Di Malaysia dilaporkan masih ada pekerjaan yang tidak perlu interview dan menjana pendapatan. Berita dari Bernama melaporkan di Kuala Lumpur dan beberapa bandar lain dimana anda akan nampak kelibat anak muda membawa puluhan balang mangga asam boi di persimpangan lampu isyarat di Lembah Klang dimana ini bukan pemandangan luar biasa. Walaupun terpaksa berpanas selain menggadai nyawa berdepan risiko dilanggar kenderaan namun cabaran itu tidak sedikit pun mematahkan semangat golongan ini yang terdiri daripada anak muda dan lepasan sekolah demi mencari sesuap nasi. Wartawan melaporkan dimana diantara alasan popular bagi memilih pekerjaan ini kerana mereka tidak mahu terikat dengan majikan selain menjaja di jalanan lebih mudah meraih pendapatan tanpa memerlukan sebarang sijil akademik dan kemahiran. Bagaimana pun banyak isu dan perkara dilaporkan oleh media massa dan media eletronik mengenai viral ini. Kisah pertama dimana mereka tidak perlu hadir interview atau tidak memerlukan sijil akademik dan mudah dapat wang. Begitulah alasan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Osama berumur 18 tahun yang memilih pekerjaan menjaja mangga asam boi di jalanan sejak lebih setahun lalu. Dia memulakan pekerjaan itu di Kuala Terengganu sejak tahun lalu sebelum mengambil keputusan merantau ke ibu negara Kuala Lumpur untuk mencari peluang lebih luas dalam bidang ini. Selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia telah datang ke Kuala Lumpur dan tinggal dengan abangnya sebelum menyewa bilik bersama rakan lain di Gombak. Dia tidak malu kerana kerja ini paling mudah dan cepat dapat duit, tidak perlu temu duga serta sijil. Kini setiap hari dia mula menjaja di persimpangan lampu isyarat di sekitar Greenwood, Gombak jam 11 pagi hingga 7 malam. Dia menerima upah RM3 untuk setiap balang yang dijual dan pendapatan tidak menentu dengan paling minimum saya mampu jual lebih 40 balang sehari akan tetapi jumlah ini mencukupi untuk tampung kos makan minum serta keperluan sendiri selain beri mak ayah di kampung. Tidak dinafikan ada cabaran di antaranya cuaca yang memainkan peranan akan tetapi keadaan panas terik dan hujan itu sudah biasa baginya. Dakwanya jika hujan terlalu lebat atau kilat saya terpaksa berteduh di mana-mana tempat sesuai tambahan lagi sia-sia menunggu di jalan kerana kebanyakan pemandu kenderaan tidak akan membuka tingkap untuk membeli pada waktu itu. Memberitahu lanjut anak kelapan daripada 10 beradik itu dakwa keselamatan di atas jalan raya juga dititikberatkan bagi mengelak sebarang kemalangan. Biasanya dia akan tunggu pelanggan di atas pembahagi jalan dan hanya akan ke kenderaan jika ada pelanggan berminat membeli. Dia akan melihat sekeliling dulu sebelum melintas jalan untuk pastikan tiada motosikal atau kenderaan lalu.
Bagi rakannya Badli Shak berumur 19 tahun nyatakan kerja lain kena ada sijil dan kemahiran akan tetapi kerja ini mudah kalau hendak pendapatan banyak kuncinya cuma kena cekal serta usaha lebih. Kini dakwanya dia agak selesa bekerja sebagai penjaja jalanan untuk menampung kos kehidupannya selain mahu menimba pengalaman terutama dalam dunia perniagaan. Mula-mula dulu memang dia malu dengan kerja ini akan tetapi lama kelamaan suka kerana dapat berjumpa ramai orang dan menimba pengalaman baharu. Bukan tidak teringin cari kerja lain akan tetapi dia masih muda dan mahu mencari pengalaman dulu mana tahu suatu hari nanti boleh berniaga sendiri. Dakwanya lagi dalam sehari dia mampu menjual antara 60 - 200 balang mangga asam boi juga merupakan produk milik usahawan Bumiputera. Dalam sehari dia pernah dapat jual paling sedikit 60 balang dan pernah juga sampai 206 balang bergantung kepada cuaca dan cara kita mendekati pelanggan. Memang ada pasang surutnya akan tetapi setiap kali ada orang belimaka dia tidak dapat digambarkan perasaan gembira dimana ini sekali gus membakar semangat saya untuk terus berusaha kejar sasaran jualan.
Menjaja jualan di lampu isyarat dapat sambutan di beberapa negeri termasuk apa yang dilaporkan di Terengganu. Jika sebelum ini mereka menggunakan pelbagai platform jualan dalam talian, kini trend menjaja di tepi-tepi lampu isyarat seperti yang kebiasaan dilihat di negara-negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam menjadi ikutan peniaga di bandar. Pengguna jalanraya kini boleh dilihat kelibat para pemuda yang mundar-mandir di persimpangan lampu isyarat sekitar bandar raya Kuala Terengganu tampil berpakaian tradisional dengan seluar batik, baju pagoda putih dan topi terendak menjinjit barangan jualan sambil mencari pelanggan. Setiap kali lampu isyarat bertukar warna merah, pemuda-pemuda ini akan mendekati pelanggan mereka yang berada di dalam kereta untuk menjual pelbagai jenis makanan antaranya bebola daging sos lada hitam, pelam (hirisan mangga muda) digaul asam boi dan pisang keju. Trend perniagaan ini sebenarnya dirintis oleh usahawan muda anak Terengganu bermula akhir tahun lepas setelah melihat trend yang sama mendapat sambutan memberangsangkan di Kuala Lumpur dan Kelantan sebelum ini. Penjaja yang menjual mangga asam boi dan peroduk lain seperi bebola daging sos lada hitam dengan jenama 'Brehi Makang' di persimpangan lampu isyarat itu mempunyai banyak kelebihannya untuk peniaga dan golongan pembeli. Pembeli lazimnya membeli dalam keadaan mereka baru pulang dari pejabat dimana terkejar masa mengambil anak di taska atau rumah pengasuh dan untuk berhenti untuk membeli sesuatu di gerai bukanlah satu keperluan mendesak. Ia berlainan ketika mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat di mana masanya agak panjang sekitar satu hingga dua minit. Mereka hanya perlu melambai kepada pengedar dan penjaja jalanan dan membayarnya. Trend perniagaan baharu itu juga mendapat maklum balas positif masyarakat di sekitar bandar utama yang kagum atau 'kesian' dengan semangat keusahawanan golongan muda tersebut tanpa menghiraukan penat lelah, hujan panas dan perasaan malu untuk berniaga. Setiap pek makanan dijual pada harga RM10 setiap satu dan mereka hanya menjual pada sebelah petang sahaja. Bagi produk jeruk mangga akan lebih laris jika dijual di persimpangan lampu isyarat memandangkan ia adalah snek buah-buahan yang sihat dan sentiasa menjadi kegemaran ramai. Menyatakan lanjut dimana setiap hari ada usahawan yang menggunakan 1,000 kilogram (kg) mangga muda dan 5kg cili api berserta asam boi untuk menghasilkan jeruk mangga yang rangup, masam, lemak manis dan pedas yang menepati selera ramai.
Dalam tinjauan lain dengan pakaian berterendak dan berseluar batik sambil memegang jeruk mempelam asam boi di jalan utama dekat lampu isyarat sudah menjadi pemandangan biasa di beberapa bandar di Malaysia. Di Kuala Terengganu iniknya Jeruk Pelam Asam Boi Kak Tie yang dijual dengan harga RM10 sebekas itu dijaja kepada pengguna jalan raya di Jalan Gong Kapas, Jalan Bukit Kecil dan Jalan Batu Buruk, Kuala Terengganu. Kini sudah ternyata pendekatan digunakan telah berhasil apabila dia mampu memasarkan sebanyak 500 kilogram jeruk mempelam lemak manis setiap hari. Usahawan bernama Helmi ini sengaja mengetengahkan konsep memakai terendak dan berseluar batik seperti itu bagi menarik pelanggan. Dia kini terharu dan gembira apabila produk keluaran ini mendapat sambutan sekali gus mampu menjana pendapatan. Dahulu pada awal perniagaan hanya dua pekerja yang sanggup menjaja di tepi jalan seperti itu kerana agak susah hendak dapatkan pekerja kerana pelbagai alasan termasuk malu. Bagaimana pun kini dia mempunyai seramai 30 penjaja yang aktif menjaja pada setiap hari dan mereka ini mampu memperoleh komisen sebanyak RM80 hingga RM200 sehari. Antara penjaja ada yang nyatakan dimana mereka kini sudah seronok kerana perniagaan yang dijalankan itu turut membantu belia yang menganggur dan ibu tunggal. Kini dilaporkan perniagaan ini bukan sahaja boleh menambah pendapatan kami tetapi turut memberikan pekerjaan kepada orang lain. Walau pun sudah ramai yang menggunakan kaedah perniagaan seperti itu, namun apa yang membezakan pekerjanya adalah keseragaman berpakaian ketika menjaja. Pemakaian terendak dan berseluar batik adalah identiti perniagaannya yang secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan pemakaian terendak dan batik Terengganu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
BUBUH ASAM BOI... CILI PEDAS SAMA JUA...
RAMAI MEMBELI... MEMANG ENAK RASA DIA...
USAHAWAN MENJAJA...LAMPU ISYARAT ADA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 JamadilAkhir 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.