POKOK PINANG (Areca catechu Linn) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga AERACEAE atau dulu ia dipanggil keluarga PALMAE yang tumbuh di negara kita sehinggakan sebuah negeri di Utara Semenanjung Malaysia mendapat nama sebagai Negeri Pulau Pinang. Seperti juga pokok kelapa yang tumbuh dengan subur di bumi Malaysia, pokok pinang mampu menghasilkan buah pinang yang di gunakan untuk pelbagai kegunaan. Nama lain tumbuhan ini adalah seperti Areca Nut, Betel Nut, Adakka, Catechu dan Pinang. Rujukan yang penulis buat mendapati pokok pinang pada teorinya dipercayai berasal dari Malaysia dan Filipina walau pun ada spesis yang menyerupai pokok pinang di Afrika. Pokok Pinang banyak di tanam di India dan di Sri Lanka dimana ia ada di gunakan oleh penduduk tempatan di negara tersebut yang di panggil sebagai 'adakka' (Malayalam). Buah pinang di kaitkan dengan amalan makan sireh bersama biji pinang dan kapor dikalangan orang tua-tua dulu. Bagaimana pun generasi baru masa kini di Malaysia boleh dikatakan sudah tidak tahu atau tidak makan buah pinang. Penulis yang lawat Myanmar mendapati oraang lelaki dinegara tersebut suka makan daun sireh dengan kapor dan dikunyah dengan biji pinang. Kemudian mereka akan pancut air liur mereka di merata kaki lima di Rangoon bagi penduduk tempatan. Penanaman pokok pinang sudah hampir dilupakan di Malaysia dan pokok yang ada mungkin tumbuh sendiri dikawasan keliling kampong atau mungkin ada yang ditanam. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya akan mengupas teknologi tanaman pinang dan beberapa jenis pokok pinang berdasarkan pemerhatian saya dalam bidang pertanian dan membuat rujukkan beberapa buku pertanian serta pengalaman persendirian.
Pokok Pinang pada penelitian saya memang tumbuh menegak tanpa cabang dengan ketinggian mencapai 10-20 meter dan batangnya bulat lurus dengan saiz garispusat lingkungan 10 - 15 cm. Walau pun pokok tinggi dan daun serta buanhya lebat tetapi jarang-jarang mendengar batang pokok pinang patah. Daunnya berbentuk tajam (pinnate compound) dengan bilangan lai daun (anak daun) yang banyak dan panjang 1.5 - 2 meter dimana di bahagian atas yang lazimnya mempunyai 8-12 pelepah. Saiz kanopi pokok lingkungan 2.5 - 3 meter. Bunga pinang adalah jenis uniseksual dimana terdapat stamen dan pistil pada kuntum yang sama dalam rangkaian bunga. Buah Pinang berbentuk bulat-lonjong (ovoid drupe) sebesar telur ayam berukuran 3-5 cm x 5-10 cm. Buahnya mempunyai serat atau fiber diluar dan tempurung serta isi didalamnya. Buah pinang berwarna hijau ketika putik bertukar kepada warna kuning dan akhirnya merah apabila masak. Akar pokok pinang tumbuh sekitar 1 meter keliling dasar pokok dengan kedalaman 60 cm ( 2 kaki) dan garispusat saiz akar kira-kira 1.4 cm. Pokok pinang memang mudah dikenali dari jauh kepada mereka yang memang berasal dari kampong yang ada pokok ini. Pokok pinang yang tua mampu berdiri setinggi lebih 50 kaki.
Pokok Pinang ditanam sebagai pokok hiasan di kawasan strategik seperti di depan hotel, kawasan taman bunga, tepi pantai dan juga ada orang yang suka menanam di keliling rumah penduduk kampong. Pokok pinang yang tumbuh lurus dan cantik menjadi pilihan jurulanskap taman untuk menjadikannya sebagai salah satu tumbuhan Palmae untuk mencantikan landskap. Pokok Pinang tidak selalu banyak mengugurkan daun dan buah pada peringkat awal atau jika belum matang penanaman. Buah Pinang juga merupakan bahagian yang boleh di komersialkan. Pemerhatian penulis mendapati lazimnya biji isi pinang mengandungi 8 jenis bahan 'alkoloids' yang di kunyah bersama-sama dengan daun sireh dan gambir serta kapur yang kita panggil sebagai "SENTEL" oleh 5% penduduk dunia. Dilaporkan sekitar 460 jenis tanaman yang tergolong ke dalam famili Palmae atau Arecaceae telah tumbuh dengan baik di kawasan beriklim tropika. Pokok pinang sebenarnya termasuk jenis tanaman yang cukup dikenali oleh masyarakat biasa. Perkara ini berlaku disebabkan oleh penyebarannya yang secara semulajadi berada dibanyak kawasan. Apa pun kini semakin ia dilupakan dikalangan penduduk kampong kerana nilai ekonominya sudah mula dilupakan. Pada penulis blog yang selalu membuat penelitian mendapati ada beberapa jenis pokok pinang yang boleh dikelaskan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.
(1) PINANG MERAH
Pinang Merah atau ada yang gelar sebagai Pinang Raja (Gyrtostachys lakka) ini dipercayai memang berasal atau natif dari Semenanjung Malaysia, Sumatera dan juga Kalimantan. Pokok Pinang jenis ini juga tumbuh berumpun dimana ia ada batang yang langsing dimana mampu mencapai takap ketinggian mencapai 10 meter Lazimnya ukuran batangnya atau diameter atau garis tengahnya pada usekitar 12 cm. Daunnya jenis majmuk dengan bentuk menirus atau menyirip dan berwarna hijau serta mempunyai pelepah dan tulang daun berwarna merah (Sila lihat foto disebelah). Apa yang saya teliti dimana jika berbunga maka lazimnya bunga pinang merah berbentuk malai. Bunga jantan dan betina ini dalam susunan atau kedudukan berselang-seli. Buahnya berukuran kecil dimana ia slalu berbentuk bulat telur, panjang buah sekitar 1 cm dengan garispusat tengah sekitar 6 mm. Biasanya bahagian batang pinang merah yang sudah tua atau dewasa sangat keras dan kuat. Batang pinang jenis ini pernah dilaporkan untuk digunakan sebagai Alu atau Antan bagi menumbuk beras dan sebagainya dalam lesung. Apa yang seronok apabila ada dikampong yang mendakwa bahawa pokok pinang jenis ini sebagai Pinang Antan.
(2) PINANG BIRU
Pinang Biru dikenali dengan nama latin dengan Pinanga coronata. Pokok pinang jenis ini tumbuh secara berumpun dan pokoknya boleh menegak dengan tinggi mencapai tinggi 6 meter (Sila lihat foto disebelah). Daun bersirip dengan ada seludang, warnanya coklat yang seakan kemerah-merahan dan anak daunnya memiliki 10-25 sisi berbentuk seperti bentuk pita sampai agak lonjong. Bunga pinang biru berbentuk tangkai yang terdiri dari 5-20 rangkaian, memanjang dimana ia terletak melampai kebawah serta berwarna putih kekuning-kuningan. Bentuk bunga jantan pula adalah bulat telur dan bunga betina berkelopak dengan mahkota bunga hampir sama. Bentuk buahnya lonjong meruncing ke bahagian hujung dan berwarna hijau ketika muda kemudian berubah menjadi jingga dan akhirnya ungu kemerah-merahan setelah tua atau masak. Pinang biru didakwa akan tumbuh dengan baik pada ketinggian antara 10 - 600 meter dari paras laut. Pinang biru banyak dijumpai di hutan-hutan tebal yang lembap atau didalam hutan-hutan jati dan tidak tumbuh pada tanah berkapur. Pinang biru sangat berpotensi untuk dipakai sebagai tanaman hiasan (Ornamental tree). Dari segi pembiaksn pinang biru paling sesuai dibiakkan melalui bijinya yang telah matang dan disemai.
(3) PINANG HUTAN
Pokok Pinang Hutan (Pinanga kuhlii) banyak terdapat di hutan di Semmenanjung Malaysia dan di negara jiran sekitar Pulau Jawa dan Sumatera. Sama seperti jenis pinang biru didapati pinang ini tumbuh berumpun dan batang ramping. Batangnya berruas-ruas, tinggi sekitar antara 2 - 6 meter dan garispusat batang 2-5 cm (Sila lihat foto). Tangkai daun panjangnya lebih danri 60 cm dengan ada pelepah yang berbentuk bersegi panjang, bersisik dan berwarna coklat kemerah-merahan. Lazimnya penulis blog lihat dimana jika berbunga maka pinang hutan bertangkai panjang diantara 15 - 20 cm yang terdiri dari 5-20 bunga. Bunga-bunga tersebut tersusun dalam dua deretan. Buahnya berbentuk elipilitik dengan bagian hujung runcing, panjang 9-13 mm, berwarna hijau muda ketika masih muda dan berubah menjadi merah bila sudah tua. Biasa jenis ini akan berbunga pada bulan Mei sampai Julai setiap tahun. Ia sesuai tumbuh dengan baik pada kawasan dengan ketinggian antara 10-1,600 meter dari paras laut dan dikawasan yang sering ada kelembapan. Jenis pinang ini selalunya tidak tumbuh pada tanah yang berbatu. Pinang jenis ini banyak digunakan sebagai tanaman hiasan juga dan mudah dibiakkan dengan menyemai bijinya yang telah matang.
(4) PINANG IRIAN
Jenis Pinang Irian (Prychosperma macarthurii) banyak terdapat di Irian, Indonesia. Pinang ini berasal dari Irian tetapi sekarang telah tersebar di seluruh Indonesia dan ada ditanam di Malaysia sebagai pokok hiasan. Ada laporan dimana pinang ini telah dihantar sehingga ke Eropah dan Benua Amerika. Sama juga dengan pinang biru dan pinang hutan didapati pinang Irian pun tumbuh berumpun dan tinggi batangnya sekitar 4 - 5 meter. Daunnya berwarna hijau dengan memounyai lai daun yang bergerigi dan pelepah daun mampu menutupi hujung batang. Bunganya pula apa yang saya lihat berbentuk malai bengantungan atau pun dilihat sebagai berpasangan. Lazimnya setiap bunga betina akan diapit oleh dua bunga jantan. Bentuk buahnya lonjong dimana kaedah membiakannya dengan menyemai bijinya yang telah matang. Jenis Pinang ini banyak digunakan sebagai tanaman hiasan didalam pot atau ditanam pada kawasan pekarangan rumah yang ada lapang. Dilaporkan bahwa pinang jenis ini beracun dan jika dianalisa dimakmal ia didakwa ada banyak mengandung zat tannin.
(5) PINANG KELAPA
Jenis pokok pinang ke 5 adalah jenis yang dinamakan sebagai Pinang Kelapa (Actinorhytis calapparia) dimana ia adalah spesis tempatan. Pokok jenis ini dipanggil sebagai pinang kelapa bukan kerana pada bentuknya yang mirip kelapa tetapi disebabkan oleh buahnya berukuran lebih besar dibandingkan dengan buah pinang jenis lain. Tinggi pohonnya dapat mencapai 20 meter dan dapat tumbuh sampai ketinggian 500 meter di atas permukaan laut. Bahgian pucuknya unik dan berpotensi untuk dijadikan tanaman hiasan yang menarik. Ekstrak daripada buah pinang ini dapat digunakan untuk bedak bayi dan sering pula dipakai sebagai pengganti pinang sirih. Mungkin jenis ini kurang dikenali dinegara kita secara mudah.
Pokok pinang di negara kita Malaysia semakin dilupakan. Penulis yang baru sahaja melalui Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor dimana dahulu diseluruh kawasan ladang buah-buahan ditanam dengan banyak pokok pinang kini sudah tiada lagi semasa proses penanaman semula lokasi tersebut. Pemborong biji pinang yang terkenal di Pulau Pinang dulu membeli buah pinang dari pembekal tempatan tetapi kini terpaksa mengimport pula. Semuga tulisan ini dapat memberi info yang baik kepada pembaca anim agro technology kali ini.
POKOK PINANG...IA SEMAKIN DILUPA...
KURANG DIKENALI...GENERASI MUDA...
BENIH DISEMAI...CEPAT TUMBUHNYA...
BACA ARTIKEL..ILMU DITERIMA JUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1926, Hatten Hotel,
Bandar Hilir, Melaka,
Malaysia.
(14 Zulhijjah 1438H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.