Support My Blog

Monday, January 11, 2021

SISA NANAS - JADI KOMPONEN DRON

INDUSTRI TANAMAN NANAS
 terus melangkah setapak lagi kehadapan lagi dengan kejayaan ada penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta komponen dron daripada serat daun nanas (Ananas comosus). Ia telah divideokan bagaimana membuat serat dan papan komponen sehingga berjaya menerbangkannya. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai bebang nanas dan kegunaannya sebagai bahan rujukkan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa artikel lagi. Pada saya penulis blog benang nanas 
adalah produk yang terhasil daripada proses yang menggunakan daun nanas sebagai satu usaha industri asas tani yang semakin dikenali di Malaysia. Benang nanas adalah bahan asas yang mana biasanya diperlukan didalam industri kraftangan terutama bagi tujuan untuk menghasilkan kain tenun, alas meja, songkok dan pelbagai cenderamata lain. Penulis blog yang sebelum ini agak kurang tahu mengenai kegunaan daun nanas teruja melihat babarapa usahawan memproses daun nanas secara serius untuk menghasilkan produk yang ada nilai ekonomi dan nilai kesenian tersendiri. Tanaman nanas mengeluarkan buah nanas untuk makan segar dan juga diproses menjadi produk makanan lain. Bagaimana pun selepas pokok berbuah dan dipetik maka ia akan menghasilkan sulur benih dan daunnya akan dibuang begitu sahaja. Oleh itu daun nanas yang segar dan berkualiti dimana ia panjang dan lebar boleh dikutip untuk dipproses bagi menghasilkan benang nanas. Lazimnya daun yang lebar dan baik akan menghasilkan benang yang tahan lama dan warna yang menarik. Daun-daun nanas ini akan dikerok bagi mengeluarkan benang seratnya dan kemudian ia perlu dijemur. Benang serat nanas ini perlu dijemur segara bagi tujuan kualiti dan warnanya dan ianya akan dijemu selama 2-3 hari dibawah matahari. Selepas dijemur maka kerja berikutnya adalah untuk memintal benang nanas ini. Proses sebenar yang dilakukan adalah melerai benang, memintal dan kerja mencantum benang ini yang perlukan kemahiran, kesabaran dan ketekunan. Lazimnya daripada 10 kg daun nanas yang diproses akan menghasilkan 100 gram benang nanas yang boleh dijadikan 1 meter kain benang nanas. Usaha ini sesuai dilakukan dikawasan yang ada banyak menanam nanas dan pembaziran daun nanas dapat dijadikan produk bernilai. Kini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan laporan media mengenai kejayaan penyelidik UPM didalam gunakan sisa dari nanas untuk membuat dron sebagai satu inovasi yang perlu dikembang, dikomersilkan dan dibanggakan untuk rujukan pembaca semua.

Dalam media tempatan Astroawani ada melaporkan dimana '
Penyelidik UPM cipta dron daripada daun nanas' iaitu berita daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta pesawat udara tanpa pemandu (UAV) atau dron iaitu daripada gentian bahan semulajadi daun nanas dan mempunyai ciri daya rintangan elektrik (electrical resistance). Dron yang diberi nama Putra Unmanned Aerial Vehicle atau Putra UAV itu adalah inovasi pertama yang seumpamanya menggunakan gentian bahan semulajadi atau biokomposit daripada daun nanas. Ia berkeupayaan terbang sehingga kira-kira 30 meter dan boleh berada di udara selama kira-kira 20 minit. Kini dengan ciri istimewa mempunyai daya rintangan elektrik dimana ia boleh mengelak berlakunya litar pintas. Ia juga mudah dibaiki jika berlaku kerosakan kecil. Dakwa ketua kumpulan penyelidik itu, Prof Ir Ts Dr Mohamed Thariq Hameed Sultan berkata struktur Putra UAV terdiri daripada rangka yang diperbuat daripada gentian semula jadi itu (Sila lihat foto disebelah)Struktur yang lain ialah motor, bilah dan bateri yang boleh dicaj semula. Dia dakwa dimana  kebanyakan dron pada masa ini diperbuat daripada plastik, gentian karbon dan aluminium yang dikategorikan sebagai gentian sintetik. Secara perbandingan dron yang diperbuat daripada bahan semulajadi atau biokomposit mempunyai nisbah kekuatan yang tinggi berdasarkan berat berbanding dron daripada gentian sintetik, serta lebih murah, ringan, manakala bahan semulajadinya mudah diperoleh dan tahap konduktiviti elektrik yang rendah. Justeru itu biokomposit berpotensi besar menggantikan bahan sedia ada dengan beberapa kelebihan seperti ringan dan mesra alam kerana faktor biodegradasi yang mudah terurai dan dilupus dalam tanah. Beliau berkata idea mencipta dron daripada gentian bahan semulajadi daun nanas itu tercetus semasa projek komuniti di Teluk Panglima Garang, Selangor pada 2017 apabila didatangi ketua kampung di situ yang meminta UPM membantu melupus daun nanas yang banyak daripada penanaman nanas oleh penduduk kampung. Menurut ketua kampung tersebut sebelum ini daun nanas di kampung itu dilonggok dan dibiarkan sahaja yang boleh menjadi sarang binatang berbisa seperti ular dan biawak atau dibakar yang mengakibatkan pencemaran. 

Kemudian beliau telah 
memohon dana penyelidikan dan memperoleh RM25,000 daripada UPM untuk membangunkan ekosistem dengan menghasilkan mesin yang boleh menukarkan daun nanas kepada gentian. Ianya adalah satu inovasi dalam menukar bahan bukan sintetik iaitu daun nanas kepada gentian. Sebanyak 300gm daun nanas boleh menghasilkan empat keping ‘plate’ untuk pembikinan dron. Penghasilan Putra UAV ini sekali gus berjaya didalam memanfaatkan penggunaan daun nanas. Dron yang dihasilkan itu boleh digunakan untuk tujuan pemantauan dari udara, penyemburan racun bagi aktiviti pertanian, atau digunakan sebagai hobi. Kini dengan usaha dan penghasilan dron dari serat nanas ini maka ia diharap dapat memartabatkan lagi UPM dalam bidang pertanian. Penghasilan dron itu termasuk di bawah Strategi Lautan Biru Negara yang turut membabitkan seorang penyelidik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan seorang dari Malaysia UAV Drone Activist Society (MUDAS). Selain beliau dilaporkan dimana kumpulan penyelidik itu terdiri daripada Dr Ain Umaira, Dr Syafiqah Nur Azrie, Muhammad Imran, Ts Mohd Edyazuan, Dr Adi Azriff, Dr Ahmad Hamdan, Mohd Lufti dari UPM bersama Prof Dr Yusri (UTHM) dan William Robert Alvisse (MUDAS). Inovasi dron ini memenangi pingat emas pada 8th International, Invention & Design Competition (INDES 2019), emas pada Research Innovation & Enterprise Centre (2019) Innovation Technology Expo (InTEX19), emas pada 2nd Digitalised International Invention, Innovation and Design Johor 2019 (DIID Johor 2019), emas dan Anugerah Khas pada Karnival Inovasi UTeMEX2019, serta johan pertandingan Penyelidikan dan Pembangunan pada Selangor R&D and Innovation Expo 2019.

Reuters pula dengan artikel bertajuk '
Penyelidik UPM guna sisa nenas hasilkan rangka dron, alternatif bantu kurangkan sisa buangan' juga melaporkan perkara sama. Ini adalah berikutan daun nenas seringkali dibuang setelah musim menuai, para penyelidik berusaha mencari cara yang lestari untuk menggunakan sisa nenas tersebut. Oleh itu, sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia menghasilkan satu produk daripada bahan terbuang itu. Diketuai oleh Professor Mohamed Thariq Hameed Sultan, mereka telah menginovasikan rangka dron daripada daun nenas yang terbuang. Mereka memproses serat yang terdapat pada daun nenas menjadi satu bahan yang kuat untuk menyempurnakan sesebuah dron. Dron yang diperbuat daripada bahan biokomposit itu mampu terbang hingga ketinggian sekitar 1,000 meter (3.280 kaki) dan bertahan di udara selama kira-kira 20 minit. Kebaikan dari pada inovasi ini ialah, dron tersebut memiliki sifat penting biodegradasi. Sekiranya ia rosak maka rangka tersebut akan mudah terurai dan dilupus dalam tanah. Pihak penyelidik itu juga berharap agar mereka dapat membuat dron yang lebih besar untuk menampung lebih muatan. Ia termasuklah sensor gambar untuk tujuan pertanian dan pemeriksaan udara. Pada kebiasaannya dron yang dihasilkan daripada bahan plastik dan ia tidak boleh dihapuskan. Sudah tentu bahan plastik mampu menyebabkan pencemaran. Oleh itu inovasi ini amat membantu bagi mengelakkan perkara itu dari berlaku. Ianya kini secara tidak langsung mampu meningkatkan pendapatan para petani dan mengurangkan bahan buangan. Oleh kerana dron tersebut dihasilkan dari bahan semulajadi, mungkin ia akan dijual dengan harga murah kerana rangkanya mudah dihasilkan. Dron-dron yang diperbuat daripada bahan bio-komposit mempunyai nisbah kekuatan-ke-berat yang lebih tinggi berbanding serat sintetik dan ia juga lebih murah, ringan dan mudah untuk dihapuskan. Jka dron tersebut rosak maka rangkanya boleh ditanam dan ia akan hapus dalam tempoh dua minggu. Apa pun dakwa mereka sebelum projek itu dilancarkan pada 2017, batang-batang nanas dibuang selepas tempoh penuaian sekali dalam setahun namun para petani berharap projek dron itu dapat menggalakkan lebih banyak inovasi untuk mencari kegunaan lain bagi sisa-sisa nanas dan menambahkan pendapatan. Bagaimana pun semua laporan media tidak menyebut kerjasama mereka dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mengenai peraka ini dengan nyata. Jika dikaitkan kini semasa berlaku masalah ekonomi akibat COVID-19 dimana kalangan masyarakat terdesak dan tiada jalan alternatif untuk menambah lagi akan pendapatan mereka maka penanam nanas boleh terus tersenyum dengan pendapatan baik daripada buah nanas, benih nanas MD2 yang tinggi permintaannya dan serat dari daun nanas yang boleh dijadikan dron. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
DAUN NANAS... DIBUANG SAHAJA...
DIJADIKAN FIBER... DRON JADINYA....
PENYELIDIK UPM... ADA BUKTINYA....
APA LAGI.. KOMERSILKANLAH DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Prcint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 JamadilAwal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...