KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, September 24, 2017

USAHAWAN BENANG NANAS

BENANG NANAS adalah benang yang dihasilkan daripada daun nanas (Ananas comosus) iaitu sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah nanas. Pokok nanas memiliki pucuk yang sangat pendek dan mempunyai sekitar 25-30 helaian daun setiap pokok dengan memiliki ukuran panjang di antara 0.9 - 1.5m. Tanaman nanas adalah tumbuhan natif dari Timur Amerika Selatan. Kawasan penanaman nanas terbesar adalah di negara beriklim tropika seperti Brazil, Costa Rica, Indonesia, Filipina dan Malaysia. Biasanya daun nanas dituai selepas hasil buahnya di kutip sekitar 16- 24 bulan selepas penanaman. Apabila diproses maka serat daun nanas (PALF) akan terhasil daripada pemprosesan pada daun nanas. Serat daun nanas (PALF) terbentuk dari bahan multi-selular dan lignoselulosa yang diekstrak dari daun tumbuhan tersebut. Daripada kajian mendapati dimana komposisi kimia yang utama tedapat pada serat daun nanas (PALF) adalah selulosa (70-82%), lignan (5-12%0 dan abu (1.1%). Benang nanas ini mempunyai banyak guna terutama didalam usaha pembuatan tekstil sebagai bahan asas. Dibeberapa negara yang luas menanam nanas mereka ada memproses benang daun nanas sebagai satu industri yang berkait dengan industri penanaman nanas. Daripada kajian menunjukkan dimana ketahanan benang daun nanas adalah lebih tahan lama dan sedikit kasar berbanding benang lain di pasaran. Kini beberapa usahawan muda di bimbing oleh pihak LPNM bagi pembangunan benang nanas sebagai satu daripada produk bernilai selain daripada nuah nanas segar, benih nanas, produk proses nanas dan sebagainya. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai laporan akhbar dan testimoni terhadap seorang usahawan benang nanas untuk dikongsi bersama info tersebut.

Dalam satu laporan akhbar tempatan berjudul "Kerok 200 helai daun nanas sehari" yang ditulis oleh wartawan En Taufik Salimin usaha memproses daun nanas didapati berdayamaju. Pada penulis juga mendapati dimana siapa menyangka tanaman buah nanas yang mempunyai rasa masam, manis dan lidas sebenarnya mempunyai kelebihan sendiri dalam industri kraf tangan tempatan. Buahnya bukan sahaja sesuai untuk dikomersialkan dalam industri pemakanan, bahkan daunnya yang berduri sertaa berwarna hijau kemerahan mempunyai keistimewaan. Jika kayu pokok yang diproses boleh menjadi sekeping kertas bahkan juga dengan daun nanas. Seratnya boleh dibuat kertas atau benang berkualiti tinggi. Apa yang lebih istimewa pada penulis blog adalah dimana serat nanas adalah sesuai untuk diguna pakai dalam pembuatan seni tenunan songket mahupun produk kraf tangan lain. Dalam pada itu menurut Pengusaha kraf tangan tempatan iaitu Zaleha Mohd. Tahir dimana pada mulanya dia menghasilkan benang menerusi daun nanas selepas mengikuti kursus kraf tangan di Kompleks kraf Johor Bahru, Johor kira-kira lapan tahun lalu. Selepas melihat seni pembuatan itu cukup menarik dan mampu dikomersialkan dengan lebih meluas, dia mula memberanikan diri mencari daun-daun nanas di Alor Bukit, Pontian, Johor. Bagaimana pun pengetahuannya terbatas kerana tidak tahu memproses daun-daun itu sehinggalah dia mengikuti kursus menggerok benang daripada daun nanas di Larkin. Proses menggeroknya menggunakan alat penggerok dan dapat mengeluarkan benang dalam jumlah yang agak banyak namun adakalanya benang itu sudah rosak (Sila lihat foto disebelah)Proses ini memerlukan penelitian supaya kualiti benang itu terjaga sekali gus dapat mengeluarkan jumlah yang banyak katanya sambil menunjukkan benang yang terhasil daripada daun nanas.

Wanita berusia 63 tahun itu memberitahu iaitu penghasilan benang nanas itu adalah berdasarkan kaedah manual dan ia menjadi halangan utama bagi dia mengeluarkannya dalam skala yang cukup besar. Dijelaskan dimana kaedah manual sangat lambat dan mengambil masa tempoh sehari suntuk tetapi hanya sekitar 100 ke 200 helai daun saja yang boleh dikerok. Jika tidak cukup pekerja kesannya semakin lambatlah proses pengeluarannya. Bagi tujuan untuk menghasilkan 100 gram benang beliau memerlukan 10 kilogram daun nanas dan hanya daun tertentu sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan menghasilkan benang tersebut. Lazimnya jangka hayat daun itu juga sangat singkat iaitu tiga hari sahaja kerana daun akan melecur dan tidak boleh digunakan lagi, Bahan utama dalam memproses untuk dapatkan benang nanas adalah daun nanas. Dakwanya beliau akan merebus daun-daun nanas selama dua jam atau sehingga layu bagi dikisar untuk pembuatan kertas (Sila lihat foto disebelah). Selalunya kesukaran untuk mendapatkan bahan utama juga menyukarkan proses penghasilan benang nanas berikutan tanaman itu yang tidak meluas dan hanya terdapat di sesetengah tempat di Pontian. Memang kini tidak ramai individu yang mahu melibatkan diri kerana kerjanya yang agak leceh dan rumit ditambah dengan pendapatan yang tidak seberapa. Sebenarnya ada sahaja tenaga mahir untuk membantu tetapi disebabkan upah yang kecil dan cara kerja meletihkan ramai yang tidak berminat. Beliau kini hanya menguruskan perusahaan ini secara kecil-kecilan bersama anaknya  Asna Nabihah Aziz berumur dan seorang pembantu iaitu Puan Rohaya.

Sebenarnya benang serat nanas adalah mempunyai pelbagai kegunaan dalam menghasilkan tekstil berkualiti tinggi termasuk pembuatan baju malah sesuai dijadikan tenunan atau sulaman songket menggantikan benang emas. Kualiti benang serat nanas ini sangat tinggi dan ia mampu memberikan hasil yang menguntungkan jika dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Proses membuat benang nanas melalui beberapa peringkat dimana ia perlu dilakukan dengan kesabaran dan teliti (Sila anda melihat foto disebelah). Ia menunjukkan dimana Pn Zaleha sedang dalam menuang daun nanas yang telah dikisar ke dalam bekas. Sebanarnya walaupun pengeluarannya secara manual tetapi ia secara tidak langsung menjadi tarikan khas kepada para pelancong kerana mereka dapat melihat kaedah penghasilan benang itu. Terdapat empat proses utama dalam usaha untuk menghasilkan benang tersebut. Pertama adalah untuk meleraikan kelopak daun nanas sebelum ia dikikis dengan peralatan khas seumpama pahat halus. Daun tersebut akan dilarik sehingga urat daun dapat diceraikan daripada daun asal dan urat nanas itulah merupakan produk yang kemudian dihasilkan (Sila lihat foto paling atas)Benang itu kemudian akan dikeringkan dan sebahagiannya akan diwarnakan menggunakan pewarna tiruan. Kini selain benang lazimnya daun dari serat nanas menghasilkan kertas yang lebih berkualiti dan tahan lama. Jika penghasilan benang mengikut jenis daun namun untuk kertas maka semua jenis daun nanas sesuai digunakan tetapi kualitinya berbeza.

Merujuk kepada pembantunya Cik Asna yang merupakan anak bongsu kepada Zaleha memberitahu aktiviti pembuatan kertas daripada daun nanas terhasil selepas dia mengikuti bengkel yang diadakan di ladang Alor Bukit, Pontian. Ladang nanas tersebut yang menempatkan sebuah makmal membolehkannya mempelajari teknik dalam pembuatan kertas dan menjalankan penyelidikan bersama penyelidik bertauliah. Di ladang ini dia mempelajari selok-belok pembuatan kertas dan diberi penerangan tentang cara-cara membuatnya. Penyelidik juga mengajak peserta dalam membuat kajian mengenai setiap jenis daun dan semua jenis kelebihannya supaya dapat memberi inovasi daripada daun nanas. Proses penghasilannya pula tidaklah terlalu sukar seperti mengeluarkan benang nanas kerana cara yang digunakan dengan merebus daun-daun itu terlebih dahulu. Lazimnya selepas direbus maka daun itu akan dikisar dan serat-serat daun ini akan diletakkan dalam satu bekas berbentuk empat segi. Daun-daun ini perlu direbus sekitar dua jam sehingga warnanya berubah kehitaman. Kemudian selepas direbus maka serat-serat yang terhasil itu perlu dijemur selepas subuh kira-kira empat hingga ke lima jam bagi menjaga kualitinya. Waktu jemurnya selepas subuh sehingga pukul 10 atau 11 pagi bagi memastikan hasil kertas itu baik selain mengelak daripada mudah terkoyak. Ada juga sejenis mesin yang boleh digunakan untuk proses ini bagi memudahkan memproses (Sila lihat foto disebelah).

Antara produk yang boleh dihasilkan daripada benang nanas adalah pakaian, kraf dan kertas nanas. Kualiti benang nanas amat bergantung kepada kaedah semasa ia diproses dimana ia selalunya bergantung juga kepada cuaca dan serat-serat tersebut tidak boleh dijemur pada waktu tengah hari kerana kertas itu akan kembung. Lazimnya apabila sudah kering maka ia akan membentuk sehelai kertas yang agak kasar dan berwarna coklat. Kertas ini tidak akan terkoyak dan paling penting juga ia bukanlah bahan yang mudah terbakar. Kemuidan bermula daripada sehelai kertas maka kreativiti usahawan muda ini dalam usaha memvariasikan koleksi kraf tangannya ditonjolkan menerusi penciptaan beg dan gubahan bunga. Memang tidak dinafikan dimana hasil yang diperoleh cukup cantik dan penuh kreativiti. Kedua-duanya juga menambahkan tona warna supaya gubahan itu nampak cantik dan menarik perhatian pelanggan (Sila lihat foto disebelah dan dibawah). Selali disebabkan kertas ini tidak terlalu keras maka dia akan cuba mencari ilham lain yang boleh dipelbagaikan dan akhirnya merasakan kertas ini boleh dijadikan beg atau gubahan bunga. Bagi pembantunya menyatakan perusahaan tersebut merasakan penghasilan kertas dan benang daripada daun nanas agak merumitkan namun menyifatkan produk itu cukup unik. Dia sendiri tidak menyangka bahawa daun nanas itu mempunyai keistimewaan tersendiri yang boleh menjana pendapatan sampingan. Baginya produk ini mula mendapat perhatian dan dia amat yakin ia boleh berkembang baik pada masa akan datang. Kini biarpun ia nampak biasa tetapi kualiti yang terhasil cukup baik malah dia sendiri tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan. Produk itu mempunyai permintaan yang baik daripada penggemar seni kraf tangan. Sebenarnya daripada sehelai kertas mereka bersama-sama mencari kelainan untuk mengubah struktur kertas itu kepada gubahan lain yang ada nilai ekonomi dan kesenian. Usaha wsahawan benang nanas di Johor ini terus diberikan galakkan daripada pelbagai pihak untuk memajukan lagi industri ini dimasa akan datang. Wasallam!!!...
BENANG NANAS... DARI DAUN NANAS....
DAUN DIKEROK...BENANG DILUNAS...
DIPROSES TERUS... SONGKET ASAS...
KRAFTANGAN LAIN.... DIJUAL LARIS...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Tampoi, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(2 Muharram 1439H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...