Support My Blog

Thursday, January 28, 2021

TELUR KERENGGA VS IKAN PUYU


TELUR KERENGGA
merupakan umpan terbaik bagi tujuan memancing IKAN PUYU. Ini kerana umpan telur kerengga ini adalah dilaporkan memang terbaik untuk memancing ikan puyu sepertimana apa yang telah dilakukan oleh orang tua di ceruk mana sekalipun. 
KERENGGA (Oceophylla smaradgina) adalah seranggga dengan membina sarang yang berstruktur yang dibina oleh koloni kerengga untuk tempat tinggal. Kerengga adalah sejenis serangga yang mempunyai 6 kaki (3 pasang) dari Keluarga Formacidae yang mudah kita jumpa di Malaysia. Ramai orang Malaysia kenal akan serangga ini yang mana sering mengigit mangsa yang cuba mengganggu koloni tersebut dekat pokok dimana kerengga tinggal atau ia bersarang. Memang mereka yang berpengalaman untuk memancing ikan puyu menyatakan dimana memang telur kerengga adalah umpan legend untuk menjinakkan ikan yang memiliki ridip tajam dan bewarna kuning kehijauan. Selain ikan puyu lazimnya juga umpan telur kerenggan ini boleh menjadikan sasaran kepada ikan spesis lain sperti ikan sepat dan haruan selain seluang, ikan putih dan sebagainya. Cara digunakan umpan telur kerengga yang berwarna putih ada yang di bakar sehingga keluar bau harum terbakar dimana penulis blog dapati kalangan ahli pemancing ada juga yang merebusnya dahulu sebelum menggunakannya. Biasanya cara untuk dijadikan umpan memancing dengan cangkukkan sahaja mata kail bersaiz kecil kepada telur kerangga dan boleh terus memancing. Pastinya kalangan pemancing tidak akan menunggu lama untuk menaikkan puyu pertama selepas itu dari lubuk puyu. Kalau ada kalangan pemancing yang  mahu lebih feeling, maka boleh gunakan pelampung kecil (hirisan selipar) dan joran buluh. Pengalaman penulis blog di Melaka mendapati dimana sebaik sahaja pelampung tersebut  tenggelam maka apa lagi boleh disentap dengan perlahan dan pastinya ikan puyu telah berjaya ditewaskan atau boleh dinaikan. Keseronokan memancing ikan puyu memang tidak boleh di nyatakan semasa menaikan ikan puyu kedaratan dari beberapa lokasi seperti dari parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi serta lubuk ikan yang lain. Ikan lain ada kalanya yang mengena seperti ikan haruan yang tahap rentapnya lebih kuat dan akan ada perlawanan yang lebih menyeronokan lagi. Ikan darat memang enak dimakan kalau tahu cara menyediakannya dengan betul dan masih segar selepas dipancing. Artikel subuh Rabu ini semasa PKP 2.0 saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan telur kerengga dan ikan puyu sebagai satu bahan rujukan semua pembaca.

Tidak sah rasanya kalau penulis blog tidak bercerita mengenai ikan puyu. Ikan Puyu 
(Anabas testudineus) adalah sejenis ikan air tawar daripada famili Anabantidae dimana ia mendiami kawasan di sawah, tali air serta sungai-sungai kecil yang merupakan habitat utama. Ikan ini juga dipanggil sebagai Ikan Betuk. Spesis ini hidup dari apa yang penulis blog lihat secara berkumpulan dan mudah dijumpai dengan memerhatikan riak di permukaan air kerana ikan puyu akan mengambil udara untuk bernafas ke permukaan air. Di Malaysia terdapat 2 spesies Ikan Puyu yang biasa dijumpai di Malaysia iaitu 'Ikan Puyu Kampong' dan 'Ikan Puyu Siam'. Ikan puyu yang dipelihara adalah ikan puyu siam yang mana saiznya agak besar sedikit daripada baka ikan puyu tempatan yang terdapat di Malaysia. Ikan puyu menjadi pilihan dalam industri akuakultur kerana tahan lasak dan ia juga cepat membesar jika diberi makan dan persekitaran yang sesuai. Jangkamasa ternakan adalah dalam tempoh 3 - 4 bulan sahaja bergantung kepada pengurusan ternakan melalui kadar pemberian makanan (FCR), kualiti benih dan kualiti air. Keadaan persekitaran yang menyerupai makanan organik adalah digalakkan di permukaan kolam dipenuhi dengan media seperti keladi bunting, kangkung, kiambang dan kemeling. Mengikut kajian saintis dimana kolam ternakan yang paling baik adalah kolam tanah kerana habitat ikan ini datangnya dari persekitaran semulajadi. Pemancing ikan puyu selalunya menggunakan tekur kerengga yang diproses untuk menjadikan umpan terbaik.

Sebagai hobi di kampung memang ramai yang masih berminat memancing ikan puyu dengan telur kerengga. Malahan kalangan pemancing ada yang 
'Ketagih' memburu 'si puyu' terutama orang dari Melaka. Kalangan mereka ada yang mengembara dan sangguo memandu beratus kilometer dari Melaka untuk ke Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan Johor demi hobi memancing ikan puyu. Inilah apa yang sering dilakukan Khairul Nizam Wahab, 30 tahun dan beberapa rakannya semata-mata mahu mencari lubuk ikan betuk atau turut dikenali sebagai puyu. Perkara ini bukan sahaja dapat menghilangkan rasa gian memancing tetapi ia juga adalah sejenis hobi yang mampu untuk menghasilkan perolehan lumayan buat mereka. Ini kerana kini harga pasaran ikan air tawar sudah disiang itu boleh mencecah sehingga RM25 sekilogram. Menurut Khairul Nizam dimana lubuk betuk biasanya terletak di kawasan ladang kelapa sawit dan ada kalanya, mereka bermalam di dalam kereta. Beliau yang berasal dari Kampung Pantai Rombang, Tanjung Kling, Melaka dan lebih dikenali dengan panggilan 'Gemang' dalam kalangan penduduk nyatakan dimana sejak aktif memancing betuk tiga tahun lalu telah banyak menimba dengan pelbagai pengalaman pahit dan manis. Ada kalanya dia hanya mampu memancing lima ekor ikan betuk daripada pagi hingga waktu petang. Jika murah rezeki bagaimana pun memang agak banyak betuk yang dapat. Dia tidak kira di mana lokasinya dan dia akan terus mencarinya. Bagaimana pun selalunya akan dibuat perancangan awal bersama rakan=rakannya dengan memilih hari sesuai dan selebihnya terserah kepada rezeki.  Dalam pada itu sepanjang pengalamannya hobi memancing betuk, jumlah tangkapan paling banyak ialah 12 kilogram (kg) dan ia telah diperoleh dalam tempoh tiga jam yang dipancing di ladang kelapa sawit di Pontian, Johor. Menceritakan pengalamannya, dimana dia akan mencari telur kerengga kerana ia umpan paling sesuai berbanding cacing. Biasanya dia dan rakannya akan keluar memancing pada Sabtu atau Ahad. Mereka juga akan membawa pisau dan gunting bagi memudahkan kerja menyiang betuk dilokasi atau melakukannya di rumah (Sila lihat foto disebelah). Ikan betuk yang siap diproses ini akan disimpan didalam peti ais untuk dijual juga.

Ikan Puyu sesuai untuk dibuat pekesam dimana ia merupakan salah satu produk yang amat popular di negeri utara Semananjung Malaysia terutama di Kedah.  Ikan puyu dari sawah padi biasanya dikumpulkan semasa atau selepas musim menuai padi dengan pelbagai cara tangkapan. Ikan puyu sawah ini sesuai dijadikan pekasam kerana kadang kali penangkapannya adalah dengan jumlah yang banyak. 
IKAN PEKASAM adalah ikan yang diawetkan agar ia boleh disimpan lama dengan menggunakan teknologi pengawetan. Proses pengawetan ikan pekasam dimana ia menggunakan bahan seperti Garam, Asam Keping atau Asam Jawa, Gula Merah dan Bertih Goreng serta air. Ikan Air Tawar segar merupakan hasil perikanan yang mudah rosak selepas beberapa jam tanpa disimpan dalam peti sejuk. Kaedah paling lazim dilakukan adalah menjadikannya ikan kering masin atau dijadikan ikan pekasam secara tradisional atau cara komersil. Proses membuat ikan pekasam juga mudah serta ianya tidak memerlukan kos tinggi disamping menjamin kualiti ikan yang sedap. Penulis blog berkongsi infi bagaimana hendak membuat ikan puyu pekasam. Bahan yang diperlukan adalah seperti Ikan puyu (20 ekor yang telah disiang). Garam (4 sudu makan), Gula (2 sudu makan), Beras sangai (Kadar secawan dengan ia perlu dikisar dan ditumbuk dan sangai dahulu) dan juga Asam keping (10 keping). Cara membuat dengan ikan puyu disiang dan dibersihkan dan kemudian ia digaul dengan garam, gula dan asam keping. Biarkan satu hari di suhu bilik. Kemudian pada hari ke-2 ia perlu gaul dengan beras sangai. Biarkan selama dua hari lagi di suhu bilik. Seterusnya pada hari ke-4 maka ia boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk (bahagian chiller). Pekasam lebih enak dimasak selepas seminggu disimpan kerana sudah sebati. Dalam pada itu pembaca blog juga boleh menukarkan asam keping untuk ia diganti dengan 1 sudu makan pes asam jawa Adabi. Cara memasak ikan puyu pekasam dengan kaedah menggoreng bawang yang dihiris nipis dan cili padi atau cili besar hiris kasar. Ia kemudian goreng pekasam sehingga garing dan sesuai untuk dihidangkan bersama bawang dan cili tadi dimakan dengan nasi panas=panas. Memang enak makan nasi dengan lauk ikan puyu pekasam. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TELUR KERENGGA... JADI UMPANNYA...
IKAN PUYU... DIKENALPASTI LUBUKNYA...
UMPAN DICANGKUK... SUDAH MENGENA...
DI JUAL.. BUAT PEKESAM PUN ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 JamadilAkhhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...