Support My Blog

Tuesday, January 19, 2021

DAUN SALAM - KEGUNAANNYA

 

POKOK DAUN SALAM (Syzygium polyanthum) merupakan sejenis tumbuhan Liar dari keluarga Myrtaceae yang dulu hanya tumbuh secala liar dalam hutan tetapi kini ditanam keliling rumah atau dalam kebun di negara kita dan kawasan Asia Tenggara. Daun dari tumbuhan ini sering digunakan dalam masakan sebagai bahan penambah rasa kesedapan masakan terutama rendang daging, rendang ayam, gulai nangka, masak asam pedas, masak lemak dan sebagainya. Penulis blog pernah membaca sebanyak 250 resepi yang menggunakan daun salam sebagai bahan perisa makanan. Daun Salam juga dilaporkan memberikan khidmat khasiat kesihatan kepada mereka yang mengidap penyakit kencing manis, mengatasi masaalah gatal-gatal, merawat kudis dan banyak lagi. Kali pertama penulis blog mengenali daun salam semasa pergi ke Pusat Pertanian Herba di Melaka dan diikuti dengan ke pasar tani. Ada penjual menunjukkan daun salam yang telah diikat dan katanya baik untuk perasa masakan beberapa belas tahun dulu di Melaka dan di Muar. Daun Salam juga merupakan bahan popular di Indonesia di panggil sebagai Bay Leaf, Serai Kayu, Samak Kelat, manting, maselengan dan di Thailand dipanggil sebagai Daeng klua. Penulis blog dapati dimana pokok salam mempunyai batang yang tumbuh menegak dan mampu mencapai ketinggian 60-90 kaki dalam keadaan liar. Dahan dan batang utama kukuh dengan pokok yang rimbun. Daun Salam berwarna hijau muda (daun muda) dan hijau gelap (daun tua) dengan panjang tangkai 12-14 cm dan susunan bertentangan. Daun berbentuk bujur dengan ringkas 5-15 cm panjang dan 2.5-6 cm lebar. Terdapat urat daun yang jelas dengan 6-12 urat. Daun Salam mempunyai ciri istimewa iaitu mengeluarkan bau yang wangi seakan serai apabila dikeringkan. Bahagian daun ini juga merupakan yang digunakan untuk bahan (bumbu) masakkan. Bunganya berwarna putih dengan bau yang wangi dengan ukuran 2-8 cm yang keluar dari ketiak daun atau bawah daun. Bunganya mempunyai 4 kelopak berukuran 4 mm berbentuk seperti mangkuk.   Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kegunaan daun salam berdasarkan pemerhatian, pengalaman, pembacaan dan rujukan dari beberapa sumber untuk bahan rujukan semua.

Dalam membuat rujukkan beberapa artikel akhbar My Metro paparkan tajuk '
Daun salam tingkat daya tubuh' yang saya rujuk penulisan kali ini. Dilaporkan dimana antara kegunaan daun salam atau juga dikenali daun 'bayleaf' bukan sekadar penyedap rasa masakan, malahan ia adalah berkhasiat untuk membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan dan mengekalkan kesegaran tubuh. Daun salam dikatakan mampu melawan beberapa jenis kanser, malah pengambilan daun salam secara teratur dapat meningkatkan daya tahan tubuh dan menjaga kesihatan. Siapa yang mengambil daun dalam mampu mencegah kanser kerana ia mengandungi dan kaya dengan vitamin C, vitamin A, zat besi, kalsium dan magnesium. Kandungan lain yang terdapat di dalam daun salam antaranya adalah kandungan asid caffeic, eugenol, quercetin dan catechin. Parthenolide adalah zat fitonutrien yang terkandung di dalam daun salam. Zat ini dipercayai dapat menyingkirkan sel kanser serviks dengan cara menginduksi apoptosis, meminimumkan aktiviti penggalak tumor dan menyingkir tumor yang berhubung dengan angiogenesis. Untuk menggunakan daun ini, masukkan dua lembar daun salam dalam setiap masakan atau menjadikannya teh. Pengambilan daun salam juga didakwa baik untuk kesihatan jantungDaun salam mengandung beberapa bahagian penting untuk kesihatan tubuh seperti asid caffeic, fitonutrien dan salisilat yang berperanan penting untuk menjaga kesihatan jantung sehingga seseorang yang mengambil daun salam atau mencampurkan daun salam ke dalam masakannya berisiko rendah untuk diserang penyakit jantung. Ketiga khasiatnya adalah kebolehan dalam mengatasi radangKandungan parthenolide dalam daun salam berkhasiat sebagai agen antiradang semula jadi. Daun salam membantu untuk menangani penyakit artritis dan beberapa jenis radang lain. Selain itu, daun salam juga dapat membantu mengatasi gangguan ketika haid pada wanita, mengatasi reumatik, mengubati luka dan mengatasi gangguan kencing. Untuk memperoleh manfaat ini, anda boleh merebus 10 lembar daun salam dengan tiga gelas air. Rebus dan minum ramuan tersebut setiap hari secara teratur.

Khasiat daun salam juga dipercayai dapat membantu mengubati masaalah gangguan pencernaan dan gangguan perut. Enzim yang terdapat di dalam daun salam dapat membantu mengatasi kerosakan protein dan memperbaiki sistem pencernaan. Jika anda mengalami gangguan pencernaan, minum air rebusan daun salam secara teratur. Ke 5 dimana daun salam akan mengatasi penyakit diabetes.  Daun salam berkhasiat sebagai antioksidan, antiinflamasi, antikulat dan antibakteria. Sifat antioksidan yang dimiliki daun salam dapat membantu mengatasi penyakit diabetes. Dengan antioksidan yang cukup, tubuh penderita diabetes pun dapat memproses hormon insulin dengan lebih baik. Ia juga dilaporkan baik untuk masaalah darah tinggi. Daun salam memiliki kandungan flavonoid dan zat tanin yang cukup banyak untuk membolehkannya mengatasi tekanan darah tinggi. Untuk menyebuhkan darah tinggi dengan daun salam, siapkan 10 lembar daun salam. Cuci bersih daun alam dan rebus dengan tiga gelas air. Didihkan dan biarkan hingga airnya hanya tersisa satu gelas saja. Minum ramuan ini satu kali sehari secara teratur. Kepada mereka yang ada masaalah penyakit gout ambil daun salam juga sangat bermanfaat untuk menanganinya. Ia mengandungi vitamin B kompleks dan vitamin C yang dapat membantu mengubati gout. Untuk mengubati gout, sediakan 10 lembar daun salam yang sudah dijemur kering. Cuci daun terbabit hingga bersih. Rebus daun salam dengan 10 gelas air dan biarkan sampai hanya tinggal tujuh gelas. Minum air daripada rebusan daun salam terbabit semasa masih panas. Seterusnya ia akan meningkatkan daya tahan tubuh (immune syatem). Daun salam juga bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan tubuh kerana daun salam mengandung vitamin C dan memiliki sifat antioksidan semula jadi sehingga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Untuk mendapatkan khasiat daun salam, campurkan daun salam dalam masakan. Daun salam juga boleh membantu program diet sihat dimana dengan amalan mengambil air rebusan daun salam juga dapat menjadi salah satu penyelesaian diet semula jadi kerana daun salam mengandung enzim dan serat. Jika ingin menjalankan diet sihat dengan daun salam, sediakan 30 lembar daun salam, cuci bersih dan rebus dalam empat gelas air. Didihkan dan biarkan sampai airnya tinggal separuh. Tunggu hingga sejuk dan minum ramuan ini dua gelas setiap hari secara rutin sebelum tidur.

Pada penulis blog penggunaan ramuan daun salam memang relevan dengan memasak rendang sama ada rendang ayam atau rendang daging. Saya akan paparkan resepi memasak 
Rendang Daging Daun Salam untuk disediakan. Antara bahan-bahan digunakan adalah terdiri dari 1 kg daging (sebaiknya gunakan jenis daging tanpa lemak dipotong sedikit tebal), 2 liter santan (dari 3 biji kelapa) dan garam. Seterusnya bahan untuk ramuan dikisar halus terdiri dari 10 biji bawang merah, 15 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 inci kunyit hidup, 2 inci lengkuas, 100 gram cili kering, 1 sudu kecil serbuk ketumbar dan jangan lupa1 sudu kecil serbuk lada sulah. Paling utama juga bahan seperti 2 batang serai, 4 helai daun salam, 5 helai daun limau purut serta 1 helai daun kunyit. Cara memasaknya dengan mengambil daging dan ia dicampur dengan bahan kisar halus serta garam secukupnya diperaap dan diketepikan. Sebaiknya santan dimasak sehingga terbit minyaknya dimana kemudian dimasukkan bahan bahan lain. Setelah santan kelapa tadi mulai kelihatan terbit minyak, masukkan daging yang telah diperap dengan bahan kisar halus tadi. Masaklah sehingga hampir airnya kering. Sebaknya kiga ada tip dimana boleh dipindahkan ke dalam periuk laina dan masak selama 30 minit. Ketika hampir kering, besarkan api dan kacau sehingga kering. Keringkan mengikut kesesuaian selera. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.  Biasanya rendang akan menpunyai banyak serdak dan berminyak. Jika ia dimasak agak lama sehingga rendang bertukar warna gelap berminyak.  Jika khuatir daging terlebih lembut maka boleh keluarkan daging dan keringkan hanya kuah sahaja. Daging dimasukkan semula selepas kuah hampir kering. Semuga anda pembaca blog anim agro technology mendapat info berguna kali ini. Wasallam!!..
DAUN SALAM... BANYAK GUNANYA...
BANYAK KHASIAT... SIHATKAN KITA...
TANAM SENDIRI... ATAU BELI SAJA...
MASAK RENDANG... ENAK RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 JamadilAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...