KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, September 9, 2017

CILI GORONONG - KENALI DIA

CILI GORONONG (Capsicum chinese) merupakan sejenis cili yang juga dipanggil sebagai Cili Geronong (Bahasa Sarawak) atau Cili Gronong atau Cili Caronong, Cili Tangling (Bahasa Cina), Cili Gendot atau Cabe Perangi (Bahasa Indonesia) dan Habanero (Bahasa Inggeris). Cili jenis ini dipercayai natif dari Sarawak, Malaysia yang kurang dikenali pada masa kini dikalangan penduduk lain di Semenanjung. Bagaimana pun penulis blog hari Isnin 28 Ogos 2017 ini telah berpeluang membeli Cili Geranong di Pasar Satok, Kucing, Sarawak (Sila anda lihat foto diatas) untuk dibuat penelitian sendiri. Penulis kesana untuk membuat kunjungan 3 hari kebeberapa projek tanaman nanas di Kg Padang Pan, Kg Meranek, Kg Sg Mata, Kg Gedong, Kg Mawang dan juga sekitar Lundu. Banyak informasi mengenai industri tanaman nanas semasa membuat lawatan sambil meninjau beberapa tanaman makanan lain dimana kemudian terjurus untuk lihat keujudan tanaman Cili Geranong. Cili Geranong bagaimana pun penulis jumpai dijual di gerai jualan sayur kampong di Pasar Satok dengan satu longgok (sekitar 12 biji) dijual dengan harga RM3.00 bermakna sebiji adalah sekitar RM0.40 iaitu cili Geranong yang cukup masak. Memang penulis ada menulis mengenai kepedasan cili yang ada didunia untuk dijadikan bahan bacaan sebelum ini (Sila klik pautan disini) dan (Sila klik pautan ini). Cili Geranong merupakan sejenis cili yang sangat pedas dan kajian makmal mendapati tahap kepedasan cili ini diantara bacaan 200,000 - 350,000 Scoville Heat Unit (SHU) iaitu hampir 3-4 kali ganda daripada kepedasan Cili Besar (Sekitar 100,000 - 150,000 SHU). Mungkin tidak ramai dikalangan rakyat Malaysia yang mengenali akan cili geronong ini kerana ia sukar didapati. Bagaimana pun penulis blog membeli sendiri cili ini dari pasar Satok untuk diambil foto dan ditulis dalam blog bagi mengenalinya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan info cili geronong bagi dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Dalam penulis bertanya kepada jurujual cili ini dinyatakan dimana beliau mendapat cili geranong ini daripada rakannya di kampong disamping menanamnya sendiri didalam pasu dirumah. Katanya mudah sahaja untuk menanam Cili Geranong asalkan ada benih yang baik untuk disemai. Ini kerana amat sukar untuk dapatkan benih cili geranong sebab setiap biji hanya ada beberapa biji sahaja yang tumbuh selepas disemai. Lazimnya benih ini mempunyai peratus pertumbuhan atau percambahan kalau disemai terus pada tapak semaian atau didalam pasu. Penulis blog bagaimana pun syorkan agar benih ini dijemur kering dulu atau dicelur dengan air panas untuk pecahkan 'dormancy'. Menanam Cili Geranong dalam pasu menggunakan media tanah campuran atau media cocopeat sesuai dilakukan. Benih yang tumbuh dalam pasu perlu dibiarkan satu pokok sahaja untuk mendapatkan prestasi pertumbuhan dan hasil yang banyak. Lazimnya bunga cili geranong berwarna putih sam seperti bunga cili yang lain. Buah muda lazimnya adalah berwarna hijau menyamai dengan warna daunnya (Sila lihat foto disebelah). Pokok ini mula berbunga setelah 2-3 bulan ditanam dan dijaga dengan baik. Jumlah bunga yang keluar biasanya bergantung kepada amalan agronomi dan kesuburan pokok. Walau pun pokok cili ini sukar ditanam tetapi serangan oleh perosak dan penyakit juga kurang.


Bentuk Cili Geronong memang unik kerana ia adalah berbentuk bersegi berkerekot dan agak twisted (Sila lihat foto disebelah) berbanding dengan bentuk bulat tajam atau berbentuk selinder atau lonjong pada cili besar dan cili api. Tangkai cili ini adalah sangat panjang sekitar 2.0 - 3.5 cm panjang dan kuat. Buah muda biasanya berwarna hijau dan ia akan bertukar kepada warna hijau oren atau hijau kekuningan apabila menjadi hampir matang. Bagaimana pun Cili Geranong Tempatan yang telah matang dengan tahap kepedasan yang tinggi lazimnya akan berwarna Merah Kuat. Buah ini lazimnya berukuran 2.5 - 3.0 cm panjang dengan lebar rentas sekitar 1.5 - 2.0 cm sahaja. Bagaimana pun ia boleh dua atau tuga kali ganda lebih besar jika dibaja dengan baik dan buahnya dibuat penjarangan. Bila penulis blog potong rentas Cili Geranong mendapati ia mempunyai biji yang melekat pada tangkai empulurnya (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun apabila dikira jumlah bilangan biji yang ada didalamnya diantara 5 - 12 biji dengan bersaiz kecil warna putih pucat. Bentuk biji cili ini adalah bulat leper sama seperti cili lain. Memang banyak jenis cili yang ada biji sesuai untuk dijadikan bahan tanaman. Mungkin kalau anda kekedai pertanian untuk membeli benih cili geronong memang tidak ada dijual. Sebaiknya beli buah cili geronong segar dan ambil bijinya untuk ditanam.


Cili Geranong adalah antara jenis cili yang amat pedas berbanding dengan Cili Besar dan Cili Padi. Kandungan 'Capsaisin' dalam cili ini terutama pada bahagian isi dalam yang berair akan mengigit kepedasannya pada mulut yang terkena air liur. Malahan jika tangan ada pegang bahagian dalam isi Cili Geronong ianya akan menyebabkan rasa panas dan pedas. Lebih malang jika tangan ini terpegang bahagian mata dan kemaluan memang mengelupur jadinya. Penulis ada melihat Sos Cili Geranong yang dibuat oleh usahawan tempatan dengan rasa yang pedas (Sila lihat foto disebelah). Tahap Kepedasan cili sos ini sesuai untuk digunakan dalam masakan atau untuk dijadikan penyedap makanan. Sos Geronong ini juga agak sukar untuk dibeli dipasaran terbuka sebaliknya melalui lamanweb ianya ada di paparkan. Pada penulis kepada mereka yang ingin menanam cili geronong dirumah mudah dilakukan dengan mendapatkan benih, disemai dan ditanam didalam pasi dikawasan sekelling rumah. Semuga rencana pada subuh ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!.


CILI GERONONG...MERAH MASAKNYA...
BERBENTUK UNIK...TWISTED DIANYA...
AMAT PEDAS...BERBANDING BIASA...
TANAM SENDIRI... SELALU PETIKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1232, Hotel Hilton,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(7 Zulhijjah 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...