mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, September 7, 2017

PADI AEROB DI MELAKA

Tanaman Padi Aerob merupakan satu usaha pihak daripada penyelidikan untuk menjadikan ianya sebagai satu alternatif pengeluaran padi di Malaysia. Padi (Oryza sativa) adalah tanaman ketiga terpenting selepas tanaman kelapa sawit dan getah di negara kita untuk membekalkan makanan asasi iaitu beras. Terdapat sekitar 660,000 hektar kawasan tanaman padi yang ditanam padi saban tahun di negara kita dengan mampu membekalkan sekitar 2.7 juta metrik tan padi bersamaan dengan 1.7 metrik tan beras atau 70% kadar kecukupan sendiri (Self sufficient level - SSL) beras dalam negara sementara baki keperluan adalah diimport. Sebahagian besar jenis padi adalah Padi Sawah yang ditanam dikawasan Jelapang Padi dan Luar Jelapang Padi (Luar Skim JPS) selain daripada tanaman padi bukit di Sabah, Sarawak dan Pahang. Beberapa kawasan sawah padi kini mengalami masaalah kekurangan air sesuai yang mencukupi untuk penanaman padi. Kini satu varieti baru untuk padi perlu dikenalpasti untuk ditanam dikawasan seperti ini. Baru-baru ini akhbar tempatan telah melaporkan mengenai tanaman padi aerob yang dijalankan di Melaka. Akhbar Utusan Malaysia tersebut melaporkan pada 5 Ogos 2016 dimana usaha untuk memperluaskan penanaman padi jenis Aerob (MRIA 1) kepada 48 hektar pada musim depan mampu menjadikan Melaka sebagai pusat pengeluaran biji benih padi `varieti' baharu itu yang pertama bagi zon padi selatan. Projek ini turut mendapat sentuhan khas daripada YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman. Beliau berkata dimana tanaman padi jenis Aerob yang diperkenalkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) itu sehingga kini hanya diusahakan enam peserta di sawah kawasan seluas 10 hektar di Kampong Sempang, Merlimau, Melaka bersempadanan dengan Johor. Seterusnya beliau berkata dimana hasil padi Aerob yang diusahakan ini diharap kemudian akan dibeli semula oleh MARDI untuk dijadikan benih bagi penanaman musim akan datang di sekitar Melaka dan selatan tanah air termasuk Johor, Negeri Sembilan dan selatan Pahang. Pada masa itu MARDI juga telah dapat menetapkan sekurang-kurangnya 100 hektar kawasan sawah bermasalah khususnya kurang pengairan di setiap negeri dapat ditanam dengan padi Aerob. Kerajaan negeri menetapkan sasaran 100 hektar atau lebih jenis padi itu ditanam pada masa-masa akan datang melibatkan kawasan tanah terbiar terutamanya di daerah Jasin dan Alor Gajah. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Hari Ladang Penuaian Padi Aerob MARDI 2014 di Kampung Sempang, Merlimau di sini hari ini. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah MARDI, Dr. Umi Kalsom Abu Bakar, Ketua Projek Padi Aerob MARDI, Dr. Sariam Othman dan juga Pengarah MARDI negeri, Md. Yazid Md. Ali. Artikel petang ini saya dapat menulis semula satu laporan akhbar dalam "Anim Agro Technology" mengenai penanaman padi aerob di Merlimau sebagai satu usaha kemajuan mengenai teknologi padi aerob untuk dinilai semula pihak tertentu.

Negeri Melaka mempunyai kawasan tanah terbiar seluas hampir 1,800 hektar termasuk tanah sawah yang tidak dapat diusahakan disebabkan kekurangan air atau tidak ada sistem pengairan yang sistematik. Usaha pihak MARDI memperkenalkan sistem penanaman padi Aerob yang mempunyai ciri utama memerlukan air sedikit ini diharap dapat mengatasi masalah tanah terbiar berkenaan. Peranan Jabatan Pertanian dikatakan berjaya mengenalpasti lokasi dan petani dalam usaha menanam padi Aerob dimana ia perlu digerakan agar ia menjadi satu sumbangan kepada pengeluaran padi di Melaka. Sementara itu kata YB Exco berkenaan dimana penanaman padi Aerob telah didakwa boleh memberi purata 3.5 tan sehektar atau pulangan kasar RM4,543 sehektar dalam semusim dan pulangan bersih RM2,408 sehektar. Perancangan untuk mendapat hasil pendapatan sekitar RM5,000 sebulan seperti yang telah disasarkan kementerian iaitu para pengusaha padi ini perlu mengusahakan sawah atau tanah seluas 12 hektar dengan tanaman padi Aerob dua kali setahun. Justeru itu laporan akhbar tersebut menyatakan selain petani, YB juga turut menyeru anak-anak muda untuk mengusahakan tanaman padi ini secara komersial di bawah program Entrepreneur Muda Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi meningkatkan pendapatan diri serta keluarga. Tanaman padi menjadi penting selepas krisis makanan yang berlaku pada tahun 2007-2008 (Sila baca artikel mengenai krisis makanan yang berkenaan - Sila klik disini).

Kerajaan negeri Melaka akan terus berusaha untuk memperluaskan lagi penanaman padi Aerob daripada 10 hektar sekarang kepada 60 hektar di kawasan sekitar negeri itu menjelang akhir tahun 2016 ini. Penanaman padi Aerob ditumpukan di kawasan sawah padi yang tidak mempunyai saliran air yang baik dan juga kekurangan punca sumber air semulajadi. Tanaman padi Aerob katanya hanya memerlukan 50 peratus air dengan kelembapan tanah biasa berbanding padi lain. Ia berupaya menghasilkan pengeluaran tiga kali setahun dengan tempoh matang untuk penuaian hasil padi antara 79 - 90 hari. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Penuaian Ladang Padi Aerob di Melaka. Hasan berkata padi Aerob juga boleh memberi pulangan lumayan kepada petani iaitu RM2,500 bagi satu tan benih padi. Menurutnya sebanyak 800 hektar kawasan tanah sawah terbiar dikenal pasti untuk projek tanaman padi itu termasuk di kawasan Bukit Rambai, Sungai Rambai, Serkam, Sempang, Tedong, Masjid Tanah dan Alor Gajah. Pelaksanaan projek padi Aerob secara meluas diharap mampu menjadikan Melaka sebagai pembekal utama benih padi Aerob bagi zon selatan di Semenanjung. Kerajaan negeri akan berusaha untuk mendapatkan status itu. Kita juga berharap memperoleh peruntukan dan infrastruktur lebih baik dan canggih dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Satu penilaian semula perlu dibuat mengenai laporan akhbar ini sama ada penanaman padi aerob masih berterusan dan berkembang seperti diharapkan. Penulis blog juga ingin mengetahui kemajuan terkini mengenai kejayaan sebenar penanaman padi aerob yang pernah mendapat liputan akhbar tempatan pada masa lalu. Semuga usaha murni seperti ini dapat dilakukan dimasa akan datang. Wasallam!.
PADI AEROB... DITANAM DIMELAKA...
UNTUK JADI BENIH...EDAR SEMULA...
TELAH MENUAI... ADAKAH BERJAYA...
LAPORAN AKHBAR... DIRUJUK BACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(18 Safar 1436H)
Posted from Hotel Dorsett,
Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...