakan dura, pisifera dan tenera pada peringkat tapak semaian. Pisifera boleh ditanam berasingan untuk pengaruhan bunga jantan dan memudahkan penghasilan debunga bagi program pembiakbakaan. Seterusnya ahli biak baka berpeluang memilih pisifera sasaran dan menguji secara lebih khusus untuk menghasilkan tenera bermutu tinggi. Pengeluar benih sawit dan pengusaha tapak semaian pula boleh menggunakan teknologi ini untuk memastikan hanya buah sawit jenis tenera sahaja yang dicambah untuk pembekalan bahan tanaman komersial bagi menjamin hasil pengeluaran yang tinggi. Teknologi ini juga berupaya menjana penghasilan baka induk yang sesuai pada masa hadapan. 

Dengan keupayaan SureSawit™ SHELL kini beberapa orang pekebun kecil dan peladang boleh memanfaatkan teknologi ini sebagai kaedah pengawalan mutu bahan tanaman. Pengesanan awal dari pencemaran oleh bahan tanaman selain tenera akan membantu mengurangkan kerugian disebabkan penanaman bahan tanaman bermutu rendah. Kelengkapan diagnostik daripada SureSawit™ SHELL juga boleh menjadi kayu pengukur dalam memantapkan pemeriksaan oleh Pegawai Penguatkuasa MPOB terhadap pengeluar biji benih dan pengusaha tapak semaian yang mendakwa bahan tanaman yang dibekalkan adalah daripada jenis tenera. Sehubungan itu bagi sebuah makmal yang menawarkan perkhidmatan ujian bahan tanaman tenera pada kos yang berpatutan akan disediakan untuk pekebun kecil. Jaminan bahan tanaman hibrid tenera yang berkualiti tinggi merupakan usaha bersepadu amalan pertanian baik bagi meningkatkan prestasi pengeluaran sawit negara keseluruhannya. Kajian mendapati dimana dengan kaedah menggunakan b
enih sawit berhasil tinggi memang ia berpotensi meningkatkan hasil minyak sawit sebanyak 20 peratus berbanding material penanaman terbaik oleh mana-mana pokok kelapa sawit. Selain daripada teknplogi serta  keupayaan SureSawit™ SHELL beberapa baka sawit baru diperkenalkan dimana ada juga percubaan menanam benih yang berjaya menghasilkan baka induk seperti daripada  GenomeSelect yang mampu menjana hasil yang tinggi. Apa pun berdasarkan tanaman percubaan dalam keadaan optimum didakwa sawit GenomeSelect mampu mengeluarkan sembilan tan minyak sawit sehektar. Syarikat ini melaporkan dimana semenjak 2009 lagi sebanyak RM150 juta telah dilaburkan dalam R&D menghasilkan benih GenomeSelect.

Dalam akhbar tempatan Berita Harian dengan artikel bertajuk 'Suresawit - teknologi pemprosesan DNA tingkat kualiti pengeluaran minyak sawit' sesuai dijadikan bahan rujukan. Dinyatakan dimana Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melalui kerjasama Orion Biosains Sdn Bhd telah berjaya membangunkan teknologi pemprosesan DNA dinamakan SureSawit. Teknologi tersebut berupaya mengesan benih sawit dari baka Dura yang selalu mempunyai jumlah perahan rendah. Ini apabila dilihat akan keputusan analisis diketahui dalam tempoh 24 jam. Menurut  Pengerusi MPOB Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menjelaskan secara tidak langsung, teknologi berkenaan dapat memastikan pengusaha sawit menanam benih hanya dari baka Tenera yang mempunyai kandungan minyak lebih tinggi. Kini teknologi pemprosesan DNA ini juga diyakini mampu meningkatkan lagi kualiti pengeluaran minyak sawit tempatan. Kenyataan beliau semasa meninjau fasiliti makmal didalam penyelidikan Orion Biosains, di Puchong, Selangor.  Dalam pada itu, MPOB menerusi Pusat Latihan Sawit Malaysia (PLASMA) sedang mengenal pasti strategi bagi mengatasi kebergantungan kepada tenaga buruh asing dalam sektor perladangan sawit. Antaranya termasuk pemberian insentif galakan dan latihan kemahiran bagi menarik penyertaan warga tempatan. PLASMA sebelum ini memang menyasarkan kemasukan 400 pelajar setahun menyertai Kursus Operasi Mekanisasi Ladang kendaliannya. Dalam pada itu dilaporkan dimana Lembaga Minya Sawit Malaysia (The Malaysian Palm Oil Board / MPOB) telah menunjukkan ratusan inovasi baik di sektor huluan maupun hiliran di mana telah menyumbang kepada kemajuan industri kelapa sawit.  Satu lagiinovasi yang amat signifikan menjadikan identifikasi awal sawit tenera (kulit biji tipis) dengan hasil tuian tinggi untuk penanaman komersial telah menerima perhatian yang cukup besar. Inovasi ini menggunakan teknologi penyaringan iaitu unsur Asid Deoksiribonukleik (DNA) SureSawit untuk melacak sawit non-tenera dengan hasil tuaian rendah jauh sebelum penanaman, khususnya pada tahap pengeluaran benih kelapa sawit. Penanaman oleh petani kecil dapat menerima pendapatan yang lebih tinggi hasil menggunakan inovasi ini apabila dilaporkan ia dapat meningkatkan hasil minyak kelapa sawit dengan memastikan benih unggul ditanam oleh petani kecil dan perkebunan di negara ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SURESAWIT .... NAMA INOVASINYA...
TINGKATKAN KUALITI...MINYKNYA...
PENDAPATAN NAIK... SEMUA SUKA...
BACA ARTIKEL.. INFO DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 JamadilAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...